Indahnya Pengorbananmu Wahai Si Burung!






Bismillahirrahmannirrahin. Assalamua’alaikum sahabat pendamba Syurga,

Siapa di sini tidak mengenali burung? Mesti kenal bukan ^_^


Ya. Burung-burung yang berterbangan di atas awan. Sering kali melihat langit pasti akan dihiasi dengan kehadiran si burung. Terbangnya selalu tinggi malah tidak pula pandai duduk. Kiranya kalau dia tahu duduk, pasti dia mampu berehat dari asyik terbang. Bukan?


Namun si burung tetap gagah meskipun tubuhnya kecil. Riang di hati melihat burung-burung menongkah angin. Sayapnya kelihatan garang bersuara, “Aku mampu untuk terus terbang!”. Lantas ana teringat kisah seekor burung yang terselit kisahnya bersama nabi.


Ingat lagi kisah perjuangan Nabi Ibrahim a.s yang sedaya upaya mengalihkan kepercayaan umatnya termasuklah ayahnya si pembuat patung berhala daripada mentauhidkan Allah? Alhamdulillah :)


Dalam kisahnya menghancurkan berhala sehingga dibakar oleh orang-orang yang jahil terhadap Tuhanya, malah ada satu kisah yang tersisip.







Saat api sedang marak cuba membakar Nabi Ibrahim, si burung kecil bersusah payah membawa air dalam paruh kecilnya. Untuk apa? Untuk memadamkan api setinggi bukit yang sedang cuba memakan jasad Nabi Ibrahim. Seakan-akan lagaknya sia-sia dek pandangan yang melihat.


Namun dia menjawab dengan yakin saat burung lain memperlekehkan usahanya.


“Sekurang-kurangnya aku ada jawapan kelak di hadapan Allah swt saat aku ditanya apa usahaku menyelamatkan kekasihNya”


Allah. Allah. Allah. Lailahaillalah.


Ana sendiri tersentak, bahkan mungkin juga burung-burung lain juga begitu. Dia si kecil yang punya hati yang besar.


Ana belajar mengenal dan memahami hakikatnya Allah tidak menilai kejayaan kita tetapi Allah menilai usaha yang kita lakukan.


Jadi kenapa perlu berhenti wahai sahabat?


Di saat kaki mula letih membawa usaha-usaha kecil ditambah pula dengan sambutan yang hambar dan rasa tidak member kesan apa-apa, maka hati mula berkira-kira untuk berhenti.


Tidak malukah pada burung kecil itu!


Burung itu mempunyai hati murni walaupun tidak memiliki akal sehebat manusia dan kita miliki akan yang hebat cuma tidak mahu berusaha memiliki hati murni itu.


Sangat memalukan.


Ana belajar untuk terus memikul usaha sekecil ini. Tanpa mengeluh tanpa bersedih. Tidak resah tidak pula gelisah.


Inginku dakap hati si burung itu dalam medan dakwah ana yang berliku. Moga si burung kecil itu sudi menemani hari ana. Sebagai pencetus semangat.


Biarlah tiada siapa melihat usaha ana, moga Allah redha itu yang utama. Terus berjalan sambil tersenyum :)


Pengalaman Mencari Mardhatillah Di Pondok (Part II)



Hidup bila mana dibayangi dengan tarbiyyah terasa indah dalam apa jua yang ditakdirkan untuk kita. Subhanallah, Allah Yang Maha Esa, Dia telah memberikan ana seorang sahabat yang tak ana tidak sangka-sangka.
:) Tersenyum lebar. Berbunga hati ana bila hati ini sedar akan kehadiran seorang insan yang menghargai ana sebagai sahabatnya. Ya Allah, belum pernah ana terasa beruntung bersahabat kerana ukhwah itu sendiri. Kalau sebelum ni ana hanya bersahabat kerana siapa dia. Bila ana kenal someone yang ana rasa baik dan selesa dengannya, ana akan terus berkawan sampailah bila masing-masing makin berubah dan bila dah tak selesa untuk bersama dan then persahabatan tu akan tinggal bergantung macam tu saja.

Tapi dalam Islam tu sebenarnya sangat mengangkat darjat sesiapa yang bersahabat kerana Allah. Seorang sahabat yang bersahabat kerana Allah akan mencintai sahabatnya itu melebihi dirinya sendiri. Dia inginkan kebaikan kepada sahabatnya itu sepertimana dia inginkan kebaikan itu padanya. Menegur bila perlu dan mengajak ke arah kebaikan. Dan bila mana dia menyedari kekurangan daripada sahabatnya itu, dia berlapang dada. Sahabat seperti inilah yang akan sentiasa teguh bersama dalam apa jua keadaan sekalipun.


Ya, memang susah untuk kita mencari manusia seperti ni, apatah lagi pada hari ini. Tapi cubalah andai kita yang memulakannya dulu. whats goes around comes around kan? Yeah, mulakan daripada diri sendiri dulu. Perbetulkan akhlak diri agar disenangi insan disekeliling. Memang dulu ana mempunyai sahabat-sahabat lama, mereka sahabat seperjuangan ana semasa menuntut, tetapi kehadiran mereka seperti air di laut. Kadang ada pasang surutnya. Kadang ada saja yang tidak menyenangkan dan menyukarkan untuk komunikasi itu bergerak seiring. Malah salah kan siapa? Masing-masing saat itu takkan mengaku salah mereka bahkan merasa mereka dilandasan yang benar. Akan ada hati terluka juga diabaikan bila hati bermaharaja lela. Pernah juga hati ana terluka kerana sahabat yang kita sayang makin menjauh daripada kita. Namun bila difikirkan semula, mungkin ada insan lain yang mampu membahagiakan sahabat kita itu jadi apa kata lepaskan dengan rela supaya ia tak menjejaskan kesedihan di hati. Selagi boleh redha, pasti Allah mampu gantikan dengan yang lebih baik.
Semasa di pondok, ana pernah cerita bila mana ana baru masuk ke pondok dan ada seorang perempuan yang unik sikit sikapnya dalam part I. Alhamdulillah, rupanya tak disangka dialah sahabat ana. Kembar ana. Sebenarnya ana sendiri tak percaya sebab sebelum ini kami tak bertegur sehinggalah satu hari tu. Kami dah tidur bersama di bilik pengajian, bersama dengan dua lagi muslimat niqabis. Kami berempat lebih gemar tidur berasingan daripada muslimat lain. Nak privasi sikit. Macam tu lah kami. Di situ tempat kami tidur dan di situ juga tempat kami menelaah kitab serta menghafal matan. Kadang-kadang malam tu kami bercerita sambil bergelak-tawa. Nak-nak lagi bila kembar ana tu bercakap dalam loghat ganu dia. Pekat tapi best pada siapa yang dengar. Cuma kena peka sikit sebab dia bercakap sangat laju mengalahkan kereta api :)



Ana sangat bersyukur kerana kehadirannya tidak pernah sesekali membuatkan ana rimas atau lelah. Seolah hadirnya dia memberikan ana kekuatan. Ana hanya pernah berpuasa bersamanya sekali saja, itu pun sahur dia makan koko crunch malah ana makan maggi dalam cup. Hanya letak air panas, amat mudah. Minum pun kami sama, iaitu air milo! Menghafal matan selalunya kami berasingan kerana setiap orang ada caranya tersendiri. Jadi lebih suka menghafal sendiri. Bak kata ustaz nak hafal matan dengan express menghadap dinding lama-lama.

Selain daripada itu, pengalaman terindah pernah tercetus daripada ukhwah kami adalah semasa hendak bersiap untuk pergi memanah. Dua-dua keliru nak pakai baju apa. First time keluar pondok dan melakukan riadah. Ana masa tu memilih memakai jubah setengah. Dah pakai dah pun tiba-tiba dia menanya,

Sahabat:        Ala, tadi kata nak pakai baju kurung,
Ana:              Tak jadi, takut kalau pakai baju kurung susah nak bergerak,
Sahabat:        Tapi fiqah takda baju jubah setengah, macam mana ni?
Ana:              Nah, pakailah baju fisah dulu, pinjam saja,
Sahabat:        Ehh, takpelah, nanti tak muat, saiz kita tak sama,
Ana:              Sama kut, try lah, cepat, tak lama lagi nak gerak dah,
Sahabat:        Aaa, ok!

Jadi hari itu kami memang memakai baju jubah setengah, berkain labuh, dan berniqab. Bila pergi mana-mana bersama. Kereta yang kami naiki pun sama. Semasa tiba di taman riadah, kami dikumpulkan untuk mendengar taklimat cara memanah. Yang mengendalikan kami adalah sepasang suami isteri. Ustaz tu pernah keluar di tv tapi ana lupa namanya. Macam pernah lihat. Ditemani dengan kakak-kakak berserta adik-adik kecil yang berusia dalam 6 tahun. Mereka sering memanah di situ. Jadinya sudah terbiasa anak-anak kecil itu memanah dan menjadi sebahagian hobi yang dilakukan pada masa lapang. Kagumnya ana dengan mereka. Sedia kita maklum bahawa, memanah adalah aktiviti yang Rasulullah s.a.w sendiri melakukannya. Sunnah baginda. Siapa tak nak pahala kan? Jadi kami pun memanah.

Ana dengan sahabat ana memang tak sabar untuk memanah. Di situ, akak yang mengajar kami memanah mula bertanya persis begini:

Kak Ana:                Kami berdua yang berniqab ni KEMBAR ke?
Ana dan sahabat:    Haaaa. Taklah, *saling berpandangan
Muslimat lain:        Bukanlah, sorang tu dari Negeri Sembilan, sorang lagi dari Terengganu
Kak Ana:               Lah yeke, ingatkan kembar tadi, Nampak mata sama.
Ana dan sahabat:   MashaAllah *senyum malu malu


Di situ kami baru perasan sesuatu. Apa? Kembar ke kita? Dalam perbualan kami masing-masing macam tak percaya apa yang dikatakan sebentar tadi.

Sewaktu dalam perjalanan pula, menaiki kereta seorang ustaz dan memintanya untuk berhenti di kedai speedmart99, niat nak pergi fotostat disamping ana nak keluarkan wang melalui atm. Puaslah kami mencari, akhirnya terjumpa mesin atm di dalam 7-eleven. Selepas tu, kami menanya sama ada boleh fotostat ke tidak di situ, boleh jawab seorang kakak. Tapi dicaj mahal sedangkan kami ingin fotostat dalam lembaran yang tebal. Hasrat terbatal di situ dan kami pun cadang pergi ke kedai lain untuk membeli stok makanan. Ana tak boleh lupakan saat kami berdua berkongsi wang untuk membeli aiskrim cornetto dalam bekas besar. Romantik sesangat :)

Setiap hari apabila ada das iaitu pengajian malam bersama dengan syeikh atau ustaz kami bersama akan memakai niqab. Sebab ia menjadi pelindung bagi kami. Das selalunya ramai kaum adam dari university turut serta paling tidak pun memang niat tak nak dipandang oleh lelaki ajnabi. Sebab-sebab lain juga, ia memudahkan untuk kami supaya nama tidak disebut. Cam muka susah jadi nama pun ustaz tak ingat. Huhu. Malah, kadang terlelap sikit, ustaz tak perasan. Alhamdulillah :)



Sampai satu ketika, di mana kebahagiaan itu takkan kekal selamanya.

Mehnah terus hadir dan menjadi kilat yang bakal memuramkan seluruh manusia di bumi. Senyuman yang dulunya ubat penawar seolah menjadi penyakit. Ana dan kembar saja tahu apa yang terjadi. Sungguh itu ujian di mana ana perlu tempuhi. Tapi kami tabah, ana tahu kembar ana juga seorang yang tabah. Sabar menanti hikmah di sebalik ini. Mudah-mudahan ini adalah ibrah buat kami.

Buatmu sahabatku, Syafiqah, mawar agama yang berduri,

Entry ini ana buat khas untukmu. Ana takkan sesekali melupakanmu. Ana ingat lagi message fiqah sent pada fisah hari tu, sebelum kita membawa haluan masing-masing. Sebak bila baca. Ia betul-betul lahir dari hati.

Assalamua’alaikum fisah,

Duhai kembarku, biiznilah, inshaAllah,
Amboi? Hahaha. Mantap ayat fisah! mashaAllah! Patutlah jadi tokoh nilam n blogger, huhu
Ahsanti! Mabruk alaiki ^_^
Firstly syukran jazilan,
You always beside my side in summer, winter, and authem,
Diriku, takkan sekuat sekarang, jika dirimu tiada di sampingku,
Namun, kusedar, semua berlaku atas kehendakNya,
Dia yang menggerakkan kasad dirimu untuk disampingku,
Alhamdulillah, fiqah bersyukur, dihadirkan kembar yang memahami dan sejoli, huhu
Yup! Fiqah akan kuat, biizinillah.

Duhai Nafisah,
Kekadang fiqah terfikir, mungkin ini ujian buat diriku agar lebih dekat denganNya :’)
Allah tahu apa yang terbaik buat kita kan? Jadi, kita kena lah cool! Huhu

Alhamdulillah kehadiranmu mendamaikan hati,
Kata ustaz kalau kita jumpa orang yang bila bersamanya kita tenang, never let her go! Hehehe
So I can’t let you go my dear. Love you infinity, lillahi ta’ala!
Fiqah sayang fisah. Alhamdulillah, perasaan itu dihadirkan oleh Allah untuk mencintaimu keranaNya,
Diriku merinduimu <3

Sebahagian kata-kata kembar ana yang ditujukan pada ana. Barakallahu feeki sahabatku. Moga Allah tambahkan kecintaan padamu lebih dariku.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.



Setelah ana mula mengenal tarbiyyah ini, ana mula melihat dunia dari prospektif yang berbeza. Boleh dikatakan ana berubah 360 degree.  Ya Allah, betapa Allah itu Maha Pemaaf, Dia menerima doa ana agar membuka pintu hati teman-teman ana walau di mana jua mereka sekarang :')


"Kepada kita semua yang masih punyai seseorang yang ikhlas bersahabat dengan kita kerana Allah semata-mata, peganglah dia erat-erat jangan biarkan dia pergi dari hidup kita. Bersahabatlah kerana mencari redha Allah. Pimpin sahabat kita ke syurga bersama. Kehadirannya hanya sekali jadi bahagiakan dia di dunia moga di akhirat kelak dia setia menanti kita untuk terus menyambung ukhwah kembali"



Ini sahaja, pengalaman semasa ana berada di pondok, syeikh ada pesan ingat ayat ini sampai bila-bila ^_^
“ALLAH MAUJUDUN BILA MAKAN” – maksudnya ‘ALLAH wujud tanpa tempat







Pengalaman Mencari Mardhatillah Di Pondok (Part I)








Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamua’alaikum wrt wbt wahai jiwa yang tenang. Allahu. Alhamdulillah, moga ana dan sahabat tidak lupa untuk bersyukur dan terus bersyukur. Tiada asbab atau halangan kenapa kita perlu bersyukur tanpa berhenti memanjatkan syukur atau merasa sombong untuk melafazkan dan menunjukkan rasa syukur pada Allah Yang Maha Pemurah.

Memetik firman indah Allah s.w.t dalam surah As-Sajadah ayat 9:

“Kemudian Dia menyempurnakan, dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati (tetapi) kamu sedikit sekali ‘bersyukur”

Inginkan kita berada dalam kalangan yang sedikit itu? Astagfirullah. Mohon dijauhkan ^_^

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Memandang langit yang cerah, rumput yang menghijau ditambah lagi angin yang nyaman. Tidak pernah ana merasa angin senyaman ini. Rentetan kehilangan ana sebulan tanpa jejak, membuatkan ana terpanggil mnjenguk blog yang zuhud ini. Sungguh ramaikah ternanti-nanti kehadiran ana? Atau ana sahaja yang merindukan kalian dalam diam. Huhu. Senyum sampai ke langit kita bersama-sama!

Katakanlah wahai jiwa yang tenang, setenang dirimu dapatkah kamu merasakan ketenangan dalam diriku pada saat ini?


Sudah tentu tidak. Kerana. Ana masih tersenyum malu sambil menaip kalam-kalam cinta ana ini. Allahu. Banyak yang ana ingin kongsikan kepada sahabat ana dalam diam. Mengapa ana menghilang lagi? Kali ini bukan kerana SPM. Nah. Ini kerana ana pergi berjihad menuntut ilmu demi mencari mardhatillah.

Ilmu apa ana maksudkan? Bukan ilmu biology, physics, ataupun chemistry lagi tetapi ilmu agama.

Untuk apa? Hanya untuk bekalan akhirat :)


Ditakdirkan Yang Maha Esa, ana mendaftarkan diri untuk masuk ke pondok di sesebuah negeri yang tak asing bagi diri ana menjejaknya. Namun kali ini terasa asing apabila ana yang tidak pernah keluar sejauh ini dan bersendirian. Alhamdulillah, rupanya ana ini kuat! Ana baru tahu. Hee. ^_^

Setiba di pondok itu, ana berurusan dengan seseorang assistant yang baik orangnya, mashaAllah. Barakallahu feek. Ana diterangkan dengan penuh sopan tentang rutin kami di situ. Ana lihat jadualnya saja pun dah terkejut. Maklumlah ana first time nak p pondok katakan. Allah. Sewaktu masuk dalam pondok tu, kaki ana seolah-olah tak nak berpijak pada bumi. Maluuuu teramat bila tiba di pintu sahaja ada ramai ustaz-ustaz dan Syeikh mellihat ana. Namun digagahi juga setiap langkah untuk masuk.


Kitab yang ana gunakan semasa di pondok


Jadual rutin pelajar pondok


Selepas itu, ana turun ke bawah semula. Barang-barang masih dalam kereta dan tak dibawa naik ke tempat muslimat lalu ana keluar untuk makan di restoran. Sungguh janggal pula bila makan ada manusia-manusia yang memandang. Kenapa? MashaAllah kerana. Ana pada saat itu memakai tudung yang labuh. Biarpun perkara itu normal namun tidak normal untuk yang first time agaknya melihat. Moga mata-mata yang melihat itu diberi juga hidayah Allah. Kerana hidayah Allah s.w.t amat luas.

Setiba di pondok semula, ana pun dihantar sehingga di tangga sahaja. Naik ke tempat muslimat berseorangan. Kerana tempat muslimat tidak boleh dijejaki oleh para muslimin tanpa kebenaran. Alhamdulillah. Nampaknya selepas ini ia bagaikan penjara indah buat muslimah. Kerana semua keindahan tersembunyi di sebalik penjara itu.


Saat kaki ana melangkah ke dalam. Senyuman indah ana lemparkan pada seorang akak yang sibuk menelefon seseorang. Ana husnudzon saja kebarangkalian itu familynya. Ana mula terfikir ‘oh, mungkin akak nih yang handle kami!’ sambil menuju ke arahnya. Ana terus bersalaman dan dia pun memulakan bicara ‘adik, masuk ke dalam sana. Ramai dah dari negeri lain datang’ sambil itu menunjuk ke arah satu bilik yang tak berjauhan dari tempat kami.


Ana terus mengangguk dan berkata ‘syukran!’ dia melemparkan senyuman dan sambung bercakap ditelefonnya. Dalam hati ini, ana rasakan seperti debaran jantung yang terlalu laju teramat. Ana tak tahu apa yang ada di dalam bilik itu. Sudah tentu ramai muslimat. Tapi begitulah hati ini. Pastinya sentiasa hadir perasaan yang bercampur-campur.


Seorang akak sedang petah bertutur menerangkan tentang pondok ini dan peraturannya. Antara peraturan yang wajib dipatuhi melebihi 20. Memang ana rasakan ini penjara yang indah. Syukran ya Allah. Mulalah sesi ta’aruf yang singkat masanya. Kerana masing-masing masih tak mengenali antara satu sama lain. Ana hanya mampu bersalaman dengan mereka dan senyum sampai ke langit. Masing-masing bertanya nama tapi malu-malu.


Tengah hari itu, ana belajar sesuatu yang baru. Makan dalam talam. Pada masa itu, ana berkongsi dengan 2 orang muslimat lain. Sesungguhnya, ana sudah makan di luar dan terpaksa makan sekali lagi. Allahu. Ana memang berkerut dahi kerana dalam talam itu, nasinya terlalu lalu banyak sekali. Dan amat. Sesuai untuk 10 memakannya. Kami mula berbual saat makan. Itu menambah ukhwah kami sedikit demi sedikit. Ada suara-suara kecil mengadu.


‘banyaknya nasi nih,’

‘larat ke kita 3 nak habiskan satu talam besar nih’

sehinggalah satu suara itu keluar menanyakan akak di situ.

‘Kak, nasi kami ni banyak, macam mana nak habiskan juga ke??”


Sambil senyum akak tu kata, “kena habiskan juga”

Kami semua mengukirkan senyuman, berat hati nak makan tapi apakan daya. Akak tu tersilap masak, dia anggarkan yang hadir waktu tu ada 20 muslimat tapi yang baru masuk tak sampai 10. mashaAllah. Banyak kan nasi yang kami harus habiskan. Sehingga ada suara kecil berkata-kata.


“Kat rumah, takda makan sebanyak nih”

“Puasa selepas makan nasi bebanyak nih bagus juga”



Comel-comel keluhan mereka. Ana juga first time makan banyak begitu. Paling tak dilupakan, ana berkongsi nasi setalam malah lauk-pauk juga berkongsi. mashaAllah. Ana terasa kemanisan ukhwah saat makan bersama.

Tak habis di situ, ana perhatikan seseorang dari sudut yang jauh. Muslimat itu petah dan pekat sungguh loghat terengganunya. Dia membuka sekotak ‘koko crunch’ dan diletakkan air di dalam mangkuk lalu dituangkan koko crunch ke dalam mangkuk tersebut.

Ana tertanya-tanya, dan mula seseorang bertanya sejurus melihat,


“Kenapa tak makan nasi?”

“Sy tak makan nasi” sambil senyum memandang kami semua.

“Habis tu awak makan apa?”

“Makan koko crunch! heee”


Allahu. Ana terus perhatikan dia. Sungguh baru pertama kali berjumpa manusia yang seunik dia. Keunikannya itu membuatkan ana pada mulanya hairan. Dan terus dibelenggu kehairanan. Keriangan dia menyebut koko crunch itu amat comel. Ana ingatkan hanya gurauan tapi ia adalah benar sungguh :)






Pada malam itu, datang seorang wanita yang memakai tudung labuh berwarna ‘pink cair lalu memberi salam, di pipinya senyuman indah diukirkan. Ana hanya mampu melihat ciptaan Allah itu. MashaAllah. Kecantikkannya sungguh persis bidadari syurga. Seorang akak memberitahu kepada kami bahawa itu adalah isteri kepada syeikh kami. Ustazah itu berketurunan Nabi Muhammad s.a.w. Ana sendiri melihatnya terpesona apatah lagi muslimat lain yang melihatnya pada waktu itu. Ustazah mula menegur dan berta’aruf dengan kami satu per satu. Ana hanya menanti giliran bersalaman dengannya memandangkan ana jauh darinya. Hati ini mula berdebar-debar dan amat teruja. Allahu. Inikah dinamakan wanita perhiasan dunia. Sungguh ana kagum dengan kecantikkan dan kelembutan ustazah.

Sesampainya giliran pada ana, lantas ana bersalam dengannya. Ustazah sempat berta’aruf dengan ana sambil tangan ana digenggamnya. Soalan-soalan yang ditujukan dalam bahasa Arab. Alhamdulillah ana dapat jawab sikit-sikit.

Dia terus senyum pada ana, mata kami saling berpandangan. Ana banyak kali juga memujinya dalam diam, sehingga suara merdu ustazah itu keluar lalu berkata;

‘Bismillahi mashaAllah! Anti jameelaah!” senyumannya itu dihadiahkan pada ana.

Ana kaku, terdiam kerana tidak tahu ingin menjawab apa, sehingga seorang akak itu menterjemahkan ayat ustazah,

“dik, ustazah kata, awak sungguh cantik”

Lalu ana tunduk. Kecantikkan apakah dimaksudkan. Ana terus spontan berkata;

‘Allahhhh! Err. Alhamdulillah Alhamdulillah, syukran ustazah”

Ustazah pun senyum dan beredar dari ana dan menuju ke muslimat lain. Sungguh sesi ta’aruf dengan ustazah, isteri kepada syeikh memberikan ana satu memori indah. Andai kecantikkan keturunan Nabi Muhammad s.a.w persis ini, apa lagi wajahmu ya Rasulullah?

Ada tercetus juga dialog dengan seorang kakak UM, ustazah yang menyambung PhD dalam bidang mikrobiologi pada masa yang sama, mengajar di pondok dengan ikhlas tanpa meminta bayaran. Saat tu ana sedang membelek tudung labuh bidang 60.


Kak Fatimah: Nafisah, awak ni macam ada sama iras dengan seseorang lah!

Ana: Errr, haa. Siapa kak? *gelabah. hehe.

Kak Fatimah: Artis tu, apa nama dia tu ... Hah! Heliza Helmi,

Ana: MashaAllah, mana ade. *tunduk malu, hehe

Kak Fatimah: Ade lah, patutlah akak tengok je dari tadi, itu yang akak nak cakap,

Ana: Sikit jaa, alhamdulillah :D


Kami pun tersenyum sampai ke langit. MashaAllah. Banyak momen indah saat kaki ana melangkah ke sini.


Sepanjang di pondok juga kami ber'usrah dengan ustazah, isteri Syeikh ana. MashaAllah, saat ini sahaja mampu menatap wajah ustazah yang berseri-seri! Subhanallah ^_^

Bersambung, ana akan menukilkan part II kisah ukhwahfillah ana dengan kembar ana di pondok pula. 

Barakallahu feek kepada yang membaca coretan usang ana ini.