Pengalaman Mencari Mardhatillah Di Pondok (Part II)



Hidup bila mana dibayangi dengan tarbiyyah terasa indah dalam apa jua yang ditakdirkan untuk kita. Subhanallah, Allah Yang Maha Esa, Dia telah memberikan ana seorang sahabat yang tak ana tidak sangka-sangka.
:) Tersenyum lebar. Berbunga hati ana bila hati ini sedar akan kehadiran seorang insan yang menghargai ana sebagai sahabatnya. Ya Allah, belum pernah ana terasa beruntung bersahabat kerana ukhwah itu sendiri. Kalau sebelum ni ana hanya bersahabat kerana siapa dia. Bila ana kenal someone yang ana rasa baik dan selesa dengannya, ana akan terus berkawan sampailah bila masing-masing makin berubah dan bila dah tak selesa untuk bersama dan then persahabatan tu akan tinggal bergantung macam tu saja.

Tapi dalam Islam tu sebenarnya sangat mengangkat darjat sesiapa yang bersahabat kerana Allah. Seorang sahabat yang bersahabat kerana Allah akan mencintai sahabatnya itu melebihi dirinya sendiri. Dia inginkan kebaikan kepada sahabatnya itu sepertimana dia inginkan kebaikan itu padanya. Menegur bila perlu dan mengajak ke arah kebaikan. Dan bila mana dia menyedari kekurangan daripada sahabatnya itu, dia berlapang dada. Sahabat seperti inilah yang akan sentiasa teguh bersama dalam apa jua keadaan sekalipun.


Ya, memang susah untuk kita mencari manusia seperti ni, apatah lagi pada hari ini. Tapi cubalah andai kita yang memulakannya dulu. whats goes around comes around kan? Yeah, mulakan daripada diri sendiri dulu. Perbetulkan akhlak diri agar disenangi insan disekeliling. Memang dulu ana mempunyai sahabat-sahabat lama, mereka sahabat seperjuangan ana semasa menuntut, tetapi kehadiran mereka seperti air di laut. Kadang ada pasang surutnya. Kadang ada saja yang tidak menyenangkan dan menyukarkan untuk komunikasi itu bergerak seiring. Malah salah kan siapa? Masing-masing saat itu takkan mengaku salah mereka bahkan merasa mereka dilandasan yang benar. Akan ada hati terluka juga diabaikan bila hati bermaharaja lela. Pernah juga hati ana terluka kerana sahabat yang kita sayang makin menjauh daripada kita. Namun bila difikirkan semula, mungkin ada insan lain yang mampu membahagiakan sahabat kita itu jadi apa kata lepaskan dengan rela supaya ia tak menjejaskan kesedihan di hati. Selagi boleh redha, pasti Allah mampu gantikan dengan yang lebih baik.
Semasa di pondok, ana pernah cerita bila mana ana baru masuk ke pondok dan ada seorang perempuan yang unik sikit sikapnya dalam part I. Alhamdulillah, rupanya tak disangka dialah sahabat ana. Kembar ana. Sebenarnya ana sendiri tak percaya sebab sebelum ini kami tak bertegur sehinggalah satu hari tu. Kami dah tidur bersama di bilik pengajian, bersama dengan dua lagi muslimat niqabis. Kami berempat lebih gemar tidur berasingan daripada muslimat lain. Nak privasi sikit. Macam tu lah kami. Di situ tempat kami tidur dan di situ juga tempat kami menelaah kitab serta menghafal matan. Kadang-kadang malam tu kami bercerita sambil bergelak-tawa. Nak-nak lagi bila kembar ana tu bercakap dalam loghat ganu dia. Pekat tapi best pada siapa yang dengar. Cuma kena peka sikit sebab dia bercakap sangat laju mengalahkan kereta api :)



Ana sangat bersyukur kerana kehadirannya tidak pernah sesekali membuatkan ana rimas atau lelah. Seolah hadirnya dia memberikan ana kekuatan. Ana hanya pernah berpuasa bersamanya sekali saja, itu pun sahur dia makan koko crunch malah ana makan maggi dalam cup. Hanya letak air panas, amat mudah. Minum pun kami sama, iaitu air milo! Menghafal matan selalunya kami berasingan kerana setiap orang ada caranya tersendiri. Jadi lebih suka menghafal sendiri. Bak kata ustaz nak hafal matan dengan express menghadap dinding lama-lama.

Selain daripada itu, pengalaman terindah pernah tercetus daripada ukhwah kami adalah semasa hendak bersiap untuk pergi memanah. Dua-dua keliru nak pakai baju apa. First time keluar pondok dan melakukan riadah. Ana masa tu memilih memakai jubah setengah. Dah pakai dah pun tiba-tiba dia menanya,

Sahabat:        Ala, tadi kata nak pakai baju kurung,
Ana:              Tak jadi, takut kalau pakai baju kurung susah nak bergerak,
Sahabat:        Tapi fiqah takda baju jubah setengah, macam mana ni?
Ana:              Nah, pakailah baju fisah dulu, pinjam saja,
Sahabat:        Ehh, takpelah, nanti tak muat, saiz kita tak sama,
Ana:              Sama kut, try lah, cepat, tak lama lagi nak gerak dah,
Sahabat:        Aaa, ok!

Jadi hari itu kami memang memakai baju jubah setengah, berkain labuh, dan berniqab. Bila pergi mana-mana bersama. Kereta yang kami naiki pun sama. Semasa tiba di taman riadah, kami dikumpulkan untuk mendengar taklimat cara memanah. Yang mengendalikan kami adalah sepasang suami isteri. Ustaz tu pernah keluar di tv tapi ana lupa namanya. Macam pernah lihat. Ditemani dengan kakak-kakak berserta adik-adik kecil yang berusia dalam 6 tahun. Mereka sering memanah di situ. Jadinya sudah terbiasa anak-anak kecil itu memanah dan menjadi sebahagian hobi yang dilakukan pada masa lapang. Kagumnya ana dengan mereka. Sedia kita maklum bahawa, memanah adalah aktiviti yang Rasulullah s.a.w sendiri melakukannya. Sunnah baginda. Siapa tak nak pahala kan? Jadi kami pun memanah.

Ana dengan sahabat ana memang tak sabar untuk memanah. Di situ, akak yang mengajar kami memanah mula bertanya persis begini:

Kak Ana:                Kami berdua yang berniqab ni KEMBAR ke?
Ana dan sahabat:    Haaaa. Taklah, *saling berpandangan
Muslimat lain:        Bukanlah, sorang tu dari Negeri Sembilan, sorang lagi dari Terengganu
Kak Ana:               Lah yeke, ingatkan kembar tadi, Nampak mata sama.
Ana dan sahabat:   MashaAllah *senyum malu malu


Di situ kami baru perasan sesuatu. Apa? Kembar ke kita? Dalam perbualan kami masing-masing macam tak percaya apa yang dikatakan sebentar tadi.

Sewaktu dalam perjalanan pula, menaiki kereta seorang ustaz dan memintanya untuk berhenti di kedai speedmart99, niat nak pergi fotostat disamping ana nak keluarkan wang melalui atm. Puaslah kami mencari, akhirnya terjumpa mesin atm di dalam 7-eleven. Selepas tu, kami menanya sama ada boleh fotostat ke tidak di situ, boleh jawab seorang kakak. Tapi dicaj mahal sedangkan kami ingin fotostat dalam lembaran yang tebal. Hasrat terbatal di situ dan kami pun cadang pergi ke kedai lain untuk membeli stok makanan. Ana tak boleh lupakan saat kami berdua berkongsi wang untuk membeli aiskrim cornetto dalam bekas besar. Romantik sesangat :)

Setiap hari apabila ada das iaitu pengajian malam bersama dengan syeikh atau ustaz kami bersama akan memakai niqab. Sebab ia menjadi pelindung bagi kami. Das selalunya ramai kaum adam dari university turut serta paling tidak pun memang niat tak nak dipandang oleh lelaki ajnabi. Sebab-sebab lain juga, ia memudahkan untuk kami supaya nama tidak disebut. Cam muka susah jadi nama pun ustaz tak ingat. Huhu. Malah, kadang terlelap sikit, ustaz tak perasan. Alhamdulillah :)



Sampai satu ketika, di mana kebahagiaan itu takkan kekal selamanya.

Mehnah terus hadir dan menjadi kilat yang bakal memuramkan seluruh manusia di bumi. Senyuman yang dulunya ubat penawar seolah menjadi penyakit. Ana dan kembar saja tahu apa yang terjadi. Sungguh itu ujian di mana ana perlu tempuhi. Tapi kami tabah, ana tahu kembar ana juga seorang yang tabah. Sabar menanti hikmah di sebalik ini. Mudah-mudahan ini adalah ibrah buat kami.

Buatmu sahabatku, Syafiqah, mawar agama yang berduri,

Entry ini ana buat khas untukmu. Ana takkan sesekali melupakanmu. Ana ingat lagi message fiqah sent pada fisah hari tu, sebelum kita membawa haluan masing-masing. Sebak bila baca. Ia betul-betul lahir dari hati.

Assalamua’alaikum fisah,

Duhai kembarku, biiznilah, inshaAllah,
Amboi? Hahaha. Mantap ayat fisah! mashaAllah! Patutlah jadi tokoh nilam n blogger, huhu
Ahsanti! Mabruk alaiki ^_^
Firstly syukran jazilan,
You always beside my side in summer, winter, and authem,
Diriku, takkan sekuat sekarang, jika dirimu tiada di sampingku,
Namun, kusedar, semua berlaku atas kehendakNya,
Dia yang menggerakkan kasad dirimu untuk disampingku,
Alhamdulillah, fiqah bersyukur, dihadirkan kembar yang memahami dan sejoli, huhu
Yup! Fiqah akan kuat, biizinillah.

Duhai Nafisah,
Kekadang fiqah terfikir, mungkin ini ujian buat diriku agar lebih dekat denganNya :’)
Allah tahu apa yang terbaik buat kita kan? Jadi, kita kena lah cool! Huhu

Alhamdulillah kehadiranmu mendamaikan hati,
Kata ustaz kalau kita jumpa orang yang bila bersamanya kita tenang, never let her go! Hehehe
So I can’t let you go my dear. Love you infinity, lillahi ta’ala!
Fiqah sayang fisah. Alhamdulillah, perasaan itu dihadirkan oleh Allah untuk mencintaimu keranaNya,
Diriku merinduimu <3

Sebahagian kata-kata kembar ana yang ditujukan pada ana. Barakallahu feeki sahabatku. Moga Allah tambahkan kecintaan padamu lebih dariku.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.



Setelah ana mula mengenal tarbiyyah ini, ana mula melihat dunia dari prospektif yang berbeza. Boleh dikatakan ana berubah 360 degree.  Ya Allah, betapa Allah itu Maha Pemaaf, Dia menerima doa ana agar membuka pintu hati teman-teman ana walau di mana jua mereka sekarang :')


"Kepada kita semua yang masih punyai seseorang yang ikhlas bersahabat dengan kita kerana Allah semata-mata, peganglah dia erat-erat jangan biarkan dia pergi dari hidup kita. Bersahabatlah kerana mencari redha Allah. Pimpin sahabat kita ke syurga bersama. Kehadirannya hanya sekali jadi bahagiakan dia di dunia moga di akhirat kelak dia setia menanti kita untuk terus menyambung ukhwah kembali"



Ini sahaja, pengalaman semasa ana berada di pondok, syeikh ada pesan ingat ayat ini sampai bila-bila ^_^
“ALLAH MAUJUDUN BILA MAKAN” – maksudnya ‘ALLAH wujud tanpa tempat