Assalamualaikum sahabatku semua. Malam ini penuh syahdu.
Alhamdulillah selesai juga bacaan Yaasin. Walaupun cuti sekolah tapi sudah
biasa dengan bacaan Yaasin. Tak perlulah disuruh lantas bangun. Haa, malam ini
marilah kita menginsafi kelemahan diri sendiri. Bukan untuk tunjuk kita hebat.
Tidak sama sekali! Kehebatan kita jika dibandingkan dengan amalan kita sudah
tentu tidak mencukupi. Berdoalah agar kita menjadi seseorang yang mendalami
ilmuNya. Bukan hanya melihat dengan mata tapi tidak menghayati. Insafilah diri
kita. Siapa kita di dunia ini. Hanya hambaNya yang khilaf. Penuh dosa-dosa.
Marilah kita renungan bersama ^_^
Alhamdulillah ... Alhamdulillah ... Alhamdulillah ya Allah ! Berilah senyuman walaupun masih ada lagi hambaMu yang berhasad dengki. Jauhkanlah kami dari perasaan hina itu. Senyumlah walaupun merasa sakit mana sekalipun. Memang orang di sekililing tidak merasai apa yang kita rasa tapi percayalah Allah Maha Melihat. Dengan senyuman juga bukan sahaja dikira ibadat ianya adalah sedekah. Sedekahkan senyuman walaupun ia murah tetapi ganjaran pahalanya di sisi Allah. Masya Allah. Senyumlah =)
Haa ! Perkara ini pun makin menjadi-jadi sekarang. Menular dari orang tua-tua kepada remaja juga. Malah budak kecil pun mula lah menjadikan ikut-ikutan. Mengumpat ? Jangan pandang kiri atau pun orang sebelah kanan anda tetapi pandanglah diri sendiri. Kita mengumpat aib seseorang itu tidak diajar dalam Islam! Seteruk mana pun seseorang itu jauhkanlah diri kita dari mengumpat. Berzikirlah. Itu cara kita mengingati Allah swt. Kesian orang yag diumpat itu ? Tidak sama sekali. Alhamdulillah. Dia pasti tenang kerana Allah bersamanya. Bersabarlah duhai insan yang pernah diumpat. Istiqamahkan diri. Kasihanilah umat sesama Islam.
-------> Sombonglah dia'' mentang-mentang dia anak orang kaya ! Kadang kala dalam situasi ini pun pernah terjadi. Kalau sombong untuk mempertahankan diri dari lelaki yang bukan sah di sisi kita itu masih boleh dipertikaikan agi tapi ini tidak malah sombong sesama umat Islam lain. Sombong itu tidak elok. Buanglah jauh-jauh sifat itu.
--------> Aku dengki lah dia tu lawa sangat ! Aku benci dekat dia ! Nanti dulu sahabatku, buat apa dengki terhadap insan lain? Allah swt memberi kita masing2 kesempurnaan dan apa kelebihan yang ada pada insan lain tak perlulah kita dengki. Bersyukurlah dengan kurniaan Allah swt. Kalau kita terus berdengki terhadap orang lain tiada apa pun kebaikan yang dipandang Allah swt. Janganlah berdengki. Tak usah. Ingat ! =)
ALLAH ! Banyak betul dugaan Kau bagi padaku ! Haa. Allah swt ada berfirman :
"Oleh sebab itu tetapkanlah keprcayaanmu bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan, Sesekali ditegaskan bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"
Jaga-jagalah wahai diri , Jaga peribadi , Jaga hati , walaupun usah jaga , hati-hatilah melindungi
Sediakan payung sebelum hujan , tiada payung engkua kehujanan , tiada Ilmu engkau disesatkan
Ikhlaskan dirimu wahai diri , Semua hak Allah ,Ikhlaskanlah pemberian kerana Allah swt. In sha Allah pahala menantimu