Cerpen Seteguh Cinta Hamra' (Part 6)




Hari yang ditungu-tunggu telah tiba. Pendebat mujahidah sudah mengambil tempat dibelakang tirai sebelah kanan. Malah pendebat mujahid mengambil tempat dibelakang tirai sebelah kiri. Dewan sudah dipenuhi dengan muatan para pelajar lain. Masing-masing ingin menyaksikan kehebatan pendebat mujahid dan mujahidah. Ustaz Qassim mengambil tempat di hadapan, seperti cacing kepanasan murrabi itu berlegar-legar.

“Aduhai Furqan, sebentar lagi tirai dibuka. Berdegup kencang jantung ana. Terasa ingin ke tandas pula, serem dong,” ujar suara Firhan bergetar-getar.

“Jantung enta saja berdebar, jadi jantung ana tak berfungsi pula, begitu? Ana juga risau kondisi sekarang tapi kita sudah janji bukan mahu beri kemenangan kepada ustaz Qassim di bawah sana yang memerhati?” Furqan cuba menenangkan sahabatnya.

“Sebentar lagi tirai dibuka Hamra’, ana makin pusing pula,” sahut Sara.

“Sara, jangan begini, kita perlu buat sehabis baik. Usah pandang ke arah pendebat mujahid kalau tidak mahu rasa berdebar ya? Hamra’ sentiasa ada disisi Sara, Allah swt juga ada disamping kita,” ujar Hamra’ yang kelihatan begitu tenang sekali.

Tirai dibuka sekarang, pendebat-pendebat sila mara mengambil tempat duduk kalian,!” satu suara bergema di dewan.

Tiba-tiba Firhan memandang tepat ke arah wajah pendebat mujahidah. Dilihatnya Hamra’!
“Masya’Allah. Fur .. furqan! Separuh jerit Firhan.

“Yaa, jangan jerit-jerit Firhan. Duduk elok-elok. Usah pandang pihak lawan kalau tak mahu rasa gusar,” Furqan seolah tidak memahami maksud Firhan.

“Furqan .. fur .. qan .. Hamra’!,” jarinya menunding ke arah Hamra’ saat itu Hamra’ betul-betul memandang mata Ahmad Emir Furqan. Begitu juga Sara yang cuak melihat Firhan duduk sebagai pendebat mujahid. 

Sorakan di dewan sungguh meriah. Semua tidak sabar lagi menanti pertandingan itu berlangung.

“Ahmad Emir Furqan terus beristighfar. Subhanallah. Permata yang dicarinya itu sedang duduk bertentangan dengannya sekarang di atas pentas. Hatinya terus berbunga. Sedikit rasa hiba, Furqan amat merindui Hamra’.

Cuba dipendam perasaannya itu. Firhan dan Sara tersenyum, mereka tidak berkata-kata. Malah raut wajah Hamra’ yang berseri-seri tidak menandakan bahawa dia sedang gusar mahupun resah. Hamra’ sentiasa tenang. Apa pun pertandingan tetap petandingan.

“Baiklah, tajuk yang diberi untuk pertandingan debat pada kali ini adalah “Membina Cinta Suci”, para pendebat diberi keselesaan untuk memilih siapa yang akan memulakan.

Kali ini penyampaian akan menitikberatkan konsep syariat Islam dan pembawakan yang menarik. 

Pertandingan akan bermula sekarang! Dewan terus senyap membisu.

Ahmad Emir Furqan mengambil langkah mara ke hadapan. Sambil memperbetulkan kopiahnya dan memegang mikrofon, Furqan memulakan bicaranya.


“Dasar bicara ana perihal membina cinta suci ini adalah suci sebagaimana yang didefinisikan oleh kamus iaitu; clean, untainted (from the religious aspect) atau bebas daripada kejahatan, bersih dari segi agama; pure, innocent, holy atau qudus, nirmala, soleh, divine, sacred, atau murni dan jernih. Wah. Begitu besar bukan skop denifisi cinta? Dalam soal cinta, Rasulullah saw berpesan “seseorang itu akan dihimpukan di Mahsyar bersama-sama orang yang dicintainya”. Hal ini izhar dijelaskan dalam hadis Bukhari dan Muslim. Dalam hadis lain pula, Rasulullah saw bersabda “seseorang itu dapat dinilai daripada kebiasaan orang yang mendekatinya” izhar dalam kata Abu Dawud Attirmidzi dan Ibn Majah.

Bagi ana sendiri, CINTA itu bermaksud; C-cinta , I-itu , N – nurani , T- teguh , A – abadi. Yakni seteguh cinta seseorang pada insan yang diimpikannya” Permulaan Ahmad Emir Furqan amat menarik sekali, matanya memandang Hamra’.


Kini, tiba untuk pendebat mujahidah mengemukan pandangannya. Hamra’ dengan sopan menyusun langkah ke tengah pentas.


“Menuntut kefahaman, soal percintaan ini bukan boleh dibawa main. Betapa besar lautan cinta dan tidak bertepi, hanya keindahan sebenar yang tersembunyi daripada penglihatan dan pengetahuan kita sekian lama. Sekilas kita melihat hati kita terasa bergetar, adakah itu dinamakan cinta? Ramai yang keliru, melihat wajah saja hati kita pun berkata ‘cantiknya dia.’ Itu bukannya cinta, tapi rasa. Rasa yang timbul serta merta. Kerana cinta memerlukan masa.


Sara bingkas bangun dan memberikan hujah perihal tajuk yang dibincangkan. Semua insan memandang dengan penuh minat, tajuknya saja bukan calang-calang.

Sara memulakan bicaranya, 


“Di sini dapat diperkukuhkan lagi bicara sahabat ana sebentar tadi di mana apabila rasa’ itu muncul namun beberapa detik yang berlalu, perasaan kita kembali biasa. Kenapa? Mengapa? Jantung kita tadi berdetak kencang kini kembali normal? Sewaktu sekilas terpandangkannya tadi, perasaan kita jadi tak tentu hala. Manakan tidak itu bukan cinta tapi rasa. Nampak senarionya? Bahkan ini mustahil boleh membuahkan cinta. Cinta yang suci dan tulus mulus. Apa mungkin pandangan itu hanya membuat kita keharuan? Sebaiknya apa penawarnya?


Firhan cuba berdiri selesai Sara memberi hujah.


“Para pendengar yang budiman, izhar sekali perasaan cinta itu akan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Lebih lama kita mengenali seseorang itu, akan lebih dalamlah perasaan cinta. Tidak ubat yang tiada penawarnya. Cara yang terbaik untuk menangani cinta yang diterbitkan bukan kerana cinta tetapi rasa adalah kita perlu sentiasa bertenang setiap kali hati bergetar-getar seperti vibratenya handphone anda sekalian. Apa bila terpandang seseorang, cepat-cepat beritahu diri itu bukan cinta tapi sekadar rasa. Usah menghimpunkan cinta di hati kerana takut penghujungnya, kecewa? Ambil masa untuk mengenali kerana bukan semua orang serasi dengan kita. Setiap yang bernama kesalahan itu pasti membawa penyesalan.


Keadaan dalam dewan makin sarat dengan topik yang membawa kepada fitrah insani. Banyak juga perbincangan yang diberikan. Juri juga binggung duduk di bawah pentas.


“Dalam perbicaraan ini, berpandukan pembahagian-pembahagian mudah kita fahami, persoalan membina cinta suci mencakupi semua. Tidak boleh dipisah-pisahkan daripada kehidupan, namun dapatkah kita kawal diri? Yang sukar itu akan kita temui akhirnya? Soalan ditujukan Hamra’ kepada pendebat mujahid.
“Jika benar cinta tidak boleh dipisahkan, adalah betul terjemahan mengatakan cinta tidak boleh disempitkan pada manusia semata-mata. Patutnya dihargainya cinta sewajarnya, hal ini jelas dalam firman Allah swt; maksudnya. “Dan antara tanda-tanda kebesaranNya bahawa DIA menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bermesra dengannya dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir, ana petik daripada Surah al-Rum, ayat 21,” jelas Firhan.


“Bahkan, Rasulullah saw bersabda, “apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahu bahawa dia mencintainya” riwayat Abu Daud dan Attirmidzi, untuk kita membina cinta suci saat betul-betul berhajat, tidak salah memulakan langkah. Cumanya beritahu perasaan itu. Bukan merujuk cinta Romeo dan Juliet sebagai lambang cinta suci. Apabila membicarakan bukti Taj Mahal dijadikan contoh. Inilah manusia yang menghidupkan cinta yang suci kian malap. Sekiranya nilai kasih sayang dan cinta kita tidak terjejas, barulah nilainya suci. Jika tidak, kita hanya salah seorang pendusta dalam hikayat cinta” nada syahdu Ahmad Emir Furqan kedengaran menarik ribuan mata yang memandang. Penyampaiannya cukup lahir dari jiwa.


“Cinta suci boleh dibina oleh keredhaan hati atas apa sahaja yang telah ditentukan olehNya, firman Allah swt “diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; boleh jadi engkau tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu, renungan tirai pengakhir kata daripada surah Al-Baqarah ayat 216,” suara Hamra’ yang lembut menapa seluruh dewan.


Penyampaian Hamra’ juga tidak kurang hebatnya. Pertandingan debat itu berakhir dengan pantasnya masa yang mencemburui. Kedengaran suara para mujahid bergema dan suara lembut mujahidah bersorak. Juri-juri membuat rundingan untuk menentukan pemenang. Pertandingan kali ini cukup sengit. Begitu anak muda ini menghayati istilah cinta yang sejati. Intihanya pengumuman bakal disampaikan juga. Pemenang telah dipilih dengan teliti.

“Alhamdulillah, bagi pertandingan debat pada tahun ini telah membuka mata semua pihak bahawa cinta nan suci itu perlu didasarkan dengan kejujuran. Begitu juga keputusan yang berada ditangan ustazah. Keputusan telah berpihak kepada ...

“Pendebat yang terdiri daripada kalangan mujahid!! Mabruk kepada anak muda iaitu Ahmad Emir Furqan dan Muhammad Firhan!”

Semua para mujahid berlari menuju ke arah mereka. Siap dilambung-lambung ke atas. Ustaz Qassim yang berada di bawah juga turut berlari ke pentas memegang piala yang diberikan oleh pengasas Universiti Al-Azhar. Kedua-dua amat berbakat namum juri memilih pendebat mujahid kerana aura mereka terlalu kuat dan mesej sampai begitu terkesan di hati juri.


***


“Furqan, Alhamdulillah macam tak jangka kita boleh menang berdebat dengan Ha .. Hamra’!” Firhan menunding jari ke arah Hamra’ dan Sara yang berlalu di hadapan mereka yang ingin menaiki bas.

Sepantas kilat, Ahmad Emir Furqan meninggalkan Firhan dan berlari mendapatkan Hamra’.

“Sat .. sat .. tunggu ana, furqan!” jerit Firhan yang ketinggalan di belakang.

Bas tersebut telah bergerak. Bayangan Hamra’ sudah tiada. Ahmad Emir Furqan tidak dapat bercakap sepatah pun di hadapan Hamra’.

“Laju enta lari, terkaget ana. Sabarlah furqan, tentu Hamra’ ada hal. Esok kita ikhtiar ya?” pujuk Firhan yang memahami Furqan amat merindui Hamra’.


***


“Hamra’, subhanallah pendebat tadi tu bekas pelajar madrasah berhampiran kita bukan? Furqan dan firhan. Kita tewas dengan mereka tadi,” keluh Sara sedikit rasa sedih.

“Ya Sara, usah berduka. Kemenangan wajar berpihak pada mereka. Mereka lebih memahami erti cinta suci yang sebenar. Mereka baru mengorak langkah untuk menempa nama sedangkan kita? Sudah berkali-kali menang. Husnuzon ya Sara” pujuk suara Hamra’.

“Wahai Ahmad Emir Furqan. Apa motifmu berpijak di bumi Jordan ini ... katakanlah padaku,” suara kecil Hamra’ terdetik di dalam sanubari.

Jiwanya celaru, dia akui saat Ahmad Emir Furqan berada di hadapannya sebentar tadi seperti ada angin kuat yang meniup ke arahnya. Lantas hanya bibirnya dibasahi dengan kalimah suci Allah swt.



***


Di keheningan malam yang gelap. Saat insan lain dibuai mimpi-mimpi lena. Ahmad Emir Furqan terjaga. 

Diperhatikan sahabat, Firhan yang masih tidur. Agaknya kepenatan kerana pada hari ini mereka telah mencipta satu kejayaan terbesar buat para mujahid. Dikuaknya tingkap. Diperhatikannya malam keseorangan. Sebagai hamba yang akur dengan mentaati perintah Allah swt, Ahmad Emir Furqan terus membersihkan dirinya. Dia mahu bermanja padaNya. Khusyuk dilaksanakan qiamulail dan di akhir sujudnya pada malam itu, dititipkan bingkisan doa.






“Ya Allah, jika telah Engkau catatkan dia (Hamra’ Mujeera) milikku dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagian antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkanlah sejahtera dan abadi. Sekiranya dia (Hamra’ Mujeera) bukan milikku, bawalah dia jauh daripada pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya. Serta ya Allah, ya Tuhanku Yang Maha Mengerti, berikanlah aku kekuatan melontarkan bayangan jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia walaupun bukan dengannya. Ya Allah Ya Tuhanku, pasrahlah aku dengan takdirMu. Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat. Dengarlah ya Allah rintihan hambaMu yang daif ini. Amin, Ya Rabbal A’lamin.


Segera Ahmad Emir Furqan bermunajat. Dia amat mengharapkan satu kekuatan di mana Allah swt pertemukanlah dia dengan Hamra’.

“Wahai Hamra’ ... biadari terindah ciptaan Allah swt, bukan rupa parasmu menjadi kelemahanku dan menjadi daya tarikanku, tapi isi hatimu. Sungguh. Hamra’, aku ingin menjadi yang layak buatmu dengan redhaNya” suara Ahmad Emir Furqan sayu sekali. Berkaca matanya dengan linangan air mata.

Mengapa sukar untuknya menawan hati seorang wanita yang dicintai. Apakah mungkin inilah dikatakan kasih sayang. Persis sabda Rasulullah saw, ‘gambaran kehidupan orang beriman adalah dari segi kasih sayang, saling simpati, dan saling mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satunya mengadu kesakitan, ia akan melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam” Masya’Allah. 





CERPEN ANA BERSAMBUNG DI SINI. SYUKRAN KERANA MEMBACA. :)

Cerpen Seteguh Cinta Hamra' (Part 5)




Sesampai di bumi Jordan, Ahmad Emir Furqan dan Firhan memanjatkan syukur ke atas Allah swt. Segala perjalanan mereka berlangsung tanpa gangguan. Mereka melayakkann diri dengan berdaftar sebagai pelajar Mujahid Universiti Al-Azhar. Mereka pasti Hamra’ dan Sara ada di situ. Hanya kelibat mereka masih awal untuk perhati dalam kesibukkan kota.

“Kalian berdua ditempatkan di bilik 102, semoga selesa menuntut ilmu Allah swt di sini wahai anak muda!” ujar seorang pakcik yang menguruskan pendaftaran pelajar baru masuk.

“Syukran a’la kulli hal, wahai pakcik yang baik hati. Semoga Allah redha dengan niat tulus kami,” jawab Ahmad Emir Furqan.

“Ya, pakcik. Ana pun sebegitu. Niat untuk mencari Hamra’ amat tulus pakcik,” Firhan terkandas daripada berkata-kata.

“Apa, Hamra’? soal pakcik yang tua sedikit beruban putih di kepalanya.

“Ehh, waduh waduh pakcik. Bukan begitu ana tersasul pula pakcik. Biasalah lupa makan ubat penenang jiwa. Gini jadinya,” cuak firhan apabila mendapati dia terlepas kata.

Furqan tidak memarahi sebaliknya geli hati melihat perangai Firhan yang semulajadi.



***

Pengumuman! Perhatian kepada “Para Pelajar Mujahid Universiti Al-Azhar sila berkumpul di dewan sekarang!”

Kelihatan semua para mujahid yang terdiri daripada para pelajar kaum adam bergegas meninggalkan bilik menuruni tangga menuju ke dewan. Tidak ketinggalan Ahmad Emir Furqan dan Firhan yang baru sahaja membersihkan diri turut bertindak segera ke dewan. Mereka mulanya rasa seperti makhluk asing kerana itu adalah pertama kali mereka dikelilingi oleh majoriti pelajar berketurunan Arab, Baghdad dan Sudan.

“Assalamualaikum para mujahid Universiti Al-Azhar. Ana murabbi kamu, ustaz Qassim. Di malam ini ustaz ingin memberi taklimat buat julung kalinya akan ada lagi pertandingan berdebat antara pelajar mujahid vs mujahidah. Excitednya ustaz nak memilih dua calon yang boleh menyertai pertandingan ini untuk kita merangkul kemenangan! Sebelum ini maklum ustaz katakan kita tewas dengan dua pakar pendebat mujahidah yang tidak dapat ditandingi. Namun ustaz percaya dalam kalangan berjuta kamu ini pasti ada dua jejaka yang mampu menawarkan diri mempersiapkan diri untuk menyertai pertandingan ini,” celoteh ustaz Qassim dengan penuh semangat.

Tangannya tidak henti-henti bergerak. Langkahnya juga tidak pernah statik.

“Firhan, masya’Allah pertandingan ini seperti ‘berat’ sekali untuk kita, malah ustaz ini pula rasanya terlalu teruja untuk memilih perwakilan pelajar. Agaknya siapalah yang sukarela,? Tanya Ahmad Emir Furqan sambil sebelah tangannya memegang tasbih.

Firhan memandang Furqan dengan pandangan yang menawan sekali. Senyumannya meleret. Dia seperti ada agenda tersendiri yang tidak diketahui oleh Furqan. Kata-kata Furqan seolah tidak diendah, dia terus mengangkat sebelah tangan furqan.

“Fir .. fir .. han, kenapa enta angkat tangan ana pula ni? Semua mata memandang tepat ke arah ana pula sekarang ni, nahaslah ana!” cuak betul Ahmad Emir Furqan.

Saat itu mulalah Firhan bersuara dan memberitahu sesuatu kepada Ahmad Emir Furqan.

“Hehehe. Furqan, ana tahu enta seorang yang bijak dalam hal berdebat ini, bukan saja berdebat malah siap boleh bagi dalil-dalil lagi sewaktu bercakap. Ana yakin enta adalah orang yang murrabi tu ingini. Semua kriteria ada dalam diri enta,” ujar Firhan dengan yakin sekali. Sambil mengenyitkan mata.

Ahmad Emir Furqan tergamam. Dia tidak jangka Firhan memilih dia, dan saat itu juga dia tahu Firhan juga ada kebolehan mengolah dan punya pendirian tersendiri ketika bertutur. Harusnya Furqan juga mengangkat tangan Firhan sekaligus.

Tindakan Ahmad Emir Furqan mengangkat tangan Firhan dan Firhan mengangkat tangan Furqan telah mendapat perhatian para mujahid yang lain. Mereka terus memalingkan muka ke arah Furqan dan Firhan. 

Murabbi di hadapan juga tidak terlepas memandang lalu menjerit melalui mikrofon di tangannya.

“Nah itu dia! Sudah ada dua orang jejaka tampan di situ, sila bangun! Sila mara ke hadapan wahai pemuda-pemuda tampan” teruja ustaz Qassim.

“Waduhh, Furqan! Enta angkat tangan ana kenapa dongg? Keluh Firhan. Dia kaget dengan tindakan Ahmad Emir Furqan sebentar tadi.

“Huhuhu. Kenapa, tidak salah bukan wahai penghafaz al-Quran? Enta juga tidak dapat disangkal kebijakkan dalam berdebat,” ujar Ahmad Emir Furqan sambil menguntum senyuman.

“Ini dia orangnya. Ustaz berharap mereka akan memberi kemenangan buat para mujahid. Mujahid!!?? Soal murrabi tersebut.

“Mujahid jaiyidd!!” sahut semua para mujahid di dewan. Bergetar satu dewan dengan suara yang penuh semangat untuk menang.

“Buat kamu berdua nak, ustaz nak kamu prepare. Sebab kemungkinan pendebat mujahidah adalah orang yang sama. Ustaz nampak aura kamu berdua sungguh mewangi! Menangkan para mujahid! Hidup mujahid!” kata-kata ustaz Qassim itu tidak lepas daripada ingin mengharapkan kemenangan.

Ahmad Emir Furqan dan Firhan saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka agak kehairanan dengan perwatakan ustaz Qassim. Sungguh berjiwa seorang pejuang yang ingin kemenangan hingga ke titisan darah yang terakhir!


***


Malam itu, Ahmad Emir Furqan bersama Firhan menerobos alam. Pada waktu sesunyi itu di suatu sudut mereka memikirkan tindakan ingin menyertai pertandingan berdebat yang bakal berlangsung esok di hadapan dewan dan bakal disaksikan oleh seluruh penghuni Universiti Al-Azhar.

“Furqan, tindakan kita nak masuk pertandingan ini adakah tepat,? soal Firhan sambil memegang buku di tangannya.

“Baru sekarang enta menanya pendapat ana ya? Entahlah, tapi yang ana tahu kita buat yang terbaik buat ustaz Qassim yang bersungguh impikan kemenangan,” jawab Furqan dengan ringkas sekali. Furqan memandang ke arah luar tingkap memerhati bintang-bintang yang berkelipan.

“Tapi Furqan, nawaitu kita kita ke sini untuk mencari jejak Hamra’, bukan? muka Firhan sedikit berkerut seperti orang tua.

“Ya sahabatku, namun dengan cara kita masuk pertandingan ini kemungkinan dapat membantu kita. Melalui apa? Melalui atas pentas nanti mata kita boleh meleret memandang semua pelajar mujahidah. Sambil berdebat ambil waktu mencari jejak Hamra’dengan memerhati wanita-wanita yang ada di sana nanti,”

“Bijak juga enta ni, betul juga. Dapatlah ana cari Sara. Sambil menyelam minum air katakan. Hehehe,”

“Firhan, siapa agaknya ya pendebat mujahidah tu? Kebarangkalian bukan mereka akan menang lagi,? gusar hati Furqan apabila mengenangkan kata-kata ustaz Qassim bahawa para mujahid tak pernah menang setiap kali menghantar wakil.

“Waduh. Kok, tanya ana. Ana bukan bomoh, ana juga tak tahu siapa dua orang mujahidah itu tapi ana pasti mereka juga pasti tinggi ilmunya. Tapi kita harus dan harus menang, demi ustaz Qassim dan para mujahid! Huuu!” seperti ada aura merasuk ke badan Firhan.

Sebaliknya Furqan, terus tersenyum memandang langit. Dia amat rindukan Hamra’.

Di mana kamu berada sekarang, Hamra’? monolog Furqan.  


***


Seterusnya lain pula kondisi yang berlaku di sekitar para mujahidah. Seperti biasa dua orang mujahidah yang bakal bertanding untuk berdebat esok adalah Hamra’ dan Sara. Merekalah juara sebelum ini, merekalah insan yang dikatakan tidak boleh ditandingi sebelum ini. Tapi malam itu hati mereka tiba-tiba sahaja menjadi gundah.

“Sara tahu siapa bakal pendebat lelaki esok,? soal Hamra’ yang baru selesai melaksanakan solat Isyak. 

Dilipatnya sejadah dengan penuh rapi dan kemas. Kelihatan Sara pula sedang menelaah di meja belajar.

“Wallahu’alam Hamra’, yang ana dengar kali ini bukan lagi pendebat berkacukan Arab tapi berasal dari Malaysia. Namun, para mujahidah lain kata dua-duanya tampan!,” Sara mengukir senyuman manis.

“Tampan saja tidak cukup untuk berdebat tapi ilmunya perlu dititikberatkan jua,” nada suara Hamra’ lembut saja.







BERSAMBUNG KE PART SETERUSNYA YA!