Bismillahirrahmannirrahin. Assalamua’alaikum sahabat pendamba Syurga,
Siapa di sini tidak mengenali burung? Mesti kenal bukan ^_^
Ya. Burung-burung yang berterbangan di atas awan. Sering kali melihat
langit pasti akan dihiasi dengan kehadiran si burung. Terbangnya selalu tinggi
malah tidak pula pandai duduk. Kiranya kalau dia tahu duduk, pasti dia mampu
berehat dari asyik terbang. Bukan?
Namun si burung tetap gagah meskipun tubuhnya kecil. Riang di hati
melihat burung-burung menongkah angin. Sayapnya kelihatan garang bersuara, “Aku mampu untuk terus
terbang!”. Lantas ana teringat kisah seekor burung yang terselit kisahnya bersama
nabi.
Ingat lagi kisah perjuangan Nabi Ibrahim a.s yang sedaya upaya
mengalihkan kepercayaan umatnya termasuklah ayahnya si pembuat patung berhala
daripada mentauhidkan Allah? Alhamdulillah :)
Dalam kisahnya menghancurkan berhala sehingga dibakar oleh orang-orang
yang jahil terhadap Tuhanya, malah ada satu kisah yang tersisip.
Saat api sedang marak cuba membakar Nabi Ibrahim, si burung kecil
bersusah payah membawa air dalam paruh kecilnya. Untuk apa? Untuk memadamkan
api setinggi bukit yang sedang cuba memakan jasad Nabi Ibrahim. Seakan-akan
lagaknya sia-sia dek pandangan yang melihat.
Namun dia menjawab dengan yakin saat burung lain memperlekehkan
usahanya.
“Sekurang-kurangnya aku ada jawapan kelak di hadapan Allah swt saat aku
ditanya apa usahaku menyelamatkan kekasihNya”
Allah.
Allah. Allah. Lailahaillalah.
Ana sendiri tersentak, bahkan mungkin juga burung-burung lain juga
begitu. Dia si kecil yang punya hati yang besar.
Ana belajar mengenal dan memahami hakikatnya Allah tidak menilai kejayaan
kita tetapi Allah menilai usaha yang kita lakukan.
Jadi kenapa perlu berhenti wahai sahabat?
Di saat kaki mula letih membawa usaha-usaha kecil ditambah pula dengan
sambutan yang hambar dan rasa tidak member kesan apa-apa, maka hati mula
berkira-kira untuk berhenti.
Tidak malukah pada burung kecil itu!
Burung itu mempunyai hati murni walaupun tidak memiliki akal sehebat
manusia dan kita miliki akan yang hebat cuma tidak mahu berusaha memiliki hati
murni itu.
Sangat memalukan.
Ana belajar untuk terus memikul usaha sekecil ini. Tanpa mengeluh tanpa
bersedih. Tidak resah tidak pula gelisah.
Inginku dakap hati si burung itu dalam medan dakwah ana yang berliku.
Moga si burung kecil itu sudi menemani hari ana. Sebagai pencetus semangat.
Biarlah tiada siapa melihat usaha ana, moga Allah redha itu yang utama. Terus berjalan sambil tersenyum :)