SPM. Selamat Tinggal, titis bahagia.



 
Guide Me Ya Allah,




Assalamualaikum wbt ke hadapan sahabat-sahabat yang jauh di mata,

Di sini bicara kata tersusun indah, mengharapkan “pembajaan jiwa”menusuk ke sanubari. Siapalah diri kita ini di muka bumi yang penuh terbentang luas dengan nikmatNya yang masih tak henti-henti meminta pengharapan. “Pengharapan” apa yang ana maksudkan? Sebuah pengharapan seorang insan untuk mengecapi kejayaan dalam apa jua keadaan meskipun menyedari hakikat kejayaan itu sukar. Sebuah pengharapan untuk mata terus dapat melihat segala ciptaan Allah persis yang dilakarkan oleh dedaun kehijauan. Sebuah pengharapan agar mampu untuk sepasang telinga ini mendengar bicara kata yang mengagungkan sang KhaliqNya. Sebuah pengharapan agar wujudnya sang matahari di kala siang bersilih pula sang bulan di kala malam menjelma. Masya’Allah. Pengharapan apa lagi ya agaknya yang masih kalian pendamkan? Pasti lagi sesulit sehingga tak mampu diluahkan? Perlukah merintih untuk kesedihan yang selalu bertandang? Menghapuskan segala penderitaan tanpa mengenal erti ketabahan? Melupakan kenangan-kenangan pahit dan manis dalam rencah kehidupan fatamorgana ini? Nyata, pengharapan itu masih diperlukan untuk bersedia berhadapan dengan sejuta onak duri. Pastikan sahabat senyuman kalian tak lekang di bibir.

Alhamdulillah, jari-jemari ini mampu menaip setelah sekian lama jua menghilangakn diri dalam blog. Begitu ana merindukan blog yang bersarang lama ini tanpa meninggalkan assistant untuk mengendalikannya. Nah, inilah beberapa situasi saat-saat genting di ambang ana hendak menduduki SPM. (sudah berumur 17 tahun) Alhamdulillah. Ya Allah, panjangkanlah umurku, supaya mampu menghidupkan kecerian di hati kedua-dua ibu bapa dan juga sahabat-sahabat perjuangan. Meskipun segelintir tak mampu disapa tapi sama-samalah kita berdoa agar Allah swt jadikan pertemuan dalam maya ini diberkati.

Imbas kembali perbualan dua bulan yang lepas ...

Mak: Exam dah dekat kan?

Ukhti SN: Dah , pejam mata esok2 dah SPM, tirai perjuangan pun dah bermula.

Mak: Jadi sebelum exam adik kena mulakan dari sekarang persiapan.

Ukhti SN: Iya, tapi dah mula dah kan? *pelik

Mak: Dah tapi mak rasa laptop tu perlu menjauhkan diri. Nanti hilang fokus belajar.

Ukhti SN: Begitu ... Tapi lepas SPM siap siaga bagi adik balik! Janji yaa?

Mak: Reaksi hanya sekadar ‘senyum tanpa kata.

Perbualan dengan kakak ana di laman ‘facebook’

Akak: Ini beberapa tips nak study last minute untuk adik.

Ukhti SN: Terima kasih kak, caringnya. Adik cuba buat yang terbaik.

Akak: SPM ni anggap saja medan perjuangan yang terakhir untuk melangkah alam baru. Kalau nak senang kemudian, beranilah tempuh kesusahan dulu.

Ukhti SN: Apa akak kata tu betul, adik akui. Insya’Allah dengan kudrat yang diberi Allah swt adik akan lakukan sehabis boleh.

Akak: Insya’Allah. Akak rasa fb pun adik kena hentikan dulu, bukan begitu? Tak adalah masa terbuang di sini.

Ukhti SN: Maksud akak, deactive?

Akak: Tak perlu, tapi jangan buka sebelum SPM selesai. Fahamkan? Ke nak akak pegang?

Ukhti SN: Tarik nafas dalam-dalam. Terasa satu per satu ‘aset diambil sekelip mata. “Boleh juga kalau akak nak pegang , tapi kena janji amanah yaa!

Akak: Untuk adik, akak janji.

Perbualan tak dijangka daripada adik lelaki pula tercetus. Sambil menghitung ketibaan hari SPM.

Adik: Dari tadi baca buku, tak henti-henti. Excited nak SPM ya kak ? *sengih

Ukhti SN: Mana tak excited nerve impulse dah sampai ke otak suruh revise. Nak-nak lagi, akak takut time dalam dewan kalau tak ingat apa-apa.

Adik: Akak perlu rileks, akak cuma berdepan dengan kertas saja tu.

Ukhti SN: Haa, kenapa cakap  macam tu? Huraikan, jelaskan dan bagi kesimpulan sekali. *pelik

Adik: Akak tak perlu takut sebab akak hanya berdepan dengan sehelai kertas. Bukan depan musuh. Hehe. Jadi perlu cool. Kesimpulan nyata, akak tak ingat apa-apa banyakkan istighfar dalam hati.

Ukhti SN: Kesimpulan adik saja boleh guna pakai, yang lain tak. Kertas tu lah yang bakal menentukan perdana menteri dan penjawat biasa. Kejayaan atau kegagalan.

Adik: Erk, macam mana tentukan perdana menteri dan penjawat biasa melalui sehelai kertas?

Ukhti SN: Tekalah, kalau betul adik bijak orangnya.

Adik: Ohh , mesti sebab perdana menteri guna pen yang mahal gitu, manakala yang penjawat biasa hanya guna pen biasa-biasa saja.

Ukhti SN: Adik salah, jawapannya melalui ketinggian ilmu pengetahuan seseorang. Dah faham?

Adik: Geleng kepala. *Masih binggung.


Beberapa perbualan ini membibitkan pelbagai perasaan yang terpendam dalam hati. SPM , perkataan ini cukup memberikan satu dunia mampu bergoncang dari medan asalnya bagi ana.Semasa berbual dengan family pun ada saja ‘pelik yang mampu buat ana tertanya-tanya. Betapa hati ini sentiasa merindukan bermonolog denganNya supaya jiwa ini dibelai dengan ketenangan. Ana menghilangkan diri kerana SPM. Penulisan ana takkan terhenti tanpa noktah. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan komen-komen yang terindah sebagai jejak kalian di blog ana. Sekarang ana sudah menamatkan zaman persekolahan dan bakal menempuh satu lagi alam yang begitu asing dalam hidup ana. Agaknya macam mana ya? Course apa sesuai untuk ana? Cita-cita ana mampu tergapai kah? Atau hanyalah khayalan? Nyahkan fikiran negatif. Ana tahu setiap titik peluh kita menimba ilmu pasti memberikan kejayaan. Sahabat yang membaca blog ini jua mampu mencapainya. Bukan? Kita perlu menerima takdirNya dengan hati yang memberi “pengharapan” baik kepadaNya.
Kepada sahabat-sahabat ana di luar sana, yang jauh di mata mahupun terpisah kerana jarak. Ana doa’akan kejayaan kalian di dunia fi akhirat. Semoga persahabatan kita semua masih utuh dan berkekalan di bawah keredhaanNya. Janji ya?
 Kini timbul kesedaran bahawa bumi berputar, masa pun berlalu menginggalkan segalanya yang telah dialami dulu. Kegembiraan yang terzahir disembunyikan dengan keretakan sekeping hati.

Wahai sahabat-sahabat yang disayang lillahi ta’ala,

Tidak bodoh manusia yang bersabar selepas maruahnya setelah didamparkan dengan fitnah. Sentiasa pamerkan senyuman meskipun pada insan yang telah menyakiti hati kalian. Memang agak sukar namun, percayalah. Ketenangan boleh merubah jiwa kalian supaya beristiqamah dengan dugaan ini. Jangan diduga insan yang sentiasa pamerkan senyuman tiada kesedihan yang ada di jiwanya. Kesedihan orang lain bagaimana pula? Kita tidak tahu, mungkin sewaktunya menunaikan ibadat solat, baru sahaja takbiratul ihram, sudah berjurai air matanya mengalir tanpa paksaan. Kepada siapa insan itu perlihatkan ‘kelemahannya? Hanya di hadapan Allah swt. Betapa dia betul-betul pamerkan kelemahan di tempat yang memberi sebuah kehidupan di alam semesta ini. Allahu Allah.
Mendongak ke langit, mengadu sangat-sangat pada Tuan Punya Dunia. Betapa kita perlu DIA, bukan?



Akhir kalam, Insya’Allah penulisan cerpen Hamra’ seterusnya akan muncul. SYUKRAN jazilan buat semua sahabat dalam blog, pembaca yang setia di situ. Ana doakan kesejahteraan kalian, dan kalian dibersihkan jiwa daripada penyakit hati. Titip doa buat ana yang lemah ini juga ya? Moga Allah swt menyayangi kalian semua. Andai bisa, ana mampu meniupkan tinta-tinta mewarnai perasaan mahabbah antara kita! Ihfahzillah yahfazka ^_^




Selamat Tinggal Zaman Persekolahan. Graduasi , moment terindah <3