Assalamualaikum.
Bismillah. Assolatuwassalam ala Rasulillah. Alhamdulillah dalam dunia yang semakin
berputar ligat dan kehidupan yang semakin rumit setiap hari, sempat kita saling
bertukar salam dan mendoakan kesejahteraan di antara satu sama lain. Ana
berharap dengan adanya laman sesawang ini melalui “blog tinta seorang mujahidah”
mampu memimpin jiwa-jiwa insan di luar sana yang masih bertatih untuk mengejar
cintaNya. Nukilan-nukilan ini ana terbitkan melalui garapan naluri seorang
wanita iaitu diri ana sendiri. (ana tak jiwang sangat) hee. Ana berharap mampu
menjadikan pedoman buatmu sahabat-sahabat yang dikasihi. Tiadalah yang mampu
melunturkan jiwa yang sekeras batu menjadi cair seperti aiskrim. Namun, ana
percaya kamu lah insan yang mampu bermujahadah! Apa tunggu lagi, luaskan
pandanganmu ke arah langit membiru. Diharap cerpen yang ringkas daripada ana
ini mampu menambat hati kita untuk mengejar kecintaan yang abadi. Cerpen ini hanyalah warkah yang tak pernah ana
kirim pada sesiapa tapi melalui warkah ini lah ana menerbitkan luahan jiwa. Warkah ini amat bermakna.
Selamat membaca ya sodiqi wa sodaqati ! :-(
“Ya
Allah!” Langkah Hamra’ terhenti.
“Err
, asiffni jiddan, tak seng ... sengaja, maafkan Hamra,” rayu Hamra’
“Tidak
apalah, pakcik yang dah tua, pakcik buta, pakcik tak mampu melihat sebab itu
terlanggar anak” Jawab lelaki tua itu.
“Pakcik, perkenalkan nama saya Hamra’ saya pegawai
perubatan di Hospital ini, apa tujuan pakcik berdiri berseorang tak berteman di
ruangan kuanter ini? Hamra’ membetulkan posisi pakcik yang ada di hadapannya.
Dipimpin dengan hati-hati menuju ke tempat duduk berhampiran.
“Sungguh
baik anak ini, pakcik hendak mengambil nombor giliran untuk pemeriksaan
kesihatan. Namun pakcik buta, Allah swt tak sihatkan mata pakcik. Paling
menyedihkan pakcik berdiri sudah hampir 30 minit namun tiada siapa yang sudi
menghampiri pakcik yang uzur. Tiada simpati yang dipamerkan untuk membantu
pakcik” rintih lelaki tua itu dengan nada kesedihan di riak wajahnya.
Hamra’
terkedu, mujurlah di lalu di situ. Hamra’ menarik nafas, ada cahaya yang
membuatkan jiwanya tersentuh dengan kata-kata pakcik itu. “Pakcik usah risau
Hamra’ sedia membantu, kalau pakcik sedih nanti Hamra’ yang dengar pun sedih,
boleh kata Hamra’ pun mudah ‘touching” Hamra menuturkan katanya begitu jujur.
“Kamu
ni wahai anak, jujur sungguh pengakuan. Buat pakcik tersenyum pula. Orang OKU macam
pakcik tak boleh dapat nombor special ke, nak?” Lelaki tua itu berkata sambil
tersenyum.
Mendongak
ke atas, Hamra’ tergamam sebentar.
“Sudah pasti, boleh,”
pendek menjawab sambil membalas senyuman.
“Pakcik
tunggu di sini seketika biar Hamra’ yang tolong ambilkan nombor buat pakcik”
Hamra’ bergegas berdiri.
Setelah
itu Hamra’ muncul sambil memegang kertas berupa nombor giliran. “Nah, ini dia pakcik nombor ekspress sebentar
lagi nombor pakcik akan dipanggil dan usah risau Hamra’ dah minta tolong seorang
jururawat bernama Effa untuk memimpin pakcik” ujar Hamra’
“Alhamdulillah
pakcik bersyukur mengenali Hamra’, sejuk hati ibumu yang mengandungkanmu.
Semoga ALLAH swt merahmatimu, meskipun pakcik buta namun mata hati pakcik tak
pernah buta untuk menilai insan sebaik Hamra’ jawab lelaki tua itu.
“MasyaAllah,
pakcik. Syukran Hamra’ hanya insan biasa sahaja yang masih berjihad untuk
membantu insan lain seperti pakcik” Hamra’ terasa suasana makin hiba.
Lelaki
tua itu seperti memahami. Lalu sengaja ditanyanya satu soalan yang membuatkan
jantung Hamra’ berdegup kencang. “Nak, kamu sudah berkahwin?” “Mana suamimu?”
Hamra’
terhenti daripada lamunan. Segalanya membuatkan dia berasa berpijak di dunia realiti.
Dikuntumkan senyuman lalu menyusun ayat yang sesuai untuk memberi jawapan
kepada lelaki tua itu.
“Sebenarnya
pakcik, Hamra’ masih muda lagi. Buat masa ini Hamra’ masih belum mendirikan
rumahtangga, Hamra’ sedang menanti seorang lelaki yang Hamra’ pernah
kenali namun Hamra’ tidak tahu di mana keberadaan dirinya sekarang ini”
Lelaki
tua itu menyoal lagi. “Jadi, kalau kamu tidak tahu di mana keberadaan si dia
itu kamu masih mahu menunggu? Takkan wanita sebaik anak ini tiada yang
melamarmu?
Hamra’
leka melayan lelaki tua buta itu. “Begini
pakcik, kalau nak diikutkan memanglah ada yang masuk meminang namun Hamra’
berani memberi menolak dengan baik tanpa menyakitkan hati mana-mana pihak.
Hamra’ percaya Allah swt sentiasa mendengar rintihan Hamra’, biarlah jodoh
Hamra’ itu masih rahsia. Hamra’ masih mahu menunggu hingga tiba saatnya. Itu
lebih afdal pakcik” Hamra’ seolah senang bergaul dengan lelaki tua itu.
“Nak,
kamu hiduplah di dunia ini dengan ketabahan. Tapi ingatlah tak semua yang kita
mahu kita dapat peroleh. Seperti pakcik yang buta ini. Pakcik tak mampu melihat
dunia. Di saat pakcik berasa putus harapan, pakcik menangis kerana tak
sesempurna insan lain. Namun, pabila pakcik sedar. Rupanya ini merupakan
anugerah tak terhingga buat pakcik. Pakcik memang buta namun syurgaNya itu
mampu juga pakcik kecapi. Rupa paras bukan passport untuk menempah tiket ke
Syurga. Berkaitan jodoh. Pakcik mengagumimu wahai anak! Tak semua insan mampu
bersabar saat jodoh tak menyapa mereka lagi. Seperti pakcik ini, tiadalah insan
yang sudi hadir menjadi permaisuri di hati. Mungkin kerana pakcik buta? Itu
buat mereka memandang pakcik rendah? Pakcik tetap memandang itu satu rahmat
dariNya. Biarlah pakcik tak mampu kecapi jodoh di sini namun di sana, tempat
yang abadi pakcik dipandang oleh biadari-biadari rupawan. Pakcik mahu mati
dalam keadaan yang beriman” Ada air mata yang mengalir. Hamra’ tak mampu
menahan lagi.
“Ting
tong, 1551 bilik nombor 3!” Nampaknya
tiba nombor pakcik itu. Jururawat Effa membawa lelaki buta yang kelihatan uzur
itu ke dalam bilik. “Hamra’ ingatlah pesan ini ya, pakcik mendoakan tempatmu di
syurga seperti mana kebaikanmu membantu pakcik, nak!”
Hamra’
tersenyum sambil menyeka air matanya. “Baiklah pakcik, syukran ala kulli hal”
Hamra’ bermonolog, Wahai pakcik, kamu tabah meskipun kamu OKU!”
Hamra’
kembali duduk di hadapan komputer, sekilas memandang lelaki tua tersebut. Jalannya
sedikit tempang. Dan sebelah tangannya sudah tidak mampu digunakan lagi.
Allahu
Allah.
Andai ini peringatan hari
ini. Ada manusia suka dirinya dipandang. Rasa diri itu rupawan. Mampu menarik
perhatian. Tapi yang pasti, “aku” tidak ingin dipandang orang. “aku” tidak suka
diri diperhatikan. “aku” tidak suka menjadi bahan bualan. Kerana “aku” lain
daripada orang sekeliling. Kerana “aku” OKU. Berapa ramai yang dengan tenangnya
mampu mengaku kelemahan yang ada pada diri. Mengaku “Aku OKU”, satu pernyataan
yang pasti menusuk ke hati. Tapi pasti “Aku” faham maksud qada’ dan qadar
Ilahi. Kita pula orang yang bagaimana? Yang selalu mempertikaikan nasib diri?
Yang seringkali menyoal takdir Ilahi? Seringkali merasa diri adalah orang yang
paling buruk caturan kehidupannya? “Aku lah orang yang paling sedih. Aku lah
orang yang paling derita. Aku lah orang yang paling sengsara.”
AHH!
Kamu belum cukup membuka mata seluas-luasnya. Belum cukup memandang dunia
daripada kaca mata kehidupan yang sebenar.
Andai
diri mampu men”curi” ketabahan itu. Andai diri mampu men”curi” rasa bersyukur
itu. Andai diri mampu men”curi” perasaan redha dengan ketetapan Allah itu. Andai
diri mampu memeluk seeratnya takdir yang sudah sedia tertulis sejak azali. Buat
“Aku”, dunia mungkin tidak seindah yang diingini. Tak sesempurna yang diimpi.Tapi,
satu janji yang pasti. Moga di akhirat, kita menjadi orang yang paling
dicemburui. Wahai bakal imamku, meskipun namamu masih rahsia di luh mahfuz ,
tak kan kuseru kehadiranmu biarlah hidupku diterangi malam dan gemerlipan
bintang-bintang disaksikan alam semesta. Saat hadirnya dirimu itulah panahan
cinta agung dariNya.
Saat itu alam semesta bertasbih mempamerkan senyuman yang diri ini juga tak mampu ukirkan. Biarlah seperti pemanjat pohon kelapa diri ini. Makin dipanjat makin tinggi dari tanah, perasaan takut yang makin bertambah jadi pelukan pada pokok yang makin erat. Moga kita juga mampu memanjat tangga ketaqwaan sehebat itu. Makin ingin dekat pada Allah semakin kuat pergantungan padaNya.
Saat itu alam semesta bertasbih mempamerkan senyuman yang diri ini juga tak mampu ukirkan. Biarlah seperti pemanjat pohon kelapa diri ini. Makin dipanjat makin tinggi dari tanah, perasaan takut yang makin bertambah jadi pelukan pada pokok yang makin erat. Moga kita juga mampu memanjat tangga ketaqwaan sehebat itu. Makin ingin dekat pada Allah semakin kuat pergantungan padaNya.
Sekian , moga kita sentiasa dijagakan hati agar tidak berpaling dariNya dan moga kita diredhai, Insha Allah.