Tadabbur Cinta Madrasah Ramadhan Hamra :)



"Di bantal tidurku ada namaMu, dimejaku ada namaMu, bahkan di sejadahku sentiasa ada namaMu, Semoga Engkau terima walau diri ini hanya sebutir pasir" munajat Hamra'



Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum sahabat yang dikasihi Allah s.w.t sekalian, sungguh dirimu sentiasa tenang di sisiNya dengan kurniaan segala yang ada pada dirimu. Jadi usah khuatir akan masa-masa yang berlalu tanpa sang bayu. Percayalah kamu adalah insan yang terindah yang diciptakan olehNya. Sungguh sekian lama juga menyepi, yeke? Memendamkan rasa yang bertamu di jiwa sebentar. Allahu Allah. Ringkas sahaja menaip pada kali ini tapi mungkin panjang sedikit. Mana mungkin mudah untuk ana mengotakan segala hasrat. Mustahil bukan? Namun sebagai khalifah di bumi Allah ini, marilah kita tekadkan dalam sanubari bahawa hal terindah yang diberikan olehNya sudah terpancar di depan mata. Dapatkah sahabat melihatnya? Mahupun memahami bicara melalui tinta ana ini? Biar ana sahaja melestarikan segalanya di sini. Pertama, kita sebenar-benarnya sudah dalam MADRASAH RAMADHAN! 

Alhamdulillah. Ke mana lagi kita panjatkan syukur? Selain di bulan puasa yang barakah ini? Mabruk buat sahabat yang menyahut seruan Ilahi di bulan yang mulia ini. Sesungguhnya itulah kewajipan kita sebagai hambaNya yang daif. Mengakukah kita? Muhasabahkan diri dengan setiap tutur kata mahupun lafaz yang terpendam kerana Allah swt Maha Mengetahui. Bukti? Dalil? 

Dalam mashaf al-Qur'an Al-Karim, surah Al-Baqarah ayat 29 yang bermaksud:
"Dia-lah (Allah) yang Menciptakan segala apa yang ada di bumi untukmu kemudian Dia Menyempurnakannya menjadi tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu"

 Sungguh terusik bukan? Kita sebenarnya sudah tahu tapi mengapa masih ada segelintir bahkan diri ini yang tak terlepaskan dari khilaf masih menafikan padahal kita sebahagian daripada umatNya? Sungguh aneh, semua terjawab di dalam hati. Semoga cerpen "Tadabbur Cinta Hamra" pada kali ini dapat membersihkan hati kita seputih-putih kain kafan. Usah risau sahabat, kain kafan jua bakal membaluti jenazahmu kelak. :)





TADABBUR  CINTA Madrasah RAMADHAN HAMRA'



"Malam ini seusai solat terawih di Majid Al-Fath ada sedikit takzirah yang bakal diberi oleh salah seorang ustazah, Hamra' apa tunggu lagi jom kita join nak? " ujar Qaisara sambil tersenyum. 

"InsyaAllah ya Sara, sebelum tu mari kita sembahyang maghrib dulu" Hamra' bangun lalu mengambil wudhuk. 

-----------

"Masih ada tempat kosong ke?" tanya Hamra'

"Nampaknya terlalu padat dah masjid sekecil ni dengan jumlah yang ramai pelajar madrasah kita tambahan lagi ... " Qaisara melebarkan senyumannya seluas langit.

"Kenapa pula?" Hamra' seolah-olah tidak memahami.

"Patutlah Hamra', hari ini pelajar-pelajar madrasah di sebelah kita yang tergolong daripada kaum adam semuanya hadir" Qaisara mencuit bahu Hamra'

"Allah, kalau begitu marilah kita mengambil tempat dahulu sebelum makin padat" Hamra' tidak terdetik pun untuk menanyakan berkaitan pelajar-pelajar kaum adam itu. Mereka meneruskan langkah masuk ke dalam Masjid Al-Fath.

"Assalamualaikum pelajar-pelajar Madrasah Ad-Diniyyah dan Tahfiz Wal-Qiraat" salah seorang ustaz menyampaikan sesuatu.

"Wa'alaikumussalam wbt ya Ustaz Amer" suara bergema di masjid itu.

"Pada hari ini kamu semua akan dapat mendengar ceramah daripada seorang ustazah yang terkenal, ustazah Nur Qatrun. Beliau akan mengendalikan program tarbiyyah Islami di Bulan Ramadhan, dengan itu dipersilakan ustazah memulakan bicaranya" Ustaz Amer memberikan mikrofon kepada ustazah Qatrun.

"Lagi-lagi ceramah, sekarang waktu untuk tidur" bebel Maria yang duduk di belakang Hamra' dan Qaisara. 

"Berapa sangat wang yang diberi untuk ceramah sebegini? Kalau aku tak mungkin akan mendengarnya entah-entah hanya penekanan yang diberi setiap tahun adalah sama" dengus Maria dengan muka masam mencuka.

"Bukan tu saja Maria, itu tak penting sangat yang penting adalah ada seorang pelajar famous Ahmad Emir Furqan daripada Tahfiz Wal-Qiraat datang tadi, boleh kita berta'aruf dengannya. Hehehe" sampuk Anna dengan riang sekali.

"Hamra', dengar tu? Mereka berbuat bising di belakang kita, geramnya dengar" Qaisara mengetap bibirnya.

"Sabarlah Sara, tak semudah itu nak menahan mereka berbicara, mereka kan dah kebiasaan seperti itu" Hamra' cuba menyenangkan Qaisara.

"Malu lah kalau Ustazah Nur Qatrun dengar, mereka ni ..." Qaisara memandang Maria dan Anna yang sedang berbual-bual sambil ketawa berdekah-dekah. Seperti ada saja yang melucukan.

"Apa pandang-pandang belakang? Enti nak apa ha? tanya Maria kepada Qaisara. 

"Ana mahu pinjam sesuatu daripada enti" Ujar lembut Qaisara. Sememangnya dalam hati dia geram sekali.

"Katakanlah, kami tiada masalah pun, tafadhol" jawab Maria dan Anna sambil tersengih-sengih.

"Pinjamkan ana masa untuk mendengar takzirah ini dengan hati yang tenang daripada gangguan kamu berdua, malu lah pada pelajar-pelajar kaum adam" terus-terang Qaisara.

Terdiam. Maria dan Anna saling berpandangan, seolah pelajar lain pun melihat mereka tanpa senyuman. Sekilas Qaisara memalingkan mukanya ke hadapan. Takzirah dan ceramah sudah pun bermula. Maria dan Anna tidak menjawab mereka diam seribu bahasa sambil menjeling tajam.

"Assalamualaikum wa Salam Ramadhan. Alhamdulillah ala kulli hal. Wahai anak-anak ummi sayangi dan dirahmati Allah swt, ummi Ustazah Nur Qatrun, dahulunya ummi melanjutkan pelajaran di Jordan, alhamdulillah selesai belajar di sana ummi pulang ke tanah air. Subhanallah anak-anak, ummi ingin berkongsi berkaitan peristiwa yang paling besar di bulan Ramadhan iaitu turunnya wahyu Al-Qur'an daripada Allah swt kepada Rasulullah SAW melalui perantara malaikat Jibril juga sekaligus penetapan kerasulan Muhammad SAW. Peristiwa ini terjadi ketika Rasulullah SAW berumur 40 tahun" Jelas penerangan Ustazah Nur Qatrun. Sungguh comel orangnya sambil memandang semua pelajar dengan wajah keibuan. Selesa menggelar dirinya "ummi".

Dengan kemas dan segak berbaju jubah, Ahmad Emir Furqan bangun lalu menanyakan soalan. Pada ketika itu tidak terlepas wajahnya dipandang oleh semua pelajar-pelajar. Masing-masing melihat dengan penuh khusyuk seolah ada daya tarikan pada kaum adam itu. Siap ada saja yang membetulkan tudung labuh mereka. 

"Ustazah, ada sesuatu keunikan tentang Perang Badar yakni yang jelas diutarakan dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan sungguh Allah menolong kalian dalam perang Badr, padahal kalian dalam keadaan lemah (sedikit). Maka bertaqwalah kepada Allah agar kalian mensyukuri-Nya" (QS Ali Imran 123), dalam intisari surah ini jelas sekali ustazah Qatrun ada juga pejuang Islam yang tak sanggup nak berperang, dan kebenaran Allah sungguh dahsyat sekali malang mereka telah menzalimi diri sendiri, sekian itu saja kupasan ana" sambil matanya terpandang pada Hamra' lalu senyuman dipamerkan sebelum sempat mengambil tempat untuk duduk. Hamra' tidak menyedari. Ahmad Emir Furqan teringat saat-saat terakhir perjumpaan di perpustakaan tempoh hari. Hamra' cukup sederhana baginya. Sekian lama dia tidak menemui Hamra'. 

"Wahh" merdunya suara akhi (abang) tu, nak jadikan abang angkatlah" sambil berbisik-bisik pelajar-pelajar Madrasah Ad-Diniyyah.

Ustazah Qatrun amat tertarik dengan kesungguhan kaum adam itu. "Wah, bijak sungguh anak mengeluarkan dalil Al-Qur'an semoga bagimu pahala disisiNya, Perang Badar berlangsung pada tahun ke 2 Hijrah. Pasukan kecil umat Muslim pada masa tu hanya 313 orang bertempur menghadapi pasukan Quraisy dari Makkah yang berjumlah 1,000 orang. Peristiwa ini benar-benar secara teperinci memisahkan mana yang Haq dan Batil. Mana yang berada pada jalan kebenaran dan kekufuran. Simbol yang hancurnya kemusyrikan dan penyembahan kepada patung. Padahal ketika itu kalau dilihat anak-anak, pejuang Muslim taklah ramai dan jauh hebat berbanding orang-orang kafir yang ramai, namun Allah swt telah membalikkan keadaan dan memenangkan kebenaran." suara Ustazah Nur Qatrun sungguh bersemangat berbicara.

"Allahu akbar" gema suara pelajar Tahfiz Wal-Qiraat. Pelajar-pelajar yang lain duduk memandang dengan penuh minat.

Hamra' begitu tertarik, lalu dia pun bangun dan cuba mengeluarkan pandangannya.

"Ya Ustazah Nur Qatrun, selalunya hati ini selalu sedih saat Ramadhan berakhir, seolah tidak ada lagi curahan tadabbur cinta yang besar turun dari langit. Sedih kerana tidak ada lagi kebahagian. Sedih hati bersama sepuluh malam terakhir menikmati akhir-akhir waktu bersama Ramadhan. Mungkin bagi kita itu lumrah, jadi ustazah Nur Qatrun padamu pandangan perihal kesedihan apa yang menyelimuti ini?" Hamra' menyusun kata-kata dengan manis. Pipinya hampir kemerah-merahan malu berdiri terlalu lama telah disambut baik persoalan itu oleh Ustazah Nur Qatrun.

"Syukran ya Hamra' , anakku persoalan yang hebat itu. MashaAllah. Beginilah wahai anak-anak ummi, kesedihan yang ditinggal oleh Ramadhan sudah sepatutnya terjadi. Terjadi yang bagaimana? Iaitu ibadah tinggi yang dilakukan berlandaskan atas Ramadhan. Bersedih tidak dapat lagi berjumpa ibadah lebih baik setelah Ramadhan pergi meninggalkan, ini membuktikan rasa mahabbah kepada Allah swt, usahkan risau wahai putera puteri agama, Ramadhan tidak memerlukan cinta daripada sesiapa justeru Ramadhan meminta dengan indah agar Allah swt lebih dicintai. Menuntut kasih sayang agar ketakwaan menjadi landasan dalam setiap amal, Ramadhan mengajar agar kita diberi peluang membuktikan kesungguhan cinta kepada Sang Khaliq"

Tumpang mencela Ya Ustazah Qatrun, saya al-Hafiz. Bagaimana pula kita hendak dapatkan keseronokkan dalam beribadat? Mampukah bulan Ramadhan memimpin hati umat Islam agar dapat ditarbiah? sedikit gugup seorang pelajar itu namun diberanikan dirinya.

Perbualan di Masjid Al-Fath begitu rancak sekali. Hebat sungguh tamparan isu-isu yang diutarakan. 

"Wahai anak-anak ummi, terima kasih ummi ucapakan. Soalanmu nak sungguh hebat juga. Sudah tentu dalam bulan Ramadhan, mampu memimpin hati umat Islam dalam proses tarbiah. Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Mengubah yang bagaimana? Iaitu dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakah dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkah tangan ke dalam air" 



"Anak-anak, siapa di sini pernah mendengar perihal kisah Malaikat Rumman?" soal Ustazah Nur Qatrun.

"Pernah tapi ana can't memories" jawab salah seorang pelajar Tahfiz Wal-Qiraat.

Disambut baik dengan ketawa oleh pelajar-pelajar lain. Sungguh bahasanya sudah dicampur adukkan.

"Hamra' seolah pernah mendengar tapi ilmunya tak banyak untuk berbicara baginya Ustazah Nur Qatrun lagi hebat" sanjungan tinggi diberi dalam diam.

"Begitu ya, di sini biar ummi ceritakan, pinjamkan telinga kamu supaya mendengar, Malaikat Rumman pun famous bukan sahaja artis malah lagi famous dengan kerjanya"

"Katakanlah siapa dia ya Ustazah" tidak sabar-sabar lagi mahu mendengarnya.

"Baiklah anak-anak ummi. "Sebelum Malaikat Munkar dan Nakir masuk ke dalam kubur, hadirnya malaikat yang wajahnya bercahaya seperti cahaya matahari bernama Rumman. Dia masuk ke dalam kubur, kemudian dia mendudukkan mayat itu seraya berkata kepadanya, "Tuliskan kebaikankejahatan dan apa-apa yang kamu kerjakan!"

"Mayat itu menjawab, "Dengan apa aku harus menulisnya? Mana penaku? Mana dakwatku?"

Malaikat menjawabwhaai anak-anak, "Air ludahmu adalah dakwat, jari-jemarimu adalah pena."

Mayat itu bertanya lagi, "Di atas apa aku harus menulisnya? Sedangkan aku tidak mempunyai sehelai kertas pun?"

Maka, Rasulullah SAW berkata, " Malaikat itu pun memotong sebahagian kain kafan mayat itu, kemudian diberikan kepadanya. Ini lembaranmu, tuliskan kebaikan dan kejahatan yang Engkau lakukan di dunia."

Apabila sampai saat bagi menulis kejahatan, mayat itu malu kepada malaikat, lalu malaikat menegurnya.

"Wahai orang bersalah mengapa kamu tidak malu kepada Penciptamu pada masa kamu melakukan kesalahan itu di dunia, tetapi sekerang kamu berasa malu kepada aku?"

Maka, Malaikat Rumman terus mengangkat gada iaitu pemukul kayu yang bulat dan panjang. lalu memukul mayat itu. Mayat itu mengeluh,

"Hentikan seksaan ini, aku akan menulisnya"

Dia pun menulis semua kebaikan dan keburukannya. Kemudian Malaikat Rumman itu menyuruh melipat lembaran itu dan menandantanginya. Dia melipat lembaran itu sambil bertanya,

"Dengan apa aku harus menandatanginya, padahal aku tidak ada cop?"

Malaikat menjawab. " Cop lembaran itu dengan kukumu." Lembaran itu dicop dan digantungkan pada lehernya sehingga tiba hari kiamat. 

"Begitulah anak-anak ummi kasihi berkaitan tugas Malaikat Rumman" Ustazah Qatrun tersenyum.

"Ya Allah sampai begitu sekali amalan kita dihisab" ujar salah seorang pelajar.

Ada yang mukanya terus berubah. Masing-masing khuatir untuk bertemu dengan Malaikat Rumman.

"Ustazah Qatrun adakah dalil Allah swt yang wujud untuk lembaran kitab bagi setiap insan? soal pelajar perempuan Madrasah Ad-Diniyyah.

"Ada anakku, Allah swt menyatakan dalam surah al-Israk, ayat 13 "Setiap manusia Kami kalungkan bahagian nasibnya pada leher dan pada hari kiamat kelak Kami keluarkan kitab ataupun suratan amalnya yang didapati terbuka bagi ditatap"

"Astagfirullah al-azhim ... Firas, banyak betul dosa aku di dunia, malu lah kalau berjumpa dengan Malaikat Rumman tak ke dipukulnya aku dengan qada" bisik seorang pelajar Tahfiz Wal-Qiraat.

"Nah itulah, aku pun time orang menghafaz al-Qur'an kita duk tidur. Bukan tu ja, kita asyik-asyik mengeluh tak tentu fasal" suara frust disahut.

"Haa, itulah dunia ini penjara bak kata Ustazah Fatimah Syarha. Tebal jeriji yang mengurung minda kita, banyak sangat persoalan yang kita sendiri keliru, thats why ada Malaikat yang menziarahi kia sebelum Malaikat Munkar dan Nakir" cebik Ahmad Emir Furqan.

"Haaa, itu jangan cerita, aku dah rasa seram. Memang patut dimanfaatkan bulan Ramadhan ni. Bulan yang penuh keampunan, seluas-luas pintu syurga dibuka" huraian Farzan.

Pendekatan itu membuatkan mereka menginsafi kembali. Salur-salur darah berselirat terasa seperti dicabut dari lutut. Terasa menjalar. Berbeza pula dengan Pelajar Madrasah Ad-Diniyyah.

"Ala, ana dah cukup kuat dengan semua itu, apa nak takut dosa tu boleh digugugkan bila tua, kalau dah ajal terima saja, boring" jelas Maria. Tenat mendengar kata-kata Ustazah Qatrun lagaknya.

Hamra' seperti terkejut pengakuan yang tak muhasabah diberi oleh puteri Madrasah Ad-Diniyyah. Lantas Hamra' berpaling ke belakang.

"Sebelum merasa kuat, terlebih dahulu lemahkanlah hati dengan merendah diri dengan Allah swt, tawarkan cintaNya bukan derhaka dengan cara merasa diri itu sudah cukup kuat" jawab Hamra'

Serius bunyi butir bicara Hamra' kali itu. Menjunam dalam lubuk prejudis Maria.

"Itu satu keperluan wahai Hamra', huh, susah lah mereka yang tak open minded ni, awal-awal lagi sudah memasang tembok kebal di minda, pendapat orang lain dikatakan salah seolah dia heroinnya. Fanatik!" balas Maria.

"Heii, usah nak kata sahabat ana ni fanatik okay, jangan sekadar protes di belakang" kata Qaisara. Berasap-asap telinganya duduk di hadapan Maria dan Anna.

Hamra' cuba bersikap adil meskipun dihenyak hakikat itu. Sama ada mengadili liberal mahupun tradisional amat berat. Hamra' tak mahu memanjangkan perbualan.

Maria nampak resah, sentap medengar kata-kata Qaisara seperti terkena renjatan elektrik. Anna pula nyenyak tidur tanpa mendengar perbualan tadi. Dibuai mimpi agakya.

Hamra' menunjukkan signal supaya Qaisara berdiam. Tak mahu dilanjutkan lagi.

Masa mecemburui mereka bersama Ustazah Nur Qatrun.  

"Wahai anak-anak ummi kasihi dan dirahmati Allah, belajarlah melaksanakan sesuatu ibadah dengan menghadirkan Allah dan menghilangkan pandangan manusia, maka akan lahirlah keikhlasan. Beribadahlah bukan semata-mata kerana pahala tetapi CINTA, maka akan lahirlah istiqamah kepadaNya. Semoga Ramadhan menemukan kita dengan Tuhan baik di luar (makrifat) mahupun di dalam (hati), dan rebutlah Malam Lailatul qadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan" jelas penghuraian Ustazah Nur Qatrun bagi mengakhiri majlis Ilmu itu. 

Tajam menikam. Sungguh ringkas dan padat isi setelah mendengar kata-kata itu. Hamra' mendengar dengan hati yang sayu. Cuba dipendam sesuatu. 

Selesai sahaja majlis Ilmu tersebut mereka bersalaman dengan Ustazah Nur Qatrun. Air mata Ustazah Nur Qatrun menitis mendoakan anak-anak madrasah itu. Usianya yang tua itu masih mampu menemukan dirinya untuk berbicara berkongsi ilmu. Hati mana tidak tersentuh. Allahurabbi. Pelajar-pelajar Tahfiz Wal Qiraat pula bersedia untuk pulang. Ahmad Emir Furqan sempat menghulurkan sepucuk warkah kepada Qaisara supaya diberikan kepada Hamra' kerana dia tidak nampak Hamra' saat itu. Maria yang tak terlepas pandang memerhati dari sudut jauh. Mulai timbul perasaan ingin tahu. Semua beredar.

Hamra' duduk berseorangan di birai katil mencari secebis ketenangan. Lagaknya seperti sedang merenungkan sesuatu. Ditemani bulan dan bintang-bintang di langit. Matanya masih menanti pagi, jemarinya seolah masih menari, alam masih kelihatan sunyi. Sepi. Dan ada rindu masih merajai. Entah mengapa tiba-tiba ketenangan itu mengundang air mata. Hamra' terpaksa memaksa bersembunyi menghindari sepi. Tenangnya meresap ke dasar hati.

Tadabbur Cintaku Padamu Duhai Ramadhan"

"Kusisipkan namamu ya Ramadhan pada kotak warkah pengharapan ini, agar saat Subuh sebelum terbit cahaya fajar, Tuhan membacanya. Inginku menyampaikan padaNya sesaat mata ini terjaga, doaku padaMu Ramadhan, tadabburkan cintaku padaNya. Tanpa alasan mahupun mengharap balasan.

 Diranjang mimpi Hamra' ketiduran sambil memegang mashaf al-Qur'an al-Karim.

 (Alhamdulillah dah tamat)In sha Allah ada sambungan selepas ini ~ :)





Seorang hamba Allah yang sedang dalam pencarian mengatur derapan langkah menuju Khaliqnya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)

Surah Al-Imran : 200


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

Surah Al-Baqarah : 45





Baru nak masuk Juzuk 15 , semoga makin cepat habiss . InsyaAllah! ~ Ihya Ramadhan.




 Mafi qalbi ghairullah  

Berlari. Berbicara. Bersama Hamra' :)


Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum. :)



Berlumba? Ya, jawabku. Ku ingin berlari ke tempat yang jauh dimana tak ada satu orang pun yang dapat mengejarku.

Rindu ini punya hati. Tak membuat orang lain menjadi liar tanpa nurani. Senyum.

Jujur saja rindu itu apa maksudnya, Hamra'? Rindu itu milik siapa? Qaisara bertanya.

Milik siapa lagi bagimu ? Ujar Hamra' sambil menutup kitab Kalamullah yang dibacanya.

Mana mungkin milik sang pengemis jalanan? Peminta sedekah tak berbayar? Kalau begitu nampak sungguh diriku tak memerlukan rindu itu berpaling di hati ini" hujah Qaisara.

Sabar disambut matahari, bergeliat diterpa hujan. Bayu yang bertiup kencang seolah membuat dua gadis ini berbicara sambil menikmati permandangan di tepi tasik.

"Bukan begitu Sara, tidak sama sekali. Rindu ini bukan milik sang pemalas. Rindu hanyalah milik setiap insan yang pekerja keras" Hamra' memeluk al-Quran. Ya, dirasanya hembusan Sang Bayu saling melihat ke arah mereka.

Akan taman bunga yang cantik. Akan pepohan yang rendang. Akan sungai yang begitu jernih. Akan makhluk yang terpenuhi haknya. Akan manusia yang memanusiakan manusia. Sampai begitukah sekali? teduhan pohon menyapa mereka dalam diam dan bisu.

"Rindu ini milik kita , ukhti Sara. Tanpa lisan yang saling mendoakan, ia akan hilang bila kita saling menjatuhkan. Ia terhempas bila kita saling menumpas antara satu sama lain. Maka pudarlah, dan nyahlah ukhwahfiillah itu daripada pandangan. Kabur segalanya" Ujar Hamra'.

"Sungguh tepat dan benar sekali, Hamra'. Namun kamu mengerti erti rindu selebihnya? Huh, diriku dalam situasi itu" keluhan Qaisara mampir.


Aduhai sahabatku yang manja, sabarlah, ukhti Sara. Rupanya ada taman indah bermekaran bunga-bunga rindu seperi bunga Sakura ya dalam jiwamu? tenung Hamra' memandang Qaisara.

"Padamu itu harus ya Hamra' ? Bagaimana? 

"Apa tunggu lagi, berdoalah dalam diam. Saling mengutus padaNya. Dan DIA tak pernah melarang kita merancang. Dan DIA tak pernah menghalang kita merencana apa pun untuk hidup kita. Persis rindumu. Masa hadapanmu itulah kebahagianmu, rencanalah untuk kebahagian itu hakiki di dunia & akhirat"

"Alhamdulillah, huh, tenang hati ini mendengar seperti itu. Syukran ya sodaqati" Ujar Qaisara memalingkan muka malu-malu kucing.

"Haa, tapi ingat tak ajaran murabbi kita dulu?" Tanya Hamra' menghentikan lamunan Qaisara.


"Semestinya, bismillahirrahmanirrahim. Tidak beriman seseorang dari kamu sebelum kamu Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain. Hadis (Bukhari & Muslim)"

"Nah, begitulah seterusnya. In sha Allah, kita mampu merancang, namun Allah juga merancang. Sesungguhnya ALLAH swt sebaik-baik perancang" Hamra' mengakui kekuasaan Allah tiada tandingan yang luar biasa berbanding manusia.

"Hamra' enti ada rindukan sesiapa?" Usikan Qaisara meriuhkan hati yang damai.

"Sungguh cantik hari-hari yang indah dengan bunga yang berguguran kan Sara? Hamra' bingkas menjawab,

"Hehe, betul tu betul tapi bijak Hamra' tukar topik ye" Ujar Qaisara tersenyum lebar.


Hamra' menguntumkan senyuman. "Ya, sungguh indah. Persis bunga Sakura yang mengharum hanya tunggu saat untuk gugur ke bumi dan layu" monolog Hamra'.


Qaisara dan Hamra' bingkas bangun lalu beredar menikmati pepohonan dan kelapangan teduhan langit yang mendung.

Saat itu bunga pun gugur ke bumi ...