Kebebasan Sang Burung ^_^





Di sinilah tempat paling tenang buat seorang gadis kampung melayan rasa hati sambil sengaja menenggelamkan khayal fikir. Sesekali minda cuba meneroka tafsir di sebalik siratan keindahan dan keajaiban alam ciptaan Allah SWT, biarpun kesudahan penerokaan sering tidak bisa dicicip makna hakiki.


Seekor merpati terbang rendah, berputar seketika di udara sebelum singgah di hadapannya.


“Sangat jinak ya kau…sunyikah kau tidak berteman wahai makhluk yang indah?” ucapnya sendirian sambil tersenyum.

Dia amatinya, kali ini lebih lama. Dia mengamatinya dengan pandang pesona meneroka ke segenap keindahan yang tersirat di sebalik ciptaan Allah. Semakin dia amati, semakin tercerna kecantikannya lantas menyerlah hakikat kebesaran dan keagungan penciptanya. Betapa tiada terbanding kebesaran dan keagungan itu kerana segala kebesaran dan keagungan itu adalah milik abadi Yang Maha Pencipta.


Seketika, benak diterjah persoalan,

 beginikah agaknya yang dipanggil keindahan wanita Muslimah? Walau bertudung litup namun makin lama dipandang semakin terserlah kecantikannya yang asli.

Dia berteka-teki sendirian. Meneroka dari satu daerah ke satu daerah fikir mencari jawaban yang pasti …