Sekali wanita ternoda, gugurlah sekuntum wardah di syurga :')



Percayalah… Keletihan, kerapuhan, kelemahan, kesakitan dan sebagainya , boleh kita lalui semua. Meskipun kadangkala semua itu harus kita lalui terlebih dahulu dengan air mata. Tidak mengapa, bukankah air mata dicipta untuk mengungkapkan sebuah rasa? Kerana tidak hanya bahagia sahaja yang ada di dunia.

"أنت لن تكون سعيدة مع مجرد الانتقال من مكان إلى آخر ... ولكن مرة أخرى، بمعنى أن هناك في لكم أن كنت سعيدا."

“Engkau tidak akan bahagia dengan hanya berpindah dari satu tempat ke tempat lain… Tetapi kembalilah pada rasa yang ada dalam dirimu agar engkau gembira.” [Syaikh 'Aidh Al-Qarni]




Duhai Hawa, dirimu begitu berharga.

Peliharalah dirimu dengan sebaik-baik pemeliharaan.
Tebalkanlah sifat malumu yang merupakan fitrah semulajadi kejadian seorang wanita.
Dan jagalah pandangan, pendengaran, percakapan, pemikiran, hati dan tingkah lakumu.

Jangan biarkan dirimu hanyut dengan gelombong dunia yang tiada sempadan. Jangan biarkan dirimu lemas dalam ombak dunia yang melalaikan.

Sedarlah Hawa. Hidup ini hanya sementara.

Hanya kepada ALLAH SWT, kita memohon perlindungan daripada tipu daya "musuh" yang nyata. Hanya kepada DIA-lah kita menyerah diri. Semoga ALLAH SWT memelihara kita dengan sebaik-baik pemeliharaan kerana tiada yang lebih berkuasa melainkan DIA Yang Esa.

Perempuan biarlah cantik kerana menutup aurat. Menawan kerana sopan. Comel kerana senyuman. Memikat kerana iman dan Hebat kerana kuat
WAHAI HAWA.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tidak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya? Kenapa masih segan mengamalkan isi kandungan-Nya? Dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai Hawa,
Sedarlah. Tangan yang menggoncang buaian, boleh menggoncang dunia. Sedarlah hawa kau boleh menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat! Yakni yang Soleh dan Solehah. Kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi hawa,
Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa,
Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu. Kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH SWT. BAHANA! Ia mampu memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam.

Wahai Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu. Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu. Andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH SWT.

Wahai Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu. Ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki. Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan. takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Wahai Hawa,
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa. Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya. Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi hawa,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan Ad-dinnya. Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH SWT menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah ALLAH SWT dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH SWT. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH SWT. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI. Jangan sesekali tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam.


"إن العالم هو أفضل المجوهرات والمجوهرات وتحملت المرأة"

(الحديث رواه مسلم)


“Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah”


(Hadith Riwayat Muslim)

9 Insan "SITI" Yang Perlu Dijadikan Contoh Oleh Wanita Muslimah Hari ini ♥




9 Insan "SITI" Yang Perlu Dijadikan Contoh Oleh Wanita Muslimah Hari ini


1) Siti Khadijah
~
Beliau merupakan isteri Rasulullah SAW yang melahirkan anak-anak Rasulullah SAW, setia dan menyokong Rasulullah SAW walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
-~
Anak Rasulullah SAW yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah SAW pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
~
Beliau isteri Rasulullah SAW yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah SAW. Di mana Nabi SAW minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar
~
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah SWT. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah SWT demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorag ibu mithali).

5) Siti Mariam
~
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah SWT untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
~
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
~
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah SAW. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
~
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah SWT syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
~
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah SWT



أريد أن أكون امرأة صالحة في الدنيا والآخرة

Seuntai Bicara Menggubah Rasa ✿


Assalamualaikum. Salam sesuci embunan pagi, sesinar suria yang meninggi, seriang kicau burung yang berlegar menari. Apa khabar kalian semua?

 Diharapkan semuanya sentiasa dalam keadaan baik-baik sahaja. Semoga tiap saat kita dalam peliharaan Yang Maha Esa. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa ke pipi, pohon nan hijau melambai-lambai lembut. ALLAH, ALLAH, ALLAH. Setinggi-tinggi syukur di rafakkan kepada Tuan Pemilik Dunia, sehingga saat ini masih DIA memberikan kita ruang, kesempatan, peluang untuk terus mengumpul saham akhirat bagi membuat persediaan menuju kehidupan yang akan kekal abadi. Kebelakangan ini langit selalu kelam, mendung. Tiada garisan mentari yang menyinarkan diri, awan biru bertukar menjadi hambar. Hanya ditemani dengan suasana suram, titis-titis hujan yang tetap setia menerokai hari-hari. Bangun tidur tadi ucap alhamdulillah tak? ALLAH bagi peluang pada kita hidup lagi tau. Ucap terima kasih pada ALLAH tak? DIA dah bagi macam-macam nikmat kat dekat kita. Nikmat kehidupan yang sangat sempurna. Haaa! Cuba teliti ada yang kurang tidak dekat diri kita? Ujian? Itu tak payahlah persoalkan. Hidup mana manis andai tak dilambung gelora. Tak tercabarlah hati kita. Ye tak? ALLAH uji bersebab. Hendak tengok sejauh mana ketetapan hati kita pada DIA. Hendak tengok kita faham tidak hakikat hidup sebenar  dekat dunia ni. Lepas ALLAH bagi ujian, ALLAH bagi kenikmatan kan? Haaa, bukan setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Itupun hendak pertikaikan lagi. Tak malu pada ALLAH ke? Sudah diuji sedikit, hendak mengeluh macam-macam. Habis nikmat yang ALLAH bagi selama kita hidup ni, ALLAH tak berkira pun.


Sahabat-sahabat yang saya kasihi kerana ALLAH, hidup ini umpama roda. Terkadang kita di awanan tinggi, tiba masa kita tersungkur di bumi. Jika saat ini kita sedang berduka, sedih menghadapi hidup, langkahan kita jatuh tanpa ada yang menyambut, perjalanan kita tersungkur di persimpangan laluan, kita ditinggalkan keseorangan menentang badai, sedarilah bahawa masih ada yang bersama kita. Tidak lain tidak bukan ALLAH Yang Maha Esa. Tatkala saya mencoretkan catatan ini, hati saya juga sedang di uji. Terasa bagai sudah berada di penghujung perjalanan ini, tidak mampu memayungi seorang diri. Jiwa lemah tidak mampu menghadapi. Namun gagahi jua langkah kaki ini, biarpun perit, duka, tangis, pilu membelenggu diri. Kesedihan saya saat air mata jatuh ke bumi ALLAH ini. Hanya mampu mengesatnya dengan melafazkan kalimah ALLAH. Zikrullah adalah yang terbaik. Setiap perpisahan itu pasti ada suratan takdir yang telah ditentukan. Sungguh. Saya juga manusia biasa. Takkan sirna memori itu, ia segar di ingatan. Saya pasti merangkul kemas tubuh ini, sungguh erat kasih kita dalam persahabatan. Aduhai ya sodiki! Dirimu bak kain putih. Namun saya mendoakan ada lakaran warna nan indah dalam dirimu. Di kejauhan kita saya akan terus menongkah badai. Menyahut seruan Ilahi. Di tanah gersang mengaut khazanah ilmu. Moga dirimu nun di sana. Masih ada sinar hidayah bersama. Saat menitis air mata hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui. 

Rasulullah bersabda, “Peliharalah ALLAH, nescaya engkau akan dapatiNYA di hadapan engkau. Kenalilah ALLAH ketika senang, nescaya DIA akan mengenalimu ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang ditakdirkan tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas daripada kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.” (Riwayat Al-Tabrani)

Di bumi fana ini, ALLAH menciptakan pelbagai musim untuk dinikmati oleh kita, hamba yang menghuni dunia ini. Begitulah juga dengan takdir ALLAH. Pelbagai takdir ALLAH lakarkan untuk kehidupan kita. Setiap orang ada jalan cerita yang tersendiri untuk dijalani. Biarpun berbeza takdir yang kita harungi, namun destinasi kita tetap sama, menuju akhirat yang abadi. ALLAH memberi kita khabar gembira dalam firmanNYA:

 “Maka sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah Al-Insyhirah:5) 

Awan hitam sedang berarak mengelilingi langit TUHAN. Ianya hanya menanti masa untuk gugur jatuh ke bumi ini. Maka titis-titis hujan pun galak mencurah-curah, membasahi diri, dan membanjiri bumi. Usah hujan berhenti langit yang kelam tadi, bertukar menjadi cerah, dihadiahi lagi sebuah pelangi indah. Persis kembara kita di dunia ini, ALLAH itu takkan pernah berhenti menguji kita. Namun ketahuilah, diibaratkan seperti hujan. Hujan yang turun pasti akan berhenti, begitu juga setelah hadir mendung kelam pasti akan diganti langit yang cerah. ALLAH sering menguji namun ALLAH itu tidak lupa untuk menghadiahi kita sebuah kebahagiaan hasil kesabaran kita menjalani hari.


Bagaikan sebuah pelangi, hadirnya sekali sekala, malah kelibatnya takkan dapat kita duga. Begitulah juga bahagia, hadirnya tak menentu masa namun bersedialah menerima kunjungannya kerana semua orang layak memiliki bahagia.

Hidup ini adalah pentas untuk membuktikan penghambaan dan penyerahan diri kita kepada ALLAH. Dunia ini ibarat pentas lakonan, berlumba-lumbalah untuk melakonkan watak yang diberikan tanggungjawab dan amanah oleh ALLAH itu dengan sebaiknya. Jangan pernah berhenti berdoa daripada memohon pertolongan kepada ALLAH. Jangan pernah berputus asa daripada rahmat ALLAH. 


Seiring dengan firmanNYA, “Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tidaklah orang yang berputus asa daripada rahmat ALLAH, melainkan orang kafir.” (Surah Yusuf 12:87)

Serahkan segala urusan kita kepada ALLAH, dengan itu kejernihan dan ketenangan hati pasti kan kita miliki. Diibaratkan seperti sebatang pohon. Pohon yang besar mampu menahan ribut kerana mempunyai batang yang kukuh. Hanya bermula dari benih yang kecil, kemudian tumbuh menjadi sebatang pohon yang besar malah semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi pohon yang kuat, ianya harus belajar menahan teriknya sang mentari, kuatnya hembusan angin, dinginnya titis hujan dan pelbagai lagi. Namun setelah melalui semua itu, daripada kelibat benih yang tidak terlihat, ia menjadi tunas yang bercambah mekar, dan akhirnya menjadi sebatang pohon yang besar dan rimbun. Ayuh, sama-sama kita koreksi diri dan belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pohon tadi. Jangan mudah kalah dengan keadaan dan suasana.


ALLAH mengingatkan kita dalam firmanNYA, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagi kamu. ALLAH itu mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)

Setiap ketetapanNYA, pasti, pasti dan pasti ada hikmah dan rahsiaNYA yang tersendiri. Sabarlah dalam menanti sebuah pelangi. Percaya dan yakinlah dengan apa yang diberi olehNYA. Jangan pernah kecewa dengan takdir ALLAH. DIA mengetahui apa yang ada di hati kita, DIA juga tahu apa yang terbaik buat kita, kerana DIA yang telah menciptakan kita. Jadi sahabat-sahabat yang ana sayangi kerana ALLAH sekalian, bersabarlah dalam menjalani hidup ini. InsyaALLAH, ada hadiah yang menanti. Tetapkan hati, teguhkan langkahan kaki. Semoga ALLAH menghitung tiap air mata yang mengalir ini.


“Ya ALLAH, Zat yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami pada ketaatan kepadaMU.” (Riwayat Muslim) 




''Bersyukur dengan kehadiran mereka, saya mampu lahir di dunia ini dengan merasai nikmat pemberianNya. Tiada lafaz seindah kata yang mampu mengubah rasa terhadap mereka, uhibbukafillah jamian ma, abah''



Sekian dulu, bertemu lagi di lain waktu. Diri ini sungguh sedih mengakhiri seuntai bicara pada kali ini. Salam Jihad & Salam Ukhwahfillah fi Jannah Ya sodiki~



Kisah Seorang Kanak-kanak Yang Buta :)





Ada seorang budak lelaki yang buta duduk ditepi tangga sebuah bangunan, dan ada sebuah topi dikakinya. Beliau memegang sebuah tanda yang bertulis: “Saya buta, tolonglah.”
Terdapat hanya beberapa keping duit syiling dalam topi.
Tiba–tiba ada seorang lelaki sedang berjalan kearah pengemis buta itu. Beliau mengambil beberapa keping duit syiling dari poketnya dan menjatuhkannya ke dalam topi itu. Beliau kemudian mengambil tanda tersebut, berpaling sekeliling, dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan tanda itu kembali supaya setiap orang yang berjalan melalui tempat itu akan melihat kata-kata baru pada tanda tersebut.
Tidak lama kemudian, topi itu mula terisi. Banyak orang telah memberikan wang kepada budak lelaki buta itu. Petang itu, lelaki yang tadinya telah mengubah tanda tersebut  datang untuk melihat perkembangan budak lelaki buta tersebut. Kanak-kanak buta tersebut yang mengecam bunyi jejak langkah lelaki itu bertanya, “Adakah anda yang mengubah tanda saya pagi ini? Apa yang anda tulis? “
Lelaki itu berkata, Saya hanya menulis kebenaran. Saya berkata, apa yang kamu katakan tetapi dalam cara yang berbeza.”
Apa yang dia telah tulis: Hari ini adalah hari yang indah dan saya tidak boleh melihat.”
Adakah anda berfikir tanda pertama dan tanda kedua berkata perkara yang sama?
Sudah tentu kedua-dua tanda tersebut memberitahu orang bahawa budak lelaki itu buta. Tetapi tanda pertama hanya berkata kanak-kanak itu buta. Tanda kedua memberitahu orang ramai mereka begitu bernasib baik bahawa mereka tidak buta.
Kenapa tanda kedua yang lebih berkesan?


“Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” [surah Al-Mu’minun; 78]

Cantikkah kita? :)



Assalamualaikum. Selamat Pagi. Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bernafas. Pagi yang cerah, indah dan ceria. Bunga berkuntuman. Serangga berkejaran. Manusia pula? Membersihkan noda hitam pada hati dengan membaca أستغفرالله  dengan penuh tawadhu' dan benar-benar menginsafi dosa-dosa yang pernah dilakukan. Semalam adalah hari yang di mana saya sendiri melontarkan pandangan saya terhadap tajuk di atas kepada seorang hamba Allah yang sudi mendengarnya. Syukran sahabatku rasa lega dan senang hati sebenarnya dengan mengenali dirimu. Ya, diri ini amat merasakan bahawa jika diteliti tajuk ini sangat sesuai dijadikan satu renungan yang bermanfaat.

“Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat rupa fizikal kalian akan tetapi Allah SWT melihat hati dan kalian” [HR Muslim]

''Dik , kamu harus memakai niqob. Wajah kamu cantik, boleh mengundang lelaki memandang''
MUNGKIN ungkapan itu pernah di antara anda yang membaca khususnya kaum Hawa terima daripada seorang teman. Sebuah nasihat yang bersulam rasa keikhlasan daripada seorang teman, bukan perintah ataupun cemuhan. Memang, menjadi wanita yang cantik bukan perkara yang mudah. Mereka sering dipersalahkan menjadi punca apabila ada lelaki yang gagal menundukkan pandangan lantaran terpesong oleh kecantikan muslimah itu.

Mereka lahir dengan fizikal yang lebih baik dari yang lain. Itu adalah sebuah nikmat bagi mereka. Sebuah kurniaan Allah SWT untuk hambaNya, mungkin juga untuk menguji keimanan dan ketakwaannya. Maka jangan salahkan mereka apabila mereka cantik. Yang harus dipersalahkan adalah orang-orang yang masih nekad menggodanya, yang tidak terkawal keimanannya, yang tertewas dengan kecantikan yang dikurniakan Allah SWT terhadap seorang muslimah.


 Apakah dinamakan CANTIK yang SEBENARNYA?

Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif. Cantik atau tidak seseorang itu bukan terletak pada lentik bulu matanya, mancung hidungnya, bulat matanya dan cerah kulitnya atau apa-apa sahaja, namun kecantikan seseorang adalah pada mata yang memandang. Malah juga, diri seseorang kaum Hawa itu terasa amat tidak sempurna dan membataskan diri untuk tampil dengan penuh keyakinan. Kurang  cantik, kurang manis, kurang menarik dan kurang segalanya berbanding orang lain sehingga diri terasa  begitu terpinggir dari arus kehidupan yang sepatutnya. Perasaan seperti ini akan membenamkan jiwa kita lebih dalam ke dasar rasa rendah diri yang berlebihan.

Kita di bekalkan dengan kemahuan dan pilihan yang berbeza. Adilnya Allah menciptakan kita semua tidak sama, memiliki rupa yang berbeza, namun Allah menjanjikan kita semua akan memiliki pasangan dan tidak seorang pun dikecualikan.
Jadi apakah yang membuatkan ini terjadi?
Hal ini adalah kerana mata seseorang tidak di berikan hanya satu tarikan yang sama.  Semua manusia punya keinginan dan minat yang berbeza.  Jadi janganlah mudah mengejek dan mencaci seseorang hanya kerana paras rupa yang dimilikinya kerana ada dikalangan manusia di luar sana yang akan mengagumi wajahnya.  Allah akan mencantikkannya pada mata terpilih.
Ada yang sering tertanya-tanya dan merendahkan diri serta beranggapan bahawa kekurangannya tidak melayakkan dia untuk sesiapa.  Mengapa menghukum diri? Tidak percaya pada keadilan Allah?
Kecantikan terlalu unik untuk ditafsirkan.  Kekuasaan Allah yang maha besar menjadikan manusia yang berangka jutaan billion yang hidup di atas muka bumi mempunyai wajah yang berbeza! Subhanallah, padahal kita semua memiliki mulut, hidung, mata , telinga yang ada pada kedudukan yang tetap.  Tetapi tetap jua kita berbeza.
Rupa hanya lambang pengenalan diri kita.  Tetapi bukan ukuran kecantikan akhlak yang dimiliki.  Orang-orang yang beriman akan menilai kecantikan seseorang dari akhlak dan perwatakan.  Tetapi mereka yang memuja  materialistik akan melihat kecantikan dari luaran dan jasad semata.  Mereka hanya mengejar kepalsuan yang nyata akan hancur dimamah cacing tanah.  Sedangkan yang kekal hanyalah amalan-amalan yang ditanam dari kehidupan.
Kerana itu tatkala memilih jodoh, maka pilihlah yang beragama. Sememangnya rupa yang sedap dipandang itu perlu, namun apa erti cantik tanpa agama dan kesolehan diri.  Biarlah rupa tidak seberapa, kerana gayanya dan tutur katanya lembut akan meruntun jiwa si suami,  ketaatannya akan menjadikan suami menghargainya.
Mungkin sesuatu itu biasa sekali di pandangan mata, tetapi sangat indah di pandangan mata hati.  Kecantikan fana akan lenyap di telan masa, tetapi kesolehan yang dipelihara akan membawanya ke syurga.  Di syurga nanti tiada manusia yang tidak cantik, semuanya rupawan yang jelita.  Kecantikannya akan di gandakan oleh Allah.  Subhanallah!

Akhir kalam, pada pandangan saya terhadap isu ini Allah SWT tidak akan melihat halusnya kulit kita, tetapi melihat kedamaian iman kita. Allah SWT juga tidak akan melihat seberapa licinnya dahi kita, tetapi melihat kepada seteguh mana iltizam kita memperbaiki segala amal agar ia lebih sempurna. Allah SWT juga tidak melihat kepada betapa hebatnya lentur tubuh kita, sebaliknya tebal ketakwaan yang lebih diperhatikan Allah dalam menilai dan memberikan kedudukan kepada setiap hambaNya.. 


Kamu terlalu cantik dengan hiasan taqwa.  Tersangat cantik dengan memiliki jiwa yang ikhlas dan reda.  Itulah kecantikan yang akan kekal selamanya.


RENUNGAN BERSAMA :) 














Senyuman Milik Setiap Insan :)



''Buat sahabat yang sedang bersedih, kuatkanlah semangat, kerana Allah sayang kepada hambaNYA yang kuat dalam menjalani ujian dariNYA. Kerana sebenarnya begitu banyak anugerah dan nikmat yang diberikan olehNYA yang harus kita syukuri. Terima Kasih Ya ALLAH untuk kasih sayang, kekuatan dan semua yang sudah Engkau berikan kepada kami. Berikan petunjuk dan bimbinganMu kepada kami seperti yang telah Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yg Engkau sayangi''

#Izinkanlah kami untuk lebih dekat dan mencintaiMu# ♥
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum sahabatku. Asifni , entry pada kali ini hanya sederhana sahaja. Kebelakangan ini saya sibuk mengulangkaji pelajaran. Ya ! Amat payah sekali apabila ingin menduduki SPM pada tahun hadapan. Terasa debarannya walaupun agak lama lagi kan? Saya tiada kata-kata yang boleh menggambarkan situasi sekarang. Alhamdulillah, jari-jemari ini rajin menaip. Rindu akan blog yang sedikit ketinggalan ke belakang. Semoga kalian yang membacanya turut tersenyum. Selamat membaca dan sentiasa tabah apabila menghadapi ujian Allah swt. :)
Kesulitan pasti ada mengekori kehidupan ini kerana hidup ini akan selalu teruji.  Kita semua sama, berdepan dengan dugaan yang tersendiri, cuma yang membezakan kita ialah cara kita mendepani.
Ketika hati sudah tidak tertanggung derita dan bibir masih sempat mengukir tawa, alangkah indahnya.  Dia sembunyikan segala rasa untuk dicurahkan kepada Allah satu-satunya.  Kerana menampakkan kemuraman wajah di hadapan manusia tidak akan menyelesaikan apa-apa.  Mungkin kita akan memperoleh simpati tetapi selebihnya hanya Allah tahu jalan penyelesaiannya.
Ketika di timpa bencana, senyumlah kerana  ujian adalah tanda kasih sayang Allah. Tidak Allah biarkan manusia yang disayangNya terlena dalam kenikmatan yang melupakan dia untuk mengingatiNya. Lalu dikirimkan sedikit ujian supaya manusia itu tersedar dari lena dan kembali padaNya.
Memang benar, cuba bandingkan manusia yang dalam kegembiraan dan manusia yang dalam kesakitan/kesedihan,  berapa lama waktu mereka sempat habiskan di atas tikar sejadah?  Kebanyakan manusia terlalu mudah lupa, dan hanya tersentak apabila Allah mengetuk mereka dengan kegundahan dan masalah.
Tersenyumlah dengan setiap permasalah kerana masalah adalah jalan untuk kita kembali dalam istikharah dan memohon petunjukNya.  Allah sesekali tidak zalim, sentiasa memberikan peringatan untuk hambaNya.  Kehidupan adalah tidak bermakna sedikitpun tanpa mengingatiNya. Kita bernyawa, berdiri, bersuara dan segalanya adalah dengan izinNya.  Bersyukurlah.
Tersenyum dan bersyukurlah, maka kita tidak akan pernah berasa untuk menuturkan “jikalaulah aku dulu…….”, sedar atau tidak bahawasanya kehidupan ini telah berjalan seiring kehendakNya. Jika kita berkeluh kesah menyaksikan ujian demi ujian yang sedang merapat, kita akan mudah tersungkur dan meratap.
Kerana kita tidak pernah redha dengan apa yang Allah tetapkan sebagai jalan kehidupan yang perlu kita redah.  Maka bersabar dan berserahlah hidup matimu dan  suka dukamu hanya pada Dia yang maha mengetahui.
Tersenyumlah kerana kita masih bernyawa dan di beri kesempatan untuk meneruskan perjuangan di jalanNya.  Kita masih ada waktu untuk menyelesaikan segala hutang dan pinjaman yang telah kita lakukan.  Kita masih ada masa untuk bertaubat di setiap kesilapan.
Kita masih mampu bersyukur dengan setiap pemberian.  Bandingkan kita dengan mereka yang telah terbaring kaku jasadnya di tanah, mereka sudah tidak mampu berbuat apa-apa.  Apakah  kita masih tidak mengambil iktibar? Kita masih boleh lagi menambah amalan dan ketaqwaan kepada Allah dan menyempurnakan bekalan kita di alam sana.  Tatkala roh dipanggil dan diangkat pergi, menyesal ketika itu sudah tidak bererti!
Dan paling penting, anda terlalu bertuah maka tersenyumlah kerana kita terpilih sebagai seorang MUSLIM.  Kita ada Allah yang sentiasa bersama di setiap langkah kita.  Di setiap hari, kita kan berjumpaNya dalam solat.  Allah izinkan kita meminta padaNya setiap apa yang kita perlu.
Allah damaikan hati kita yang keresahan apabila kita bersamaNya.  Allah maha mengampunkan segala dosa yang telah kita perbuat apabila kita bertaubat.  Allah menjanjikan kita nikmat-nikmat yang tidak terhitung apabila kita bertaqwa.  Allah sediakan ganjaran bagi mereka yang sabar.  Allah mengaturkan kehidupan kita dengan sempurna dan segala yang ditetapkan adalah untuk kebaikan hambaNya.   Ya Allah, terlalu beruntungnya kami.

Abu Darda’ Radhiyallahu ‘anhu berkata , “ Sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku.”Tersenyumlah sentiasa, ia tidak menyakitkan malah ia pengubat hati yang sakit.  Bukannya bererti senyum itu kerana dia tidak punya masalah dalam kehidupannya, tetapi menunjukkan hatinya reda dengan setiap takdirnya.

Wallahualam. ~Hanya Allah mengetahui segala sesuatu kejadian~ 






Tunjukkanku jalan yang lurus ✿


  TUNJUKKANKU JALAN YANG LURUS  


Assalamualaikum sahabatku semua. Malam ini penuh syahdu. Alhamdulillah selesai juga bacaan Yaasin. Walaupun cuti sekolah tapi sudah biasa dengan bacaan Yaasin. Tak perlulah disuruh lantas bangun. Haa, malam ini marilah kita menginsafi kelemahan diri sendiri. Bukan untuk tunjuk kita hebat. Tidak sama sekali! Kehebatan kita jika dibandingkan dengan amalan kita sudah tentu tidak mencukupi. Berdoalah agar kita menjadi seseorang yang mendalami ilmuNya. Bukan hanya melihat dengan mata tapi tidak menghayati. Insafilah diri kita. Siapa kita di dunia ini. Hanya hambaNya yang khilaf. Penuh dosa-dosa. Marilah kita renungan bersama ^_^


Manisnya persahabatan ✿

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم . السلام عليكم 








Ukwahfillah abadan abada semua =')



Lama benar jari ini tidak menaip di papan kekunci komputer riba ini. Rindu pula rasanya. Namun pabila ingin menaip, urusan datang bertimpa-timpa, dItambah dengan rasa malasnya. Hmm. Jadi tidak terisilah blog ini. Namun rindu untuk menaip, apatah lagi kerinduana untuk menulis sesuatu yang hadir secara tiba-tiba. Mungkin kerana tak lama buka sekolah? Hmm. MasyaAllah.

Jadi sebelum terpaksa menaip, saya kira, baiklah saya menaip sesuatu yang saya suka. Masa yang menjarakkan saya dengan dunia blog. Tajuk entry saya pada hari jumaat yang indah ini.


Tajuknya ialah... Persahabatan



Selalu sangat kita dengar orang sebut 'ukhuwah fillah'. Maksudnya 'bersaudara kerana Allah' Bila bercakap soal ukhuwah, mestilah teringat dekat sahabat kita, kan? Beruntunglah siapa yang ada sahabat sejati. Kenapa? Susah tau nak cari sahabat yang betul-betul sejati ni.

Semua orang tahu, sahabat sejati ni sanggup korban kan apa saja untuk kita. Susah senang kita kongsi sama-sama. Dia terima diri kita seadanya. Dia berkawan dengan kita seikhlasnya. Dia cuba bagi yang terbaik buat kita.. Tapiiii... Ada satu lagi ciri yang melayakkan dia di gelar 'sahabat sejati'. Saya rasa yang ini memang super duper sejati ni.

Bukan setakat yang saya senaraikan tadi. Tapi, dia AKAN BIMBING kita kembali ke jalan-NYa. Dia akan tegur bila kita buat benda yang bercanggah dengan agama. Dia share segala ilmu baik dengan kita. Dia sanggup buat semua tu demi sama-sama menuju ke jannah-NYA. 
Itu baru namanya 'ukhuwah fillah ilal jannah' Walaupun dia tahu dengan tegurannya mampu buat orang terluka, sekurang-kurangnya dia cuba. Dia tak nak kawan-kawan nya menderita.

Haa, yang tu baru betul betul betul SEJATI. Tapi tak bermakna yang tak tegur pun, TIDAK SEJATI. Tepuk dada, tanya iman. Setiap orang berbaza pandangan. Ini cuma pada pendapat saya saja. Siapa yang setuju, alhamdulillah.

Tolonglah, jauhkan hati dari sukzon (bersangka buruk) Terkadang kita mungkin terasa dengan dia. Tapi kalau iman dapat terima apa yang diucapkannya, InsyaAllah persahabatan tu akan kekal lama :) Sentiasa berlapang dada dengannya.



Tapi benarlah orang kata, mencari sahabat sejati umpama mencari sebutir permata disebalik timbunan kaca. Allah... payah kan? Masih kah ada? Seberapa ramai? Mungkin satu dalam seribu.. Wallahua'lam.. Hari ni mungkin mereka ada. Esok-esok pula? Hargai sebelum dia PERGI bertemu ILLAHI



Kamu sahabatku. Rinduku padamu menggunung tinggi. Harap bukan hanya di dunia yang tak kekal abadi. Tapi ku harap persahabatan ini sampai di surga azali.. Menggamit janji Allah yang pasti. Menjaga ukhrawi yang sejati.Menjadi insan berakhlak dan mempunyai iman yang tinggi. Sahabatku, Jika benar marilah kita mengorak langkah mengenggam cnta dan manisnya iman kepadanNya. Sayangku padamu bukan sayag dunia sayangku padamu sayang bauan syurga. Jadi aku tidak mahu kita hanya sampai di sini sahaja. Kerana aku mahu menjadi temanmu di akhirat sana. Ya Allah. Dengarlah luahan hatiku. Semoga persahabatan yang Engkau kurniakan Kau pelihara dan bawalah ke syurga janjiMu. 





 Bukan Allah tak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, sengsaranya sukmamu. Mungkin itulah yang DIA mahukan kerana DIA tahu, hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat & akrab antara DIA dan kamu ♥






Sahabatku, terima kasih buat segalanya. Ukhuwah fillah fi jannah, insyaAllah. Allahumma amin...