Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit... Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya.
Sedang
aku memerhati, aku puji Tuhan
atas segala keindahan yang
telah Ia sajikan aku duduk dan
terasa kehadiranNya di
sisiku. Dia bertanya kepadaku,
Adakah kamu mencintai Aku?
Aku menjawab, Sudah tentu!
Engkaulah Penciptaku,
masakan aku tidak
mencintaiMu.
Kemudian Dia
bertanya lagi, Jika kamu
ditakdirkan cacat anggota,
adakah kamu akan
mencitaiKu? Aku tergamam
seketika. Aku lihat tangan, kaki
dan seluruh anggotaku, aku
teringat pelbagai kerja yang
mustahil aku lakukan tanpa
anggotaku ini yang selama ini
tidak kusedari kepentingannya.
Kemudian aku jawab, Tentunya
ia amat sukar bagiku, tetapi
aku akan tetap mencintaiMu.
Kemudian Dia bertanya lagi,
Jika kamu ditakdirkan
buta, adakah kamu akan
menyayangi segala ciptaanKu?
Bagaimana mungkin
bagi kuuntuk mencintai
sesuatu yang di dunia ini yang
tak mampu aku lihat?
Kemudian aku berfikir... ramai
orang yang ditakdirkan buta di
dunia ini, dan mereka masih
mencintai Allah dan segala
ciptaanNya. Lantas aku
menjawab, Amat sukar bagiku
membayangkan keadaanku
yang sedemikian rupa, namun
begitu aku akan tetap
menyintaimu Ya Allah. Dia
bertanya lagi, Jika kamu
ditakdirkan pekak, adakah
kamu akan tetap mendengar
kepada kata-kataKu?
Bagaimana mungkin bagiku
mendengar jika aku pekak?
Kemudian aku tersedar
bahawa mendengar itu tidak
semestinya menggunakan
telinga, tetapi menggunakan
hati. Aku jawab, Walaupun
takdir itu amat berat
bagiku, namun aku akan tetap
menyintaiMu. Dia menyambung
lagi persoalanNya, Jika kamu
ditakdirkan bisu adakah kamu
akan terus memujiKu?Aku
tertanya lagi, bagaimana aku
boleh memuji tanpa suara? Aku
terfikir kemudian yang Allah
mahu kita memujiNya dari
dalam hati dan jiwa kita, tidak
penting bagaimanakah
bunyinya. Kemudian aku
menjawab,Sungguhpun aku
tidak mampu untuk
mambunyikan pujian
bagiMu, aku akan tetap
memujiMu.
Dan... Dia terus betanya
lagi, Adakah kamu benar-benar
menyintaiKu?dengan nada yang
tegas dan penuh
keberanian. Aku jawab dengan
yakin, Ya, benar Tuhanku, aku
menyintaimu kerana Engkaulah
satu- satunya Tuhanku dan
Tuhan yang sebenar! Aku fikir
jawapanku tadi sudah cukup
bagus untuk menjawab
soalanNya tadi, tetapi Dia terus
bertanyakan lagi, Kalau begitu
kenapa kamu masih
melakukan dosa? Aku jawab,
Kerana aku cuma manusia bisa
yang selalu lalai, aku tidak
sempurna...aku bukan
maksum. Kalau begitu, kenapa
ketika kamu senang dan
gembira...kamu
lupakanKu;kamu lari jauh
daripadaKu? Dan kenapa ketika
kamu susah dan mahukan
bantuan...kamu terus ingat
kepada Aku, kamu datang
dekat dan merayu kepada
Aku?Aku tidak mampu
berkata-kata.Yang
kusedari...titisan panas turun
membasahi pipiku.
Dia sambung lagi, Mengapa
kamu buat begini... kadang-
kadang sujud
menyembahKu, dan kemudian
membelakangiKu, tidak
pedulikanKu? Mengapa kamu
hanya datang mencariKu hanya
ketika kamu nengingatiKu?
Mengapa kamu meminta
kepada Kusedangkan kamu
tidak setia kepadaKu?
Kurasakan titisan panas
mengalir deras membasahi
pipiku tanpa henti.
Mengapa kamu malu
kepadaKu?Mengapa kamu
tidak mahu menyebarkan
suruhanKu? Mengapa ketika
kamu dizalimi kamu adukan
kepada yang lain sedang Aku
sedia mendengar segala
rintihanmu? Mengapa kamu
sering membuat alasan ketika
Aku memberimu peluang untuk
berkhidmat di jalanKu? Ku
gagahi bibirku untuk
mengucapkan patah-patah
perkataan bagi menjawab
segala soalan yang bertubi-tubi
diajukan kepadaku. Tetapi aku
tidak punyai jawapan bagi
persoalan-persoalan tadi.
Lidahku yang selama ini lancar
berkata-kata, kini kelu. Otakku
ligat mencari jawapan...atau
alasan...namun tiada apa yang
kutemui sebagai jawapan.
Dia berkata-kata lagi...Kamu
diberikan sebuah
kehidupan. Aku jadikan dalam
dirimu keistimewaan dan
kelebihan berbanding orang
lain untuk kamu berjuang di
jalanKu, tetapi kamu tetap
berpaling dari jalanKu. Aku
tunjukkan kepadamu kata-
kataKu sebagai panduan kamu
dalam hidup ini, tetapi kamu
tidak mahu mempelajariatau
menghayatinya. Acap kali Aku
berkata-kata kepadamu, tetapi
kamu berpaling daripada
melihatnya. Aku turunkan
kepada kamu pesuruhKu, tetapi
kamu tidak ambil peduli ketika
sunnahnya ditinggalkan. Aku
dengar segala permintaan dan
rayuanmu kepadaKu... dan
semuanya telah Aku
perkenankan dengan pelbagai
cara. SambungNya lagi, Kini...
adakah kamu menyintaiKu? Aku
tidak mampu menjawabnya
lagi.
Bagaimana harus aku jawab
persoalan ini? Dalam tak sedar,
aku malu dengan segala apa
yang telah aku lakukan selama
ini. Aku tidak lagi punya alasan
bagi menyelamatkan
diriku. Apa yang boleh aku
jawab bagi persoalan itu?
Ketika hatiku berteriak
menangis, dan bercucuran
air mata mengalir turun di
kedua-dua belah pipiku, aku
merintih, Oh Tuhanku...
ampunkanlah segala dosaku.
Aku tidak layak menjadi
hambaMu Ya Allah...
kemudian Dia
menjawab, Sifatku
pengampun... barangsiapa yang
memohon keampunan
dariKu,nescaya Aku
ampunkannya. Dan Aku
ampunkan kamu wahai
hambaKu. Aku bertanya
kepadaNya, Mengapa Engkau
tetap
mengampunkanku sungguhpun
aku melakukan kesalahan
berulang kali dan memohon
ampun berulang kali? Sampai
begitu sekalikah cintaMu
terhadapku? Dia menjawab
Kerana kamu adalah
ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak
akan mengabaikanmu. Apabila
kamu menangis aku akan
bersimpati kepadamudan
mendengar segala
rintihanmu. Apabila kamu
melonjak kegirangan Aku akan
turut gembira dengan
kegembiraanmu. Apabila kamu
berasa gundah dan
kesepian, Aku akan
memberikanmu
semangat. Apabila kamu jatuh
Aku akan
membangkitkanmu. Apabila
kamu keletihan Aku akan
membantumu. Aku akan tetap
bersama-samamu hinggalah ke
hari yang akhir dan Aku akan
menyayangimu selama-
lamanya.
Seingat aku... aku tidak pernah
menangis sebegini. Aku sendiri
tidak mengerti kenapa hatiku
ini begitu keras, tidak mampu
menangis menyesali segala
dosaku selama ini. Dan.. buat
kali pertamanya dalam
hidupku ini...aku benar-benar
solat dalam erti kata yang
sebenar... ✿