Cerpen Zina Hati ✿




               
Bismillahirahmanirahim. Cerpen ini khas untuk semua yang membaca. 
Ini kisah tentang hati. Ini kisah tentang nurani. Ini kisah tentang seseorang. Lidah kamu kata Allah cintaku. Otak aku mentafsirkan, Ya! Allah cintaku jua. Hatiku bertanya buktikan cintaku itu. Nuranimu berseloka, cukup Allah di hatimu. Siang menjelma, Malam bernyanyi sepi. Malam tiba, Siang merintih sayu. Tangisan Siang dan Malam menyelubungi nuranimu dan hatiku. Bicara cinta. Bicara sayang. Bicara kasih. Tetapi peraduan menjadi kekasihmu. Kehangatan kelambu menjadi pendampingmu. Kekabu mendodoikan kamu dan aku. 
Cintakah kamu? Cintakah aku? Cintakah itu? Apa itu cinta? Boleh kamu katakan? Boleh aku tafsirkan? Siapa mampu katakan? Jangan berani berdusta. Jangan pandai berjanji setia. Jangan mudah berkata pujangga. Bila jasadmu keras. Jasadmu malas. Jasadmu terlena. Dari sujud padaNya. Aku tanya kembali. Yakinkah kamu dengan cintamu? Pastikah aku dengan cintaku? Ketika kalam mula berbicara hati pun makin sayu. 
Pilu mengenang masa silam dahulu. Air mata menjadi peneman dikala jiwa berduka. Ya, hatiku makin hiba. “Ya ALLAH, ampuni dosa-dosaku padaMu. Gugurlah air mata di bumi ini. Tabahkan jiwamu. Di sinilah bermula sebuah pertemuan yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Pertemuan yang tidak dapat dielakkan dan jua merupakan sebuah bait kenangan indah buat seorang Insan.

14 NOVEMBER 
Ketika itu aku sedang surf internet.  Sudah menjadi kebiasaan aku untuk menghasilkan nukilan. Nukilan-nukilan yang indah untuk ku “postkan”. 
Hatiku berbunga-bunga, akhirnya siap. Dalam aku mencari redhamu Tuhan, jiwaku perlu kepada mutiara ihsan, Akal kalbuku perlu kepada permata iman, agar diriku indah dengan nikmat islam, tapi bagaimana harus aku merasai semuanya tanpa bimbingan seorang teman yanag mampu menjadi wardah pada diriku menuju ke sisiMU. 
Hadirkanlah dia dalam perjalanan hidupku YA RABBAL'ALAMIN. 
Tiba-tiba aku terpandang sebuah profile “Nafidhul Halim” terdetik hatiku untuk add friend kaum adam tersebut. Ya Allah, moga-moga kaum adam ini sudi mengajarku ilmu agama apatah lagi Bahasa Syurga memandangkan dia bersekolah di sebuah sekolah tahfiz. Satu notification muncul bahawa ‘’kaum adam itu menerima kehadiranku, yess bahagia terpapar di wajahku tatkala itu. Aku menghembuskann nafas, bergetar jiwaku untuk menyapanya. Namun kukuatkan hati dan ingat tujuan sebenar aku ingin bersahabat dengan kaum adam itu. 

DIALOG DALAM CHAT 
Humaira :  Assalamualaikum.  
Nafidhul Halim :  Walaikumussalam. Kenape awak add saya? 
Humaira :  Sebenarnya saya add sebab saya tengok profile awak dari aliran  agama jadi saya nak minta tunjuk ajar awak dalam memantapkan Bahasa Arab saya. Lagi satu nama awak “Nafidhul Halim” lain dari yang lain” 
Nafidhul Halim : Hah? Kenape saya? Saya sebenarnya tak suka layan kaum hawa apatah lagi yang tak dikenali. Bahasa Arab sy kurang pandai sangat, dan juga nama saya bukan Nafidhul Halim tapi Muhammad Adli. 
Humaira :  Asifni, saya ingatkan tu nama awak. Bermonolog sekejap. (ouh, tak suke layan kaum hawa rupannye. Bagusnye dia nie) 
Nafidhul Halim :  Nafidhul Halim bermaksud Perintis Halim, sempena nama ustaz sy. 
Humaira :  Ouh , yeke. 
Nafidhul Halim :  Sy sebenarnye nak balik asrama dah, so sy nk offline skang. 
Humaira :  Haa? Eah kejap, ni number handphone saya, nanti boleh berhubung untuk berkongsi Ilmu ataupun nukilan sy.(waktu itu, di kepala Humaira hanya memerlukan seseorang teman untuk dia menikmati keindahan bahasa syurga. Ianya tak datang dengan mudahkan? jadi itu peluangnya)
Nafidhul Halim :  Sy bukannye boleh bawak hp tak pasal2 kena rampas. Pape pun sy tak boleh. (boleh bawa sebenarnya cuma senyap2 je) 
Humaira :  Urm, yeke? Btw. Syukran melayan saya ye, kalau awak nak  hubungan ukhuwahfillah kte nie berkekalan jangan lupe contact saya malam nie! Assalamualaikum. (log out) (hampa. kerana nawaitunya itu agak samar-samar)

Dikala heningan malam. 
“Dik , solat Isyak sekarang. Abi dah tunggu berjemaah di ruang tamu” kak Effa menyapaku daripada arah belakang. 
“Kejap, nak amik air wudhuk nie kak”Selepas berjemaah & kucium pipi mama tersayang dan abi kusalam 
“Ya Allah, peliharalah Iman keluargaku & panjangkanlah umur ibu bapaku” desis monologku. 
Pantas aku rebahkan badan di atas tilam tanpa membuka tekekung. “krringgg” handphone kudering. Satu kebiasaanku sesiapa yang tidak kukenali akan kubiarkan saja missed call tidak berjawab. 
Selepas itu terpapar di skrin handphone bertanyakan namaku. “sape nie ye?” “saya Muhammad Adli” 
Mataku segar seketika, senyuman mula menyapa wajahku. Semata-mataku dia sanggup bawa handphone ke asrama. Akhirnya perkenalanku dengan kaum adam tu semakin akrab, tiap hari ada saja nukilan aku kongsikan, bertukar-tukar pandangan & setelah mengenalinya kaum adam tersebut meluahkan masalahnya kepadaku. Kepadaku tempat untuk mendengar serta memberi nasihat berguna. 

Nukilan seterusnya. 
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN. 

Beberapa hari kemudian.
Adli :  Assalamualaikum. 
Humaira :  Waalaikumsalam wbt. Ye? 
Adli :  Sebenarye sy ade hati dkt awk. 
Humaira  :  (gembira) haa, yeke? Kenape awak suka sy, adli? (Perasaan itu fitrah sebenarnya namun mungkin saat itu masih tidak matang lagi untuk menilai)
Adli :  Banyak sebabnya. Tp rahsia. 
Humaira :  Alhamdulillah. Nanti saya bagitahu mama.
Adli :  Kenape nk bgthu mama? 
Humaira :  Takpelah, lagipun mama kenal awak sejak kte berkenalan dulu. 
Adli :  Ouh , Okey. Sy ade nak bgthu awk nie. Something.  
Humaira :  Haa, ape dy adli ? 
Adli :  Uhibbukifillah Humaira. 
Humaira:  (Menanti 10 minit baru melafazkan) Uhibukafillah adli. InsyaAllah kte jage hubungan kte ye?  
Adli :  Moga diredhai Allah swt.  

Hubungan dulu = sahabat sekarang “In A Relationship”  
 Beberapa bulan kemudian.

Humaira :  Assalamuaaikum. Awak dah solat?  
Adli :  Alhamdulillah dh. 
Humaira :  Baguslah tu, jaga solat setiap hari, Ingat.(memandangkan si dia pelajar tahfiz, hanya nasihat saja dapat diberikan, berjumpa tidak, bercall pun tidak pernah sama sekali segalanya masih diletakkan kerana Allah)
Adli :  Hmm. Sebenarya sy nak minta maaf. 
 Humaira :  Kenapa? 
Adli :  Cinta yg sy ungkapkan pada awak slame nie palsu, ianya dtg dr hawa nafsu bkn dr Allah swt. Kte saling menyintai dn merancang utk berkahwin apabila sampai masanya tp sebenarnye kte dh terjebak dgn zina hati. (menaip dgn hati hiba)  
Humaira :  Astagafirullah aladzim. (sedih) Nape, ape awak cakap nie? apa zina hati tu? 
Adli :  Sy baru tahu sy mintk maaf. Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian  zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya. (sengaja pendamkan kesedihan) 
Humaira : Apakah sebenarnya yg dimaksudkan dgn  zina hati? Adakah jatuh cinta kpd seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati?  
Adli : Ye awak, itulah zina hati. 
Humaira :  Mengapa itu zina hati? 
Adli :  Kerana kte mengingati seseorang yg ajnabi yg bukan mahram yg halal buat kte. 
Humaira :  Tapi kte tak pernah berjumpa ataupun ‘dating’’ mahupun berdua-duaan di tempat-tempat duduk sepanjang masa berbeza dengan remaja sekarang? kte menutup aurat dan solat masih dijaga.
Adli :  Hmm, dalam Islam takde mcm nie. 
 Humaira :  Erk, tak betul ke? 
Adli :  Dengar baik-baik ye, antara lelaki dan perempuan yang ajnabi sepatutya tiada hubungan lebih akrab melainkan dah sah menjadi suami isteri. 
Humaira :  (tergamam) tiada kata-kata. Jadi... 
Adli :  Awak better kte stop. Berpisah dulu. Sebab sy sedar ini semua salah sy dan kte dua masih keliru. Walaupun kte jauh, tak call, tapi hati tetap ber“zina”. Kononnya Islamik tapi takde bezanya pun dengan yang lain. 
Adli : Demi menjaga diri dan kte sama-sama mengharungi kembali dalam redha Ilahi. 
Adli :  Maaf awak, sy dah membawa ke jalan yg lupa pdNya. Andai ade jodoh moga dipertemukan. 
(Menitis air mata) *Astagfirullahalazim. Astagfirullahalazim.  Aku beristighfar panjang “Lailahaillahlaula” Air mata mula menitis membahasi pipi. Sedih, pilu, kecewa dan kesal sebagai kam hawa. Pasrah adalah segalanya sebelum terlewat. Kutabahkan hati menerima suratan Ilahi. Aku tertipu dengan bisikan musuh, syaitan laknatullah. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini. Bukan dahulu nawaituku ingin menjadi seorang wanita yang bergelar Mujahidah”.  
Ya Allah,  besar sungguh dugaan ini. 
Humaira :  Afwan, saya rase saya pun nak berubah menjadi yang lebih baik. Alhamdulillah masih belum terlewat pintu taubatNya masih terbuka. Saya doakan semoga awak dapat menyambung pelajaran ke Jordan dan menjadi anak yang soleh. Ade hikmah segalanya berlaku. Ya, Islam juga bkn datang utk berkata Jgn menyintai dan buang perasaan cinta itu, tetapi datang mengajarkan kte bahawa andainya kte jatuh cinta, maka berhati-hatilah agar cinta tidak membuatkan kte terpesong dr kebenaran. 
Adli :  Na’am. Sememangnya muhasabah diri sama ada terpalit dengan dosa atau tidak itu memang sesuatu yang bagus. Tapi men’dosa’kan diri dengan perkara yang bukan dosa itu bukan daripada ajaran agama, itu adalah ta’annut dan tasyaddud yang ditegah dalam beragama. Moga awak akan menjadi seorang wanita solehah. Teruskan buat nukilan ye. Sy pun sedih tapi kte masih ada Allah swt. 
Humaira :  ( Tiada kata mampuku lafazkan) titisan air mata mengalir membasahi pipi. Ya Allah , lindungi diriku sebelum bergelar “Mujahidah” 

Menitis tidak air mata kalian membacanya? Kalau ya, alhamdulillah. Mungkin kalian adalah insan yang istimewa yang Allah swt ciptakan di muka bumi ini untuk berubah kepadaNya. Hakiki milikNya. 

Sekadar perkongsian, tiada kaitan dengan sesiapa, hanyalah cetusan idea dan pinjaman nama sahabat ana sendiri. Mungkin, kita berasa kita adalah insan yang sentiasa memerlukan cinta dalam kehidupan, tiada cinta, maka tiadalah erti kehidupan. Namun, sedarkah kalian bahawa cinta kita sudah lama bersemi dan berputik sejak kita lahir di bumi ini?

Ya. ALLAH SWT. Merupakan pemberi mahabbah yang lebih pemurah. Setitis air mata kita mengalir mengenangkan dosa kita, hanya DIA penawar mujarab. Tidaklah ada manusia sempurna di bumi ini termasuk ana yang menaip tatkala ini. Cinta Islamik, bukan pilihan kita. Raihlah cinta DIA, pasti cinta kita sudah dititipkan hanya menanti bila masa yang sesuai untuk bersatu antara kaum hawa dan kaum adam.

Mari melangkah meskipun jalan berduri? Ana sudi menjadi sahabatmu di kala tiada sesiapa di sisimu. lah tahzan :)

Sekian. Illalliqa. 

Coretan Hati: Di jalan ALLAH, perhubungan ini bukan milikku jua bukan milikmu. Perhubungan ini adalah perancangan ALLAH yang mengetahui segala rahsia. Kerana DIA aku mengenalimu dan kerana DIA juga telah menetapkan kita mengukir segala kenangan indah bersama. Selamat meneruskan langkah dalam kembara melengkapi perjalanan menuju negeri akhirat yang abadi dengan keteguhan iman dan taqwa dihati.”  



Nukilan Hamba Allah Yang Khilaf