Titipan buat Mujahid Islam; Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam




Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat ana di dunia yang penuh dengan keindahan alam semesta. Alhamdulillah hari ini sudah hampir kita di ambang 2014. Apa mungkin persediaan kita sudah utuh? Bisik sama hati, pujuknya dengan manja agar segala jawapan jua pasti menyenangkan jiwa kita. Bukan hatimu itu sudah tersakiti? Nah. Usahlah untuk berduka lara. Pasti. Akan ada ruang untuk kebahagiaan buatmu. Indah bukan untuk mati? Kita akan berjumpa dengan seseorang insan yang menciptakan kita dengan sempurna. Iaitu ALLAH SWT. Subhanallah. Ana menaip dengan penuh rasa kehibaan apabila melihat entry ana sendiri ini buat titipan mujahid ISLAM kita Allahyarham Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam. Famous beliau bukan? Famous kerana akhlak dan keadaannya mati dalam khusnul khatimah. Allahu allah :') Bisakah kita jua mencapai keredhaanNya? Sungguh hanya insan yang terpilih sahaja mampu.

Sesungguhnya alam adalah anugerah Allah yang diamanahkan kepada manusia sebagai khalifahNya. Namun, mati itu juga kiriman Tuhan. Suatu panggilan pulang yang pasti terjadi kepada setiap manusia di dunia. Tidak kiralah kita cepat ataupun lambat, kerana tiada jiwa yang terlepas dari panggilan indahNya itu. Bersediakah kita? Ana juga tidak yakin masih bersedia, Melihat kubur-kubur, apa mungkin mendetikkan hati kita untuk memikirkan kebesaran Allah swt? Memikirkan apa sahaja yang dibuat oleh penghuni di alam satu itu. Pasti mengalir air matamu meskipun lelaki sekiranya kubur itu memanggilmu tidak lama lagi. Dengan sesuatu panggilan yang Tuhan mahu beritahu. Kadang kita alpa. Membiarkan rindu Allah swt berlalu sepi seperti serpih-serpih rindu manusia. Tiada perbezaan sahaja. Ya Allah. Jadikanlah daku persis merpati indah, yang terbang menebarkan sayap-sayapnya, terus menebarkan mahabbah padaMu pada setiap detik jantung ini berdenyut. Tanpa henti.

Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam, pemuja cinta Sang Khaliq,


Hatimu bidadari syurga yang kita kagumi. hatimu yang tidak pernah jemunya mencari cinta Allah, itulah yang telah menghidupkan segala rasa-rasa indah. 

Amin. Semoga para malaikat turut mengaminkan du’a yang lebih indah ke atasmu, jiwa kekasih Allah bidadari syurga. 



Rahmatilah hujan ini, Ya Allah. Menitis dengan penuh rahmatMu



Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam.

MARI HAYATI DENGAN BIJAKSANA LATAR BELAKANG BELIAU :

  • Ahmad ammar merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki kepada Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman,mantan presiden Persatuan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) .
  • Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan meyambung pelajaran dalam bidang Sejarah di Marmara University (Gostepe)  Istanbul,Turki.
  • Pada usia yang begitu muda beliau juga telah menyertai misi kemanusiaan seperti di Syria.
  • Beliau juga dikenali oleh sahabat sebagai seorang yang baik budi pekerti,rajin,berdisiplin,bercita-cita tinggi dan dihormati kerana memiliki ilmu agama yang kuat dan aktif melibatkan diri dalam aktiviti dakwah memperjuangkan Islam
  • Seperti sedia maklum, Allahyarham telah dikebumikan di perkuburan Sultan Eyub menghadap laut Golden Horn. Untuk info,tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’ , panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Tetapi Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada allahyarham menjadi orang yang pertama disemadikan di sini.


Perjalanan itu tersimpan sejuta kepahitan, terkena duri di tengah jalan mahupun terasa lelah.


Syabab pilihan Allah.

2 November 2013.

Kembali kepada Pemiliknya.

Dia.

Disebut Syahid yang Tertangguh

Lantaran Nawaitu dan semangatnya.

Dia.

Meninggalkan dunia sementara.

Membuka banyak mata dan jiwa anak muda.

"Perlulah ada keredhaan Allah dalam amalan kalian"

Coretannya menyentap hati-hati.

Meninggalkan ingatan.

Dunia tempat berletih-letih. Sebelum berehat selamanya.

Biarkan.

Biarkan.

Semangat arwah terus menginspirasikan jiwa muda ini.

Pemergian arwah mengajarku.

Kebesaran Allah.

Mungkinkah hidupku berakhir dengan pengakhiran yang mulia ?

Mungkinkah matiku dalam husnul khotimah ?

Mungkinkah matiku syahid sepertinya ?


Allahu Rabbi.

Terima kasih, Syukur, Alhamdulillah.

Engkau menyentuh hatiku dengan kisah syuhada’ ini.

Allah Allah Allah .

Pegang hatiku atas jalan keredhaan Mu.

Izinkan aku syahid dalam husnul khotimah.

Seperti Uwais Al-Qarni.

Dipinggirkan penduduk bumi,

Dikenali penghuni langit.

Allahumma amiinnn.



Rasa apa ya Tuhan mati itu?

Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam, pemuja cinta Sang Khaliq

“Hadirnya para pahlawan sejati yang tidak lagi hidup bagi dirinya sendiri, tetapi hidup bagi orang lain dan agamanya, serta mahu mengorbankan semua yang ia miliki bagi agamanya.”

Maha suci Allah. Sedekahkan Al-Fatihah kepada mujahid kita ini. Semoga ajal kita yang mendatang menarik tangan kita jua dalam khusnul khatimah. ;') Doa yang baik-baik saja ya ? Kamu adalah pejuang agama yang suci hatinya. Biznillah. Senyum*

Cerpen Seteguh Cinta Hamra' (Part 4)



 
Keindahan hakiki apabila kita mengali Allah swt bukan lagi manusia yang punya topeng di dunia




 Binalah taman dan syurga di hati agar hati diselimuti kedamaian dan ketenangan. Mulalah memburu siang dengan nama Allah dan lenalah malam dengan berbantalkan kalimahNya. Bacalah al-Quran dan terjemahannya. Jadilah seperti mata air yang tidak pernah berhenti melepaskan airnya ke sungai tanpa mengharapkan air itu kembali. Jadilah bak mentari yang tidak pernah berhenti memberi cahaya tanpa minta mengharap cahaya itu akan kembali membalasnya.

Beberapa tahun kemudian, sudah genaplah usia yang matang untuk Ahmad Emir Furqan menjauh daripada Hamra’ Mujeera. Mereka terpisah seperti Sungai Nil. Tiada iringan warkah menjadi penghubung. Betapa Ahmad Emir Furqan melaksanakan kewajipannya dengan bekerja sebagai pegawai Syariah dan merangkap pengerusi bagi badan kebajikan di Palestin. Kesibukkan hidupnya membuatkan dia tiada masa untuk membina mahligai cinta. Sehinggalah Datin Maisara, mama kepada Ahmad Emir Furqan berbincang perihal anak kesayangannya itu.

“Furqan, mama dah rancang nak kenalkan kamu pada anak Datin Lisa. Dia alim, solehah, warak dan menjaga batas pergaulan. Sungguh manja budak tu,nak. Sekejap lagi dia datang,” ujar Datin Maisara.

“Masya’Allah. Maa, bukan Furqan nak membantah tapi .. Furqan tahu tentukan calon mana Furqan impikan macam .. ,” keluh Furqan.

“Haa, see. Dah datang anak Datin Lisa, namanya Sally!” riang wajah Datin Maisarah melihat kelibat Sally yang memakai baju seksi dan skirt mini. Bersepatu ‘high heel’ 5 inci dan bertepek dengan make up yang tebal. Maklumlah lulusan ijazah di London. Agak kebaratan caranya.

Namun Datin Maisara mahu menantukan Sally kerana ingin menjaga reputasi mereka sebagai orang berada. Hubungannya dengan Datin Lisa bagai isi dengan kuku.

“Haii, aunty! Sally here! Well, aunty Nampak tua sikit lah before ni! Haha” lagak Sally yang kemanjaan.
“Hoho. You’re nonsense Sally, nak aunty suruh Furqan cubit? Aunty baru cadang nak ke salon dan buat treatment muka baru nampak macam baby face,” jawab Datin Maisara.

Ahmad Emir Furqan terus berlari 100 meter menuju ke bilik. “fuhh, mujur pantas dia melarikan diri sepantas kilat daripada Sally,” kerut dahinya.

“Furqan, kenapa muka pucat lesi ni? Nampak hantu ke siang-siang buta? Seloroh Firhan yang ada dalam bilik Ahmad Emir Furqan.

“Tak tak, masya’Allah bukan hantu yang ana nampak enta, tapi bakal calon pilihan mama ana tu di luar sana,” sambil menunding jari ke ruang tamu.

Firhan bingkas bangun dari katil dan menuju ke pintu. Dibukanya pintu seluas-luasnya untuk melihat bakal calon isteri Ahmad Emir Furqan. Matanya terus terbeliak. Pintu yang dikuak olehnya disedari oleh Datin Maisara. Mulut Firhan ternganga luas bagai lautan Atlantik.

“Firhan, haii. Ni haa, bakal wife Ahmad Emir Furqan, mana Furqan?” soal Datin Maisara secara spontan. Sally yang berada di sebelah Datin Maisara sibuk sungguh mencantikkan kukunya.

“Err, aunty! Furqan sedang de .. demam sambil mengaji. Yaa! Mengaji, tak boleh diganggu buat masa ni,” pantas sungguh Firhan menjawab apabila dicubit oleh Ahmad Emir Furqan.

“Oh, mengaji time demam? Furqan ni ada saja tak kena. It’s okay, suruh dia berehat saja dalam bilik,” jawab Datin Salmah sedikit pelik.

“Alhamdulillah ya Allah. Nasib baik enta back up ana. Kalau tidak! Mesti ana terpaksa tutup muka dengan songkok berhadapan dengan Sally tu,” sahut Ahmad Emir Furqan.

“Ana jangan cakap, enta buka saja pintu terus nganga mulut ni. Haih. Macam tak padan saja enta dengan apa nama perempuan tu. Sa..sayur?” gurau Firhan.

“Sally lah, Firhan. Saja enta ni nak usik ana kan?” Mama kata Sally tu alim, solehah, warak dan menjaga batas pergaulan tapi ..”

“Tapi .. bila tengok indah khabar dari rupa kan? Alim apa macam tu Furqan kalau pakai pakaian seksi, membuat seksa kita yang tengok. Sedangkan dekat madrasah dulu pun kita tak dapat melihat wanita sebegitu rupa. Ceruk mana agaknya Sally tu belajar? Nak kata jaga pergaulan tak juga, siap make up fuh! Ana rasa dia make up hari-hari tak henti, berapa inci agaknya lah muka plastik tu, serem dong!” Firhan mengolah dengan nada gurauan.

“Ceruk mana? Sally tu kelulusan ijazah dekat London. Ana tak tahu kenapa mama nak ana kahwin dengan wanita yang satu pun tiada ciri-ciri wanita yang diharuskan untuk dinikahi. Masya’Allah apa perlu ana buat saat genting ni? Ana cuma minat pada ...”

“Pada Hamra’ Mujeera kan? Ana tahu tu Ahmad Emir Furqan, dari dulu hatimu tak pernah melupakan wanita solehah tu. Dia sekarang sedang belajar di Jordan bersama Sara” jawab Firhan.

Lain pula situasi yang berlaku di ruang tamu. Rancak sungguh perbualan Datin Maisara dengan Sally.
“Sally, Furqan tak dapat jumpa Sally sebab dia tiba-tiba demam. Sedang mengaji pula tu dalam bilik,” ujar Datin Maisara.

“Ala aunty, kenapa tiba-tiba? Kalau macam tu biar Sally masuk bilik furqan then jumpa dengan dia tau, mana bilik dia,? Soal Sally kemanjaan tanpa segan–silu.

“Eh, anak dara mana boleh masuk bilik furqan. Lawaklah Sally ni, terkejut aunty. Aunty pun tak masuk bilik furqan apa tah lagi Sally yang beria-ria,” gelak Datin Maisara sedikit kehairanan dengan perangai Sally.
“Ala aunty, well. Dekat oversea dulu pun Sally berani saja main terjah bilik lelaki. Siap berclubbing lagi tau. Sally tak malu pun,” sahutnya yang teringin masuk ke bilik furqan.

Datin Salmah berasa meluat plus muntah hijau mendengarnya kerana didikan yang diberi oleh Datin Lisa pada anaknya jauh beza dengan keperibadian Ahmad Emir Furqan. Nak tercopot jantung Datin Maisara apabila mengetahui Sally pernah ke clubbing. Namun Datin Salmah bersahaja melayan anak sahabatnya itu. Terasa seharusnya Sally balik dulu.

“Sally, aunty rasa Sally perlu baliklah. Nanti ada masa kita jumpa yaa?”gusar Datin Maisara lama-kelamaan dengan Sally.

But aunty, Sally nak jumpa anak aunty yang handsome tu? Aunty kata dia pelajar tahfiz kan? Confirm dia boleh guide Sally dengan baca al-quran tak ada lah Sally asyik baca komik saja nanti, haha” riang Sally.
Alahai minah ni. Terlebih pula reaksinya walaupun pertama kali jumpa sudah meluat. Datin Maisara tersenyum sinis saja.

“Nanti-nantilah aunty perkenalankan, dalam satu dua bulan macam tu kita langsungkan perkahwinan!”
“Tak nak dua bulan, as soon as possible aunty. Sally tak sabar,” seloroh jawab Sally.

“Yayaya. Sally kirim salam pada mummy okay,” sahut Datin Maisara.

Tenang jiwa Datin Maisara, Sally telah pergi. “Tapi Sally tu manja, of course furqan suka,” monolog Datin Maisara. Dia lalu menuju ke bilik furqan dengan membawa khabar berita gembira. Furqan harus mengahwini Sally.

“Furqan, anak mama tak demam kan? Mama nak furqan berkahwin dengan Sally.

“Sally? Aunty, nama Sally tu sesuai untuk kucing Firhan kat rumah. Kucing tu tak ada nama lagi. Lucu saja, huhu” sampuk Firhan.

“Firhan ni, Sally tu nama sweetlah macam gula-gula kapas, tak tengok lagi cara dia cakap macam mana tergoda firhan karang tau,”

“Daripada Sally tu aunty, cute lagi kak ton! Firhan yang memandangnya pun dah ternganga apa tah lagi tergoda. Taklah, Insya’Allah benteng jati diri kami berdua sebagai lelaki sejati takkan tewas dengan Sally,” jawab Firhan sedikit menahan teringin gelak.

“Firhan ni, aunty kahwinkan dengan Sally karang baru tau. Aunty tanya pendapat Furqan, sebab aunty nak dia berkahwin, got it?!” ujar Datin Maisara.

Firhan sekali lagi mahu berpusing-pusing otaknya. Dibagi free pun wanita seumpama itu mana mungkin seorang tahfiz menerimanya. Sungguh tidak logik dek kewarasan akal. Mereka berdua tidak akan tewas dengan perhiasan wanita tidak menutup aurat sebegitu. Keteguhan pendirian mereka sentiasa berpaksikan qada dan qadar Allah swt. Mereka tahu untuk mengubah insan lain seharusnya tarbiah diri sendiri dulu.

“Mama, furqan bukan tidak mahu tapi memang tak ingin memeperisterikan wanita sebegitu. Untuk apa seorang anak mama ini mencari keredhaan Ilahi dan ketakwaan tetapi tidak disalurkan pada tempat selayaknya? Furqan ada pilihan sendiri, furqan tahu permata yang furqan nantikan akan muncul dalam hidup realiti furqan, ma. Tolong jangan bagi furqan galas tanggungjawab untuk mengahwini Sally atas dasar keluarga,” rayu Ahmad Emir Furqan. Dia sesungguhnya membangunkan harga dirinya, belajar mencari cinta sejati.

“Baiklah mama akan beri furqan sebulan saja untuk mencari permata yang furqan ingini. Tapi kalau furqan tak jumpa juga, mama pasti Sally adalah orang yang layak untuk anak mama ni,” tegas Datin Maisara.

Dia pasti dalam tempoh singkat sebegitu furqan tidak akan menemui seorang wanita lain. Oleh itu, furqan tetap akan akur akhirnya dengan pilihan datin Maisara.

Datin Maisara meninggalkan Ahmad Emir Furqan dan Firhan. Mereka berdua terasa tempoh yang diberi agak singkat untuk menemukan permata pujaan furqan. Sekian lama furqan tidak bertemu dengan si pemilik mata yang  indah, muka yang berseri dan akhlak yang cantik masih lagi segar dalam ingatan furqan. Dia begitu ingat wajah kepunyaan Hamra’ Mujeera.

“Firhan, enta dengar sendiri bukan warna-warni ragam mama ana tadi? Tempoh yang diberi amat singkat, haruskah ana bermusafir pergi ke Jordan untuk mencari Hamra’? Andai bisa ana menjelajah ke mana pun ana sanggup, daripada tegar berada dalam lingkaran agama tapi gagal melawan nafsu dunia angkara syaitan yang mengusik jiwa. Biarlah ana buktikan kesungguhan ana ini, supaya mereka tertangis-tangis kerana akal berdasarkan keimanan berlawan dengan ajakan syaitan yang direjam. Mahligai perkahwinan itu suci dan ana ingin sucikan dengan permata itu,” keluhan Ahmad Emir Furqan.

Sebak hati Firhan mendengarnya. “Furqan, enta memang layak untuk Hamra’!” monolog firhan. Tidak mahu rasa hiba itu ditonton oleh furqan sendiri. Dia amat mengasihi sahabat semadrasah dengannya itu.

“Buat apa tercegat lagi furqan, bawa laptop ke sini. Kita cari flight penerbangan domestik untuk ke Jordan. Misi kita adalah untuk menjejak Hamra’! plus mencari Sara buat ana!” riuh suara Firhan berkobar-kobar semangat membantu furqan di samping ingin menemui Sara.

“Hamboi Sara juga diselitkan sekali ya?

“Err, haruslah, dan wajiblah ana minat gadis tu since dulu fur .. qan” malu-malu kucing Firhan menyahut. Pipinya kemerah-merahan bagai memakai blusher.

“Dah jumpa, ana tempah tiket dua untuk flight kita malam ni pukul 9 p.m. nah! Ada masa untuk kita bersiap, bergerak malam ni insya’Allah kita akan sampai secepat mungkin!” suara syahdu furqan menggamit ruangan bilik berwarna biru lautan itu.

***


Bersambung lagi ^_^ !

Cerpen Seteguh Cinta Hamra' (Part 3)

Perjalanan hidup setiap kita memang berbeza kerana kita tidak berjalan di atas takdir orang lain. Tuan Punya Dunia telah sediakan setiap cerita untuk kita


“Assalamualaikum,” suara wanita berumur di luar memecah kesunyian malam. Hamra’ bingkas bangun dan meletakkan al-Quran di atas katilnya. “Pasti itu ustazah Thorfina!” monolognya.

“Walaikumussalam wbt, ummi!” sahut Hamra’ dengan wajah yang ceria. Tak lekang matanya membulat setelah melihat ummi sudah pulang.

“Alhamdulillah, urusan ummi sudah selesai, mana adik-adik lain Hamra’? soal ustazah Thorfina sambil matanya meninjau ruangan tamu yang kosong.

“Mereka semua sudah masuk ke bilik ummi, Hamra’ sudah laksanakan rutin mereka dengan sebaiknya, Insya’Allah. Hamra’ amat senang berinteraksi setelah lama Hamra’ tak mampir di sini. Rindu pada ummi juga dapat jadi penyejuk mata Hamra’,” kata Hamra’ sambil membetulkan tudungnya.

“Ummi kagum dengan kamu nak, dari dulu ummi asuh sehinggalah dewasa tak lari keperibadianmu yang luhur. Ummi sudah makan di luar, sudah solat juga dan sekarang ayuh kita duduk ke belakang pondok. 

Ummi sudah janji mahu menceritakan sesuatu padamu, sambil itu kita boleh menikmati keindahan alam di waktu malam,” suara ustazah Thorfina yang keibuan disambut baik oleh Hamra’.

Alam sungguh indah sekali, bintang menyinar seolah kepuasan malam diberikan sepenuhnya. Tiada hembusan angin tidak mungkin kesejukkan malam terasa. Hamra’ dan ustazah Thorfina duduk bersebelahan. Bahu bertemu bahu.

“Hamra’, umurmu sudah 17 tahun genapnya. Ummi sudah tua, ummi tidak mahu lagi menyimpan rahsia terbesar sebelum ajal  menyambut ummi,”

Seolah perbicaraan pada malam itu memfokuskan sesuatu yang penting. Hamra’ mendengar dalam diam. 

Wajahnya berseri meskipun malam tiada cahaya yang terang. Ustazah Thorfina meneruskan bicaranya.

“Ummi mengasuhmu bagai menatang minyak yang penuh, sejak Hamra’ diberikan pada ummi di usia yang masih bayi oleh ibumu. Pondok yang usang ini disinari cahayamu yang sentiasa membuatkan ummi merasa ketenangan di hati. Bagai lautan yang bergelora pun mampu terkesima dan mengundur. Momen kedua orang tuamu meninggal dunia saat cinta mereka diuji dengan kerakusan harta oleh orang tua belah ayahmu, nak. Ayahmu meninggal dunia terlebih dahulu semasa sedang menunaikan haji. Pada masa itu ibumu tidak ikut bersama kerana mengandungkanmu. Ibumu anak yatim piatu. Tiada apa yang membuatkan ibumu tampak indah melainkan akhlak dan kesopanan yang persis kamu sekarang. Bagai langit dengan bumi cinta orang tuamu. Sedikit sebanyak keperibadian ibumu menambat hati ayahmu sehingga dia sanggup berkahwin meskipun keluarga pada mulanya tidak merestui. Semasa ayahmu meninggalkan ibumu, mereka mahu ibumu mati sebelum kamu dilahirkan di bumi, kerana sejujurnya kehadiran ibumu denganmu akan membawa musibah buat mereka yang tidak boleh menerima jurang antara ibu bapamu. Tiada perikemanusiaan yang ditunjukkan. Ibumu telah dihalau di rumah keluarga ayahmu dan tiada khabar dapat diterima oleh ibumu saat itu,” ustazah bercerita perlahan-lahan untuk mengingati segala rentetan pernah diceritakan oleh arwah ibu Hamra’ sewaktu dahulu.

Luluh jiwa Hamra’ mendengarnya. Hamra’ terasa bintang-bintang di langit sana telah menyepi dan menjauh. Malap terasa namun diseka air matanya daripada mengalir.

“Nak, arwah ibumu berpesan pada ummi supaya sewaktu umurmu 17 tahun barulahh ummi boleh menceritakan tragedi ini. Usiamu yang matang mungkin mampu menerima takdir Ilahi dengan hati yang tenang. Ada warkah terindah arwah ibumu coretkan khas untukmu sewaktu kamu masih lagi dalam kandungannya. Kerana ibumu pasti kandungannya akan lahir dengan selamat meskipun nyawanya menjadi taruhan. Kematian ibumu jua disaksikan ummi yang merupakan rakan seperjuangan sewaktu menuntut di sekolah agama dulu. Ibumu pergi dengan hati yang tenang, suci wajahnya sambil tersenyum. Kemungkinan Allah swt mahu ayah dan ibumu disatukan di alam lain di mana cinta mereka tidak ditentang oleh insan yang tiada insani,” ustazah Thorfina bergelut dengan emosi.

Terlalu banyak hal yang ingin dibicarakan. Banyak yang dipendam menanti saat sesuai memberitahu pada Hamra’. Lantas, dia bangun mencari warkah yang disimpan rapi tanpa dibaca olehnya atas dasar ingin menyampaikan selayaknya pada Hamra’ sendiri. Hamra’ termenung diulit cerita yang baginya bagaikan dongengan. Dahsyatnya bagai petir yang menyambar. Jiwanya makin luluh, luluh lagi daripada bunga sakura yang gugur di bumi Jepun. Ditahan dan terus ditahan.

“Hamra’, nah. Ini nak warkahnya. Ummi telah jaga bertahun lamanya. Semoga penulisan ibumu ini dapat menyampaikan kondisinya di alam sana yang amat merindukanmu. Ummi berundur dulu, hayatilah malammu ini tanpa ganguan, yang penting harus Hamra’ tahu ummi mahu Hamra’ jadi seorang yang tabah,” Ustazah Thorfina memeluk Hamra’ seeratnya.

Tiada kata yang Hamra’ tuturkan. Dia tiba-tiba sahaja menjadi kaku. Bukan seperti sebelumnya yang bisa mengeluarkan kata tanpa diundang. Namun pelukan umminya itu disambut dengan penuh kasih sayang. Hamra’ amat menghargai insan yang berada di hadapannya itu.

***

Tarikh 12.12.2000

Waktu; Malam, saat ibu menikmati malam diterangi lampu pelita.

Kehadapan bakal anakku yang akan berpijak di bumi Allah swt ini, ibu titipkan warkah mahabbah tanda ibu amat merindukan kamu sangat-sangat. Anakku sayang, kehadiranmu nanti membibitkan rasa gundah di hati ibu. Bukan tidak gembira, tetapi ibu merasakan yang ibu bakal tiada lagi di matamu. Entah mengapa ibu merindukan ayahmu yang telah meninggalkan kita berdua, nak. Ibu di saat ini banyak dugaan ibu tempuhi, pernah ibu hampir diracuni kerana hasad dengki belah ayahmu. Ayahmu enggan berkahwin dengan pilihan keluarganya, nak. Ibu jadi tempat mereka melepaskan amarah. Seolah ibu bagaikan boneka. Namun, ibu sentiasa membelaimu, mendoakan agar kandungan ibu selamat. Ibu tidak diberi makan, sehingga ibu mengemis semata-mata untuk mendapatkan makanan. Keluarga ayahmu amat kaya-raya nak, namun mereka tidak kaya iman dan takwa di hati. Ibu sanggup memilih ayahmu kerana keperibadian ayahmu mententeramkan jiwa ibu. Sungguh berbeza dengan sikap keluarganya. Sewaktu menerima khabar ayahmu meninggal dunia, tiada apa ibu fikirkan selain kalimah ilahi menjadi sebutan. Ibu bagaikan kehilangan seorang suami yang ibu cintai. Tidak lama kemudian, ibu dihalau dari rumah ayahmu yang mewah tapi dipenuhi kezaliman dan penindasan. Ibu dicampak sewaktu hujan lebat. Ditendang bagaikan kucing kurap di tepi jalan. Tanpa pakaian tersimpan, tanpa payung. Ibu dan kamu ditemani hujan yang lebat. Ya Allah. Ibu tiada arah untuk tuju, ibu tidak risau ibu kesejukkan namun ibu tidak mahu kamu juga sakit. Ibu gagahi langkah berjalan meninggalkan keluarga ayahmu sehingga ibu pitam sendirinya di tepi jalan. Mujur ibu bertemu sahabat lama ibu iaitu ustazah Thorfina, nak. Ibu dijaga olehnya. Malam itu ibu sujud lama kerana ibu bersyukur kamu masih selamat dalam kandungan ibu. Tapi ibu rindukan ayahmu, wajah ayahmu sentiasa muncul. Tangan ayahmu sentiasa menarik ibu untuk berjumpanya. Wahai anakku sayang, ibu beri namamu ‘Hamra’ Mujeera’. Semoga kamu jadi seorang mujahidah yang terindah di muka bumi ini. Usah terpukau dengan kekayaan dan keseronokkan fatamorgana dunia, nak. Jadilah suri hati suamimu kelak, berikan kasih sayang setulusnya. Tiada yang ibu tinggalkan padamu melainkan nasihat. Ibu mahu Hamra’ yang lahir mewarisi keperibadian luhur ibu dan ayah. Usah berdendam, dan usah membalas kezaliman dengan kezaliman namun percayalah Allah swt yang akan menunjukkan kekuasaanNya. Wahai anakku sayang, Hamra’. Ibu ayah rindu kamu,sayang. Titipan warkah ibu ini ditulis ditemani air mata. Air mata di mana ibu amat gembira kamu bakal lahir. Jadilah insan penyejuk mata alam semesta! Teguhkan cintamu kepadaNya dan suamimu kelak’

Yang mencintaimu,
Ibumu


Hamra’ menutup dengan kemas warkah itu ke dalam sampul semula. Tidak sanggup dia membacanya lagi. Cukup sarat penuh dengan beban perasaan yang bersarang di hati dipendam ibunya. Air matanya berjurai laju mengalir. Matanya tidak mampu menakung air mata yang tumpah.

“Ya Allah, Hamra’ tidak kuat. Hamra’ tidak kuat ya Allah. Sungguh berat ujian yang ditanggung ibu bapa Hamra’ ya Allah. Berilah Hamra’ ketabahan yang sesungguhnya, Hamra’ perlukan Allah, jangan tinggalkan Hamra’ menjauh. Hamra’ tidak punya sesiapa” suara Hamra’ yang lembut bergetar-getar. Denyutan jantungnya seolah-olah perlahan.

Malam itu bagaikan mimpi. Hamra’ terus bergegas ke mengambil wuduk. Cepat-cepat dibentangkannya sejadah. Hamra’ menunaikan solat tahujjad. Bermunajat pada Allah swt, mengadu sepuasnya pada Ilahi.

“Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hatiku. Tetapkanlah hatiku padaMu. Dekatkanlah jiwaku dengan jiwaMu. Rahmatilah kedua orang tuaku di sana. Rahmatilah ustazah Thorfina yang mengasuhku. Sungguh ya Allah. Tiada yang mustahil tanpa kekuasaanMu. Betapa kerinduanku bertandang terhadap orang tuaku. Wajah mereka yang tidak mampu kutatap. Ya Allah, aku diuji dengan seberat ujian ini tidak mematahkan sekeping hatiku untuk meneruskan perjuangan di muka bumi. Akan rela aku pendamkan kesakitan ini di saat tiada yang mengetahuinya. Biar diriku diulit penderitaan yang mengajar aku untuk mengejar cintaMu. Terima kasih atas kasih sayangMu ya Allah, hingga hujung nyawa kerinduaan ini tersemat di dalam diri ini” Hamra' menadah tangan. Matanya dibanjiri titisan air mata. Di keheningan malam, Hamra’ lena di sejadah.


***

Kedengaran bunyi azan berkumandang. Hamra’ terjaga, dia tertidur di sejadah. Tepat pukul 5 pagi. Hamra’ menuju ke tandas membersihkan diri. Melaksanakan solat Subuh dengan penuh khusyuk. Saat itu tiada lagi kesedihan yang dirasai. Bahunya amat ringan sekali. “Ya Allah, terima kasih atas hadiah ketabahan ini,!’ getus hatinya.

“Kak Hamra’, kami semua sudah solat Subuh, mahu meneruskan bacaan al-Quran sekarang!” kata anak-anak yatim. Mereka tidak perlu diberitahu akan cekap melaksanakan rutin dengan sebaiknya.

“Alhamdulillah, macam itulah adik-adik kak Hamra. Teruskan pengajiannya ya, akak mahu siapkan sarapan’,” ujar Hamra’ menguntum senyuman.

Setelah menyediakan sarapan. Ustazah Thorfina muncul dengan mengenakan tudung yang labuh berwarna hijau. Dia mendekati Hamra’.

“Anak ummi sedang buat apa tu,? Soal ustazah Thorfina sambil tersenyum.

“Masya’Allah ummi, hampir terkejut Hamra’. Hamra’ tengah siapkan sarapan ummi, Hamra’ sediakan mee goreng. Sedap tau ummi, nanti rasalah air tangan Hamra’ ni!” riak wajah Hamra’ berubah sungguh. Hamra’ nampak lebih tenang.

“Ohh, ummi tak rasa pun dah tahu sedap. Hamra’ kan pandai memasak, tak gitu? Ustazah Thorfina sengaja membuat suasana riang. Lalu, dia turut membantu menyediakan sarapan.

“Ummi, Hamra’ akan pulang ke madrasah hari ni. Hamra’ nak uruskan buku-buku lagi, ditambah Sara juga datang sebab pemulangan buku teks hari ini. Selepas itu Hamra’ akan melanjutkan pengajian di Jordan, Hamra’ dapat tawaran biasiswa kerana keputusan trial Hamra’ cemerlang, ummi. Hamra’ dah lama terima tawaran ini tapi terlupa sampaikan pada ummi,” ujar Hamra’.

“Subhanallah. Alhamdulillah. Ya Allah! Hamra’ dah dapat tawaran belajar? Masya’Allah, ummi tumpang gembira. Baiklah nak, Hamra’ pergi sana uruskan urusan yang tergendala. Ummi izinkan, kerana ummi  tahu Hamra’ dah bijak tentukan kehidupan Hamra’,” jawab ustazah Thorfina sedikit keriangan.

“Syukran jazilan ummi, Hamra’ takkan lupa jasa ummi. Moga Allah swt membalasnya setimpal dengan pemberian kasih sayang ummi pada Hamra’ yang tidak terbahagi. Hamra’ pasti merindukan ummi bila di sana, terima kasih atas asuhan yang ummi beri di pondok ini sewaktu Hamra’ kecil. Kalau tiada ummi entah mana Hamra’ boleh membesar sebegini,” kata-kata Hamra’ dipamerkan dengan penuh cinta terhadap umminya.

Ustazah Thorfina terus memeluk Hamra’. Dia amat sayang Hamra’ persis anaknya sendiri. Diraut wajah ustazah Thorfina dia menghalalkan segalanya, dipalunya doa’ agar Hamra’ teruskan perjuangannya.

“Pergilah nak, ummi di sini pasti merindukan Hamra’, maafkan ummi sebab ummi tidak mampu menghantar Hamra’ ke airport, ummi harus menjaga adik-adikmu di pondok usang ini. Jaga diri Hamra’, beramallah dengan ilmu sebaiknya. Kamu adalah hadiah terindah dari Ilahi di muka bumi, pergilah berjihad mencari ilmu, gegarkan dunia dengan keperibadianmu,” sungguh semangat ustazah Thorfina bertutur. Dia tidak tahu tempoh singkat saja perjumpaanya. Yang pasti dia mahu Hamra’ sendiri berdikari dan mencari kehidupan yang sebenar di luar sana.


****

Suasana di madrasah makin riuh, kedengaran suara pelajar-pelajar tingkatan 5 yang mahu memulangkan buku teks. Ada yang mengira buku kerana risau tidak mencukupi. Ada pula yangberbual-bual buat kali terakhir bersama rakan-rakan. Pelajar lelaki madrasah itu iaitu Tahfiz wal-Qiraat juga singgah ke madrasah perempuan Ad-Dinniyah kerana sesi pemulangan buku teks gempur diadakan serentak.

Kelihatan kelibat Maria dan Anna. Dua belangkas yang tak lari daripada membawa gosip-gosip dan taburan hasad dengki. Sewaktu mereka berjalan sambil bergelak-tawa, Ahmad Emir Furqan muncul lalu di sebelah mereka sekilas. Mata kedua-dua terbeliak. Seolah malaikat yang lalu.

“Mariaaa, dia tu handsome lah, hidung mancung maklumlah ada keturunan arab kan, berilmu pula tu, yang penting muka dia perfect licin macam korea punya artis plus anak orang kaya!,” seloroh Anna yang masih tak percaya kewujudan Ahmad Emir Furqan seketika.

“Woww, menarik bioligrafi dia, boleh aku tackle dengan kecantikan aku ni,” getus hati Maria yang mempunyai rancangan sesuatu. Nekad untuk memiliki Ahmad Emir Furqan atas dasar rupa dan kekayaan yang dimiliki.

“Hoii, yang kau termenung kenapa minah? Cubit Anna di tangan Maria.

“Ehh nenek kau. Eh nenek aku. Ada apa?? Maria kaget.

“Itulah orang tak suruh termenung dia pula syok sendiri melayan perasaan, Maria kau ni syok sangat ni. Bagilah dia tu kat aku saja,” leter Anna lagi.

“Err, please lah dia aku punya. Wei kau rasa kan Ahmad Emir Furqan tu syok kat siapa agaknya,? Soal Maria penuh tanda tanya.

“Of course lah minah oi, Ahmad Emir Furqan tu minat kat Hamra’ Mujeera sorang, tak tahu ke?

“Ha? Perempuan yang berhijab dan muka suci tu ke. Mustahilah, Hamra’ tu mana layan lelaki. Tengok cara pun tahu” Maria menafikan seolah tak percaya Ahmad Emir Furqan meminati Hamra’.

“Aduii, tak mustahilah Maria. Hamra’ tu lawa, lawa lagi daripada kau, even dia tak layan tapi Ahmad Emir Furqan mesti melayan dia juga tu” tegas Anna.

“Hamboi, kau bukannya puji aku malah puji budak tu pula. Eh, kalau macam tu tengoklah nanti macam mana. Aku try dapat kan harta lelaki tu, haha” riang Maria.

Ekk harta? Mata duitan betul kau ni minah oii. Tapi boleh share dengan aku juga nanti kan?” Anna pun tergelak sama. Betul-betul merasa mereka akan dapat tawan hati Ahmad Emir Furqan.

***

“Assalamualaikum Hamra’!” jerit Sara dari jauh membuat Hamra’ kaget dan menoleh ke belakang.
“Sara! Wa’alaikumussalam wbt, sudah sampai dari kampung ya?” soal Hamra’ dengan senyuman di bibirnya.

“Iye Hamra’, Sara ingat lah hari ni kan kita pulangkan buku teks. Hamra’ macam mana sihat tak?
“Alhamdulillah sihat, Allah swt masih beri Hamra’ bernafas lagi. Sara pula? Riang saja sejak pulang ke kampung halaman?

“Alhamdulillah, Sara juga baik-baik saja. Mana tak riang dapat jumpa keluarga semula, rindu sangat pada ibu bapa Sara,” Sara mengekpresikan momennya pada Hamra’. Sedikit rasa sedih pabila Sara menyebut perkataan rindu ibu bapa’ di jiwa Hamra’ secepat mungkin dia menyorokkan kesedihan itu.

“Hamra’ dengan pun turut rasa kegembiraan Sara, ayuh kita masuk ke dalam dewan. Tapi sebelum tu Hamra’ nak tanya siapa bakal hantar kita ke airport nanti ya? Tiket sudah ada ditangan. Tinggal sehari lagi mahu flight ke Jordan” Hamra’ menanyakan soalan pada Sara yang turut sama dapat melanjutkan pelajaran di Jordan.

“Yang itu Hamra’ usah khuatir, sebab ayah Sara akan hantar kita. Sara tak sabar-sabar untuk naik flight buat pertama kalinya nanti!” suara Sara yang begitu teruja.

‘Terima kasih Sara, sanggup tumpangkan Hamra’. Kalau bukan sebab Sara ...”

“Dah dah. Sara lagi terhutang budi dekat Hamra’, sebab ikatan persahabatan dengan Hamra’, Sara dapat ilmu pengetahuan berserta tazkirah, full pakej. Sara patutnya bersyukur mengenali Hamra’. Ayuh kita masuk ke dalam dewan, dah lambat pula nanti!” jawab Sara.


****

Hamra’ dan Sara lega akhirnya buku teks dapat dipulangkan dengan jumlah yang sepatutnya. Sara meninggalkan Hamra’ sebentar kerana dormnya masih lagi tidak dikemas rapi.

Hamra’ mengambil tempat menunggu Sara di kolam tepi asrama mereka. Melihat keindahan ciptaanNya sambil tangannya memegang tasbih. Tak lepas mulutnya berhenti berzikir.

“Emir Furqan, agaknya selepas ni melepaslah peluang enta nak tackle hati seseorang ya?” soal Firhan.

“Siapa saja yang ana nak tackle ni?” tanyanya seolah tidak memahami maksud tersirat rakannya.

Tiba-tiba Firhan menunding jari ke arah bangku yang ada di kolam, terdapat seorang kaum hawa bertudung labuh warna ungu duduk keseorangan.

Ahmad Emir Furqan dapat menjangka itu adalah Hamra’ Mujeera! Hatinya terus berbunga-bunga.

Sukar sungguh mencari kelibat wanita itu meskipun madrasah mereka berhampiran. Kadang muncul kadang malap. Hadirnya bagai biadari di hati Ahmad Emir Furqan. Dia terus teringat akan warkah yang dititipkan khas untuk wanita itu.

“Apa mungkin warkahku telah kau baca dan apa juga responmu ya Hamra’?” Ahmad Emir Furqan berdialog.

“Emir Furqan, enta termenung ke? Pergilah berjumpa Hamra’ selepas ni dah tak jumpa dia lagi agaknya,” ujar lembut Firhan.

Ahmad Emir Furqan mengorak langkah menuju Hamra’, diperbetulkan posisi kopiahnya di kepala. Sambil menoleh ke arah Firhan.

Handsome tak enta, Firhan?” nada suara yang sedikit memuji dirinya.

Handsome macam kak ton. Furqan, enta tu dah sempurna sedang nak sempurna mestilah cari kaum hawa yang untuk jadi pelengkap hidup, dapat tawan hati Hamra’ bagitahu enta ya!” gurau Firhan.

Ahmad Emir Furqan hanya tersenyum saja. Dia akui untuk menawan hati gadis di hadapannya bukan semudah memakan abc. Hamra’ punya hati nurani yang dapat mencairkan jiwa sesiapa yang melihatnya.

“Assalamua’laikum, ya Hamra Mujeera,” kekok Ahmad Emir Furqan.

Berdebar-debar jantungnya saat menyapa. Redup mata Hamra’ memberikan tanda suci penglihatannya. Bibirnya indah ditambah kejernihan raut wajahnya.

Hamra’ mendongak sedikit memerhati siapa gerangan yang memberi salam. Syahdu suaranya. Kelihatan Ahmad Emir Furqan tidak jauh di bangku yang didudukinya.

Hamra’ teringat akan warkah Ahmad Emir Furqan! Dia harus mengembalikannya semula.

“Walaikumussalam, ya Ahmad Emir Furqan,” jawab ringkas gadis di depan matanya. Lalu Hamra’ bingkas bangun meninggalkan kolam kerana tidak mahu berjumpa lelaki yang bukan mahram baginya di tempat seperti itu.

“Hamra’ ... tunggu! Tunggu Furqan!,” kerut dahinya bila Hamra’ bergegas mahu pergi.

“Kali ini saja Hamra’, Furqan nak berbicara empat mata dengan Hamra’ sebelum Furqan membawa diri,” suaranya makin hiba.

Hamra’ mendengarnya tidak merasakan itu satu sebab malah hanya alasan. Namun di sudut hati kecilnya, timbul rasa simpati. Langkah Hamra’ dihentikan apabila Ahmad Emir Furqan pantas memotong dan berada tepat di hadapannya. Jantungnya tercungap-cungap ketika berhenti. Bagaikan berlari 100 meter.

Wajah Hamra’ tidak berpaling melihat kekacakkan Ahmad Emir Furqan. Hamra’ menguntumkan senyuman sedikit.

“Ke .. kenapa laju sang .. sangat Hamra’ jalan? Ada emergency ya? Ahmad Emir Furqan menanya soalan.

Hamra’ tidak menjawab. Dia mengeluarkan sepucuk warkah Ahmad Emir Furqan.

“Ini surat enta bukan?” soal Hamra’.

Ahmad Emir Furqan mengangguk.

“Ambillah semula, Hamra’ sudah membacanya. Warkah ini terlalu berat untuk Hamra’ menyimpannya, apa pun alasan Furqan memerhati gerak-geri Hamra’ ke pondok usang itu sebenarnya tidak perlu pinta kemaafan. Tetapi wajar seorang tahfiz yang disegani seperti Ahmad Emir Furqan menghambakan diri denganNya. Usah bimbang Hamra’ takkan lapor pada murrabimu perihal warkah ini,” nada lembut Hamra’ membuatkan Ahmad Emir Furqan rasa kecundang.

Pantas Hamra’ meneruskan bicaranya lagi. Dia tahu semua kaum adam punya niat yang sama pabila mendekatinya.

“Hamra’ tidak mencari seorang kekasih malah mencari seorang suami,” getus Hamra’.

“Furqan juga sama, tidak mahu menurut cinta hawa nafsu, furqan mencari seorang kaum hawa dijadikan isteri, dan wanita itu yang berada di hadapan mata furqan sekarang,” sekali lagi jawapan Ahmad Emir Furqan melahirkan menerusi dalam hatinya. Suaranya seolah penyanyi nasyid In-team sungguh merdu. Sedikit ketegasan dipamerkan pada Hamra’ yang dia sudah mula menyayangi Hamra’.

“Furqan akan menemani Hamra’, membawa khabar gembira agar terbit bahagia dan harapan,” tenteram dan teduh kesimpulan Ahmad Emir Furqan.

“Pada hati yang kian karam, pada jiwa yang makin gersang, pada jasad yang makin longlai. Tuhan tahu apa yang direncanakan pada umatNya. Bisa saja Furqan berkata persis itu, bagai gunung yang mendengar akan menyorokkan letusan apinya. Pada tepat waktu menurutNya, bukan kemahuan kita akan bercantun deraian hati. Pada waktu terkandas dariNya, mengikut kemahuan diri, kita akan berpisah dan merobek deraian hati. Teguhkan Cinta pada sang Khaliq, tiada janji Hamra’ berikan. Andai Hamra’ tulang rusuk Furqan yang hilang, Allah swt pasti memberikan jalan termudah kelak, sekian saja. Usah menghalang laluan Hamra’, moga Allah swt memberkatimu pejuang agama!” bicara Hamra’.

Dia tahu hatinya terpaut dengan Furqan bukan kerana rupa parasnya namun ketinggian akhlak. Tapi sejarah silam ibu bapanya mebuatkan dia akur untuk mendiamkan diri berjihad mengejar ilmu Allah swt.

Ahmad Emir Furqan terkesima. “Ya Allah, begitu sukar untuk menawan hati gadis itu, dia sungguh menjaga dirinya untukMu, berikanlah aku peluang untuk merasa mahabbah dalam dirinya untuk mencipta mahligai indah bersama,” nada suara Ahmad Emir Furqan dilafazkan menerusi hati. Dipejam matanya. Itulah pertama kali dia berbicara dengan wanita itu dan saat itu adalah pertemuan terakhir untuk dia mengenali wanita bernama Hamra’ Mujeera.

Saat memejam mata, ada satu suara di langit menyapa Ahmad Emir Furqan.

"Sabar wahai pejuang agama, apabila dia tidak memlilihmu, cinta belum berpihak padamu, ada khabar gembira ingin kusampaikan. Tatkala itu, Allah masih menunggumu, mendengar doa-doamu, merindui sujudmu. Sehingga senyumanmu dibasahi air mata kerana Allah. Lalu, pergilah cari senyuman itu dalam sujudmu. Wanita itu masih menjaga kesucian diri dan hatimu daripada syaitan laknatullah"

Mata Ahmad Emir Furqan terbuka, dia merasakan suara itu sengaja menyapa untuk memujuk hatinya yang lara. Terukir senyuman di bibirnya. “Ya Allah, aku rindu mengadu padaMu perihal kondisiku ini,” ujar lembut Ahmad Emir Furqan.


BERSAMBUNG <3




Cerpen Seteguh Cinta Hamra' (Part 2)

Rasulullah saw bersabda " Tiada beriman seseorang kamu sehinggalah dia mencintai saudaranya sama seperti dia mencintai dirinya sendiri

Ya Allah. Dinginkanlah panas kalbuku ni dengan salju keyakinan. Padamkanlah bara jiwaku ini dengan renjisan air keimanan’’ monolog Hamra’ apabila air wudhu menjadi penemannya. Mungkin liku-liku hidup ini tidak cukup indah tanpa melalui sedikit pengalaman getir. Baginya perasaan yang mnyelebungi jiwanya dapat mengelakkan luka semalam yang kekal memenjara hati. Hamra’ duduk bertakafur menerka segala rintangan hidup. Ya Allah. Bagaimana agaknya keadaan pondok usang yang dihiasi dengan anak-anak yatim yang berakhlak mulia apabila aku menjelajah ilmu di luar negara? Hamra’ kelihata sayu. Dia merasakan keputusan SPM yang bakal keluar bakal mendebarkan segelinap hatinya.


Tiba-tiba Qaisara berjalan pantas merapati Hamra’ sambil ditanganya memegang sepucuk surat yang yang tampak kemas digenggamannya.

‘‘Assalamualaikum, Hamra’ ! Ada warkah untuk awak’’ Sapa Qaisara sambil menghulurkan surat.

‘’Wa’alaikumussalam Sara,’’ dengan tenang Hamra’ mengambilnya.

Bukalah warkah itu Hamra’, Sara ingin melihat intipatinya juga’’ tutur kata Qaisara dengan penuh nada manja.

 Hamra’ bagaikan sudah memahami rakannya.

“ Allahu Akbar!  Allahu Akbar! ... ’’  Kedengaran azan mula berkumandang di sekitar pesantren. Kedua-duanya terus berhenti berbicara seketika.

‘’Sara, jom solat dulu, azan sudah pun berlalu’’ Hamra’ mencuit tangan rakannya itu.

‘’Lah Hamra’ ni, baru sahaja hendak suruh awak membaca warkah daripada ‘ehem’ itu, bukan senang hendak berpeluang rapat dengan dia’’ kata Qaisara.

 Hamra’ terus beristighfar.  Astagafirullah’aladzim, Sara. Kalau ya pun jomlah kita solat dulu. Bukankah azan sudah menyeru. Tak lari pun surat itu nanti’’ ujar Hamra’

Pantas Qaisara mencela. ‘’Hamra’, Sara tahu itu, bacakan tak lama jadi bukalah dulu sekejap? Hehe. Sambil tersengih-sengih.

‘’Err, Sara tahu tak apa kata hati Hamra’ sekarang?’’ kata Hamra’ perlahan nadanya.

‘’Kata hati pun pandai berpesan ya? Qaisara menyampuk.

‘’Na’am ya sodaqati, dia pesan jangan kerana sepucuk surat kita alpa dan lalai dengan melaksanakan perintah Allah swt. Bangunkan harga diri, belajar mementingkan ukhrawi, belajarlah bercakap dengan Allah iaitu melaksanakan solat. Entahlah macam manalah sekiranya umur kita tidak panjang. MasyaAllah. Mesti sedih bukan nyawa ditarik dalam keadaan tidak mendirikan solat. Padahal warkah yang tidak wajib kita dahulukan? Solat adalah salah satu terapi iman, solat adalah masa kita bercinta dengan Tuhan. Hamra’ tidak mahu dipengaruhi penyakit hati dan amat mudah jatuh cinta pada keindahan duniawi, lupakanlah dunia buat sementara waktu barulah solat tersebut boleh memberi kekuatan spiritual yang tidak terjangka. Bayangkanlah, ketika Saidina Ali dipanah ketika beliau solat. Betapa khusyuknya solat beliau sehingga tidak menyedari anak panah tersebut sudah mencabutnya nyawanya. Jika hendak mencabutnya di luar solat tentulah rasa takut tidak terperi. Jika gagal kita dalam melaksanakan solat percayalah kita hampir gagal menguruskan kehidupan pada hari ini. Tidak percaya? Ujar Hamra’ sambil menggorak langkah menuju ke surau yang berdekatan dengan asramanya.

Qaisara melopong dan terus terdiam seribu bahasa. Ya, betul katamu Hamra’getus hatinya.

Eh tunggu Hamra! ‘’Tunggu Sara, jom solat sama-sama’’ dia berlari-lari anak. Senyuman menguntum di bibirnya.

Sejurus sahaja solat Hamra’ dan Qaisara duduk di anjung seri tepi surau. Hamra’ menadah tangannya lalu berdoa. Qaisara hanya melihat sahaja dengan sedikit kebingungan.

‘’Kenapa Hamra’ menadah tangan’’? Kata Qaisara.

‘’Entahlah Sara, hati tergerak untuk berdoa, mungkin dapat juga menajamkan nurani dan menguatkan hati. Barulah kita dapat membacanya sekaligus menerimanya dengan lapang dada segala-galanya’’ suara lembut Hamra’ berkata-kata. Wajahnya cukup berseri tanpa secalit sedikit mekap. Bibirnya yang berwarna kemerah-merahan, matanya cukup mempersonakan bagi sesiapa yang memandangnya. Perlahan-lahan Hamra’ membuka sampul warkah yang berwarna putih. Tulisannya cukup kemas. Mata Hamra’ dan Qaisara sedang memerhati setiap bait-bait kata yang tersusun dalam warkah itu.

‘’Assalamualaikum, Hamra’ Mujeera,

Kaifa haluki? Sebagai mukadimahnya ...

Furqan betul-betul teruja mengenali Hamra’. Hal ini kerana terbukti melalui sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Sesiapa yang berusaha menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan jalan menuju ke syurga dan para Malaikat mengembangkan sayapnya menaungi orang yang menuntut ilmu kerana suka dengan apa yang mereka lakukan. Tujuan Furqan mengutus warkah atas dasar memohon maaf kerana sewaktu saudari Hamra’ keluar dari madrasah, Furqan tidak sengaja mengekori Hamra’ dalam diam sehingga sampai ke sebuah pondok Al-Qasidah Mukminatul. Kelihatan Hamra’ tekun melayan mereka dan mengurus anak-anak yatim. Belum pernah Furqan melihat ada kaum hawa sanggup menjenguk ke pondok yang tidak seberapa itu. Sejuk hati Furqan melihat saudari Hamra’ semoga saudari Hamra’ akan menjalani hidup bersandarkan perintah Allah swt sentiasa dan berusaha menyerahkan hasil kepadaNya. Maaflah kerana mencuri masa saudari Hamra’ dengan utusan warkah daripada Furqan. Maklumlah banyak yang Furqan teruja berbicara walaupun inilah pertama kalinya mengutus warkah kepada wanita. Sampai di sini sahaja ya. Kalau murabbi tahu sudah pasti Furqan bakal dihukum, pelajar Tahfiz Wal-Qiraat diharamkan melakukan perkara seperti ini. Mungkin sampai di sini saja, mohon izin untuk mengundurkan diri.

Hamba Allah,
Ahmad Emir Furqan Syed Al-Idris


Hamra’ menutup dan menyimpannya semula warkah itu ke dalam sampulnya. Qaisara dapat menyangkal dengan tepat sekali ternyata benar Ahmad Emir Furqan mula menyukai Hamra’ Mujeera. Namun Qaisara tidak mahu memasuk campur.

‘’Hamra’ warkah ini terlalu bermakna kan?’’ Qaisara mula bergurau.

‘’Sara, kami tiada apa-apa. Warkah ini nanti Hamra’ pulangkan semula. Tidak elok simpan surat yang bukan milik kita sepenuhnya’’ jawab Hamra’.

‘’Tapi tak sangka pula ya, Ahmad Emir Furqan juga dalam diam-diam dalam hatinya ada taman, rajin saja tengok kaum adam tu mengaji, kalau azan, Allah. Sampai ke madrasah kita dengar alunan suara yang merdu tu’’ ujar Qaisara.

Merek saling berpandangan. Sama-sama ketawa kecil. Hamra’ sedar rakannya sahaja menjadi penghibur hatinya.

“Furqan, apa hajatmu mengutus warkah sebegini?” Hamra’ bermonolog, gundah hatinya.

***

Dewan Ilmu Saujana dipenuhi pelajar-pelajar tingkatan 5. Takzirah umum sedang bergegar mengoncang jiwa-jiwa muda. Ia adalah salah satu program kerohanian yang wajib bagi pelajar-pelajar Madrasah Ad-Diniyyah. Biasanya pengisian disampaikan oleh seorang daripada pensyarah luar untuk mereka mendapat ilmu di samping menanti detik berakhirnya persekolahan mereka.

Dua jam berlalu tazkirah mereka keluar dari Dewan Ilmu Saujana. Terdengar satu perbualan yang cuba dibangkitkan oleh Qaisara.

“Bagus penyampaian Ustaz Ameer tadi ya. Apabila sentuh fasal ibu bapa saya selalu naik sebak, terus termotivasi hendak belajar bersungguh-sungguh untuk membela mereka kemudian hari” Qaisara memecah kekakuan.

Anna dan Maria merupakan pelajar kelas lain mendengar turut mendengus dan meyampuk tanpa diundang.

“Dari dahulu sampai sekarang, ustaz-ustaz hanya tahu memberi nasihat supaya menghormati ibu bapa. Selepas itu pesan jangan derhaka. Seolah-olah ibu bapa dalam dunia ini suci seperti malaikat dan anak-anak seperti kita sahaja yang kotor banyak dosa. Tiada seorang ustaz-ustaz yang memahami yang tidak semua ibu bapa itu baik”  komen Anna.

Dia memandang jauh kemudian menyambung lagi “ramai ibu bapa keparat sekarang sebab merekalah, anak-anak jadi teruk, rendah diri, terasing, malu hendak berbuat baik dan sebagainya. Malah kata-kata nista juga ditaburkan sesuka hati. “bodohlah, binatang” Anna dengan berani meluahkan rasa tidak puas hati.

Maria pelajar baru sekolah itu juga mula bersuara. “Aku juga siap dipanggil anak derhaka, diugut hendak doakan aku bakal mati secepatnya. Sekali sekala sahaja aku akan keluar dari rumah” kata Maria tanpa segan silu dengan nada suaranya yang penuh kebencian.

Langkah Hamra’ dan Qaisara terhenti, mereka mendengar perbualan pelajar-pelajar yang tidak dikenali itu.

“Apa, anak sahaja derhaka? Ibu bapa tidak derhaka? Bodohnya!” Anna agak beremosi.

“Hormatilah ibu bapamu” satu suara mula berbicara.

Serentak Anna dan Maria berpaling ke belakang. Mereka tercenggang.

“Ibu bapa ini ada pelbagai sikapnya. Ada yang bermata RM dan ada yang tak kenal dosa pahala. Namun seburuk mana pun ibu bapa kita, kedudukannya tetap mulia. Mereka perlu dihormati,” kata Hamra’
Hamra’ terus menyambung lagi.

“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat perlu berkata-kata yang baik, berdiam diri lebih afdal daripada berkata-kata nista. Lagipun ustaz memberi ceramah berkenaan perlunya menghormati ibu bapa kerana sasaran pendengar adalah anak-anak.

Anna, Maria serta serta Qaisara berpandangan mencari kefahaman di sebalik kata-kata itu.

“Ahhh,  beriman... beriman... beriman, itu sahaja perkataan yang kerap aku dengar malah sengaja hendak uji aku untuk menderita” suara seolah-olah tidak berpuas hati Maria dengan Hamra’.

“Pandanglah segala apa yang terjadi terhadap kita dengan hikmah. Setiap perbuatan pasti ada balasan. Jika kita bersangka baik, In sha Allah DIA tidak akan membiarkan kita terus-menerus susah. Percayalah, balasan di sana nanti yang lebih kita dambakan berbanding kenikmatan dunia. Hakikatnya, kita tidak dapat menghindari ujian. Sentiasalah berpegang pada tali-Nya” balas Hamra’ dengan sopan dan nada lembut. 

Senyuman jelas terpapar di wajah Qaisara yang selesa mendengar sahabatnya itu bertutur.

“Bercakap memang senanglah, tidak kisahlah apa pun yang jelas aku tak suka ibu bapaku!” kata Maria.
Hatinya panas. “Aku juga tak menyokong, ustaz itu tak ada gunanya, Anna rakan Maria itu sama-sama memberontak.

 Mereka lalu beredar dengan berjalan penuh keangkuhan yang jelas terpapar di wajah mereka.

Qaisara memegang erat tangan Hamra’, “Ish, mereka itu tak tahu hendak bersyukur pada Allah swt, tiada lafaz yang menampakkan mereka menghormati kita, buktinya mereka juga menggunakan bahasa kasar dengan awak, ya Hamra’ Maafkanlah mereka jika terguris hati dengan kata-kata mereka” pujuk Qaisara.

“Tidak mengapa, Sara. Kalimahnya tetap menemani diri yang hina ini. Apalah sangat luka terguris hati jika dibandingkan dengan kesakitan dan luka seseorang ibu bapa yang melahirkan kita. Senyum sahaja. Biarkan kita sendiri mengambil ubat dan balutnya sendiri, betul tak? Berkata sambil senyum Hamra’.

“Itu lebih bijak Hamra’” Dia setuju bulat-bulat kata sahabatnya itu.

***

Warna-warna pelangi menyelimuti majlis ilmu yang diadakan seperti biasa oleh Warden Asrama Putera & Puteri, Ustazah Maryam. Warden itu amat disayangi oleh pelajar-pelajar.

“Alhamdulillah, bersyukur kita kepada swt yang memberikan kita nikmat iman dan Islam. Bersyukur juga kepada Allah swt yang memilih kita bagi menuntut ilmu di sini. Semoga keputusan SPM yang bakal keluar nanti dapat merealisasikan impian dan cita-cita anak-anak ummi untuk meneruskan jihad menuntut ilmu. 
Alhamduillah, keistimewaan sepanjang anak ummi berada di sini terlalu banyak, bukan? Kata Ustazah Maryam sambil tersenyum mekar di bibir.

“Sejak form 1 hingga form 5 anak-anak ummi diberi pendedahan tentang agama juga. Ilmu agama terlalu penting kerana setiap ujian yang dihadapi bergantung pada ilmu agama yang dimiliki. Alangkah indah jika ilmu tersebut dapat dibandingankan dengan pengalaman hidup agar setiap ujian dapat dihadapi dengan lebih baik. Salah seorang pelajar berdiri sambil mengangkat tangan.

“Ya anak ummi, ada soalan apa?” ujar lembut Ustazah Maryam.

“Ummi, jika seorang itu jahil ilmu agama adakah ujiannya makin sukar di mata Allah?”

“Anak-anak ummi yang dikasihi, sebenarnya ujian bukanlah hukuman. Ujian adalah jambatan panjang yang mesti kita lalui dalam perjalanan menuju ke alam abadi. Hakikatnya, Allah swt tidak memilih sesiapa pun dalam memberi ujian. Allah swt sengaja menguji untuk mendengar doa dan rintihan hambaNya agar kita “kembali” kepadaNya” Ujar Ustazah Maryam.

Hamra’ dan Qaisara amat tertarik melihat pertuturan Ustazah Maryam. Bagi mereka ustazah itu banyak berkorban untuk semua malah tiada sedikit pun kata-kata kasar terhadap semua pelajar. Mereka sayang Ustazah Maryam. Begitu juga persepsi pelajar-pelajar lain.

“Ada soalan lain yang ingin ditujukan lagi wahai anak-anak ummi?” Ustazah Maryam memandang putera puteri di dalam majlis ilmu tersebut.

Dengar tutur kata yang kemas Qaisara bangun lalu memberanikan diri untuk bertanya soalan.

“Ustazah kenapa Nabi turut diuji dengan dugaan oleh Allah swt?” Tanya Qaisara.

Pelajar-pelajar yang duduk memandang dengan penuh minat.

“Benar Nabi dan Rasul adalah merupakan orang yang paling banyak diuji bukan kerana taraf mereka tetapi untuk memberikan teladan dan pengajaran kepada manusia. Memanglah mereka dipimpin oleh Allah swt ketika menghadapi ujian tersebut tetapi cara mereka menanganinya itulah yang mahu ditunjukkan kepada kita. Kesabaran merekalah yang wajib kita contohi” kata Ustazah  Maryam .

Tumpang mencela ummi, bentuk ujian bagaimana yang diterima oleh mereka agaknya? Firhan salah seorang pelajar turut bertanya. Perbualan mereka dengan ustazah Maryam semakin rancak sekali.

Terasa sekalian mata memandang ustazah Maryam yang mula bersuara.

“Wahai anak-anak ummi sayangi, semua Nabi dan Rasul tidak pernah ketinggalan diuji dengan cara yang berbeza. Antaranya ialah Nabi Yusuf diuji oleh dugaan keelokan rupa paras dan kasih sayang ayahnya sendiri. Dalam buangan Baginda diuji dengan dugaan cinta Zulaikha. Nabi Ayub diuji oleh kekayaan harta benda dan anak-anak ramai. Ketika diulit kemewahan Baginda didatangi penyakit yang sangat teruk menyebabkan semua ahli keluarga dan sahabat handai menjauhinya termasuklah isterinya sendiri. Nabi Nuh pula diuji oleh anaknya yang kufur dan membangga diri. Akhirnya Baginda terpaksa berpisah kerana mereka berlainan agama dan anaknya enggan menerima dakwahnya. Ketika mencari Tuhan yang Maha Esa, Nabi Muhammad saw pula lebih dahsyat ujiannya. Baginda diuji dengan kematian demi kematian sejak dalam kandungan lagi. Ketika memulakan dakwah, baginda dicerca begitu hebat, dipulau, dihalau dan disakiti. Walaubagaimanapun Allah swt sentiasa memerhati dan menilai kesabaran hamba-hambaNya. Walaupun mengambil masa yang lama, setiap Nabi dan Rasul berjaya dalam ujian mereka. Begitu jugalah dengan kita wahai anak-anakku. Walaupun kita manusia biasa, kita masih boleh mencontohi jalan dirintis para Nabi dan Rasul. Pengorbanan memerlukan kesabaran.” Jelas penghuraian ustazah Maryam.

Tajam menikam. Sungguh ringkas dan padat isi setelah mendengar kata-kata itu. Hamra’ mendengar dengan hati yang sayu dan terkilan. Cuba dipendam. Hamra’ mendiamkan diri seribu bahasa. Sungguh menggamit kalbu bagi sesiapa yang mendengarnya.

‘’Ya Allah, besar kekuasaanMu, moga secebis ketabahan hadir dalam diriku jua ...” rintih Hamra’
Selesai sahaja majlis ilmu tersebut mereka bersalaman dengan ustazah Maryam. Air mata ustazah Maryam menitis dan tidak putus-putus doa diberikan kepada putera puterinya.

Hamra’ berlalu mencari ketenangan pada hening malam itu. Ditemani bulan, bintang di langit. Alam turut menyaksikan Hamra’ sedang menunaikan solat sunat dua rakaat. Kemudian Hamra’ tidur membawa hati yang lara.

***

Keesokkan paginya, selepas solat Subuh, Hamra’ melanjutkan dengan menghabiskan masa membaca surah Al-Kahf. Hamra’ meneruskan niatnya untuk bertemu dengan anak-anak yatim di pondok  usang Al-Qasidah Mukminatul. Hamra’ mengenakan baju jubah setengah berwarna coklat cair serta tudung bawal berwarna turquoise yang labuh, cukuplah menutupi auratnya. Penampilannya ringkas namun menepati syariat aurat yang perlu dijaga. Hamra’ berjalan keluar dari asrama An-nur menuju ke pondok anak-anak yatim tersebut.

“Assalamualaikum,” sapa Hamra’. Ustazah Thorfina muncul dan menjawab salam Hamra’.

“Kawan-kawan, kak Hamra’ datang pondok kita!” jerit anak kecil di situ dapat mengejutkan rakan-rakannya yang sedang khusyuk membaca Al-Quran seperti gaya Al-Hafiz dan Hafizah.

Kehadiran Hamra’ disambut mesra oleh ustazah Thorfina dan anak-anak yatim. Cukup menyenangkan mata yang melihat. Mereka mendapatkan Hamra’ sambil dipeluk, Hamra’ tidak lupa membawa sedikit makanan, diberikan kepada mereka satu per satu.

“Aiman rindu kak Hamra’ sangat-sangat sampai tidur tak lena” kata Aiman yang berusia 7 tahun.

“Alala, kesian Aiman. Akak Hamra’ pun rindu kalian sebab itu akak datang sini” jawab Hamra’.

“Kak Hamra’, bukan Aiman saja rindu. Kamil, Ain, dan semua juga,” sampuk Luqman keanak-anakan.

Hamra’ terus melayan karenah anak-anak yatim itu dengan penuh mesra dan gelak tawa ketika salah seorang membuat jenaka. Bingkas Hamra’ bangun meninggalkan mereka dan menemui ustazah Thorfina. Dipeluknya ustazah Thorfina seperti membayangi ibunnya sendiri.

“Ummi, malam ni Hamra’ ingin menginap di pondok yaa?” Hamra’ melepaskan pelukan lalu duduk merapati tempat duduk ustazah Thorfina.

“Insya’Allah, sudah pasti boleh mawarku sayang,” ustazah Thorfina menguntum senyuman di mana ada rasa mahabbah antara dia dan Hamra’.

“Dah tamat SPMnya nak,? tanya ustazah Thorfina dengan lembut.

“Sudah ummi, kenapa?

“Ummi nak bincang sesuatu dengan Hamra’, malam nanti sebab sekarang ustazah perlu keluar. Hamra’ tolong perhatikan adik-adik dulu ya. Beri tazkirah pada mereka yang amat dahaga ilmu Hamra’, fahamkan mawarku sayang? Nada lembut keibuan ustazah Thorfina disambut dengan senyuman Hamra’.

***

Menjelang petang, Hamra’ menghabiskan masa bermain dengan anak-anak yatim di halaman belakang pondok. Mereka berlawan badminton bersama, ada saja suara memecah keriangan antara mereka. Yang pasti mereka terhibur dengan adanya kak Hamra’ disisi. Hamra’ melihat suasana ladang yang terbentang luas dengan kehijauan tumbuhan, dia sempat merafakkan kesyukuran kepada Allah swt. Qaisara, rakannya pula sudah balik ke kampung halamannya, dititipkan doa agar Sara sampai dengan selamat. Hamra’ memandang langit, dia tak punya apa-apa. Lamunan Hamra’ terhenti pabila adik Ain menarik tangan Hamra’. Mujur, mereka semua sudah masuk ke pondok menunggu azan Maghrib berkumandang.

Masing-masing bergegas membersihkan diri. Berwudhuk. Seusai solat maghrib, ustazah Thorfina masih belum pulang. Hamra’ tanpa disuruh menuju ke dapur menyediakan makan malam di samping anak-anak yatim tersebut masing-masing mengambil tempat dan membaca serta menghafaz al-Quran.

“Alhamdulillah, malam ni kita dah selesaikan beberapa tuntutan Allah swt. Sembahyang, membaca Al-Quran, makan. Seterusnya kalian nak apa lagi adik-adikku?” suara lembut Hamra’ menarik tumpuan.

“Kami rindu dengan tazkirah akak Hamra’, kami rindu kak,” respons melebih adik Qairul tanpa segan silu. Semua mengangguk kepala tanda setuju.

“Baiklah, akakHamra' menurut. Alhamdulillah, Dia Yang Maha Pengasih telah mempermudahkan segalanya. Wahai adik-adik Hamra’ yang disayangi Allah swt, akak Hamra’ teringin berkongsi tentang ‘Sebuah Erti Cinta Dalam Tangisan’. Hamra terus berkata-kata.

“Tika merasa di hati berbelah bagi, mungkin kadang kala kita binggung hendak memilih antara cinta. Namun, yakinlah seteguh hati mohon kepada Allah swt agar dapat petunjuk dalam menyelusuri liku-liku perjalanan.
Semua memandang tepat ke arah Hamra’ dengan penuh minat. Tiad bunyi bising. Hanyalah kedengaran bunyi-bunyi cengkerik ditemani bayu angin sempoi-sempoi.

“Haa, adik-adik kak Hamra’ ada tak yang susah menangis? Tidak pernah menangis? Tanya spontan Hamra’ tujukan.

Satu suara menyahut. “Kak Hamra’ kami semua pernah menangis. Nak-nak lagi Aiman asyik menangis sebab dia paling bongsu di sini. Kami alami sebab kesedihan pasti dirasai oleh semua hamba Allah swt” suara Laila yang berumur 15. Bakal Hafizah di pondok anak-anak yatim tersebut.

Hamra’ tersenyum. Geli hatinya melihat adik-adik bawahannya.

“Bukan apa kak Hamra’ rasa cemburu kalau kalian ada yang tidak pernah menangis, tidak pernah menangis yang kak Hamra’ maksudkan tidak pernah hidup susah atau tidak pernah ditimpa bencana dan musibah” ujar Hamra’ penuh khusyuk.

“Air mata itu bukan tanda kelemahan yang dahsyat. Air mata tidak sama sekali menjatuhkan ego lelaki. Tidak macholah jika lelaki menangis perlu disangkal. Ada nilai titisan air mata itu”

“Kak Hamra’ antara kaum hawa atau kaum adam yang mana agaknya paling jarang menangis? Satu pertanyaan daripada seorang anak yatim.

“Syukran adikku sayang atas pertanyaan, bagi kak Hamra’ kaum adam yang majoriti sukar menangis, tidak tahu entah mengapa. Barangkali menangis ketika dilahirkan sahaja. Itulah sekali seumur hidup. Lelaki tidak menangis bukanlah kerana hatinya tidak sedih. Hatinya sedih tetapi air mata itu ditahan daripada tumpah ke bumi. Lelaki cuba berusaha supaya kelihatan biasa sahaja. Sangat berbeza dengan kaum hawa. Sedih kaum adam ni tidak boleh dizahirkan tetapi kalau marah, boleh pula dilepaskan sesuka hati? Itulah kaum adam agaknya” Hamra’ menghabiskan bicaranya dengan sopan.

“Iya, betul juga kak Hamra’, jikalau begitu rugilah yang tak pernah menangis di hadapan Tuhan, bukan? Satu persoalan dituju.

“Betul adikku sayang, rugilah mereka yang tak pernah merasai lazatnya menangis kerana Allah. Iaitu tangisan penyesalan. Kita menyesal kerana telah membazirkan usia yang panjang semasa hidup semata-mata untuk tujuan duniawi. Sedangkan yang patut kita kejar dan dambai adalah redha dan kasih sayang Allah swt.”

“Habis tu kak Hamra’ air mata keinsafan ni boleh dipaksa untuk mengalir?

“Sudah nyatalah tidak boleh dipaksa untuk mengalir air mata keinsafan wahai adikku. Tanpa rasa kehambaan terhadap Allah swt agak mustahil keadaan ini berlaku. Bayangkanlah, jika diizinkan Ilahi, seseoarang itu boleh mengalir air matanya apabila melihat kesusahan orang lain. Hatinya jatuh kasih kepada orang susah dan jiwanya mudah tersentuh melihat penderitaan yang berlaku di sekelilingnya. Malah adik-adikku sayang, sebaliknya bagi orang yang tidak tahu erti tangisan keinsafan, kesusahan dan penderitaan orang lain boleh sahaja dia menghina tanpa rasa belas kasihan. Jauh sekali hendak membantu mendoakan agar keadaan mereka berubah” ujar Hamra’ penuh perasaan.

Anak-anak yatim yang kian meningkat membesar itu mula menunjukkan minat untuk mendengar lagi.

“Akak Hamra’ akan cerita satu rahsia, iaitu perbezaan antara menangis sedih dan menangis insaf. Untuk pengetahuan adik-adik semua, orang yang menangis sedih pasti bengkak matanya tetapi orang yang menangis insaf sedikit pun tiada kesan di matanya. Inilah keistimewaan jika kita menangis kerana Allah swt. Subhanallah. Allah swt akan memelihara kita daripada pandangan masyarakat sekeliling. Malah, tiada siapa pun yang tahu bahawa tengah malam tadi kita bangun qiamulail dan bermunajat dengan hati yang tulus dihadapanNya” Hamra’ berkongsi dengan petah ungkapan dilontarkan.

“Masya’Allah, Nampak bezanya di situ. Akak Hamra’ juga pernah ya?

“Akak akui pernah. Menangis dan mengakui kekerdilan diri di hadapan Allah swt. Kadang-kala musibah yang mendatang dapat menambahkan iman dan kafarah dosa. Adik-adik, azan Isyak sudah berkumdang. Jom kita laksanakan solat dahulu.

Anak-anak yatim yang turut terpegun dengan kata-kata Hamra’ lalu bangun dan menuju ke tempat mengambil wuduk.

“Subhanallah Mira, merdu sungguh suara kak Hamra’ dan bijak pula tu” bisiknya ke arah rakannya.

“Alhamdulillah, kerana hadirnya akak Hamra’ juga kita dapat mengemis ilmu pengetahuan yang tak mampu dikongsi oleh insan lain. Syukran, ya Allah. Engkau hadirkan wanita yang lemah-lembut menjadi pengubat rindu kami sebagai anak-anak yatim di sini,” qudus doa’ sambil menadah tangan.

“Amin rabbal a’lamin,” sahut Hamra’ yang mendengar di dalam hati. Runtuh jiwanya bila mana ada juga doa’ yang saling dititipkan untuknya.

Selesai solat Isyak mereka meneruskan mengaji dan masuk ke bilik masing-masing untuk berehat.