Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
SubhanAllah, tak mampu untuk ana gambarkan apa yang ada di dalam hati. Tatkala diri ini cuba mengelak daripada menjadikan laman ini seperti tempat meluahkan rasa sahaja. Cuba ana susun ayat dengan baik tetapi terlalu banyak yang ingin ana rahsiakan. Mengenangkan diri kita juga sebahagian daripada rahsia Allah.
Kini, hati cuba untuk berbunga bahasa mengungkap kata rindu dan juga cinta. Tetapi dirasakan sangat sukar kerana keringnya ilham yang ada. Terlalu lama tidak ana hias laman ini dengan bunga bahasa dan buah pemikiran, kala kesibukan yang menjelma mengekang jari-jemari ini untuk menaip kata-kata. Ya, memang sudah terlalu lama ana menyepikan diri. Allah itu Maha Pemurah dan Maha Mengetahui.
Semoga Allah memudahkan segala urusanku di dunia dan akhirat.
Pernah tak terfikir, saat bila kita mula
berkenalan dengan Allah? Kalau ditanya, mungkin ramai yang akan kata, lahir ke
dunia ni mestilah terus kenal Allah. Umur 5 tahun dah di ajar Iqra'. Umur 6
tahun di ajar solat. Umur 8 tahun mula puasa penuh. Jadi, dah lama lah kita
kenal Allah ni. Tapi kalau ditanya,
Allah tu macam mana? Apa sifat-sifat Allah?
Yang 20 tu.
Apa
nama-nama Allah?
Yang 99 tu
...
Hmm ...
belum tentu semua orang ingat. Belum tentu semua orang hafal. Paling penting,
belum tentu semua orang tahu. Paling teruk, belum tentu semua orang benar-benar
nak tahu. Yang tahu, kenal Allah bila solat. Kenal Allah bila mengaji. Kenal
Allah bila puasa. Tapi, Allah kan ada di mana-mana. Tiap-tiap ketika. Tak sedar
Allah itu sentiasa ada?
Ana?
Ana mula berkenalan
dengan Dia pada tahun 2011. Hah? Baru 2 tahun?! Ye! Baru 2 tahun.
Habis tu,
selama ni tak kenal Allah? Bukan tak kenal. Kenal, tapi tak cukup kenal. Jadi,
buat-buat kenal.
2 tahun tu
jangka masa yang cukup singkat. Kalau bayi baru lahir. Dah boleh jalan. Tapi
bercakap, pelat lagi. Macam tu lah tempoh masa perkenalan ana dan Dia. Cukup
pendek. Tapi, satu hal yang sangat-sangat ana kenal, pasti dan yakin tentang
Dia. Allah ni kan ... SWEET~
Allah ini
Sweet
Sweet? Ye!
Sweet sangat!
Takkan ada
manusia yang mampu jadi pendamping hidup setanding Dia.
Dia Pemberi
Kekuatan
Ke mana ana
pergi, Dia akan sentiasa di sisi. Menemani diri saat ana keseorangan, menemani
diri saat ana kesedihan, menemani diri saat ana kegelisahan. Jadi, takkan
pernah rasa takut sebab Dia ada.
Terkadang
bila nak balik rumah dari tuition, badan terasa sangat penat. Berjam-jam sepanjang hari, berkejar ke sana
sini, nak balik rumah tersangat-sangat penat. Pernah sekali kat traffic
light, sebab dah lama sangat tunggu, bila bersandar dekat tempat duduk, tak
sedar terlena. Nasib baik Dia kejutkan. Lampu dah hijau! Okeh, gerak. Walapun
dah ngantuk sangat, tapi Dia suruh kuatkan diri. Alhamdulillah, selamat sampai
rumah dengan abah. Makan, solat, tidur.
Allah kan
Maha Melindungi. Sweet kan?!
Bila kita letih dan hilang
semangat, Allah tahu betapa kita telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu
berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu. Bila
kita rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah setia disisimu. Bila kita
telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan, Allah ada penyelesaiannya. Bila
tidak ada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya …
"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah
memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong
selain Allah."
(Al-Baqarah: 107)
Dia Peneman
Bicara
Banyak yang
terpendam di lubuk hati. Tapi terkadang terasa nak meluahkan pada seseorang.
Tapi terkadang ragu. Bukannya boleh dapat penyelesaian. Dan terkadang ada
kata-kata yang tak terluah.
Tapi pada
Dia, ana tak malu nak bercerita. Semua sekali! Walaupun terkadang ada
kata-kata yang segan untuk dituturkan dengan kata-kata, tapi Dia kata tak apa.
Tak perlu ucapkan dengan kata-kata pun. Tak perlu susahkan diri untuk susun
ayat. Sebab Dia kata Dia dah tahu apa yang terpendam dalam hati ana tanpa perlu
ana kata apa-apa. Wah! Allah tu sweet kan!
Kadang-kadang tanpa tangan menghulur bantuan. Terasa diri kembara sendirian.Mimpikan syurga idaman .Sedangkan diri tak tahan ujian.Kerdilnya diri bila menghitung keringat gugur.
Titisan air mata kecewa.Rupanya masih sedikit cinta dan kasih ini dipadu
Mekar dalam jambangan setia pada perjuangan Islam ...
Pedih, sakit, pahit dan susah dalam memperjuangkan agama Allah itu
satu nikmat yang tak akan dapat dilupakan. Islam itu indah dan berjuang di
jalan itu tak pernah susah bila hati diserahkan kepada Allah. Istiqomahlah
dalam kebaikan dan bermujahadahlah melawan hawa nafsu dan bisikan syaitan
kerana kita akan menghadapi ujian yang lebih besar iaitu hari Qiamat. Maka,
lakukanlah segalanya kerana cinta dan kasih kita kepada Allah...
"Katakanlah, " Jika kamu
sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti
mengetahuinya,"
Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di
bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu."
(Ali 'Imran: 29)
Dia yang
Kaya Raya
Selalukan
kalau kita dengar cerita atau tengok kawan kita yang keluar dating tiba-tiba
bawak balik banyak hadiah. Teddy bear lah, kad lah, bunga lah, baju, kasut dan
etc. Banyak kan? Selepas itu, semua
orang mula lah puji. "Eh, bagus lah buah hati awak. So sweet~
Eleh, cukup
sweet dah ke tu? Kalau yang buah hati itu sekadar guna duit loan, scholar, atau
kerja nak belanja kita, mesti akan ada tika masanya kita kena jugak guna duit
sendiri. Paling-paling duit tambang bas, teksi atau komuter nak keluar. Still!
Duit kita akan kurang jugak. Siapa yang berani kata duit dia tak pernah kurang
walau 1 sen pun setiap kali keluar? (Tapi sekarang 1 sen sudah tak laku. Jadi,
5 sen lah)
Tak cukup
sweet tu ...
Kalau
dengan Dia, Dia sangat kaya raya. Duit-duit yang ana dapat, semua daripada Dia.
Bukan saja duit, semua yang ana ada sekarang ni, semua Dia yang bagi.
Segala-galanya. Macam mana? Hebat tak
Dia. Ada ke manusia yang sehebat Dia? Pasti tiada!
Tapi kan,
sebab Dia sangat sweet, Dia tak bagi semua ni pada ana directly. Nak
tambahkan sweetness tu, Dia bagi melalui medium lain. Daripada
ma abah, daripada sponsor ana dan lain-lain. Sebab kalau Dia bagi direct,
Dia tahu ana akan segan sebab ana tak ada apa-apa pun nak bagi untuk balas
balik apa yang Dia dah berikan pada ana. Sweetkan Allah?!
"Katakanlah (Muhammad), "
Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang
berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang
mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang
hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan
menjawab, "Allah." Maka katakanlah, "Mengapa kamu tidak bertaqwa
(kepadaNya)?"
(Yunus: 31)
Dia yang
Pemaaf
Manusia ni
susah hendak mengaku salah. Paling teruk, susah hendak meminta maaf. Bukan?
Dengan Dia,
ana ada BANYAK kisah tentang kesalahan, kesilapan dan... kemaafan.
Daripada mula
ana lahir, sampailah umur 17 tahun sudah banyak kali sudah ana sakitkan hati
Dia. Dia kata jangan buat, ana buat jugak. Apa yang Dia suruh buat, ana tak nak
buat. Degil! Kalau dengan manusia, dah lama dah ana patut kena marah. Tapi, Dia
tak pernah marahkan ana. Dia sabar layan kerenah ana. Sebab Dia tahu, masa tu ana
tak betul-betul kenal Dia, ana tak benar-benar fahami Dia. Jadi, Dia bagi ana
peluang lagi.
Tapi bila
dah tahu, bila dah kenal, terkadang itu tetap jugak ana ulang balik kesalahan
yang lalu. Tapi, dengan muka tak malunya, ana pergi minta maaf kat Dia balik.
Dan Dia. .. selagi roh masih belum ditarik ke kerongkong... Dia PASTI akan
tetap maafkan ana. Sweetnye~~
"Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu
yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa
dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh,
Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Az-Zumar: 53)
Dia Pemberi
Ketenangan
Keluh
kesah. Resah gelisah. Perasaan yang setiap orang pasti pernah merasainya. Bila
nak exam, bila kena siapkan homework bila nak pergi interview etc.
"Aku
kalau ada apa-apa masalah, aku tak kisah. Kalau dengar je suara Adam (bukan
nama sebenar), hati aku mesti tenang." Huh ...
Kalau
sesama perempuan?
"Sesama
perempuan ini lain. Mereka tak faham sebab kita sama kan. Kalau dengan yang
berlainan "makhluk" ni, lebih mudah untuk saling memahami. Cas yang
sama kan saling menolak. Bila cas yang berlainan baru saling menarik."
Tapi, bila
bergaduh...
"Benci
betul la aku dengan si Adam (masih bukan nama sebenar). Dah banyak kali call,
tapi tak angkat phone pun! Dia yang buat salah, tapi dia pulak
yang merajuk. Dah la ... (terhamburlah semua kekurangan si Adam tuh)."
A'ah, tenang la sangat.
Paling tak
best, bila perempuan yang marah, si Adam pun ikut merajuk sekali. Bukannya nak
pujuk. Perempuan pula yang kena pujuk balik. Apakah ini! Tak sweet!!!
Sebab ...
Tapi kalau
dengan Dia, tak pernah ada kes main tarik-tarik tali ni. Sebab yang pasti, Dia
takkan pernah merajuk dengan ana walau apa pun yang ana buat. Dan setiap
kegelisahan, kesedihan, kesulitan, Dia pasti sentiasa menemani ana,
mengurangkan bebanan perasaan. Dan takkan pernah berhenti. Sweet kan?!
"(yaitu) orang-orang yang beriman
dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan
mengingati Allah, hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd: 28)
Yang Pasti,
Dia pun Rindukan Ana Juga!
Allah ni sweet.
Dia bagi ana banyak sangat nikmat yang takkan mampu ana hitung. Tapi tulah. Dah
pun namanya manusia. Yang bermaksud pelupa.
Ada ketika
ana buat tak tahu saja dengan Dia. Dia sentiasa ada saja dekat sisi. Tapi
terkadang ana tak layan pun Dia. Tapi, Dia tetap juga bagi ana macam-macam
nikmat. Ana pula tak berterima kasih pun dekat Dia. Sebab bila ana syok sendiri
sangat, lupa bahawa Dia yang sebenarnya bagi kat ana setiap sesuatu itu.
"Ek" betulana kat Dia, kan!
Tapi ...
Dia sangat sweet... Dia pun rindu ana juga. Dia nak ana ingat dekat Dia. Dia
nak ana sebut nama Dia. Dia nak ana minta tolong pada Dia. Sebab kalau boleh,
Dia memang nak bagi semua benda yang ana minta on the spot! Tang
tang tu juga Dia boleh bagi. Tapi ada yang Dia hold dulu.
Sebab Dia nak ana dapat yang lagi BEST!.
"...Tetapi boleh jadi kamu tidak
menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai
sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak
mengetahui."
(Al-Baqarah: 216)
Jadi, bila
Dia dah mula rindukan ana, Dia bagi ujian. Dia bukan nak susahkan ana. Tapi sebab
Dia nak tahu, betul ke ana cintakan Dia? Dekat bibir kata cinta, tapi dekat
hati macam mana? Dan paling penting, Dia nak ana ingat dekat Dia. Sebab Dia
sangat-sangat rindu dekat ana. Jadi bila diuji, ana rasa sedih, ana rasa payah,
ana rasa sakit. ana mesti menangis! Tapi, bila macam ni, satu kata yang pasti
ana sebut. Dan ana sangat pasti bukan hanya ana , tapi kita semua pasti akan
sebut ... "Ya Allah!"
Dan Dia
pasti akan gembira. Sebab kita sudah ingat Dia balik. Rindu yang terlerai ...
Sweet~~~
Semoga mampu untuk berjumpa di alam sana ...
Andai mungkin hati ingin mengungkap kata rindu ,
ia belum cukup terzahir dengan kalimah-kalimah biasa.
Pada Allah, Sang Pencipta rasa cinta,
sampaikan salamku buat habibati tercinta.
Ameen.
"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun
akan ingat kepadamu..." (Al-Baqarah, 152)
Dia
Pendamping Abadi
Dia sangat
memahami ana. Betul, Dia sayang ana. Tapi, Dia pun tahu fitrah seorang hamba,
yang Dia sendiri ciptakan. Setiap manusia perlukan pendamping. Yang bersifat
sama. Seorang hamba.
Jadi setiap
orang dah ditentukan jodoh masing-masing. Termasuklah ana sendiri. Tapi, semua
orang hendak yang terbaik. SWT. Ana pun! Dan Dia tahu ana hendakkan yang
terbaik. Oleh kerana sayangnya Dia pada ana, Dia hadiahkan ana satu nasihat.
Takkan sama kaca dengan permata. Kita meminta emas, takkan kita hendak berikan
gangsa?
Dan pasti ada pasangan yang tertulis namanya di Lauh Mahfuz untukmu. Dan bila kita meninggalkan sesuatu kerana Allah, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang pasti lebih baik untuk kita. Kita mesti benar-benar percaya kerana Allah adalah pemilik cinta kita yang utama, yang takkan sesekali menipu hambaNya. Keyakinan dan keimanan ini adalah bukti cinta kita kepada pemilik cinta kita yang pertama iaitu Allah. Cinta ini adalah lubuk pahala. Jika belum bersedia, atau belum mampu, atau belum tiba masanya, tetapi perasaan fitrah itu sudah ada, inilah yang akan menjadi lubuk pahala bagi kita. Bermujahadahlah. Tambahlah istighfar kepadaNya, berpuasalah untuk menjaga sebuah fitrah yang indah ini, dan teruslah berdoa.
“Prayer is the best armor against all trials”.
Dan dalam masa menanti seorang yang soleh hadir, kita bukan hanya perlu mencari, tetapi perlulah menjadi. Berusaha menjadi seorang wanita yang solehah, dan cuba memperbaiki kekurangan diri semampu yang mungkin.
"... sedangkan perempuan-perempuan
yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk
perempuan-perempuan yang baik (pula)..."
(An-Nur: 26)
Saat itu,
takkan pernah tercepat. Dan takkan sekali-kali terlambat. Bila si dia di sisi,
yang pasti Dia tetap di hati.
Duhai ya sodiqi wa sodoqati yang disayangi,
Sudah anda berkenalan dengan Allah? Kalau
belum, mulakanlah perkenalan. Bimbang kalau terlambat. Dan awak takkan pernah
sedar... Yang Allah tu sweet~~
Moga hari esok kita bangkit dengan jiwa penuh syukur kerana masih diberi kekuatan untuk berdoa. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
Satu hari nanti… Bila permintaan kita dimakbulkan, pandanglah sejenak ke belakang. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
"… Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.” (Al-Imran, 9)
Thank
you Allah!
Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah S.A.W. Juga semua umat Islam di luar sana.
SubhanAllah, sudah terlalu lama ana tidak mengarang kata-kata. Di kala ketenangan mula membanjiri diri, kala itu dipanjatkan syukur pada Ilahi. Terkadang kita lemah diuji. SubhanAllah, kala itu kembali kepadaNya. Cari kekuatan dari sumbernya. Allah. Tuhan yang Maha Berkuasa.
Ya Allah, jadikanlah hatiku ini setenang Rasulullah.
Ketika hening malam itu, rindu pada Rasulullah mampu mencengkam dada. Ingin untuk berada dalam majlis halaqah dan tazkirah yang diberi oleh baginda. Ingin untuk melangkah pada jalan yang pernah baginda lalui. Ingin melihat wajah baginda yang bercahaya mengalahkan bulan purnama. Ingin untuk melihat baginda senyum kepadaku. Ingin sekali mengadu dan meminta nasihat dari baginda… Ya Allah, limpahkan rahmat kepada Rasulullah dan keluarga baginda. Amin.
Ketika futur dalam perjuangan, pasti ada langkah-langkah yang mula menyimpang dari jalan yang betul. Dan ada ketika Allah memberi ujian kepada kita agar kita kembali kepadaNya. Terkadang timbul rasa takut, menangis dan jatuh. Akhirnya pada Allah kita kembali. Manusia dijadikan kerana diberi tanggungjawab beribadah dan menjadi khalifah di dunia.
Khalifah… Terlalu berat tanggungjawab itu. Dan manusia telah dikurniakan dengan pendengaran, penglihatan dan hati oleh Allah S.W.T untuk mendengar, melihat dan memikirkan kekuasaan Allah. Dan siapakah yang selayaknya diikuti akhlaknya? Rasulullah S.A.W….
Katakanlah (Muhammad), “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
(Surah Ali Imran: 31)
Bukti cinta pada Allah.. sukar untuk diungkapkan kata-kata itu apatah lagi untuk melaksanakannya. Tetapi pada Allah juga ku mohon petunjuk dan kurniaanNya agar diberi kekuatan untuk terus melangkah mencari cintaNya.
Ana berundur diri dahulu. Doakan untukku wahai sahabatku. Semoga Allah memberkatimu. Amin.
Harapan dan doa pada Allah, buat diri yang sangat lemah. Diri mengharapkan kekuatan, kasih dan cinta Allah agar dikurniakan pada diri, keluarga, sahabat dan semua muslimin dan muslimat di luar sana. Semoga cinta dan kasihNya terus mekar mewangi di hati-hati mereka yang dirahmati Allah dengan perasaan ini.
Semoga Allah memberkati diriku dan dirimu. Salam’alaik. :)
Semoga Allah memberkati diriku dan dirimu. Salam’alaik. :)