Ada sedikit nukilan dan teguran untuk diri sendiri yang khilaf ini & semua sahabat2.
Janganlah kita risau apabila manusia gemar bercakap belakang kita, kerana setiap perlakuan itu pasti akan mendapat balasan jua akhirnya daripada Allah swt.
Entahlah kenapa manusia sekarang suka mencari kesalahan orang lain untuk menutup kesalahan sendiri. Jika hati diselebungi dendam semakin besarlah dia mencari kesalahan orang lain.
Ingatlah, wahai sahabatku sama ada kaum adam atau hawa. Bahawa sifat pendendam itu dicintai Iblis seharusnya dibuang daripada suka mengata orang. Ia hanya menambahkan dosa. Tak penatkah dirimu melakukan dosa? :'(
Kalau kita tak insaf juga. Entah sampai bila. Mari kita berdoa banyak-banyak moga dijauhkan daripada perkara ini terjadi. Kita sesama umat Islam sepatutnya bersatu & pandai menjaga perasaan orang lain bukan hanya minta pujian semata2 tapi cukuplah mengikhlaskan diri kepadaNya.

Allah swt tidak pernah tidur & Malaikat pun tidak pernah cuti untuk mencatat amal kita.
Cukuplah kita sekadar jadi diri sendiri & kalau kita hendak menegur seseorang pun biarlah secara senyap-senyap tak perlu hebohkan atau malukan dia. Sebab dia juga ada perasaan jadilah seseorang yang menegur secara berhikmah. Pengajaran buat kita semua :)

Bila kita merasa diri kita terlalu sempurna,
Bila kita merasa diri kita hebat,
Bila kita rasa diri kita telah banyak buat kebaikan,
Segala kata diikuti,
segala nasihat didengari khalayak,
Bila kita diri kita disegani, dihormati, digeruni,
segala usul diterima,
kita merasa kita sempurna,
Sedangkan kadang-kala tanpa disedari...
Ada hati yang terluka,
Ada jiwa yang terseksa,
Ada air mata yang pernah kering,
Ada jiwa yang terasing kerana KITA.
✿ Maka...
Sempurnakah kita?
Adakah terlalu sukar?
Adakah terlalu hina?
Adakah terlalu tinggi ego kita?
Untuk mengakui kesilapan dan kelemahan kita?
Adakah sesekali kita berundur ke belakang dan imbas semula?
Adakah ia sukar?
Jika ia sukar.
Maka selama ini semuanya hanya lakonan.
Hanyalah pertunjukkan.
Demi mendapat perhatian dan sanjungan serta pujian. MasyaAllah.
Meski berjuta kali kita ucapkan. Hanya keranaMU. Hanya keranaMU. Hanya keranaMU.