Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum ya sodiqi wa sodaqati.
Ujian Allah itu tidak pernah memberatkan.
Tidak pernah membebabkan.
Tika rasa berat untuk memikulnya.
Titisan indah itu dikurnia sebagai teman setia.
Mengurangkan rasa.
Menitipkan kata, diri ini hanyalah hambaNYa yang kerdil.
Pabila ujian menjenguk khabar ingin singgah bersama.
Apakan daya, hanya ALLAH Maha Mengetahui segala yang diberikan. Mungkin inilah tarbiyah dari-Nya.
Penguji kesabaran bagi secebis keimanan yang ada.
"Thank you Allah that you have made me strong… When I’m going through tough times in my life… And in the end You have always make things okay… Hasbunallahu wa ni’mal wakil" |
Bismillahirahmanirrahmin. Allah swt masih memberikan pelbagai nikmat termasuklah perasaan gembira, sedih, tawar betapa luasnya kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Nikmat yang tak bertepi. Ana kian matang menilai manusia. Lagi lama kita dijalan tarbiyah ini pasti kita temui pelbagai ragam. Tatkala jari-jemari memulakan langkah, begitulah juga berdegup kencang hati ana sambil menaip. Syukran pada sahabat ana yang sudi menghantar 'flyer' kepada ana, itu sudah meyakinkan ukhwwah kita fii JannahNya. In sha Allah.
Di saat lelahnya hati ini, senyum ana dapat merasakan hari hujan. Di bawa gelak pipinya hari panas. Terasa kebelakangan ini, diri telah banyak berubah. Berubah daripada seseorang yang sangat ceria dan sentiasa ketawa riang namun ketika ini terasa diri ingin mengalirkan air mata sepenuhnya. Menyingkap segalanya dengan perasaan tidak putus-asa. Siapa di sini tidak pernah diuji?? Sedangkan daripada ujian dan dugaanlah hambaMu ini mengenal erti ketabahan. Renungan sebalik segalanya menyedari hakikat kehidupan sementara ini. Peringatan buat kita saat alpa menjelma. ^_^
Hidup ni tiada istilah kebetulan.
Ana tak tahu orang lain macam mana kehidupan masing-masing. Tapi bagi ana, Allah sentiasa menegur ana. Kadang-kadang keras. Dan ana rasa sakit, saya rasa sedih. Dan ana akan menangis. Tapi akan terus buatkan ana berfikir dan sedar. Ada silap ana. Itu kalau ana buat silap. Kalau ana lemah semangat pun, Allah terus datang berbicara dengan ana. Buatkan ana berfikr dan sedar yang Allah sentiasa ada rupanya tengah memerhatikan ana.
Bicara Allah bukanlah dengan kata-kata (Maha Suci Allah daripada apa yang sama dengan sifat manusia). Teguran dan bicara Allah datang daripada peristiwa-peristiwa yang datang dalam kehidupan. Sama ada melalui kejadian tertentu, atau pun melalui manusia biasa.
Sabar tu, indah ke?
“Sabar itu cukup indah. Tetapi dimanakah keindahan itu? Bukankah untuk bersabar begitu sukar? Ya, bukan mudah untuk tersenyum ketika ditimpa musibah dan bukan mudah pula untuk ceria ketika menapak di jalan Allah. Ketika kebenaran yang pahit ingin kita tegakkan dan ketika kemaksiatan yang manis ingin kita tinggalkan, apakah kita mampu tersenyum? Mengapa yang sukar, pahit dan pedih itu dikatakan indah?
“Sabrun jamil.” Itulah yang dikatakan oleh Nabi Ya’kub ketika berhadapan dengan ujian kehilangan anak-anaknya (Nabi Yusuf dan Bunyamin).
Allah itu kan, sebenarnya Dia benar-benar rindu pada hambaNya. Sebab fitrah manusia ini yang selalu lupa bila dibiarkan dalam kenikmatan. Tanya pada diri sendiri:
- Bila kita gembira, kita bahagia, banyak mana kita ingat pada Allah. Banyak mana kita sebut nama Allah. Banyak mana kita ucapkan syukur atas setiap pemberianNya? Dan kalau kita sebut hamdalah sekalipun, adalah hamdalah kita benar-benar menyentuh hati sendiri untuk mengatakan syukur ini benar-benar kerana Allah? Atau hamdalah tu hanyalah sebutan yang keluar sebagai satu rutin di bibir? (Macam baca hamdalah selepas makan tanpa betul-betul menghayati makna kesyukuran atas pemberian rezeki Allah)
- Bila kita dalam keadaan bahagia, dan kita solat. Berapa kali mampu kita menangis di atas tikar sejadah kerana sayang pada Allah? Berapa kali kita mampu menangis di atas tikar sejadah kerana syukur atas setiap nikmat kurniaan Allah? Berapa kali mampu kita menangis di atas tikar sejadah kerana nak Allah ada di sisi kita? Pernah ke? Susah, bukan?
Jadi, bila kita mampu balas kerinduan Allah pada kita? Allah dah rindu sangat-sangat dah ni!
Dan bila kita dilanda kesedihan, terkadang kita rasa kita perlu cari seseorang. Nak kongsi, nak cerita. Bukannya hendak penyelesaian semata-mata. Cuma hendak cari seorang pendengar setia yang memahami. Tapi kadang kala tiada seorang manusia pun yang benar-benar faham kita. Ataupun kerana sikap manusia yang suka menilai, dia rasa masalah kita ni kecil dan tak perlulah hendak berasa sedih atau rasa susah hati sangat.
Di sinilah, akan terbit jauh di sudut hati kita, kita perlukan sebuah pergantungan yang ultimate.
“When you have nothing left but God, then for the FIRST TIME you become aware that God is enough.”
Dan bila kita sedih, selalunya kita tak boleh tidur kan. Sebab fikirkan banyak sangat perkara. Tapi rupanya, Allah tahu keadaan kita. Allah tahu keperitan hidup kita. Walaupun masa nak lena pun dah pukul 2 pagi, kita rasa kita tak larat nak bangun qiam. Dengan badan tak sihat, dengan kepala yang pening. Tapi Allah lagi Maha Mengetahui. Dia tahu, kalau kita jumpa Dia, berbicara dengan Dia, kita mampu bercerita semua perkara. Dan Dia akan membuatkan kita terjaga tanpa dirancang. Dan Allah akan kejutkan kita dari lena didinihari, tika ayam belum berkokok, tika orang lain masih lena, untuk kita dating dengan Allah. Hanya berdua. Dan bila ketenangan tu menyapa, kita PASTI akan rindu untuk bertemu dengan Dia lagi.
Yang pastinya Dia rindu untuk dengar kita meminta hanya padaNya. Dan kita akan semakin rindu untuk bertemu denganNya. Rindu yang kita yakin akan berbalas.
“Ya Allah, aku rindu. Rindu yang teramat.”
Dan sebenarnya, apa-apa pun yang terjadi dalam hidup kita, perkara pertama yang perlu kita buat hanyalah mencari Dia. Dan bicaraNya adalah merupakan kata-kata terbaik sebagai petunjuk jalan bagi yang mencari cahaya ketenangan dan kebahagiaan.
Oh Allah …I told you: I’m in painYou said: “… Do not despair of the mercy of Allah” (39:53)I told you: Nobody knows what is in my heartYou said: “… Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest” (13:28)I told you: Many people hurt meYou said: “… So pardon them and ask forgiveness for them…” (3:159)I told you: I feel I’m aloneYou said: “… We are closer to him than [his] jugular vein” (50:16)I told you: My sins are so manyYou said: “And who can forgive sins except Allah?” (3:135)I told you: Do not leave meYou said: “So remember Me; I will remember you…” (2:152)I told you: I’m facing a lot of difficulties in lifeYou said: “…And whoever fears Allah – He will make for him a way out.” (65:2)I told you: I have many dreams that I want to come trueYou said: “…Call upon Me; I will respond to you…” (40:60)
Dalam kesedihan, pasti akan terselit kebahagiaan. Kebahagiaan kerana kita yang dipilih untuk dirindui Tuhan. Kebahagiaan untuk kembali dekat dengan Ar-Rahman Ar-Raheem. Yang Maha Pemurah, dan Maha Penyayang. Yang pasti, inilah kebahagiaan hakiki.
Dear Allah, thank you for being there when nobody else was.
Tokoh Nilam Kebangsaan 2013 ^_^ |
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dia (Ya’kub) berkata: “Sebenarnya hanya dalam dirimu sendiri yang memandang baik urusan yang buruk itu. Maka kesabaranku adalah kesabaran yang baik. Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka semua kepadaku. Sungguh, Dia Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.” (Yusuf: 83)
Study , ^_^ |