Hari yang ditungu-tunggu telah tiba. Pendebat mujahidah sudah mengambil
tempat dibelakang tirai sebelah kanan. Malah pendebat mujahid mengambil tempat
dibelakang tirai sebelah kiri. Dewan sudah dipenuhi dengan muatan para pelajar
lain. Masing-masing ingin menyaksikan kehebatan pendebat mujahid dan mujahidah.
Ustaz Qassim mengambil tempat di hadapan, seperti cacing kepanasan murrabi itu
berlegar-legar.
“Aduhai Furqan, sebentar lagi tirai dibuka. Berdegup kencang jantung
ana. Terasa ingin ke tandas pula, serem dong,” ujar suara Firhan
bergetar-getar.
“Jantung enta saja berdebar, jadi jantung ana tak berfungsi pula,
begitu? Ana juga risau kondisi sekarang tapi kita sudah janji bukan mahu
beri kemenangan kepada ustaz Qassim di bawah sana yang memerhati?” Furqan cuba
menenangkan sahabatnya.
“Sebentar lagi tirai dibuka Hamra’, ana makin pusing pula,” sahut Sara.
“Sara, jangan begini, kita perlu buat sehabis baik. Usah pandang ke arah
pendebat mujahid kalau tidak mahu rasa berdebar ya? Hamra’ sentiasa ada disisi
Sara, Allah swt juga ada disamping kita,” ujar Hamra’ yang kelihatan begitu
tenang sekali.
Tirai dibuka sekarang, pendebat-pendebat sila mara mengambil tempat
duduk kalian,!” satu suara bergema di dewan.
Tiba-tiba Firhan memandang tepat ke arah wajah pendebat mujahidah.
Dilihatnya Hamra’!
“Masya’Allah. Fur .. furqan! Separuh jerit Firhan.
“Yaa, jangan jerit-jerit Firhan. Duduk elok-elok. Usah pandang pihak
lawan kalau tak mahu rasa gusar,” Furqan seolah tidak memahami maksud Firhan.
“Furqan .. fur .. qan .. Hamra’!,” jarinya menunding ke arah Hamra’ saat
itu Hamra’ betul-betul memandang mata Ahmad Emir Furqan. Begitu juga Sara yang
cuak melihat Firhan duduk sebagai pendebat mujahid.
Sorakan di dewan sungguh meriah. Semua tidak sabar lagi menanti
pertandingan itu berlangung.
“Ahmad Emir Furqan terus beristighfar. Subhanallah. Permata yang
dicarinya itu sedang duduk bertentangan dengannya sekarang di atas pentas.
Hatinya terus berbunga. Sedikit rasa hiba, Furqan amat merindui Hamra’.
Cuba dipendam perasaannya itu. Firhan dan Sara tersenyum, mereka tidak
berkata-kata. Malah raut wajah Hamra’ yang berseri-seri tidak menandakan bahawa
dia sedang gusar mahupun resah. Hamra’ sentiasa tenang. Apa pun pertandingan
tetap petandingan.
“Baiklah, tajuk yang diberi untuk pertandingan debat pada kali ini
adalah “Membina Cinta Suci”, para pendebat diberi keselesaan untuk
memilih siapa yang akan memulakan.
Kali ini penyampaian akan menitikberatkan konsep syariat Islam dan
pembawakan yang menarik.
Pertandingan akan bermula sekarang! Dewan terus senyap membisu.
Ahmad Emir Furqan mengambil langkah mara ke hadapan. Sambil
memperbetulkan kopiahnya dan memegang mikrofon, Furqan memulakan bicaranya.
“Dasar bicara ana perihal membina
cinta suci ini adalah suci sebagaimana yang didefinisikan oleh kamus iaitu;
clean, untainted
(from the religious
aspect) atau bebas daripada kejahatan, bersih dari segi agama; pure, innocent, holy atau qudus, nirmala, soleh, divine, sacred,
atau murni dan jernih. Wah. Begitu besar bukan skop denifisi cinta? Dalam soal
cinta, Rasulullah saw berpesan “seseorang itu akan dihimpukan di Mahsyar
bersama-sama orang yang dicintainya”. Hal ini izhar dijelaskan dalam hadis
Bukhari dan Muslim. Dalam hadis lain pula, Rasulullah saw bersabda “seseorang
itu dapat dinilai daripada kebiasaan orang yang mendekatinya” izhar dalam kata
Abu Dawud Attirmidzi dan Ibn Majah.
Bagi ana sendiri, CINTA itu
bermaksud; C-cinta , I-itu , N – nurani , T- teguh , A – abadi. Yakni seteguh
cinta seseorang pada insan yang diimpikannya” Permulaan Ahmad Emir Furqan amat
menarik sekali, matanya memandang Hamra’.
Kini, tiba untuk pendebat mujahidah mengemukan pandangannya. Hamra’
dengan sopan menyusun langkah ke tengah pentas.
“Menuntut kefahaman, soal
percintaan ini bukan boleh dibawa main. Betapa besar lautan cinta dan tidak
bertepi, hanya keindahan sebenar yang tersembunyi daripada penglihatan dan
pengetahuan kita sekian lama. Sekilas kita melihat hati kita terasa bergetar, adakah
itu dinamakan cinta? Ramai yang keliru, melihat wajah saja hati kita pun
berkata ‘cantiknya dia.’ Itu bukannya cinta, tapi rasa. Rasa yang timbul serta
merta. Kerana cinta memerlukan masa.
Sara bingkas bangun dan memberikan hujah perihal tajuk yang
dibincangkan. Semua insan memandang dengan penuh minat, tajuknya saja bukan
calang-calang.
Sara memulakan bicaranya,
“Di sini dapat diperkukuhkan lagi
bicara sahabat ana sebentar tadi di mana apabila rasa’ itu muncul namun
beberapa detik yang berlalu, perasaan kita kembali biasa. Kenapa? Mengapa?
Jantung kita tadi berdetak kencang kini kembali normal? Sewaktu sekilas
terpandangkannya tadi, perasaan kita jadi tak tentu hala. Manakan tidak itu
bukan cinta tapi rasa. Nampak senarionya? Bahkan ini mustahil boleh membuahkan
cinta. Cinta yang suci dan tulus mulus. Apa mungkin pandangan itu hanya membuat
kita keharuan? Sebaiknya apa penawarnya?
Firhan cuba berdiri selesai Sara memberi hujah.
“Para pendengar yang budiman,
izhar sekali perasaan cinta itu akan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa.
Lebih lama kita mengenali seseorang itu, akan lebih dalamlah perasaan cinta.
Tidak ubat yang tiada penawarnya. Cara yang terbaik untuk menangani cinta yang
diterbitkan bukan kerana cinta tetapi rasa adalah kita perlu sentiasa bertenang
setiap kali hati bergetar-getar seperti vibratenya handphone anda sekalian. Apa bila terpandang
seseorang, cepat-cepat beritahu diri itu bukan cinta tapi sekadar rasa. Usah
menghimpunkan cinta di hati kerana takut penghujungnya, kecewa? Ambil masa
untuk mengenali kerana bukan semua orang serasi dengan kita. Setiap yang
bernama kesalahan itu pasti membawa penyesalan.
Keadaan dalam dewan makin sarat dengan topik yang membawa kepada fitrah
insani. Banyak juga perbincangan yang diberikan. Juri juga binggung duduk di
bawah pentas.
“Dalam perbicaraan ini,
berpandukan pembahagian-pembahagian mudah kita fahami, persoalan membina cinta
suci mencakupi semua. Tidak boleh dipisah-pisahkan daripada kehidupan, namun
dapatkah kita kawal diri? Yang sukar itu akan kita temui akhirnya? Soalan
ditujukan Hamra’ kepada pendebat mujahid.
“Jika benar cinta tidak boleh
dipisahkan, adalah betul terjemahan mengatakan cinta tidak boleh disempitkan
pada manusia semata-mata. Patutnya dihargainya cinta sewajarnya, hal ini jelas
dalam firman Allah swt; maksudnya. “Dan antara tanda-tanda kebesaranNya bahawa
DIA menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis
kamu sendiri, supaya kamu bermesra dengannya dan dijadikannya antara kamu
(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran)
bagi orang yang berfikir, ana petik daripada Surah al-Rum, ayat 21,” jelas
Firhan.
“Bahkan, Rasulullah saw bersabda,
“apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahu bahawa
dia mencintainya” riwayat Abu Daud dan Attirmidzi, untuk kita membina cinta
suci saat betul-betul berhajat, tidak salah memulakan langkah. Cumanya beritahu
perasaan itu. Bukan merujuk cinta Romeo dan Juliet sebagai lambang cinta suci.
Apabila membicarakan bukti Taj Mahal dijadikan contoh. Inilah manusia yang
menghidupkan cinta yang suci kian malap. Sekiranya nilai kasih sayang dan cinta
kita tidak terjejas, barulah nilainya suci. Jika tidak, kita hanya salah
seorang pendusta dalam hikayat cinta” nada syahdu Ahmad Emir Furqan kedengaran
menarik ribuan mata yang memandang. Penyampaiannya cukup lahir dari jiwa.
“Cinta suci boleh dibina oleh
keredhaan hati atas apa sahaja yang telah ditentukan olehNya, firman Allah swt
“diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu
benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; boleh jadi engkau
tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu, renungan tirai pengakhir kata
daripada surah Al-Baqarah ayat 216,” suara Hamra’ yang lembut menapa seluruh dewan.
Penyampaian Hamra’ juga tidak kurang
hebatnya. Pertandingan debat itu berakhir dengan pantasnya masa yang mencemburui.
Kedengaran suara para mujahid bergema dan suara lembut mujahidah bersorak.
Juri-juri membuat rundingan untuk menentukan pemenang. Pertandingan kali ini
cukup sengit. Begitu anak muda ini menghayati istilah cinta yang sejati.
Intihanya pengumuman bakal disampaikan juga. Pemenang telah dipilih dengan
teliti.
“Alhamdulillah, bagi pertandingan debat pada tahun ini telah membuka
mata semua pihak bahawa cinta nan suci itu perlu didasarkan dengan kejujuran.
Begitu juga keputusan yang berada ditangan ustazah. Keputusan telah berpihak
kepada ...
“Pendebat
yang terdiri daripada kalangan mujahid!! Mabruk kepada anak muda iaitu Ahmad
Emir Furqan dan Muhammad Firhan!”
Semua para mujahid berlari menuju ke arah mereka.
Siap dilambung-lambung ke atas. Ustaz Qassim yang berada di bawah juga
turut berlari ke pentas memegang piala yang diberikan oleh pengasas Universiti
Al-Azhar. Kedua-dua amat berbakat namum juri memilih pendebat mujahid kerana
aura mereka terlalu kuat dan mesej sampai begitu terkesan di hati juri.
***
“Furqan, Alhamdulillah macam tak jangka kita boleh menang berdebat
dengan Ha .. Hamra’!” Firhan menunding jari ke arah Hamra’ dan Sara yang
berlalu di hadapan mereka yang ingin menaiki bas.
Sepantas kilat, Ahmad Emir Furqan meninggalkan Firhan dan berlari
mendapatkan Hamra’.
“Sat .. sat .. tunggu ana, furqan!” jerit Firhan yang ketinggalan di
belakang.
Bas tersebut telah bergerak. Bayangan Hamra’ sudah tiada. Ahmad Emir Furqan
tidak dapat bercakap sepatah pun di hadapan Hamra’.
“Laju enta lari, terkaget ana. Sabarlah furqan, tentu Hamra’ ada hal.
Esok kita ikhtiar ya?” pujuk Firhan yang memahami Furqan amat merindui Hamra’.
***
“Hamra’, subhanallah pendebat tadi tu bekas pelajar madrasah berhampiran
kita bukan? Furqan dan firhan. Kita tewas dengan mereka tadi,” keluh Sara
sedikit rasa sedih.
“Ya Sara, usah berduka. Kemenangan wajar berpihak pada mereka. Mereka
lebih memahami erti cinta suci yang sebenar. Mereka baru mengorak langkah untuk
menempa nama sedangkan kita? Sudah berkali-kali menang. Husnuzon ya Sara” pujuk
suara Hamra’.
“Wahai Ahmad Emir Furqan. Apa motifmu berpijak di bumi Jordan ini ...
katakanlah padaku,” suara kecil Hamra’ terdetik di dalam sanubari.
Jiwanya celaru, dia akui saat Ahmad Emir Furqan berada di hadapannya
sebentar tadi seperti ada angin kuat yang meniup ke arahnya. Lantas hanya
bibirnya dibasahi dengan kalimah suci Allah swt.
***
Di keheningan malam yang gelap. Saat insan lain dibuai mimpi-mimpi lena.
Ahmad Emir Furqan terjaga.
Diperhatikan sahabat, Firhan yang masih tidur. Agaknya kepenatan kerana
pada hari ini mereka telah mencipta satu kejayaan terbesar buat para mujahid.
Dikuaknya tingkap. Diperhatikannya malam keseorangan. Sebagai hamba yang akur
dengan mentaati perintah Allah swt, Ahmad Emir Furqan terus membersihkan
dirinya. Dia mahu bermanja padaNya. Khusyuk dilaksanakan qiamulail dan di akhir
sujudnya pada malam itu, dititipkan bingkisan doa.
“Ya Allah, jika telah Engkau catatkan dia (Hamra’
Mujeera) milikku dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan
titipkanlah kebahagian antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan Ya Allah Ya
Tuhanku yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami melayari hidup ini,
perkukuhkanlah sejahtera dan abadi. Sekiranya dia (Hamra’ Mujeera) bukan
milikku, bawalah dia jauh daripada pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku,
dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya. Serta ya Allah, ya Tuhanku Yang
Maha Mengerti, berikanlah aku kekuatan melontarkan bayangan jauh ke dada
langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia walaupun bukan dengannya.
Ya Allah Ya Tuhanku, pasrahlah aku dengan takdirMu. Cukuplah Engkau sahaja yang
menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat. Dengarlah ya Allah rintihan
hambaMu yang daif ini. Amin, Ya Rabbal A’lamin.
Segera Ahmad Emir Furqan bermunajat. Dia amat mengharapkan satu kekuatan
di mana Allah swt pertemukanlah dia dengan Hamra’.
“Wahai Hamra’ ... biadari terindah ciptaan Allah swt, bukan rupa parasmu
menjadi kelemahanku dan menjadi daya tarikanku, tapi isi hatimu. Sungguh.
Hamra’, aku ingin menjadi yang layak buatmu dengan redhaNya” suara Ahmad Emir
Furqan sayu sekali. Berkaca matanya dengan linangan air mata.
Mengapa sukar untuknya menawan hati seorang wanita yang dicintai. Apakah
mungkin inilah dikatakan kasih sayang. Persis sabda Rasulullah saw, ‘gambaran
kehidupan orang beriman adalah dari segi kasih sayang, saling simpati, dan
saling mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satunya mengadu
kesakitan, ia akan melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan
demam” Masya’Allah.
CERPEN ANA BERSAMBUNG DI SINI. SYUKRAN KERANA MEMBACA. :)