"Di bantal tidurku ada namaMu, dimejaku ada namaMu, bahkan di
sejadahku sentiasa ada namaMu, Semoga Engkau terima walau diri ini hanya
sebutir pasir" munajat Hamra'
Bismillahirrahmanirrahim
dan Assalamualaikum sahabat yang dikasihi Allah s.w.t sekalian, sungguh
dirimu sentiasa tenang di sisiNya dengan kurniaan segala yang ada pada
dirimu. Jadi usah khuatir akan masa-masa yang berlalu tanpa sang bayu.
Percayalah kamu adalah insan yang terindah yang diciptakan olehNya. Sungguh
sekian lama juga menyepi, yeke? Memendamkan rasa yang bertamu di jiwa sebentar.
Allahu Allah. Ringkas sahaja menaip pada kali ini tapi mungkin panjang
sedikit. Mana mungkin mudah untuk ana mengotakan segala hasrat. Mustahil
bukan? Namun sebagai khalifah di bumi Allah ini, marilah kita tekadkan dalam
sanubari bahawa hal terindah yang diberikan olehNya sudah terpancar di depan
mata. Dapatkah sahabat melihatnya? Mahupun
memahami bicara melalui tinta ana ini? Biar ana sahaja
melestarikan segalanya di sini. Pertama, kita sebenar-benarnya sudah
dalam MADRASAH RAMADHAN!
Alhamdulillah. Ke mana lagi kita panjatkan syukur? Selain di bulan puasa yang barakah ini? Mabruk buat sahabat yang menyahut seruan Ilahi di bulan yang mulia ini. Sesungguhnya itulah kewajipan kita sebagai hambaNya yang daif. Mengakukah kita? Muhasabahkan diri dengan setiap tutur kata mahupun lafaz yang terpendam kerana Allah swt Maha Mengetahui. Bukti? Dalil?
Dalam mashaf al-Qur'an Al-Karim, surah Al-Baqarah ayat 29 yang
bermaksud:
"Dia-lah (Allah) yang Menciptakan segala apa yang ada di bumi untukmu kemudian Dia Menyempurnakannya menjadi tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu"
Sungguh terusik bukan? Kita
sebenarnya sudah tahu tapi mengapa masih ada segelintir bahkan diri ini yang
tak terlepaskan dari khilaf masih menafikan padahal kita sebahagian daripada
umatNya? Sungguh aneh, semua terjawab di dalam hati. Semoga cerpen "Tadabbur Cinta
Hamra" pada
kali ini dapat membersihkan hati kita seputih-putih kain kafan. Usah risau
sahabat, kain kafan jua bakal membaluti jenazahmu kelak. :)
TADABBUR
CINTA Madrasah RAMADHAN HAMRA'
|
"Malam ini seusai solat terawih di Majid Al-Fath ada sedikit
takzirah yang bakal diberi oleh salah seorang ustazah, Hamra' apa tunggu lagi
jom kita join nak? " ujar Qaisara sambil tersenyum.
"InsyaAllah ya Sara, sebelum tu mari kita sembahyang maghrib
dulu" Hamra' bangun lalu mengambil wudhuk.
-----------
"Masih ada tempat kosong ke?" tanya Hamra'
"Nampaknya terlalu padat dah masjid sekecil ni dengan jumlah yang
ramai pelajar madrasah kita tambahan lagi ... " Qaisara melebarkan
senyumannya seluas langit.
"Kenapa pula?" Hamra' seolah-olah tidak memahami.
"Patutlah Hamra', hari ini pelajar-pelajar madrasah di sebelah kita
yang tergolong daripada kaum adam semuanya hadir" Qaisara mencuit bahu Hamra'
"Allah, kalau begitu marilah kita mengambil tempat dahulu sebelum
makin padat" Hamra' tidak terdetik pun untuk menanyakan berkaitan
pelajar-pelajar kaum adam itu. Mereka meneruskan langkah masuk ke dalam Masjid
Al-Fath.
"Assalamualaikum pelajar-pelajar Madrasah Ad-Diniyyah dan Tahfiz
Wal-Qiraat" salah seorang ustaz menyampaikan sesuatu.
"Wa'alaikumussalam wbt ya Ustaz Amer" suara bergema di masjid
itu.
"Pada hari ini kamu semua akan dapat mendengar ceramah daripada
seorang ustazah yang terkenal, ustazah Nur Qatrun. Beliau akan mengendalikan
program tarbiyyah Islami di Bulan Ramadhan, dengan itu dipersilakan ustazah
memulakan bicaranya" Ustaz Amer memberikan mikrofon kepada ustazah Qatrun.
"Lagi-lagi ceramah, sekarang waktu untuk tidur" bebel Maria
yang duduk di belakang Hamra' dan Qaisara.
"Berapa sangat wang yang diberi untuk ceramah sebegini? Kalau aku
tak mungkin akan mendengarnya entah-entah hanya penekanan yang diberi setiap
tahun adalah sama" dengus Maria dengan muka masam mencuka.
"Bukan tu saja Maria, itu tak penting sangat yang penting adalah
ada seorang pelajar famous Ahmad Emir Furqan daripada Tahfiz Wal-Qiraat datang tadi, boleh kita
berta'aruf dengannya. Hehehe" sampuk Anna dengan riang sekali.
"Hamra', dengar tu? Mereka berbuat bising di belakang kita,
geramnya dengar" Qaisara mengetap bibirnya.
"Sabarlah Sara, tak semudah itu nak menahan mereka berbicara,
mereka kan dah kebiasaan seperti itu" Hamra' cuba menyenangkan Qaisara.
"Malu lah kalau Ustazah Nur Qatrun dengar, mereka ni ..." Qaisara
memandang Maria dan Anna yang sedang berbual-bual sambil ketawa berdekah-dekah.
Seperti ada saja yang melucukan.
"Apa pandang-pandang belakang? Enti nak apa ha? tanya Maria kepada
Qaisara.
"Ana mahu pinjam sesuatu daripada enti" Ujar lembut Qaisara.
Sememangnya dalam hati dia geram sekali.
"Katakanlah, kami tiada masalah pun, tafadhol" jawab Maria dan
Anna sambil tersengih-sengih.
"Pinjamkan ana masa untuk mendengar takzirah ini dengan hati yang
tenang daripada gangguan kamu berdua, malu lah pada pelajar-pelajar kaum
adam" terus-terang Qaisara.
Terdiam. Maria dan Anna saling berpandangan, seolah pelajar lain pun
melihat mereka tanpa senyuman. Sekilas Qaisara memalingkan mukanya ke hadapan.
Takzirah dan ceramah sudah pun bermula. Maria dan Anna tidak menjawab mereka
diam seribu bahasa sambil menjeling tajam.
"Assalamualaikum wa Salam Ramadhan. Alhamdulillah ala kulli hal.
Wahai anak-anak ummi sayangi dan dirahmati Allah swt, ummi Ustazah Nur Qatrun,
dahulunya ummi melanjutkan pelajaran di Jordan, alhamdulillah selesai belajar
di sana ummi pulang ke tanah air. Subhanallah anak-anak, ummi ingin berkongsi
berkaitan peristiwa yang paling besar di bulan Ramadhan iaitu turunnya wahyu
Al-Qur'an daripada Allah swt kepada Rasulullah SAW melalui perantara malaikat
Jibril juga sekaligus penetapan kerasulan Muhammad SAW. Peristiwa ini terjadi
ketika Rasulullah SAW berumur 40 tahun" Jelas penerangan Ustazah Nur
Qatrun. Sungguh comel orangnya sambil memandang semua pelajar dengan wajah
keibuan. Selesa menggelar dirinya "ummi".
Dengan kemas dan segak berbaju jubah, Ahmad Emir Furqan bangun lalu menanyakan
soalan. Pada ketika itu tidak terlepas wajahnya dipandang oleh semua
pelajar-pelajar. Masing-masing melihat dengan penuh khusyuk seolah ada daya
tarikan pada kaum adam itu. Siap ada saja yang membetulkan tudung labuh
mereka.
"Ustazah, ada sesuatu keunikan tentang Perang Badar yakni yang
jelas diutarakan dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan sungguh Allah
menolong kalian dalam perang Badr, padahal kalian dalam keadaan lemah
(sedikit). Maka bertaqwalah kepada Allah agar kalian mensyukuri-Nya" (QS
Ali Imran 123), dalam intisari surah ini jelas sekali ustazah Qatrun ada juga
pejuang Islam yang tak sanggup nak berperang, dan kebenaran Allah sungguh
dahsyat sekali malang mereka telah menzalimi diri sendiri, sekian itu saja
kupasan ana" sambil matanya terpandang pada Hamra' lalu senyuman
dipamerkan sebelum sempat mengambil tempat untuk duduk. Hamra' tidak menyedari.
Ahmad Emir Furqan teringat saat-saat terakhir perjumpaan di perpustakaan tempoh hari.
Hamra' cukup sederhana baginya. Sekian lama dia tidak menemui Hamra'.
"Wahh" merdunya suara akhi (abang) tu, nak jadikan abang
angkatlah" sambil berbisik-bisik pelajar-pelajar Madrasah Ad-Diniyyah.
Ustazah Qatrun amat tertarik dengan kesungguhan kaum adam itu.
"Wah, bijak sungguh anak mengeluarkan dalil Al-Qur'an semoga bagimu pahala
disisiNya, Perang Badar berlangsung pada tahun ke 2 Hijrah. Pasukan kecil umat
Muslim pada masa tu hanya 313 orang bertempur menghadapi pasukan Quraisy dari
Makkah yang berjumlah 1,000 orang. Peristiwa ini benar-benar secara teperinci
memisahkan mana yang Haq dan Batil. Mana yang berada pada jalan kebenaran dan
kekufuran. Simbol yang hancurnya kemusyrikan dan penyembahan kepada patung.
Padahal ketika itu kalau dilihat anak-anak, pejuang Muslim taklah ramai dan
jauh hebat berbanding orang-orang kafir yang ramai, namun Allah swt telah
membalikkan keadaan dan memenangkan kebenaran." suara Ustazah Nur Qatrun
sungguh bersemangat berbicara.
"Allahu akbar" gema suara pelajar Tahfiz Wal-Qiraat.
Pelajar-pelajar yang lain duduk memandang dengan penuh minat.
Hamra' begitu tertarik, lalu dia pun bangun dan cuba mengeluarkan
pandangannya.
"Ya Ustazah Nur Qatrun, selalunya hati ini selalu sedih saat
Ramadhan berakhir, seolah tidak ada lagi curahan tadabbur cinta yang besar
turun dari langit. Sedih kerana tidak ada lagi kebahagian. Sedih hati bersama
sepuluh malam terakhir menikmati akhir-akhir waktu bersama Ramadhan. Mungkin
bagi kita itu lumrah, jadi ustazah Nur Qatrun padamu pandangan perihal
kesedihan apa yang menyelimuti ini?" Hamra' menyusun kata-kata dengan
manis. Pipinya hampir kemerah-merahan malu berdiri terlalu lama telah disambut
baik persoalan itu oleh Ustazah Nur Qatrun.
"Syukran ya Hamra' , anakku persoalan yang hebat itu. MashaAllah.
Beginilah wahai anak-anak ummi, kesedihan yang ditinggal oleh Ramadhan sudah
sepatutnya terjadi. Terjadi yang bagaimana? Iaitu ibadah tinggi yang dilakukan
berlandaskan atas Ramadhan. Bersedih tidak dapat lagi berjumpa ibadah lebih
baik setelah Ramadhan pergi meninggalkan, ini membuktikan rasa mahabbah kepada
Allah swt, usahkan risau wahai putera puteri agama, Ramadhan tidak memerlukan
cinta daripada sesiapa justeru Ramadhan meminta dengan indah agar Allah swt
lebih dicintai. Menuntut kasih sayang agar ketakwaan menjadi landasan dalam
setiap amal, Ramadhan mengajar agar kita diberi peluang membuktikan kesungguhan
cinta kepada Sang Khaliq"
Tumpang mencela Ya Ustazah Qatrun, saya al-Hafiz. Bagaimana pula kita
hendak dapatkan keseronokkan dalam beribadat? Mampukah bulan Ramadhan memimpin
hati umat Islam agar dapat ditarbiah? sedikit gugup seorang pelajar itu namun
diberanikan dirinya.
Perbualan di Masjid Al-Fath begitu rancak sekali. Hebat sungguh
tamparan isu-isu yang diutarakan.
"Wahai anak-anak ummi, terima kasih ummi ucapakan. Soalanmu nak
sungguh hebat juga. Sudah tentu dalam bulan Ramadhan, mampu memimpin hati umat
Islam dalam proses tarbiah. Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang.
Mengubah yang bagaimana? Iaitu dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana
memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakah
dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak
diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah
dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkah tangan ke dalam air"
"Anak-anak, siapa di sini pernah mendengar perihal kisah Malaikat Rumman?" soal Ustazah Nur Qatrun.
"Pernah tapi ana can't memories" jawab salah seorang pelajar
Tahfiz Wal-Qiraat.
Disambut baik dengan ketawa oleh pelajar-pelajar lain. Sungguh bahasanya
sudah dicampur adukkan.
"Hamra' seolah pernah mendengar tapi ilmunya tak banyak untuk
berbicara baginya Ustazah Nur Qatrun lagi hebat" sanjungan tinggi diberi
dalam diam.
"Begitu ya, di sini biar ummi ceritakan, pinjamkan telinga kamu
supaya mendengar, Malaikat Rumman pun famous bukan sahaja artis malah lagi famous dengan kerjanya"
"Katakanlah siapa dia ya Ustazah" tidak sabar-sabar lagi mahu
mendengarnya.
"Baiklah anak-anak ummi. "Sebelum Malaikat Munkar dan Nakir
masuk ke dalam kubur, hadirnya malaikat yang wajahnya bercahaya seperti cahaya matahari bernama Rumman. Dia
masuk ke dalam kubur, kemudian dia mendudukkan mayat itu seraya berkata
kepadanya, "Tuliskan kebaikan, kejahatan dan apa-apa yang kamu kerjakan!"
"Mayat itu menjawab, "Dengan apa aku harus menulisnya? Mana
penaku? Mana dakwatku?"
Malaikat menjawabwhaai anak-anak, "Air ludahmu adalah dakwat,
jari-jemarimu adalah pena."
Mayat itu bertanya lagi, "Di atas apa aku harus menulisnya?
Sedangkan aku tidak mempunyai sehelai kertas pun?"
Maka, Rasulullah SAW berkata, " Malaikat itu pun memotong
sebahagian kain kafan mayat itu, kemudian diberikan kepadanya. Ini lembaranmu,
tuliskan kebaikan dan kejahatan yang Engkau lakukan di dunia."
Apabila sampai saat bagi menulis kejahatan, mayat itu malu kepada
malaikat, lalu malaikat menegurnya.
"Wahai orang bersalah mengapa kamu tidak malu kepada Penciptamu
pada masa kamu melakukan kesalahan itu di dunia, tetapi sekerang kamu berasa
malu kepada aku?"
Maka, Malaikat Rumman terus mengangkat gada iaitu pemukul kayu yang
bulat dan panjang. lalu memukul mayat itu. Mayat itu mengeluh,
"Hentikan seksaan ini, aku akan menulisnya"
Dia pun menulis semua kebaikan dan keburukannya. Kemudian Malaikat
Rumman itu menyuruh melipat lembaran itu dan menandantanginya. Dia melipat
lembaran itu sambil bertanya,
"Dengan apa aku harus menandatanginya, padahal aku tidak ada
cop?"
Malaikat menjawab. " Cop lembaran itu dengan kukumu." Lembaran
itu dicop dan digantungkan pada lehernya sehingga tiba hari kiamat.
"Begitulah anak-anak ummi kasihi berkaitan tugas Malaikat
Rumman" Ustazah Qatrun tersenyum.
"Ya Allah sampai begitu sekali amalan kita dihisab" ujar salah
seorang pelajar.
Ada yang mukanya terus berubah. Masing-masing khuatir untuk bertemu
dengan Malaikat Rumman.
"Ustazah Qatrun adakah dalil Allah swt yang wujud untuk lembaran
kitab bagi setiap insan? soal pelajar perempuan Madrasah Ad-Diniyyah.
"Ada anakku, Allah swt menyatakan dalam surah al-Israk, ayat 13
"Setiap manusia Kami kalungkan bahagian nasibnya pada leher dan pada hari
kiamat kelak Kami keluarkan kitab ataupun suratan amalnya yang didapati terbuka
bagi ditatap"
"Astagfirullah al-azhim ... Firas, banyak betul dosa aku di dunia,
malu lah kalau berjumpa dengan Malaikat Rumman tak ke dipukulnya aku dengan
qada" bisik seorang pelajar Tahfiz Wal-Qiraat.
"Nah itulah, aku pun time orang menghafaz al-Qur'an kita duk tidur. Bukan tu ja, kita asyik-asyik
mengeluh tak tentu fasal" suara frust disahut.
"Haa, itulah dunia ini penjara bak kata Ustazah Fatimah Syarha.
Tebal jeriji yang mengurung minda kita, banyak sangat persoalan yang kita
sendiri keliru, thats why ada Malaikat yang menziarahi kia sebelum Malaikat Munkar dan Nakir"
cebik Ahmad Emir Furqan.
"Haaa, itu jangan cerita, aku dah rasa seram. Memang patut
dimanfaatkan bulan Ramadhan ni. Bulan yang penuh keampunan, seluas-luas pintu
syurga dibuka" huraian Farzan.
Pendekatan itu membuatkan mereka menginsafi kembali. Salur-salur darah
berselirat terasa seperti dicabut dari lutut. Terasa menjalar. Berbeza pula
dengan Pelajar Madrasah Ad-Diniyyah.
"Ala, ana dah cukup kuat dengan semua itu, apa nak takut dosa tu
boleh digugugkan bila tua, kalau dah ajal terima saja, boring" jelas Maria. Tenat mendengar kata-kata Ustazah Qatrun lagaknya.
Hamra' seperti terkejut pengakuan yang tak muhasabah diberi oleh puteri
Madrasah Ad-Diniyyah. Lantas Hamra' berpaling ke belakang.
"Sebelum merasa kuat, terlebih dahulu lemahkanlah hati dengan
merendah diri dengan Allah swt, tawarkan cintaNya bukan derhaka dengan cara
merasa diri itu sudah cukup kuat" jawab Hamra'
Serius bunyi butir bicara Hamra' kali itu. Menjunam dalam lubuk prejudis
Maria.
"Itu satu keperluan wahai Hamra', huh, susah lah mereka yang tak open minded ni, awal-awal lagi sudah memasang
tembok kebal di minda, pendapat orang lain dikatakan salah seolah dia heroinnya. Fanatik!" balas Maria.
"Heii, usah nak kata sahabat ana ni fanatik okay, jangan sekadar protes di belakang" kata Qaisara. Berasap-asap
telinganya duduk di hadapan Maria dan Anna.
Hamra' cuba bersikap adil meskipun dihenyak hakikat itu. Sama ada
mengadili liberal mahupun tradisional amat berat. Hamra' tak mahu memanjangkan
perbualan.
Maria nampak resah, sentap medengar kata-kata Qaisara seperti terkena
renjatan elektrik. Anna pula nyenyak tidur tanpa mendengar perbualan tadi.
Dibuai mimpi agakya.
Hamra' menunjukkan signal supaya Qaisara berdiam. Tak mahu dilanjutkan lagi.
Masa mecemburui mereka bersama Ustazah Nur Qatrun.
"Wahai anak-anak ummi kasihi dan dirahmati Allah, belajarlah
melaksanakan sesuatu ibadah dengan menghadirkan Allah dan menghilangkan
pandangan manusia, maka akan lahirlah keikhlasan. Beribadahlah bukan
semata-mata kerana pahala tetapi CINTA, maka akan lahirlah
istiqamah kepadaNya. Semoga Ramadhan menemukan kita dengan Tuhan baik di luar
(makrifat) mahupun di dalam (hati), dan rebutlah Malam Lailatul qadar, iaitu
malam yang lebih baik daripada seribu bulan" jelas penghuraian Ustazah Nur
Qatrun bagi mengakhiri majlis Ilmu itu.
Tajam menikam. Sungguh ringkas dan padat isi setelah mendengar kata-kata
itu. Hamra' mendengar dengan hati yang sayu. Cuba dipendam sesuatu.
Selesai sahaja majlis Ilmu tersebut mereka bersalaman dengan Ustazah Nur
Qatrun. Air mata Ustazah Nur Qatrun menitis mendoakan anak-anak madrasah itu.
Usianya yang tua itu masih mampu menemukan dirinya untuk berbicara berkongsi
ilmu. Hati mana tidak tersentuh. Allahurabbi. Pelajar-pelajar Tahfiz Wal Qiraat
pula bersedia untuk pulang. Ahmad Emir Furqan sempat menghulurkan sepucuk warkah
kepada Qaisara supaya diberikan kepada Hamra' kerana dia tidak nampak Hamra'
saat itu. Maria yang tak terlepas pandang memerhati dari sudut jauh. Mulai
timbul perasaan ingin tahu. Semua beredar.
Hamra' duduk berseorangan di birai katil mencari secebis ketenangan.
Lagaknya seperti sedang merenungkan sesuatu. Ditemani bulan dan bintang-bintang
di langit. Matanya masih menanti pagi, jemarinya seolah masih menari, alam
masih kelihatan sunyi. Sepi. Dan ada rindu masih merajai. Entah mengapa
tiba-tiba ketenangan itu mengundang air mata. Hamra' terpaksa memaksa bersembunyi
menghindari sepi. Tenangnya meresap ke dasar hati.
Tadabbur Cintaku Padamu Duhai
Ramadhan"
"Kusisipkan namamu ya Ramadhan pada kotak
warkah pengharapan ini, agar saat Subuh sebelum terbit cahaya fajar, Tuhan
membacanya. Inginku menyampaikan padaNya sesaat mata ini terjaga, doaku padaMu
Ramadhan, tadabburkan cintaku padaNya. Tanpa alasan mahupun mengharap balasan.
Diranjang mimpi Hamra' ketiduran sambil memegang mashaf al-Qur'an
al-Karim.
(Alhamdulillah dah tamat)In sha Allah ada sambungan selepas ini ~ :)
Seorang hamba Allah yang sedang dalam pencarian mengatur derapan
langkah menuju Khaliqnya.
|
"Wahai
orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)
Surah Al-Imran : 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah : 45
Baru nak masuk
Juzuk 15 , semoga makin cepat habiss . InsyaAllah! ~ Ihya Ramadhan.
|
Mafi qalbi ghairullah