Cerpen Seteguh Cinta Hamra' (Part 5)




Sesampai di bumi Jordan, Ahmad Emir Furqan dan Firhan memanjatkan syukur ke atas Allah swt. Segala perjalanan mereka berlangsung tanpa gangguan. Mereka melayakkann diri dengan berdaftar sebagai pelajar Mujahid Universiti Al-Azhar. Mereka pasti Hamra’ dan Sara ada di situ. Hanya kelibat mereka masih awal untuk perhati dalam kesibukkan kota.

“Kalian berdua ditempatkan di bilik 102, semoga selesa menuntut ilmu Allah swt di sini wahai anak muda!” ujar seorang pakcik yang menguruskan pendaftaran pelajar baru masuk.

“Syukran a’la kulli hal, wahai pakcik yang baik hati. Semoga Allah redha dengan niat tulus kami,” jawab Ahmad Emir Furqan.

“Ya, pakcik. Ana pun sebegitu. Niat untuk mencari Hamra’ amat tulus pakcik,” Firhan terkandas daripada berkata-kata.

“Apa, Hamra’? soal pakcik yang tua sedikit beruban putih di kepalanya.

“Ehh, waduh waduh pakcik. Bukan begitu ana tersasul pula pakcik. Biasalah lupa makan ubat penenang jiwa. Gini jadinya,” cuak firhan apabila mendapati dia terlepas kata.

Furqan tidak memarahi sebaliknya geli hati melihat perangai Firhan yang semulajadi.



***

Pengumuman! Perhatian kepada “Para Pelajar Mujahid Universiti Al-Azhar sila berkumpul di dewan sekarang!”

Kelihatan semua para mujahid yang terdiri daripada para pelajar kaum adam bergegas meninggalkan bilik menuruni tangga menuju ke dewan. Tidak ketinggalan Ahmad Emir Furqan dan Firhan yang baru sahaja membersihkan diri turut bertindak segera ke dewan. Mereka mulanya rasa seperti makhluk asing kerana itu adalah pertama kali mereka dikelilingi oleh majoriti pelajar berketurunan Arab, Baghdad dan Sudan.

“Assalamualaikum para mujahid Universiti Al-Azhar. Ana murabbi kamu, ustaz Qassim. Di malam ini ustaz ingin memberi taklimat buat julung kalinya akan ada lagi pertandingan berdebat antara pelajar mujahid vs mujahidah. Excitednya ustaz nak memilih dua calon yang boleh menyertai pertandingan ini untuk kita merangkul kemenangan! Sebelum ini maklum ustaz katakan kita tewas dengan dua pakar pendebat mujahidah yang tidak dapat ditandingi. Namun ustaz percaya dalam kalangan berjuta kamu ini pasti ada dua jejaka yang mampu menawarkan diri mempersiapkan diri untuk menyertai pertandingan ini,” celoteh ustaz Qassim dengan penuh semangat.

Tangannya tidak henti-henti bergerak. Langkahnya juga tidak pernah statik.

“Firhan, masya’Allah pertandingan ini seperti ‘berat’ sekali untuk kita, malah ustaz ini pula rasanya terlalu teruja untuk memilih perwakilan pelajar. Agaknya siapalah yang sukarela,? Tanya Ahmad Emir Furqan sambil sebelah tangannya memegang tasbih.

Firhan memandang Furqan dengan pandangan yang menawan sekali. Senyumannya meleret. Dia seperti ada agenda tersendiri yang tidak diketahui oleh Furqan. Kata-kata Furqan seolah tidak diendah, dia terus mengangkat sebelah tangan furqan.

“Fir .. fir .. han, kenapa enta angkat tangan ana pula ni? Semua mata memandang tepat ke arah ana pula sekarang ni, nahaslah ana!” cuak betul Ahmad Emir Furqan.

Saat itu mulalah Firhan bersuara dan memberitahu sesuatu kepada Ahmad Emir Furqan.

“Hehehe. Furqan, ana tahu enta seorang yang bijak dalam hal berdebat ini, bukan saja berdebat malah siap boleh bagi dalil-dalil lagi sewaktu bercakap. Ana yakin enta adalah orang yang murrabi tu ingini. Semua kriteria ada dalam diri enta,” ujar Firhan dengan yakin sekali. Sambil mengenyitkan mata.

Ahmad Emir Furqan tergamam. Dia tidak jangka Firhan memilih dia, dan saat itu juga dia tahu Firhan juga ada kebolehan mengolah dan punya pendirian tersendiri ketika bertutur. Harusnya Furqan juga mengangkat tangan Firhan sekaligus.

Tindakan Ahmad Emir Furqan mengangkat tangan Firhan dan Firhan mengangkat tangan Furqan telah mendapat perhatian para mujahid yang lain. Mereka terus memalingkan muka ke arah Furqan dan Firhan. 

Murabbi di hadapan juga tidak terlepas memandang lalu menjerit melalui mikrofon di tangannya.

“Nah itu dia! Sudah ada dua orang jejaka tampan di situ, sila bangun! Sila mara ke hadapan wahai pemuda-pemuda tampan” teruja ustaz Qassim.

“Waduhh, Furqan! Enta angkat tangan ana kenapa dongg? Keluh Firhan. Dia kaget dengan tindakan Ahmad Emir Furqan sebentar tadi.

“Huhuhu. Kenapa, tidak salah bukan wahai penghafaz al-Quran? Enta juga tidak dapat disangkal kebijakkan dalam berdebat,” ujar Ahmad Emir Furqan sambil menguntum senyuman.

“Ini dia orangnya. Ustaz berharap mereka akan memberi kemenangan buat para mujahid. Mujahid!!?? Soal murrabi tersebut.

“Mujahid jaiyidd!!” sahut semua para mujahid di dewan. Bergetar satu dewan dengan suara yang penuh semangat untuk menang.

“Buat kamu berdua nak, ustaz nak kamu prepare. Sebab kemungkinan pendebat mujahidah adalah orang yang sama. Ustaz nampak aura kamu berdua sungguh mewangi! Menangkan para mujahid! Hidup mujahid!” kata-kata ustaz Qassim itu tidak lepas daripada ingin mengharapkan kemenangan.

Ahmad Emir Furqan dan Firhan saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka agak kehairanan dengan perwatakan ustaz Qassim. Sungguh berjiwa seorang pejuang yang ingin kemenangan hingga ke titisan darah yang terakhir!


***


Malam itu, Ahmad Emir Furqan bersama Firhan menerobos alam. Pada waktu sesunyi itu di suatu sudut mereka memikirkan tindakan ingin menyertai pertandingan berdebat yang bakal berlangsung esok di hadapan dewan dan bakal disaksikan oleh seluruh penghuni Universiti Al-Azhar.

“Furqan, tindakan kita nak masuk pertandingan ini adakah tepat,? soal Firhan sambil memegang buku di tangannya.

“Baru sekarang enta menanya pendapat ana ya? Entahlah, tapi yang ana tahu kita buat yang terbaik buat ustaz Qassim yang bersungguh impikan kemenangan,” jawab Furqan dengan ringkas sekali. Furqan memandang ke arah luar tingkap memerhati bintang-bintang yang berkelipan.

“Tapi Furqan, nawaitu kita kita ke sini untuk mencari jejak Hamra’, bukan? muka Firhan sedikit berkerut seperti orang tua.

“Ya sahabatku, namun dengan cara kita masuk pertandingan ini kemungkinan dapat membantu kita. Melalui apa? Melalui atas pentas nanti mata kita boleh meleret memandang semua pelajar mujahidah. Sambil berdebat ambil waktu mencari jejak Hamra’dengan memerhati wanita-wanita yang ada di sana nanti,”

“Bijak juga enta ni, betul juga. Dapatlah ana cari Sara. Sambil menyelam minum air katakan. Hehehe,”

“Firhan, siapa agaknya ya pendebat mujahidah tu? Kebarangkalian bukan mereka akan menang lagi,? gusar hati Furqan apabila mengenangkan kata-kata ustaz Qassim bahawa para mujahid tak pernah menang setiap kali menghantar wakil.

“Waduh. Kok, tanya ana. Ana bukan bomoh, ana juga tak tahu siapa dua orang mujahidah itu tapi ana pasti mereka juga pasti tinggi ilmunya. Tapi kita harus dan harus menang, demi ustaz Qassim dan para mujahid! Huuu!” seperti ada aura merasuk ke badan Firhan.

Sebaliknya Furqan, terus tersenyum memandang langit. Dia amat rindukan Hamra’.

Di mana kamu berada sekarang, Hamra’? monolog Furqan.  


***


Seterusnya lain pula kondisi yang berlaku di sekitar para mujahidah. Seperti biasa dua orang mujahidah yang bakal bertanding untuk berdebat esok adalah Hamra’ dan Sara. Merekalah juara sebelum ini, merekalah insan yang dikatakan tidak boleh ditandingi sebelum ini. Tapi malam itu hati mereka tiba-tiba sahaja menjadi gundah.

“Sara tahu siapa bakal pendebat lelaki esok,? soal Hamra’ yang baru selesai melaksanakan solat Isyak. 

Dilipatnya sejadah dengan penuh rapi dan kemas. Kelihatan Sara pula sedang menelaah di meja belajar.

“Wallahu’alam Hamra’, yang ana dengar kali ini bukan lagi pendebat berkacukan Arab tapi berasal dari Malaysia. Namun, para mujahidah lain kata dua-duanya tampan!,” Sara mengukir senyuman manis.

“Tampan saja tidak cukup untuk berdebat tapi ilmunya perlu dititikberatkan jua,” nada suara Hamra’ lembut saja.







BERSAMBUNG KE PART SETERUSNYA YA!