Bismillahirrahmannirrahin. Assalamua’alaikum sahabat pendamba Syurga,
Siapa di sini tidak mengenali burung? Mesti kenal bukan ^_^
Ya. Burung-burung yang berterbangan di atas awan. Sering kali melihat
langit pasti akan dihiasi dengan kehadiran si burung. Terbangnya selalu tinggi
malah tidak pula pandai duduk. Kiranya kalau dia tahu duduk, pasti dia mampu
berehat dari asyik terbang. Bukan?
Namun si burung tetap gagah meskipun tubuhnya kecil. Riang di hati
melihat burung-burung menongkah angin. Sayapnya kelihatan garang bersuara, “Aku mampu untuk terus
terbang!”. Lantas ana teringat kisah seekor burung yang terselit kisahnya bersama
nabi.
Ingat lagi kisah perjuangan Nabi Ibrahim a.s yang sedaya upaya
mengalihkan kepercayaan umatnya termasuklah ayahnya si pembuat patung berhala
daripada mentauhidkan Allah? Alhamdulillah :)
Dalam kisahnya menghancurkan berhala sehingga dibakar oleh orang-orang
yang jahil terhadap Tuhanya, malah ada satu kisah yang tersisip.
Saat api sedang marak cuba membakar Nabi Ibrahim, si burung kecil
bersusah payah membawa air dalam paruh kecilnya. Untuk apa? Untuk memadamkan
api setinggi bukit yang sedang cuba memakan jasad Nabi Ibrahim. Seakan-akan
lagaknya sia-sia dek pandangan yang melihat.
Namun dia menjawab dengan yakin saat burung lain memperlekehkan
usahanya.
“Sekurang-kurangnya aku ada jawapan kelak di hadapan Allah swt saat aku
ditanya apa usahaku menyelamatkan kekasihNya”
Allah.
Allah. Allah. Lailahaillalah.
Ana sendiri tersentak, bahkan mungkin juga burung-burung lain juga
begitu. Dia si kecil yang punya hati yang besar.
Ana belajar mengenal dan memahami hakikatnya Allah tidak menilai kejayaan
kita tetapi Allah menilai usaha yang kita lakukan.
Jadi kenapa perlu berhenti wahai sahabat?
Di saat kaki mula letih membawa usaha-usaha kecil ditambah pula dengan
sambutan yang hambar dan rasa tidak member kesan apa-apa, maka hati mula
berkira-kira untuk berhenti.
Tidak malukah pada burung kecil itu!
Burung itu mempunyai hati murni walaupun tidak memiliki akal sehebat
manusia dan kita miliki akan yang hebat cuma tidak mahu berusaha memiliki hati
murni itu.
Sangat memalukan.
Ana belajar untuk terus memikul usaha sekecil ini. Tanpa mengeluh tanpa
bersedih. Tidak resah tidak pula gelisah.
Inginku dakap hati si burung itu dalam medan dakwah ana yang berliku.
Moga si burung kecil itu sudi menemani hari ana. Sebagai pencetus semangat.
Biarlah tiada siapa melihat usaha ana, moga Allah redha itu yang utama. Terus berjalan sambil tersenyum :)
Hidup bila mana dibayangi dengan
tarbiyyah terasa indah dalam apa jua yang ditakdirkan untuk kita. Subhanallah, Allah
Yang Maha Esa, Dia telah memberikan ana seorang sahabat yang tak ana tidak
sangka-sangka.
:) Tersenyum lebar. Berbunga hati ana bila
hati ini sedar akan kehadiran seorang insan yang menghargai ana sebagai sahabatnya.
Ya Allah, belum pernah ana terasa beruntung bersahabat kerana ukhwah itu
sendiri. Kalau sebelum ni ana hanya bersahabat kerana siapa dia. Bila ana kenal
someone yang ana rasa baik dan selesa dengannya, ana akan terus berkawan sampailah
bila masing-masing makin berubah dan bila dah tak selesa untuk bersama dan then
persahabatan tu akan tinggal bergantung macam tu saja.
Tapi dalam Islam tu sebenarnya sangat
mengangkat darjat sesiapa yang bersahabat kerana Allah. Seorang sahabat yang
bersahabat kerana Allah akan mencintai sahabatnya itu melebihi dirinya sendiri.
Dia inginkan kebaikan kepada sahabatnya itu sepertimana dia inginkan kebaikan
itu padanya. Menegur bila perlu dan mengajak ke arah kebaikan. Dan bila mana
dia menyedari kekurangan daripada sahabatnya itu, dia berlapang dada. Sahabat
seperti inilah yang akan sentiasa teguh bersama dalam apa jua keadaan
sekalipun.
Ya, memang susah untuk kita mencari
manusia seperti ni, apatah lagi pada hari ini. Tapi cubalah andai kita yang
memulakannya dulu. whats goes around comes around kan? Yeah, mulakan daripada
diri sendiri dulu. Perbetulkan akhlak diri agar disenangi insan disekeliling.
Memang dulu ana mempunyai sahabat-sahabat lama, mereka sahabat seperjuangan ana
semasa menuntut, tetapi kehadiran mereka seperti air di laut. Kadang ada pasang
surutnya. Kadang ada saja yang tidak menyenangkan dan menyukarkan untuk
komunikasi itu bergerak seiring. Malah salah kan siapa? Masing-masing saat itu
takkan mengaku salah mereka bahkan merasa mereka dilandasan yang benar. Akan
ada hati terluka juga diabaikan bila hati bermaharaja lela. Pernah juga hati
ana terluka kerana sahabat yang kita sayang makin menjauh daripada kita. Namun
bila difikirkan semula, mungkin ada insan lain yang mampu membahagiakan sahabat
kita itu jadi apa kata lepaskan dengan rela supaya ia tak menjejaskan kesedihan
di hati. Selagi boleh redha, pasti Allah mampu gantikan dengan yang lebih baik.
Semasa di
pondok, ana pernah cerita bila mana ana baru masuk ke pondok dan ada seorang
perempuan yang unik sikit sikapnya dalam part I. Alhamdulillah, rupanya tak
disangka dialah sahabat ana. Kembar ana. Sebenarnya ana sendiri tak percaya
sebab sebelum ini kami tak bertegur sehinggalah satu hari tu. Kami dah tidur
bersama di bilik pengajian, bersama dengan dua lagi muslimat niqabis. Kami
berempat lebih gemar tidur berasingan daripada muslimat lain. Nak privasi
sikit. Macam tu lah kami. Di situ tempat kami tidur dan di situ juga tempat
kami menelaah kitab serta menghafal matan. Kadang-kadang malam tu kami
bercerita sambil bergelak-tawa. Nak-nak lagi bila kembar ana tu bercakap dalam
loghat ganu dia. Pekat tapi best pada siapa yang dengar. Cuma kena peka sikit
sebab dia bercakap sangat laju mengalahkan kereta api :)
Ana
sangat bersyukur kerana kehadirannya tidak pernah sesekali membuatkan ana rimas
atau lelah. Seolah hadirnya dia memberikan ana kekuatan. Ana hanya pernah
berpuasa bersamanya sekali saja, itu pun sahur dia makan koko crunch malah ana
makan maggi dalam cup. Hanya letak air panas, amat mudah. Minum pun kami sama,
iaitu air milo! Menghafal matan selalunya kami berasingan kerana setiap orang
ada caranya tersendiri. Jadi lebih suka menghafal sendiri. Bak kata ustaz nak
hafal matan dengan express menghadap dinding lama-lama.
Selain
daripada itu, pengalaman terindah pernah tercetus daripada ukhwah kami adalah semasa
hendak bersiap untuk pergi memanah. Dua-dua keliru nak pakai baju apa. First
time keluar pondok dan melakukan riadah. Ana masa tu memilih memakai jubah
setengah. Dah pakai dah pun tiba-tiba dia menanya,
Sahabat: Ala, tadi kata nak pakai baju kurung,
Ana: Tak jadi, takut kalau pakai baju
kurung susah nak bergerak,
Sahabat: Tapi fiqah takda baju jubah setengah,
macam mana ni?
Ana: Nah, pakailah baju fisah dulu,
pinjam saja,
Sahabat: Ehh, takpelah, nanti tak muat, saiz
kita tak sama,
Ana: Sama kut, try lah, cepat, tak
lama lagi nak gerak dah,
Sahabat: Aaa, ok!
Jadi hari
itu kami memang memakai baju jubah setengah, berkain labuh, dan berniqab. Bila
pergi mana-mana bersama. Kereta yang kami naiki pun sama. Semasa tiba di taman
riadah, kami dikumpulkan untuk mendengar taklimat cara memanah. Yang
mengendalikan kami adalah sepasang suami isteri. Ustaz tu pernah keluar di tv
tapi ana lupa namanya. Macam pernah lihat. Ditemani dengan kakak-kakak berserta
adik-adik kecil yang berusia dalam 6 tahun. Mereka sering memanah di situ.
Jadinya sudah terbiasa anak-anak kecil itu memanah dan menjadi sebahagian hobi
yang dilakukan pada masa lapang. Kagumnya ana dengan mereka. Sedia kita maklum
bahawa, memanah adalah aktiviti yang Rasulullah s.a.w sendiri melakukannya.
Sunnah baginda. Siapa tak nak pahala kan? Jadi kami pun memanah.
Ana
dengan sahabat ana memang tak sabar untuk memanah. Di situ, akak yang mengajar
kami memanah mula bertanya persis begini:
Kak Ana: Kami berdua yang berniqab ni KEMBAR ke?
Ana dan
sahabat: Haaaa. Taklah, *saling
berpandangan
Muslimat
lain: Bukanlah, sorang tu dari Negeri Sembilan,
sorang lagi dari Terengganu
Kak Ana: Lah yeke, ingatkan kembar tadi,
Nampak mata sama.
Ana dan
sahabat: MashaAllah *senyum malu malu
Di situ
kami baru perasan sesuatu. Apa? Kembar ke kita? Dalam perbualan kami
masing-masing macam tak percaya apa yang dikatakan sebentar tadi.
Sewaktu
dalam perjalanan pula, menaiki kereta seorang ustaz dan memintanya untuk
berhenti di kedai speedmart99, niat nak pergi fotostat disamping ana nak
keluarkan wang melalui atm. Puaslah kami mencari, akhirnya terjumpa mesin atm
di dalam 7-eleven. Selepas tu, kami menanya sama ada boleh fotostat ke tidak di
situ, boleh jawab seorang kakak. Tapi dicaj mahal sedangkan kami ingin fotostat
dalam lembaran yang tebal. Hasrat terbatal di situ dan kami pun cadang pergi ke
kedai lain untuk membeli stok makanan. Ana tak boleh lupakan saat kami berdua
berkongsi wang untuk membeli aiskrim cornetto dalam bekas besar. Romantik sesangat
:)
Setiap
hari apabila ada das iaitu pengajian malam bersama dengan syeikh atau ustaz
kami bersama akan memakai niqab. Sebab ia menjadi pelindung bagi kami. Das
selalunya ramai kaum adam dari university turut serta paling tidak pun memang
niat tak nak dipandang oleh lelaki ajnabi. Sebab-sebab lain juga, ia memudahkan
untuk kami supaya nama tidak disebut. Cam muka susah jadi nama pun ustaz tak
ingat. Huhu. Malah, kadang terlelap sikit, ustaz tak perasan. Alhamdulillah :)
Sampai
satu ketika, di mana kebahagiaan itu takkan kekal selamanya.
Mehnah terus hadir
dan menjadi kilat yang bakal memuramkan seluruh manusia di bumi. Senyuman yang
dulunya ubat penawar seolah menjadi penyakit. Ana dan kembar saja tahu apa yang
terjadi. Sungguh itu ujian di mana ana perlu tempuhi. Tapi kami tabah, ana tahu
kembar ana juga seorang yang tabah. Sabar menanti hikmah di sebalik ini.
Mudah-mudahan ini adalah ibrah buat kami.
Buatmu
sahabatku, Syafiqah, mawar agama yang berduri,
Entry ini
ana buat khas untukmu. Ana takkan sesekali melupakanmu. Ana ingat lagi message
fiqah sent pada fisah hari tu, sebelum kita membawa haluan masing-masing. Sebak
bila baca. Ia betul-betul lahir dari hati.
Assalamua’alaikum
fisah,
Duhai
kembarku, biiznilah, inshaAllah,
Amboi?
Hahaha. Mantap ayat fisah! mashaAllah! Patutlah jadi tokoh nilam n blogger,
huhu
Ahsanti!
Mabruk alaiki ^_^
Firstly
syukran jazilan,
You
always beside my side in summer, winter, and authem,
Diriku,
takkan sekuat sekarang, jika dirimu tiada di sampingku,
Namun,
kusedar, semua berlaku atas kehendakNya,
Dia yang
menggerakkan kasad dirimu untuk disampingku,
Alhamdulillah,
fiqah bersyukur, dihadirkan kembar yang memahami dan sejoli, huhu
Yup! Fiqah
akan kuat, biizinillah.
Duhai
Nafisah,
Kekadang
fiqah terfikir, mungkin ini ujian buat diriku agar lebih dekat denganNya :’)
Allah
tahu apa yang terbaik buat kita kan? Jadi, kita kena lah cool! Huhu
Alhamdulillah
kehadiranmu mendamaikan hati,
Kata ustaz
kalau kita jumpa orang yang bila bersamanya kita tenang, never let her go!
Hehehe
So I
can’t let you go my dear. Love you infinity, lillahi ta’ala!
Fiqah
sayang fisah. Alhamdulillah, perasaan itu dihadirkan oleh Allah untuk
mencintaimu keranaNya,
Diriku
merinduimu <3
Sebahagian
kata-kata kembar ana yang ditujukan pada ana. Barakallahu feeki sahabatku. Moga
Allah tambahkan kecintaan padamu lebih dariku.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Setelah
ana mula mengenal tarbiyyah ini, ana mula melihat dunia dari prospektif yang
berbeza. Boleh dikatakan ana berubah 360 degree. Ya Allah, betapa Allah itu Maha Pemaaf, Dia
menerima doa ana agar membuka pintu hati teman-teman ana walau di mana jua
mereka sekarang :')
"Kepada kita semua yang masih punyai seseorang yang ikhlas bersahabat dengan kita kerana Allah semata-mata, peganglah dia erat-erat jangan biarkan dia pergi dari hidup kita. Bersahabatlah kerana mencari redha Allah. Pimpin sahabat kita ke syurga bersama. Kehadirannya hanya sekali jadi bahagiakan dia di dunia moga di akhirat kelak dia setia menanti kita untuk terus menyambung ukhwah kembali"
Ini sahaja, pengalaman semasa ana berada
di pondok, syeikh ada pesan ingat ayat ini sampai bila-bila ^_^
“ALLAH MAUJUDUN BILA MAKAN” – maksudnya ‘ALLAH wujud tanpa tempat
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamua’alaikum wrt wbt wahai jiwa yang tenang.
Allahu. Alhamdulillah, moga ana dan sahabat tidak lupa untuk bersyukur dan
terus bersyukur. Tiada asbab atau halangan kenapa kita perlu bersyukur tanpa
berhenti memanjatkan syukur atau merasa sombong untuk melafazkan dan
menunjukkan rasa syukur pada Allah Yang Maha Pemurah.
Memetik firman indah Allah s.w.t dalam surah
As-Sajadah ayat 9:
“Kemudian Dia menyempurnakan, dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati (tetapi) kamu sedikit sekali ‘bersyukur”
Inginkan kita berada dalam kalangan yang sedikit
itu? Astagfirullah. Mohon dijauhkan ^_^
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Memandang langit yang cerah, rumput yang menghijau
ditambah lagi angin yang nyaman. Tidak pernah ana merasa angin senyaman ini.
Rentetan kehilangan ana sebulan tanpa jejak, membuatkan ana terpanggil mnjenguk
blog yang zuhud ini. Sungguh ramaikah ternanti-nanti kehadiran ana? Atau ana
sahaja yang merindukan kalian dalam diam. Huhu. Senyum sampai ke langit kita
bersama-sama!
Katakanlah wahai jiwa yang tenang, setenang dirimu dapatkah kamu merasakan ketenangan dalam diriku pada saat ini?
Sudah tentu
tidak. Kerana. Ana masih tersenyum malu sambil menaip kalam-kalam cinta ana
ini. Allahu. Banyak yang ana ingin kongsikan kepada sahabat ana dalam diam.
Mengapa ana menghilang lagi? Kali ini bukan kerana SPM. Nah. Ini kerana ana
pergi berjihad menuntut ilmu demi mencari mardhatillah.
Ilmu apa ana maksudkan? Bukan ilmu biology, physics, ataupun chemistry lagi tetapi ilmu agama.
Untuk apa? Hanya untuk bekalan akhirat :)
Ditakdirkan Yang Maha Esa, ana mendaftarkan diri
untuk masuk ke pondok di sesebuah negeri yang tak asing bagi diri ana
menjejaknya. Namun kali ini terasa asing apabila ana yang tidak pernah keluar
sejauh ini dan bersendirian. Alhamdulillah, rupanya ana ini kuat! Ana baru
tahu. Hee. ^_^
Setiba di
pondok itu, ana berurusan dengan seseorang assistant yang baik orangnya,
mashaAllah. Barakallahu feek. Ana diterangkan dengan penuh sopan tentang rutin
kami di situ. Ana lihat jadualnya saja pun dah terkejut. Maklumlah ana first
time nak p pondok katakan. Allah. Sewaktu masuk dalam pondok tu, kaki ana
seolah-olah tak nak berpijak pada bumi. Maluuuu teramat bila tiba di pintu sahaja
ada ramai ustaz-ustaz dan Syeikh mellihat ana. Namun digagahi juga setiap
langkah untuk masuk.
Kitab yang ana gunakan semasa di pondok |
Jadual rutin pelajar pondok |
Selepas itu, ana turun ke bawah semula. Barang-barang
masih dalam kereta dan tak dibawa naik ke tempat muslimat lalu ana keluar untuk
makan di restoran. Sungguh janggal pula bila makan ada manusia-manusia yang
memandang. Kenapa? MashaAllah kerana. Ana pada saat itu memakai tudung yang
labuh. Biarpun perkara itu normal namun tidak normal untuk yang first time
agaknya melihat. Moga mata-mata yang melihat itu diberi juga hidayah Allah.
Kerana hidayah Allah s.w.t amat luas.
Setiba di pondok semula, ana pun dihantar sehingga
di tangga sahaja. Naik ke tempat muslimat berseorangan. Kerana tempat muslimat
tidak boleh dijejaki oleh para muslimin tanpa kebenaran. Alhamdulillah.
Nampaknya selepas ini ia bagaikan penjara indah buat muslimah. Kerana semua
keindahan tersembunyi di sebalik penjara itu.
Saat kaki ana melangkah ke dalam. Senyuman indah ana
lemparkan pada seorang akak yang sibuk menelefon seseorang. Ana husnudzon saja
kebarangkalian itu familynya. Ana mula terfikir ‘oh, mungkin akak nih yang
handle kami!’ sambil menuju ke arahnya. Ana terus bersalaman dan dia pun
memulakan bicara ‘adik, masuk ke dalam sana. Ramai dah dari negeri lain datang’
sambil itu menunjuk ke arah satu bilik yang tak berjauhan dari tempat kami.
Ana terus mengangguk dan berkata ‘syukran!’ dia
melemparkan senyuman dan sambung bercakap ditelefonnya. Dalam hati ini, ana
rasakan seperti debaran jantung yang terlalu laju teramat. Ana tak tahu apa
yang ada di dalam bilik itu. Sudah tentu ramai muslimat. Tapi begitulah hati
ini. Pastinya sentiasa hadir perasaan yang bercampur-campur.
Seorang akak sedang petah bertutur menerangkan
tentang pondok ini dan peraturannya. Antara peraturan yang wajib dipatuhi
melebihi 20. Memang ana rasakan ini penjara yang indah. Syukran ya
Allah. Mulalah sesi ta’aruf yang singkat masanya. Kerana masing-masing masih
tak mengenali antara satu sama lain. Ana hanya mampu bersalaman dengan mereka
dan senyum sampai ke langit. Masing-masing bertanya nama tapi malu-malu.
Tengah hari itu, ana belajar sesuatu yang baru.
Makan dalam talam. Pada masa itu, ana berkongsi dengan 2 orang muslimat lain.
Sesungguhnya, ana sudah makan di luar dan terpaksa makan sekali lagi. Allahu.
Ana memang berkerut dahi kerana dalam talam itu, nasinya terlalu lalu banyak
sekali. Dan amat. Sesuai untuk 10 memakannya. Kami mula berbual saat makan. Itu
menambah ukhwah kami sedikit demi sedikit. Ada suara-suara kecil mengadu.
‘banyaknya nasi nih,’
‘larat ke kita 3 nak habiskan satu talam besar nih’
sehinggalah satu suara itu keluar menanyakan akak di situ.
‘Kak, nasi kami ni banyak, macam mana nak habiskan
juga ke??”
Sambil senyum akak tu kata, “kena habiskan juga”
Kami semua mengukirkan senyuman, berat hati nak
makan tapi apakan daya. Akak tu tersilap masak, dia anggarkan yang hadir waktu
tu ada 20 muslimat tapi yang baru masuk tak sampai 10. mashaAllah. Banyak kan
nasi yang kami harus habiskan. Sehingga ada suara kecil berkata-kata.
“Kat rumah, takda makan sebanyak nih”
“Puasa selepas makan nasi bebanyak nih bagus juga”
Comel-comel keluhan mereka. Ana juga first time
makan banyak begitu. Paling tak dilupakan, ana berkongsi nasi setalam malah
lauk-pauk juga berkongsi. mashaAllah. Ana terasa kemanisan ukhwah saat makan bersama.
Tak habis di situ, ana perhatikan seseorang dari
sudut yang jauh. Muslimat itu petah dan pekat sungguh loghat terengganunya. Dia
membuka sekotak ‘koko crunch’ dan diletakkan air di dalam mangkuk lalu
dituangkan koko crunch ke dalam mangkuk tersebut.
Ana tertanya-tanya, dan mula seseorang bertanya
sejurus melihat,
“Kenapa tak makan nasi?”
“Sy tak makan nasi” sambil senyum memandang kami
semua.
“Habis tu awak makan apa?”
“Makan koko crunch! heee”
Allahu. Ana terus perhatikan dia. Sungguh baru
pertama kali berjumpa manusia yang seunik dia. Keunikannya itu membuatkan ana
pada mulanya hairan. Dan terus dibelenggu kehairanan. Keriangan dia menyebut
koko crunch itu amat comel. Ana ingatkan hanya gurauan tapi ia adalah benar
sungguh :)
Pada malam itu, datang seorang wanita yang memakai
tudung labuh berwarna ‘pink’ cair lalu memberi salam, di pipinya senyuman indah
diukirkan. Ana hanya mampu melihat ciptaan Allah itu. MashaAllah.
Kecantikkannya sungguh persis bidadari syurga. Seorang akak memberitahu kepada
kami bahawa itu adalah isteri kepada syeikh kami. Ustazah itu berketurunan Nabi
Muhammad s.a.w. Ana sendiri melihatnya terpesona apatah lagi muslimat lain yang
melihatnya pada waktu itu. Ustazah mula menegur dan berta’aruf dengan kami satu
per satu. Ana hanya menanti giliran bersalaman dengannya memandangkan ana jauh
darinya. Hati ini mula berdebar-debar dan amat teruja. Allahu. Inikah dinamakan
wanita perhiasan dunia. Sungguh ana kagum dengan kecantikkan dan kelembutan
ustazah.
Sesampainya giliran pada ana, lantas ana bersalam
dengannya. Ustazah sempat berta’aruf dengan ana sambil tangan ana digenggamnya.
Soalan-soalan yang ditujukan dalam bahasa Arab. Alhamdulillah ana dapat jawab
sikit-sikit.
Dia terus senyum pada ana, mata kami saling
berpandangan. Ana banyak kali juga memujinya dalam diam, sehingga suara merdu
ustazah itu keluar lalu berkata;
‘Bismillahi mashaAllah! Anti jameelaah!” senyumannya
itu dihadiahkan pada ana.
Ana kaku, terdiam kerana tidak tahu ingin menjawab
apa, sehingga seorang akak itu menterjemahkan ayat ustazah,
“dik, ustazah kata, awak sungguh cantik”
Lalu ana tunduk. Kecantikkan apakah dimaksudkan. Ana
terus spontan berkata;
‘Allahhhh! Err. Alhamdulillah Alhamdulillah, syukran
ustazah”
Ustazah pun senyum dan beredar dari ana dan menuju
ke muslimat lain. Sungguh sesi ta’aruf dengan ustazah, isteri kepada
syeikh memberikan ana satu memori indah. Andai kecantikkan keturunan Nabi
Muhammad s.a.w persis ini, apa lagi wajahmu ya Rasulullah?
Ada tercetus juga dialog dengan seorang kakak UM, ustazah yang menyambung PhD dalam bidang mikrobiologi pada masa yang sama, mengajar di pondok dengan ikhlas tanpa meminta bayaran. Saat tu ana sedang membelek tudung labuh bidang 60.
Kak Fatimah: Nafisah, awak ni macam ada sama iras dengan seseorang lah!
Ana: Errr, haa. Siapa kak? *gelabah. hehe.
Kak Fatimah: Artis tu, apa nama dia tu ... Hah! Heliza Helmi,
Ana: MashaAllah, mana ade. *tunduk malu, hehe
Kak Fatimah: Ade lah, patutlah akak tengok je dari tadi, itu yang akak
nak cakap,
Ana: Sikit jaa, alhamdulillah :D
Kami pun tersenyum sampai ke langit. MashaAllah. Banyak momen indah saat
kaki ana melangkah ke sini.
Sepanjang di pondok juga kami ber'usrah dengan ustazah, isteri Syeikh
ana. MashaAllah, saat ini sahaja mampu menatap wajah ustazah yang berseri-seri!
Subhanallah ^_^
Bersambung, ana akan menukilkan part II kisah ukhwahfillah ana dengan
kembar ana di pondok pula.
Barakallahu feek kepada yang membaca coretan usang ana ini.
Semoga Allah sentiasa melebihkan ni’matNya untuk diri ini hingga tiba saat itu :) |
Assalamualaikum wbt buatmu sahabat perjuangan, sahabat dalam diam malah sahabat yang berlari mengejar cinta Sang Khaliq. Mengapa berhenti? Teruskan saja larianmu sehingga kepenatan itu dibalas dengan kebahagiaan yang hakiki kelak. Allah itu, Dialah Tuhanku, Dialah Rabbku.
Allahu solli ala Muhammad, buatmu junjungan Nabi Muhammad saw. Sungguh diri ini merindukan kewujudanmu. Bahagiakah dirimu di sisi Ilahi? Mungkin benarlah, sebuah cinta itu terlahir kerana fitrah yang diberi olehNya. Kerana fitrah itu. Sebaik mungkin ana juga mahu titipkan fitrah sekecil ini buat junjungan Nabi Muhammad saw :)
Tatkala jari-jari ini menaip setiap tinta, hati ini terasa berdegup kencang sambil menulis. Lantas, perasaan hiba hadir bertubi-tubi dalam diri ini. Ya Allah. Apakah perasaan ini sentiasa terjadi pada umatMu yang lain?
Yang dirinya menantikan secebis keinsafan dalam diri, mengingatiMu dengan zikirullah tanpa perkara melalaikan atau pun jua keadaan yang mahukan dirinya berjihad di medanMu? Astagfirullah ya Allah amatlah kami berharap akan ada jawapan setiap perasaan yang berlalu dan pergi begitu sahaja.
"Blog enti tak di'update ke? Kenapa tiada pengisian baru? Enti sedang kerja?"
Allahurabbi hati adik dicintai Allah maka itulah yang memperlihatkan kebaikan untuk terus berjuang! Kakak bangga dik :') |
Allahuakbar, jazakumullahu khairan katsiran untuk kiriman kalian. Sungguh Allah masih detikkan untuk menanya ana. Mungkin. Setiap kehilangan ana di blog ini menjadi tanda tanya. Persis yang berlaku pada pesawat kapal terbang yang hilang dek pandangan mata kita. Kabur seketika tanpa apa-apa informasi. Siapa kita untuk menentukan segalanya? Pastinya Allah swt lebih mengetahui segala yang terjadi, disebalik kehilangan itu kita teruskan sahaja berdoa, husnudzon malah jangan pernah menggunakan teori-teori aneh untuk mengesahkan di mana keberadaannya. Sama-sama kita menadah tangan berdoa selalu, PRAY FOR MH370# Untuk persoalan sahabat-sahabat lain tentang diri ana, ana akui blog usang ini jarang ditegur oleh tangan ana sendiri semenjak ana masih menunggu keputusan SPM 20 haribulan ini. Doakan ana ya sodiqi wa sodaqati? Allah. Allah. ^_^
Ana tidaklah bekerja, cuma masa terluang itu ana banyak curahkan pada keluarga terutamanya, sahabat malahan juga ana masih dalam perancangan untuk melakar sesuatu yang jauh lebih indah. Allahuakbar. Seketika diberi Allah satu kurniaan, umur yang kini makin genap untuk berada di pemikiran yang matang orang kata, ana sendiri berteka-teki. Matang sudahkan ana ini? Justeru, ana akui kematangan seseorang itu bukan sekadar dilihat melalui ucapan sahaja walhal perbuatannya. Kematangan itu akan menyapa pada insan yang benar-benar mahukan dan mempunyai matlamat dalam hidup.
Ehh, macam mana tu matlamat hidup?
Persoalan sebegini sebenarnya akan menjadikan diri kita lebih berusaha untuk mengejar sesuatu yang sukar untuk kita merealisasikan impian kita. Mungkin sejak kecil kita mahu menjadi itu, ini, namun apabila menginjak remaja, pemikiran kita sudah terlari dari keanak-anakan dan lebih menjurus mencari minat sebenar. Tidaklah ana mengatakan mahu mencapai matlamat itu senang dari kata-kata pada dasarnya hakikatnya sukar. Benar bukan? Ya. Ana mampu menundukkan kepala dan akur. Setiap perancangan kita ini, kita mampu coretkan dalam sehelai kertas putih. Tetapi usaha selain mencoretkan itu perlu ada dan seiring. Jangan mudah menyerah dan jangan mudah terhenti di destinasi yang bukan pilihan kita. Kerana. Sesungguhnya kita masih mampu mengejar apa yang diingini dan bila sudah mendapatkannya. Jangan pula riak. Kerana sifat itu lebih menjurus untuk mengotorkan hati kita makin gelap dan berasa bangga. Tidakkah kita melihat rintihan dan keperitan umat Islam yang lain? Mereka juga ada matlamat sendiri. Walau sesulit mana keadaan mereka, jiwa mereka masih kuat untuk berjihad dan yakin pada Yang Maha Esa, sedang kita lena semalaman mereka berjaga malam demi mempertahankan negara, berjuang membela nasib tanpa mengenal usia atau jantina. Semangat mereka berjuang melawan keganasan tanpa menghiraukan kematian. Kerana mereka sudah sedia tahu bahawa Allah s.w.t pasti memberikan balasan buat mereka di akhirat sana. Kentalkah kita persis mereka yang berada di bumi Gaza? Astagfirullah ya Allah. Terasa ujian mereka jauh lebih berat daripada diri ini.
Teringat pula firmah indah titipan Ilahi yang berbunyi:
"Ingatlah, Aku nescaya Aku akan mengingati kamu" (Surah Al-Baqarah 2:12)
Malah firman Allah swt juga dikhabarkan lagi daripada sabda Rasulullah saw, iaitu:
"Bahawasanya Allah azza wa jalla berfirman:
"Aku bersama hambaKu selagi dia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak-gerak menyebut-Ku" (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
Di setiap penjuru nubari seseorang yang sudah menginjak dewasa, mereka pasti punya perancangan lain selain sambung belajar, mencapai cita-cita, atau pun juga menikah? Lebih sainstifik untuk membina baitul muslim. Adakah diri sahabat ana yang membacanya juga sudah terfikir ke arah itu? Atau mungkin sudah ada calon yang bertamu di jiwa kalian? Senyum saja ya? Usah menjawab pada ana, ana tumpang gembira ke atas kalian. Bahkan ana tahu setiap perancangan cepat atau lambat pasti jodoh itu menyapa cuma kita perlu bersiap sedia bukan hanya menanti bagai pungguk rindukan bulan. Teruskan berdoa.
Allah berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu" (Ghafir 40:60)
Untuk sahabat ana yang sudah berfikir ke arah itu, ana ingin memberikan renungan pada kalian yang terindah. Di usia sebeginilah kita perlu berfikir dengan lebih matang untuk menjamin dunya fi akhirah lebih membahagiakan. Buatmu kaum adam yang sememangnya gagah dan perkasa, ketika mencari calon. Janganlah cari isteri tetapi carilah ibu kepada anak-anak. Buat kaum hawa yang jiwanya lembut, usah mencari suami namun carilah seorang ayah kepada anak-anak. Ketika melamar pula. Kita bukan sedang meminta kepada wali si gadis namun meminta kepada Allah melalui wali si gadis. Ketika akad nikah. Kita berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah azza wa jalla. Ketika melangsungkan majlis resepsi pernikahan. Catat dan hitunglah semua tetamu yang datang untuk mendoakan kita, kerana kita harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila kita berfkir untuk bercerai kerana sudah mensia-siakan doa mereka. Selama melayari hidup berkeluarga. Sedarilah bahawa jalan yang dilalui tidak selalunya jalan yang sentiasa ditaburi bunga tetapi akan hadir juga semak belukar yang penuh onak dan duri. Yakinlah pada pasangan, kerana sebelum ini pernah berjanji untuk hidup bersama, namun tak mampu untuk bertoleransi bersama? Ketika rumahtangga goyang. Janganlah berpaling melepas tangan sebaliknya semakin erat berpegang tangan. Kerana Allah swt pasti akan membantu setiap permasalahan kita. Untuk yang masih belum punya apa-apa, anggap sajalah ana berkongsi ini untuk masa depan sahabat-sahabat semua :)
Wahai kaum hawa yang ana sayangi, kita punya naluri yang sentiasa serupa. Membezakan kita adalah cara kita menguruskannya. Makanya, sekeping hatimu itu jadikanlah untuk miliknya yang soleh, yang sedang menunggu kamu. Jangan pernah biarkan dicemari cinta semalam yang didustakan tanpa redha Ilahi. Semoga wahai hawa, esok dan hari-hari yang akan datang terus bersinar buatmu. Tetapkan di hati kesabaran yang tinggi, kerana Allah masih ada untuk kita mengadu rasa fitrah itu. Buatmu hawa yang sedang kecewa, senyumanmu itu mampu mengoncangkan dunia dari paksinya, teruskan langkah sopanmu ke depan, tinggalkan sahaja semalam demi hari yang bercahaya kelak. Mengapa perlu menangis mawar agama? Sedangkan hatimu sudah cukup terbeban. Usah penjarakan segalanya kerana Allah juga punya janji untuk kita. Hayatilah dalam jiwamu ^_^
Ada empat perjanjian Allah dengan hambaNya:
1. Jika nikmat Allah swt (tidak digunakan ke jalan maksiat dan syirik) disyukuri akan ditambah.
2. Jika kita ingat kepada Allah swt maka Allah swt juga akan mengingati kita. Sungguh indah bukan?
3. Jika berdoa kepada Allah swt, Allah swt akan menunaikan permintaan hambaNya. (Perlu berterusan)
4. Allah swt tidak akan mengazab mereka yang memohon keampunan kepadaNya. (Sungguh Allah swt Maha Pengampun)
Sungguh. Kita perlu sentiasa beringat juga, kita bukan yang memilih apa yang akan terjadi pada diri kita, sebaliknya Allah jualah yag berhak memilihnya. Ada juga yang asyik tertanya, sampai bilakah Allah akan mengabulkan doa kita itu? Sebenarnya sahabat, hak Allah semata-mata kerana Dia Maha Mengetahui masa yang paling sesuai dan baik untuk diberikan apa yang kita minta daripadaNya <3
Titipan khabar indah daripada Allah swt buatmu sahabat :
"Apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku akan datang padanya dengan berlari"
Pejamkan matamu sebentar. Lafazkanlah kalimah ALLAH, ALLAH, ALLAH. Berulang kali sehingga bergetar hatimu. Sebak bukan? Titisan mutiara pasti kecundang di pipimu. Namun. Masih lalaikah kita di dunia ini? Allah pula masih rindu munajat cinta kita semua. Mengapa ditangguh? Mati itu pasti menjelma. Perbanyakkanlah amalan, ibadat yang jujur dan nawaitu yang tulus. Lantas apa lagi yang kamu mahukan dalam hidup ini? Syurga yang pasti! Mari kita berlari mengejar cinta Allah. Semoga Allah menemukan kita di aksara ana yang membuahkan amal-amal syurga. Biidznillah.
Semoga kalian tabah wahai kekasih Allah <3