Cerpen " Seteguh Cinta Hamra' " :)

Bismillahirrahmanirahim 




Assalamualaikum & salam ukhwahfillah kulantunkan kepada hamba ALLAH swt sekalian. Ini merupakan sebuah lagi cerpen yang saya baru sempat karangkan. Khas untuk semua. Cerpen ini berkaitan jiwa remaja. Ada pelbagai unsur yang saya cuba  adaptasikan. Realiti hidup. Sesungguhnya senyum manusia itu hanya Tuhan yang tahu ertiya. Senyuman yang kita zahirkan ceria kadang kala menyembunyikan rahsia.

Selamat membaca ya ! (:

Sekadar renungan :)
"Lupakah kamu pada sabda Nabi yang sangat menghiburkan, Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah swt akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan masalahnya dan memnerinya rezeki dari arah yang tidak disangka"

Mentari memancar megah. Melihat alam berzikir pada-Nya. SubhanaAllah. Serangga-serangga kecil pendamping sang bunga turut menerima tempias kelegaan. Seorang kaum hawa digelar remaja tersenyum melihat ciptaan Allah itu sambil sedang menelaah buku yang dipegangnya di perpustakaan. Dengan pemakaiannya yang cukup ringkas tapi sempurna auratnya terlindung. Wanita itu membahaskan dirinya sebagai "Hamra". Namun, nama sebenarnya ialah "RAHSIA". Wajahnya yang putih dengan penuh keayuan seorang wanita, ketinggian yang sederhana, memiliki senyuman yang indah dan mentaati ibu bapanya. Kehidupannya penuh dengan ujian yang Allah swt kurniakan benar-benar menguji keimanannya.

Saat sang mentari tegak di atas kepala. Suhu bumi mendadak tinggi. Beberapa pelajar berjalan laju menuju ke kantin, mahu menghilangkan dahaga tetapi dia masih lagi duduk tidak berganjak. "Ya Allah, sesungguhnyaaku aku berpuasa kerana-Mu" getus hatinya.

Kring""! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat. Hamra' berdiri & bergegas ke makmal untuk memulakan pelajaran seterusnya.

Kewujudannya di sekolah pabila meningkat dewasa memberi tekanan sebagai pelajar, kehadirannya sentiasa dipandang dek mata yang melihatnya, apatah lagi ramai memberi seungkap salam buatnya. Dia kebingungan, baginya dia seorang yang biasa-biasa saja. Yang bezanya cuma dia anak kelahiran negeri di bawah bayu.

Semasa perjalanan pulang, seorang lelaki tua menyelinap di sebuah gerai serbaneka. Langkahnya diayun laju menyerbu ke gerai tersebut. Uzur keadaanya. Lelaki tua itu menadah tangan memohon simpati, walau sesen dua. Hamra' memandang dari jauh.

"Encik , saya lapar" rayu lelaki tua.

Wajah pemilik kedai itu tidak senang. Seorang daripadanya mengherdik lelaki tua itu sambil memberi isyarat kepada pekerjanya supaya menghalaunya keluar.

Lelaki tua itu lantas keluar. Mereka terlalu bongkak" monolog Hamra'

Hamra bergegas mendapatkan si pengemis itu. Poket bajunya diraba. Sekeping duit RM 5 dihulurkan, lelaki itu menerimanya dengan wajah gembira. Dia mengucapkan terima kasih berkali-kali dan mendoakan kebaikan hidup Hamra'.

"Semoga Allah memberimu syurga" ujar lelaki tua itu kemudian berlalu.

Ada air mata yang bergenang. Lalu gugur ke bumi. Hamra' pantas menyeka agar tidak dilihat rakannya.

Hamra mendekati rakannya semula, satu persoalan ditujukan untuknya.

"Berapa ringgit sangat duit kamu tu?" Masih mahu bersedekah?" Gurau rakannya, Qaisara.

Hamra tersenyum. Dia tahu Qaisara suka mengusik. Langkahnya melaju.

"Allah menilai keikhlasan biarpun nilainya sedikit," balas Hamra'

Walaupun kehidupan Hamra' tidaklah kaya tapi dia bersyukur masih dimurahkan rezeki oleh Allah supaya menjadi orang yang memberi, bukan sesekali memandang hina kepada insan yang meminta-minta.

Hamra' teringat. Ustaznya pernah membacakan satu hadis sewaktu dia masih menuntut di sebuah madrasah. Hadis itu masih menyekat dalam hati.

Rasulullah saw berkata, "Kadangkala. Ada orang yang berpakaian lusuh, rambut tidak terurus, kerap dihalau sekiranya menjenguk di pintu rumah orang, namun kalau dia bersumpah atas nama Allah pasti Allah akan memakbulkan permintaanya (kerana martabatnya disisi Allah)"

Bunga-bunga tersenyum. Tasbihnya menguntum. Tutut ceria berkembng. Sang kumbang menari riang. Alam seakan gembira menjadi saksi untuk seorang wanita yang tulus membantu saudaranya yang lebih memerlukan. (:

****


"Assalamualaikum, Hamra' Sudah pukul lima petang. Belum balik?" sapa seorang kaum adam. Iaitu lebih dikenali sebagai pelajar cemerlang di sekolah merangkap ketua perpustakaan. Namanya, Ahmad Emir Furqan. Merupakan  pelajar cukup terkenal.


Dia menemui Hamra' sedang tekun mencari buku di perpustakaan. Kebiasaannya, pada waktu-waktu sebegitu semua pelajar sudah pulang ke rumah.

"Hamra mahu cari buku rujukan untuk menulis karangan ya?" terang Ahmad Emir Furqan.

"Rujukan?" Hamra kehairanan.

"Sebenarnya, Hamra' nak cari hadis-hadis berkenaan untuk wanita" jawab Hamra' dengan lembut. Seulas senyuman berkuntum.

"Oh, begitu. Selama ini Emir perhatikan Hamra' rajin ke perpustakaan selepas waktu sekolah. Emir ingatkan Hamra' datang untuk menyusun buku rupa-rupanya membaca buku. Madrasah patut berbangga jika budaya membaca diterapkan dalam kalangan pelajar macam Hamra' "

Ya, membaca itu perintah Allah. Iqra'. Bukan sekadar untuk dibanggakan ataupun sekadar lulus ujian tetapi bagi menguasai ilmu untuk mengenal Dia" balas Hamra'.

Kata-kata itu membuatkan Ahmad Emir Furqan terpegun dan tertanya-tanya siapakah Hamra' yang sebenarnya. Pertemuan singkat petang itu berakhir dengan saling berbalas salam.

***

Tengahari yang panas. Hamra' menuju ke sebuah pondok anak-anak yatim. Rindu untuk meluangkan masa bersama mereka. Ahmad Emir Furqan yang melihat kelibat Hamra' turut mengekorinya dari belakang. Pabila sampai, kedengaran suara anak-anak yatim tersenyum riang menyambut kedatangan Hamra'. Hamra lalu menghulurkan makanan sebungkus roti dan air kotak yang dibelinya tadi kepada anak-anak yatim tersebut. Hamra' bersalaman dengan ustazah tersebut lalu berbual sebentar. Ahmad  Emir Furqan hanya dapat memerhati di luar secara sembunyi. Tiada siapa menyedari kehadirannya.

Kedengaran suara lembut Hamra' berbicara.

"Adik-adik yang akak Hamra' sayangi, kita sudah makan, minum dan solat zuhur. Ia nikmat daripada Allah swt. Izinkan akak Hamra' mengambil masa tujuh minit memberikan tazkirah"

Ahmad Emir Furqan terpegun. Kata-kata itu menarik minatnya supaya terus mendengar.

"Adik-adik yang akak Hamra kasihi kerana Allah swt,
 Jangan kita berasa hina hidup sebagai orang miskin. Kemuliaan Allah itu pada takwa bukan pada harta. Namun, itu tidak bermakna kita tidak perlu bekerja bagi mendapatkan harta. Kita juga perlu harta supaya dapat bersedekah dan membayar zakat." fasih lafaz Hamra'.

Ahmad Emir Furqan  semakin berminat untuk mendengarnya.

"Akak Hamra ada satu kisah bear yang mahu diceritakan. Dipetik daripada Sahih Bukhari. Sahih Bukhari ini adalah kitab paling benar selepas al-Quran"

Hamra' menarik nafas.

"Pada suatu hari, ada seorang lelaki lalu d hadapan Nabi. Baginda pun berkata kepada sahabat yang duduk disebelahnya. "Apa pendapat kamu berkenaan orang yang lalu tadi?" Sahabat Baginda menjawab, "Orang yang lalu itu adalah orang kenamaan. Kalau dia melamar wajar dikahwinkan" Rasulullah pun diam. Kemudian lalu pula seorang yang lain,. Baginda bertanya lagi, :Apa pendapat kamu berkenaan orang yang lalu tadi?" Sahabat Baginda menjawab, " Lelaki itu seorang fakir miskin kita. Beliau ini kalau melamar wajar ditolak, kalau mencadangkan sesuatu wajar tidak diterima, kalau bercakap tidak patut didengari". Rasulullah saw lalu berkata "Sebenarnya orang ini jauh lebih baik umpama bumi dengan langit daripada orang yang tadi".

Cerita Hamra' berakhir.

Anak-anak yatim itu tersenyum, minat sungguh mendengar segala apa yang disampaikan oleh Hamra' itu.

"MasyaAllah. Rupa-rupanya Hamra' ini sangat berilmu; detik hati Emir Furqan.
Lalu dia melangkah meninggalkan pondok itu dengan penuh takjub terhadap Hamra' yang baru dikenalinya. Ada satu perasaan mula timbul dalam dirinya yang selama ini tidak pernah terjadi... Ahmad Emir Furqan terus beristigfar.

B E R S A M B U N G ....   



glitter-graphics.com