Cerpen Hamra' & Insan tulus yang OKU ...






Assalamualaikum. Bismillah. Assolatuwassalam ala Rasulillah. Alhamdulillah dalam dunia yang semakin berputar ligat dan kehidupan yang semakin rumit setiap hari, sempat kita saling bertukar salam dan mendoakan kesejahteraan di antara satu sama lain. Ana berharap dengan adanya laman sesawang ini melalui “blog tinta seorang mujahidah” mampu memimpin jiwa-jiwa insan di luar sana yang masih bertatih untuk mengejar cintaNya. Nukilan-nukilan ini ana terbitkan melalui garapan naluri seorang wanita iaitu diri ana sendiri. (ana tak jiwang sangat) hee. Ana berharap mampu menjadikan pedoman buatmu sahabat-sahabat yang dikasihi. Tiadalah yang mampu melunturkan jiwa yang sekeras batu menjadi cair seperti aiskrim. Namun, ana percaya kamu lah insan yang mampu bermujahadah! Apa tunggu lagi, luaskan pandanganmu ke arah langit membiru. Diharap cerpen yang ringkas daripada ana ini mampu menambat hati kita untuk mengejar kecintaan yang abadi.  Cerpen ini hanyalah warkah yang tak pernah ana kirim pada sesiapa tapi melalui warkah ini lah ana menerbitkan luahan jiwa. Warkah ini amat bermakna.
Selamat membaca ya sodiqi wa sodaqati ! :-(
“Ya Allah!” Langkah Hamra’ terhenti.
“Err , asiffni jiddan, tak seng ... sengaja, maafkan Hamra,” rayu Hamra’
“Tidak apalah, pakcik yang dah tua, pakcik buta, pakcik tak mampu melihat sebab itu terlanggar anak” Jawab lelaki tua itu.
“Pakcik,  perkenalkan nama saya Hamra’ saya pegawai perubatan di Hospital ini, apa tujuan pakcik berdiri berseorang tak berteman di ruangan kuanter ini? Hamra’ membetulkan posisi pakcik yang ada di hadapannya. Dipimpin dengan hati-hati menuju ke tempat duduk berhampiran.
“Sungguh baik anak ini, pakcik hendak mengambil nombor giliran untuk pemeriksaan kesihatan. Namun pakcik buta, Allah swt tak sihatkan mata pakcik. Paling menyedihkan pakcik berdiri sudah hampir 30 minit namun tiada siapa yang sudi menghampiri pakcik yang uzur. Tiada simpati yang dipamerkan untuk membantu pakcik” rintih lelaki tua itu dengan nada kesedihan di riak wajahnya.
Hamra’ terkedu, mujurlah di lalu di situ. Hamra’ menarik nafas, ada cahaya yang membuatkan jiwanya tersentuh dengan kata-kata pakcik itu. “Pakcik usah risau Hamra’ sedia membantu, kalau pakcik sedih nanti Hamra’ yang dengar pun sedih, boleh kata Hamra’ pun mudah ‘touching” Hamra menuturkan katanya begitu jujur.
“Kamu ni wahai anak, jujur sungguh pengakuan. Buat pakcik tersenyum pula. Orang OKU macam pakcik tak boleh dapat nombor special ke, nak?” Lelaki tua itu berkata sambil tersenyum.
Mendongak ke atas,  Hamra’ tergamam sebentar.
“Sudah pasti, boleh,” pendek menjawab sambil membalas senyuman.
“Pakcik tunggu di sini seketika biar Hamra’ yang tolong ambilkan nombor buat pakcik” Hamra’ bergegas berdiri.
Setelah itu Hamra’ muncul sambil memegang kertas berupa nombor giliran.  “Nah, ini dia pakcik nombor ekspress sebentar lagi nombor pakcik akan dipanggil dan usah risau Hamra’ dah minta tolong seorang jururawat bernama Effa untuk memimpin pakcik” ujar Hamra’
“Alhamdulillah pakcik bersyukur mengenali Hamra’, sejuk hati ibumu yang mengandungkanmu. Semoga ALLAH swt merahmatimu, meskipun pakcik buta namun mata hati pakcik tak pernah buta untuk menilai insan sebaik Hamra’ jawab lelaki tua itu.
“MasyaAllah, pakcik. Syukran Hamra’ hanya insan biasa sahaja yang masih berjihad untuk membantu insan lain seperti pakcik” Hamra’ terasa suasana makin hiba.
Lelaki tua itu seperti memahami. Lalu sengaja ditanyanya satu soalan yang membuatkan jantung Hamra’ berdegup kencang. “Nak, kamu sudah berkahwin?” “Mana suamimu?”
Hamra’ terhenti daripada lamunan. Segalanya membuatkan dia berasa berpijak di dunia realiti. Dikuntumkan senyuman lalu menyusun ayat yang sesuai untuk memberi jawapan kepada lelaki tua itu.
“Sebenarnya pakcik, Hamra’ masih muda lagi. Buat masa ini Hamra’ masih belum mendirikan rumahtangga, Hamra’ sedang menanti seorang lelaki yang Hamra’ pernah kenali namun Hamra’ tidak tahu di mana keberadaan dirinya sekarang ini”
Lelaki tua itu menyoal lagi. “Jadi, kalau kamu tidak tahu di mana keberadaan si dia itu kamu masih mahu menunggu? Takkan wanita sebaik anak ini tiada yang melamarmu?
Hamra’ leka melayan lelaki tua  buta itu. “Begini pakcik, kalau nak diikutkan memanglah ada yang masuk meminang namun Hamra’ berani memberi menolak dengan baik tanpa menyakitkan hati mana-mana pihak. Hamra’ percaya Allah swt sentiasa mendengar rintihan Hamra’, biarlah jodoh Hamra’ itu masih rahsia. Hamra’ masih mahu menunggu hingga tiba saatnya. Itu lebih afdal pakcik” Hamra’ seolah senang bergaul dengan lelaki tua itu.
“Nak, kamu hiduplah di dunia ini dengan ketabahan. Tapi ingatlah tak semua yang kita mahu kita dapat peroleh. Seperti pakcik yang buta ini. Pakcik tak mampu melihat dunia. Di saat pakcik berasa putus harapan, pakcik menangis kerana tak sesempurna insan lain. Namun, pabila pakcik sedar. Rupanya ini merupakan anugerah tak terhingga buat pakcik. Pakcik memang buta namun syurgaNya itu mampu juga pakcik kecapi. Rupa paras bukan passport untuk menempah tiket ke Syurga. Berkaitan jodoh. Pakcik mengagumimu wahai anak! Tak semua insan mampu bersabar saat jodoh tak menyapa mereka lagi. Seperti pakcik ini, tiadalah insan yang sudi hadir menjadi permaisuri di hati. Mungkin kerana pakcik buta? Itu buat mereka memandang pakcik rendah? Pakcik tetap memandang itu satu rahmat dariNya. Biarlah pakcik tak mampu kecapi jodoh di sini namun di sana, tempat yang abadi pakcik dipandang oleh biadari-biadari rupawan. Pakcik mahu mati dalam keadaan yang beriman” Ada air mata yang mengalir. Hamra’ tak mampu menahan lagi.
“Ting tong, 1551 bilik nombor 3!”  Nampaknya tiba nombor pakcik itu. Jururawat Effa membawa lelaki buta yang kelihatan uzur itu ke dalam bilik. “Hamra’ ingatlah pesan ini ya, pakcik mendoakan tempatmu di syurga seperti mana kebaikanmu membantu pakcik, nak!”
Hamra’ tersenyum sambil menyeka air matanya. “Baiklah pakcik, syukran ala kulli hal” Hamra’ bermonolog, Wahai pakcik, kamu tabah meskipun kamu OKU!” 
Hamra’ kembali duduk di hadapan komputer, sekilas memandang lelaki tua tersebut. Jalannya sedikit tempang. Dan sebelah tangannya sudah tidak mampu digunakan lagi.
Allahu Allah.
Andai ini peringatan hari ini. Ada manusia suka dirinya dipandang. Rasa diri itu rupawan. Mampu menarik perhatian. Tapi yang pasti, “aku” tidak ingin dipandang orang. “aku” tidak suka diri diperhatikan. “aku” tidak suka menjadi bahan bualan. Kerana “aku” lain daripada orang sekeliling. Kerana “aku” OKU. Berapa ramai yang dengan tenangnya mampu mengaku kelemahan yang ada pada diri. Mengaku “Aku OKU”, satu pernyataan yang pasti menusuk ke hati. Tapi pasti “Aku” faham maksud qada’ dan qadar Ilahi. Kita pula orang yang bagaimana? Yang selalu mempertikaikan nasib diri? Yang seringkali menyoal takdir Ilahi? Seringkali merasa diri adalah orang yang paling buruk caturan kehidupannya? “Aku lah orang yang paling sedih. Aku lah orang yang paling derita. Aku lah orang yang paling sengsara.”
AHH! Kamu belum cukup membuka mata seluas-luasnya. Belum cukup memandang dunia daripada kaca mata kehidupan yang sebenar.
Andai diri mampu men”curi” ketabahan itu. Andai diri mampu men”curi” rasa bersyukur itu. Andai diri mampu men”curi” perasaan redha dengan ketetapan Allah itu. Andai diri mampu memeluk seeratnya takdir yang sudah sedia tertulis sejak azali. Buat “Aku”, dunia mungkin tidak seindah yang diingini. Tak sesempurna yang diimpi.Tapi, satu janji yang pasti. Moga di akhirat, kita menjadi orang yang paling dicemburui. Wahai bakal imamku, meskipun namamu masih rahsia di luh mahfuz , tak kan kuseru kehadiranmu biarlah hidupku diterangi malam dan gemerlipan bintang-bintang disaksikan alam semesta. Saat hadirnya dirimu itulah panahan cinta agung dariNya. 

Saat itu alam semesta bertasbih mempamerkan senyuman yang diri ini juga tak mampu ukirkan. Biarlah seperti pemanjat pohon kelapa diri ini. Makin dipanjat makin tinggi dari tanah, perasaan takut yang makin bertambah jadi pelukan pada pokok yang makin erat. Moga kita juga mampu memanjat tangga ketaqwaan sehebat itu. Makin ingin dekat pada Allah semakin kuat pergantungan padaNya.





Sekian , moga kita sentiasa dijagakan hati agar tidak berpaling dariNya dan moga kita diredhai, Insha Allah.









My Dream House . Huu ~ ^_^



Bismillahirrahmanirrahim . ^_^ 


May we get hugged by Allah’s warm Love every night. May He always shine His light of guidance towards His Jannah. And may He, the Al-mighty make us stronger in facing all kinds of tribulations. However, we have to make the effort to show our true Love for Him just like the way He (Allah Azz Zawajalla) does. Did we even ponder that everytime we breathe, never once He leave us alone in misery because He (Rabbul Alameen The Master of the Universe) is very close to us giving us such a beautiful life. Alhamdulillah. 


I’ve always dream to have a Classic House Concept. Well, a dream that is inevitable. Just like what people who are close to me said before, “You’re just being too ambitious, Nafisah.” >.<



1. I don’t quite like a multi storey bungalow. I love to have a house with ground levelonly. Easier for me to clean the house and find for the missing people in my family. Hehe.


2. I love to own a house with many windows. To have lots of windows and people kept saying that it looks more unique in that sense. Like kampong! For this picture below, somehow it looks cozy to me and very relaxing for a cup of tea.


3. Just another luxurious idea to have a dinning room which is closer to the garden. SubhanAllah, I’m speechless! ^_^




4. My dream room, our room. InsyaAllah. (:


5. Masy’Allah, another room that will just make an amazing complete house.
♥ Children, they are uniquely amazing created by no other than Allah. Teach yourself to appreciate them first before you start teaching them. (:



6. For a grown up young ladies. Not too much pink, please. I believe that I should learn to introduce more colours to either of my boys or girls. Well, colours make wonders to children. I will never agree to people kept saying that pink are for girls and blue are for boys. Not for me.


7. You must be wondering why am I so engrossed with the ladder concept in my children’s bedroom. This is to enhance more on their gross motor development. Hehe. For young prince charming room.


8. A simple cozy study room. Abraham Lincoln once mentioned that a capacity and taste for reading gives access to whatever has already been discovered by others. As for me, I believe the Qur’an and hadiths is enough to lead me to a perfect path to Jannah. InsyaAllah, Ameen. So, I am trying hard to cope up with my Qur’an and hadiths, especially to conquer the arabic language. :)


9. Not forgetting his special room office. Perhaps should think about a home studio instead of this? You choose. 


10. Yes! YES! YEESSS! I’ve been longing for to have a musholla at home. SubhanAllah, isn’t it a great idea to have a reserved musholla room at home? Perhaps with wudhuk area built in. InsyaAllah.


11. Very clean white kitchen with all of the important kitchen utensils.



12. Quite a modern touch up to this bathroom, maybe? I remember my mom said this to me: “It’s okay not to have a beautiful bathroom like anyone else, but it is very important to own a clean one just like what Islam has taught us.” Thank you mama sayang! This is why I can’t stop loving you. (:


No matter how beautiful a house can be, it will never be the same as Allah’s paradise. Whatever it is, let’s learn to be grateful or feel syukr for everything we have had. Alhamdulillah… alhamdulillah…alhamdulillah… Thank you Allah… ❤❤❤

















9 ciri-ciri wanita solehah yang perlu dihayati ...




Di manakah kecantikan wanita solehah sebenarnya?
Bismilahirrahmanirrahim , hari ini ana hendak berkongski 9 ciri-ciri wanita solehah yang perlu dihayati . Haa , bukan dihayati pada luaran saja namun memerlukan satu kekuatan untuk benteng agar biarlahnya ia hakiki dalaman . Semoga tinta ini memberi satu keperluan kepada kaum hawa. Malah tak dilupakan kaum adam dibenarkan juga untuk membaca kerana merekalah imam-imam yang akan mendidik anak-anak dan terutamanya menjadi suami yang alim dan soleh. InshaAllah. Marilah kita renungkan dengan MATA HATI , bersama kita scan. :)
Terdapat sembilan keistimewaan wanita solehah yang tidak dimiliki oleh wanita-wanita yang lain. Dengan menghayati sembilan  perkara wanita solehah akan memiliki kecantikan yang sebenar.

Pertama : Menundukkan pandangan (ghadhdul bashar)  kepada yang bukan mahramnya, nescaya hati dan jiwa akan semakin bening dan jernih.
Allah S.W.T. berfirman maksudnya : “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya” (Surah an-Nur ayat 30-31)

Kedua : Sentiasa bersikap jujur, nescaya akan menjadi  semakin manis.
Daripada Abdullah bin Masud r.a. katanya sabda Nabi S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya kejujuran mengantarkan kepada kebaikan, dan kebaikan mengantarkan kepada syurga. Sesungguhnya seseorang biasa berlaku jujur hingga ia disebut siddiq (orang yang senantiasa jujur). Sedang dusta mengantarkan kepada perilaku menyimpang (zalim) dari perilaku menyimpang mengantarkan kepada neraka. Sesungguhnya seseorang biasa berlaku dusta hingga ia disebut pendusta besar.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi).
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, yang maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah, dan bersamalah kamu dengan orang-orang yang benar (jujur)” (Surah  At-Taubah ayat 119).
Dalam ayat lain, Allah S.W.T. berfirman, yang maksudnya: “Jikalau mereka jujur kepada Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka” (Surah Muhammad ayat 21)

Ketiga : Rasa malu yang lahir daripada Iman.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Iman mempunyai lebih daripada enam puluh cabang. Adapun malu adalah salah satu cabang dari cabang iman.”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)    
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sifat malu adalah sifat yang terpuji. Dengan memiliki sifat ini seseorang wanita solehah akan terlepas daripada segala kejahatan kerana adanya sifat ini akan terhindarlah segala keburukan. Dengan sifat malu juga akan meningkatkan darjat keimanannya.
Sayyidina Ali bin Abi Thalib berkata : “Orang yang menjadikan sifat malu sebagai pakaiannya, nescaya orang-orang tidak akan melihat aib dan cela pada dirinya.”

Keempat : Sentiasa beristighfar yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang di lakukan.

Istighfar merupakan syiar para nabi dan rasul, tidak ada seorang Nabipun yang tidak beristighfar dan selalu mengajak umatnya untuk beristighfar. Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa beristighfar atas dosa yang telah mereka perbuat sepertimana firman Allah S.W.T. dalam surah al-Araf ayat 23 maksudnya :” Keduanya berkata “Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi”.
Sabda Nabi SAW  maksudnya : “Barangsiapa mengucapkan ‘Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi’ akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan” (Hadis Riwayat Al Hakim)

Kelima : Sentiasa menjaga kehormatan diri dan menutup aurat.

Wanita solehah dalam perjalanan harian kehidupannya penuh dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Sentiasa menjaga kehormatan diri, menutup aurat, cukup berhati-hati di dalam percakapan, pergaulan dan tidak menimbulkan fitnah dan syak wasangka.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud ” Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah. ” (Hadis Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah S.A.W.  yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Firman Allah SWT maksudnya :”…Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”. (Surah An.Nur ayat 31)

Keenam : Sentiasa bersifat tawaduk dan membina rasa ukhwah.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala maksudnya : “(Mereka) keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka…” (Surah al-Fath ayat 29)
Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyuruh Nabi-Nya dengan firman-Nya yang bermaksud : “dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman.” (Surah Asy-Syu’ara ayat  215)
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Maukah kamu aku tunjukkan akhlak yang paling mulia di dunia dan di akhirat? Memberi maaf orang yang menzalimimu, memberi orang yang menghalangimu dan menyambung silaturrahim orang yang memutuskanmu”
(Hadis Riwayat Baihaqi)
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Maukah kamu aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan puasa?” Sahabat menjawab, “Tentu saja!” Rasulullah  kemudian menjelaskan, “Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menyambungkan berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, (semua itu) adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ketujuh : Mengelakkan fitnah untuk menjaga kesucian diri .

Dari Abu Malih Al- Hudzli : Kaum perempuan kota Himsh atau penduduk Syam menemui Aisyah. lalu Aisyah berkata ” Kamu adalah kaum perempuan yang masuk ke kamar mandi. padahal, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Siapa saja perempuan yang meletakkan pakaiannya bukan di rumah suaminya, Allah akan membuka aibnya”
( Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Hakim )
Abu Hurairah r.a pun menyebutkan, ketika turun ayat al- Mula’anah ( tentang suami-isteri yang saling melaknat kerana tuduhan perbuatan serong ) Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : ” Siapapun perempuan yang menemui suatu kaum yang bukan kerabatnya, ia akan tidak memperoleh apapun dari Allah SWT dan Dia tidak akan memasukkannya ke syurga “
Dari Aisyah ra berkata : “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki beberapa kelebihan. Demi Allah, sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita lain yang lebih baik daripada wanita kaum Anshar dalam hal keimanannya terhadap kitabullah dan apa-apa yang diturunkan-Nya. Ketika turun surat An-Nur, pada potongan ayat (yang artinya) : Dan hendaknya mereka memakai tudung sampai menutupi dada mereka. Maka saat itu pula para suami membacakan kepada anak-anak perempuan, saudara-saudara perempuan dan kerabat-kerabatnya setelah dibacakan, maka tidak ada satu wanita pun kecuali mereka memakai tudung (jilbab) lalu mereka melipatkannya di atas kepala mereka. Hal itu dilakukan kerana kepercayaan dan keimanan mereka terhadap apa yang telah diturunkan Allah dalam kitab-Nya. Kemudian tatkala mereka berada di belakang Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam , mereka terlihat sudah mengenakan jilbab. Seolah-olah di atas kepala mereka ada seekor burung ghirban.”
Hadis di atas menunjukkan contoh perempuan yang tidak menjaga diri daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah yang akan menjerumuskan pada fitnah yang lebih besar. Semoga semua para wanita  senantiasa menjaga kesucian diri mereka dan elakkanlah segala bentuk fitnah yang mungkin boleh berlaku tanpa disedarinya.
Fitnah dizaman morden ini adalah berhati-hati di dalam perhubungan dengan lelaki yang bukan mahram di alam maya samaada melalui facebook atau blog atau hubungan telifon bimbit dan mengelakkan meletakkan gambar-gambar peribadi yang mungkin boleh disalah gunakan oleh mereka yang telah rosak akhlaknya.

Kelapan : Sentiasa berwuduk nescaya akan bercahaya wajahnya di hari akhirat.

Nabi SAW. bersabda maksudnya : “Umatku akan tampil pada hari kiamat dengan  wajah bersinar tangan serta kakinya berkilauan dari bekas-bekas wuduk.”

Kesembilan : Sentiasa menimba ilmu yang bermanfaat
Nabi SAW  bersabda yang maksudnya, ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”. (Hadis Riwayat Muslim)
Wanita solehah mengharapkan balasan syurga daripada Allah SWT sebagai  ganjaran paling tertinggi dan paling dikehendakinya. Maka wanita solehah akan sentiasa  belajar dan menuntut  ilmu yang bermanfaat samaada ilmu fardu ain atau fardu kifayah, kerana sesiapa yang menutut ilmu akan dinaungi dan didampingi oleh para malaikat dan mendapat rahmat daripada Allah SWT. Malah kelebihan belajar ini diperkukuh dengan hadis riwayat Ibn Abdul Barr dan Ibn Majah, Nabi SAW  bersabda maksudnya, “Belajar satu bab daripada ilmu lebih baik dari sembahyang (sunat) seratus rakaat”.

Semoga bermanfaat kepada semua muslimah di luar sana . Ayuh! kita berusaha menjadi yang terbaik. Semoga ALLAH swt sentiasa memberikan hidayahNya kepada kita.  =)

Kebebasan Sang Burung ^_^





Di sinilah tempat paling tenang buat seorang gadis kampung melayan rasa hati sambil sengaja menenggelamkan khayal fikir. Sesekali minda cuba meneroka tafsir di sebalik siratan keindahan dan keajaiban alam ciptaan Allah SWT, biarpun kesudahan penerokaan sering tidak bisa dicicip makna hakiki.


Seekor merpati terbang rendah, berputar seketika di udara sebelum singgah di hadapannya.


“Sangat jinak ya kau…sunyikah kau tidak berteman wahai makhluk yang indah?” ucapnya sendirian sambil tersenyum.

Dia amatinya, kali ini lebih lama. Dia mengamatinya dengan pandang pesona meneroka ke segenap keindahan yang tersirat di sebalik ciptaan Allah. Semakin dia amati, semakin tercerna kecantikannya lantas menyerlah hakikat kebesaran dan keagungan penciptanya. Betapa tiada terbanding kebesaran dan keagungan itu kerana segala kebesaran dan keagungan itu adalah milik abadi Yang Maha Pencipta.


Seketika, benak diterjah persoalan,

 beginikah agaknya yang dipanggil keindahan wanita Muslimah? Walau bertudung litup namun makin lama dipandang semakin terserlah kecantikannya yang asli.

Dia berteka-teki sendirian. Meneroka dari satu daerah ke satu daerah fikir mencari jawaban yang pasti …