Bismillahirahmanirahim ✿
Ketika kalam mula berbicara hati pun makin sayu. Air mata menjadi peneman dikala jiwa berduka.
Ya, hatiku makin hiba.
"Ya ALLAH , ampuni dosa-dosaku padaMu"
Gugurlah air mata di bumi ini. :'(
Sekiranya kita terlalu kejarkan apa yang kita ingin di dunia, kita akan lupa pada Allah sedikit demi sedikit. Sekiranya suatu hari nanti Allah tutup mata air di dunia maka tercari-carilah kita akan mata-mata air yang boleh mengeluarkan.
Dalam kehidupan ini, banyak sangat cabaran, ujian dan dugaan. Kadang-kala kita tabah tapi kebanyakkan kita tewas.
Bila sedih dan tertekan sangat-sangat menangis sahajalah. Menangis bukan bererti mengabaikan Al-Quran, solat dan sabar serta zikir. Menangis merupakan fitrah setiap insan yang diciptakan oleh Allah swt. Tiada apa-apa yang memalukan dengan mengeluarkan air mata.
Namun, air mata yang termahal sudah semestinya air mata yang menitis kerana takut akan azab api neraka di akhirat kelak.
Air mata taubat, air mata insaf...
Jika ia terkesan kerana laungan azan dan bacaan Al-Quran biarlah air mata mengambil tempat.
Jika kesan daripada cerita pahit kisah Rasulullah swt mengharungi hidup dalam menegakkan kalimatullah di muka bumi hamburkan sahaja air matamu. Tidak kira dimana jua dirimu berada, Rasulullah swt juga pernah menangis sedih.
Rasullulah juga pernah sedih atas kehilangan Insan yang tersayang. Tapi bila tidak diizinkan oleh Allah swt air mata keluar kita pasti mempunyai air mata lain yang keluar iaitu.
Air mata sedih terlupakan Allah swt. Sesedih manapun kita, ingatlah Allah swt.
Coretan Hati : Oleh itu yakinlah dan teguhkan derapan di setiap langkah jalan ini... Yakin Allah ada di setiap langkahmu. :')
~Nukilan Hamba Allah Yang Khilaf~