"Saya nak berubah kak!," tegur seorang kaum hawa dengan penuh kesedihan. Jatuh tersungkur langkahnya, mukanya ditundukkan ke lantai.
"Adik sudah pun berada dalam zon ingin berubah, Inilah langkah pertama ..." sapa Hamra'.
Ringkas bunyinya. Namun menusuk di jiwa. Kaum hawa itu nampaknya masih muda remaja lagi. Berapa ya agaknya umurnya? Di mana ya datangnya secara senyap? Masih menjadi tanda tanya Hamra' namun disembunyikan soalan itu.
"Tidak kak, saya masih di awangan lagi. Masih hingusan" Menangis teresak-esak.
"Mari sini, duduk rapat-rapat dengan kakak," Hamra' mempersila kaum hawa itu duduk di hadapan masjid.
Waktu itu, petang bertandang, suram saja langit. Seperti mahu hujan tapi tiada pula tanda gerimis bertandang. Tiada siapa pun berada di masjid itu. Hanya Hamra' dengan seseorang kaum hawa yang misteri. Kehadiran kaum hawa itu membuatkan Hamra' yang sedang membawa Al-Quran kaget. Tidak pernah ada bunyi tangisan di masjid.
"Kak, ana hamba yang berdosa di dunia ini, hati ana sentiasa memikirkan kematian"
"Kalau adik kata begitu, hati akak jua punya jawapan yang sama. Tiadalah manusia yang tidak takut akan kematian. Namun keramaian mereka sering tidak ambil peduli,"
Syeikh Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni ada menulis,
"Sesiapa yang mengatakan "Saya tidak pernah berbuat dosa, maka dia benar-benar berdusta kepada Allah,"
"Nampak bukan, akak mahupun enti juga punya dosa sdn berhad, Tiada manusia yang tidak berlumpuran dosa,"
Kaum hawa itu terdiam. Nangisnya sudah makin pudar. Tidak diajukan lagi soalan, tapi dia seperti inginkan 'sesuatu jawapan yang tepat dan misteri.
"Sudikah enti mendengar tentang kewafatan Para Nabi,? soal Hamra'.
"Berapa lama ya kak Hamra'? Ana takut tidak sempat mendengar sehingga habis," jawab kaum hawa itu. Tangannya memegang tangan Hamra'. Terasa sejuk, namun Hamra' biarkan. Kasihan dilihat pada kaum hawa itu.
"Tidak lama, akak ceritakan sedikit saja ya"
"Baiklah kak, tapi sudi akak pinjamkan ana bahu akak? kepala ana pening kak, barangkali menangis tadi"
Kepala Hamra' dianggukkan sedikit, dilemparkan senyuman. Hanya satu difikiran Hamra', perlunya husnuzon'.
"Begini proses kematian yang menjemput para nabi dan rasulNya ...
KEWAFATAN NABI ADAM
Dilaporkan daripada Abdullah bin Imam Ahmad, Hadbah bin Khalid memberitahu kami, Hamad bin Salamah memberitahu kami, daripada Hamid, daripada Hasan Basri, daripada Yahya bin Dhamurah as-Sa'adi,beliau menceritakan,
"Aku pernah melihat Syeikh di Madinah berbicara, lalu aku bertanya kepada beberapa orang perihal syeikh itu." Mereka menjawab, "Dia adalah Ubay bin Kaab."
Ubay bin Kaab berkata "Sesungguhnya pada masa di ambang kematian, Adam berkata kepada anak-anaknya,
"Hai anak-anakku, aku mahukan buah-buahan di syurga."
Mereka pergi mencari buah-buahan itu untuknya. Kemudian, mereka ditemui oleh para malaikat yang membawa kapur barus dan kain kafan, manakala anak-anak Adam membawa kapak, parang, dan golok.
Para malaikat itu berkata,
"Hai anak-anak Adam, apa yang kamu semua mahukan dan apa yang kamu semua cari?
"Bapa kami sedang sakit dan beliau mahukan buah-buahan dari syurga," jawab mereka.
"Pulang kamu semua. Sesungguhnya, bapa kamu sudah mendapatkannya," sahut para malaikat.
Kemudian, para malaikat datang. Pada masa Hawa melihat mereka, Hawa mengetahui mereka adalah malaikat. Kemudian, Hawa berlindung di belakang Adam.
Adam berkata, "Menjauh dari hadapanku dan malaikat Tuhanku."
Selepas itu, para malaikat mencabut nyawanya. Kemudian memandikan, mengapankan, dan memercikkan tubuhnya dengan wangi-wangian. Kemudian, mereka menggali liang lahad untuknya. Seterusnya mereka melaksanakan solat jenazah untuk Adam. Seterusnya, mereka memasukkannya ke dalam kuburan dan mengambusnya.
Kemudian mereka berkata, "Hai anak-anak Adam, seperti ini aturan untuk kamu semua dalam mengurus jenazah,"
"Begitulah kisah kewafatan Nabi Adam," suara Hamra' memecah kesuraman senja.
"Masya'Allah. Kak, ana masih boleh bertahan. Ceritakan lagi kisah Nabi seterusnya," berketar-ketar suara kaum hawa yang bertudung labuh itu. Akan ada titisan air mata yang berjurai.
KEWAFATAN NABI SULAIMAN
Dalam buku al-Qadar, Abu Daud menceritakan Usman bin Abi Syaibah memberitahu kami, Qabishah memberitahu kami, Sofyan memberitahu kami, daripada Al-A'masy dan Khaitsamah, beliau bercerita, Sulaiman bin Daud pernah berkata pada Malaikat Maut,
"Sekiranya engkau mahu mencabut nyawaku, khabarkan kepadaku."
Malaikat Maut menjawab,
"Aku tidak mengetahui lebih daripadamu berkaitan hal itu, melainkan hal itu adalah buku yang diserahkan kepadaku dan di dalamnya disebutkan nama individu-individu yang akan mati."
Asbagh bin al-Faraj dan 'Abdulullah bin Wahab menceritakan, daripada Abudurrahman bin Zaid bin Aslam, beliau bercerita, Nabi Sulaiman pernah berkata kepada Malaikat Maut ,
"Sekiranya engkau diperintah mencabut nyawaku, beritahu kepadaku."
Kemudian, Malaikat Maut mendatanginya seraya berkata,
"Wahai Sulaiman, sesungguhnya aku sudah diperintahkan mencabut nyawamu. Engkau sudah menjalani hidup beberapa saat."
Kemudian Nabi Sulaiman memanggil jin-jin dan menyuruh mereka mendirikan sebuah bangunan. Jin-jin itu segera mendirikan bangunan tinggi yang diperbuat daripada kaca tanpa pintu. Kemudian, Nabi Sulaiman mengerjakan solat dan bersandar pada tongkatnya.
Selepas itu, Malaikat Maut mendatanginya dan mencabut nyawanya pada masa beliau sedang bersandar pada tongkatnya dan beliau tidak lari daripada Malaikat Maut. Pada saat itu, jin-jin sedang bekerja untuk Nabi Sulaiman. Sesekali mereka menoleh ke arah Nabi Sulaiman.
Melihat keadaannya sea-akan sedang bersandar pada tongkatnya, mereka menyangka Nabi Sulaiman masih hidup.
Kemudian, Allah swt mengutus binatang yang tinggal di tanah supaya memakan tongkat Nabi Sulaiman. Tongkat itu rapuh dan akhirnya roboh. Pada masa jin-jin itu melihat Nabi Sulaiman tersungkur dari tongkatnya, mereka menjadi huru-hara dan melarikan diri.
Seterusnya, Ibnu Mas'ud menambah,
Itu makna pernyataan Allah dalam surah Sabak, ayat 14.
"Selepas Kami menetapkan kewafatan Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka perihal kematiaannya melainkan semut putih iaitu anai-anai yang memakan tongkatnya. Apabila tongkat itu tumbang, ternyata sekiranya golongan jin itu bersedia, pasti mereka mengetahui perkara yang ghaib dan mereka tidak tinggal terlalu lama di dalam azab ataupun kerja berat begitu hina."
"Subhanallah. Ya Allah, lain pula jadi pada proses kewafatan Nabi Sulaiman. Ana baru tahu ni," ujar kaum hawa misteri itu.
Hamra' sekadar tersenyum. Dia ingin lagi meneruskan kewafatan Nabi yang begitu disayanginya.
"Sudikah enti mendengar kewafatan Nabi Muhammad saw, Nabi terakhir kita?
'
"Sudi, nawaitu ana kuat ingin mendengarnya kak, ana kuat mahu Allah mengambil nyawa ana selepas mendengarnya, tapi boleh akak janji sesuatu pada ana?" jelas kaum hawa itu dengan sayu.
"MasyaALLAH ada juga manusia yang sudi mendengarnya ya Allah. Tambahkan kecintaan kami padaMU ya Rabb" monolog Hamra."
"Apa dia mawar agama?"
"Ana cintakan Sang Khaliq melebihi dunia, sampaikan kerinduan ana pada ummi dan walid ana kak, ana tidak pernah merajuk pada mereka, ana sayang mereka setulus hati!" senyum kaum hawa itu.
Hamra' terus menjawab,
"Selepas akak menceritakan pada enti, kembalilah pulang kepangkuan keluargamu ya? Pasti mereka juga menyayangimu,"
"Bilznillah..."
KEWAFATAN NABI MUHAMMAD SAW
Allah menyatakan dalam surah Al-Anbiyak, ayat-34,
"Kami tidak menjadikan manusia sebelum kamu hidup kekal. Oleh itu, sekiranya kamu mati, adakah mereka kekal hidup?"
Melalui buku Durratun Nashihin, tulisan Sayyid Utsman bin Hasan bin Ahmad asy-Syakir al-Khaubawi, hadis daripada Ibnu Mas'ud yang panjang telah menceritakan proses menjelang kematian Nabi Muhammad saw.
Ibnu Mas'ud berkata,
Pada masa kematian nabi sudah dekat, kami berkumpul di rumah ibu kita ummul mukminin, Aisyah. Kemudian, nabi memandang kami dan air matanya berlinangan. Nabi berkata lagi,
"Selamat datang, semoga Allah mengasihi kalian. Aku berwasiat kepada kamu semua supaya bertakwa dan taat kepada Allah. Sesungguhnya sudah dekat perpisahan dan sudah hampir waktunya aku pulang kepada Allah dan menuju Syurga Marwa"
Ali perlu memandikan aku, al-Fadhl bin 'Abbas yang mengucurkan air, dan Usamah bin Zaid membantu kedua-duanya. Kapankan aku dengan pakaian-pakaianku sekiranya kamu mahu ataupun kapankan aku dengan kain putih dari Yaman. Apabila kamu sudah memandikan aku, letakkan aku di atas papan ini, di tepi liang lahadku.
Kemudian, keluarkan jenazahku sebentar kerana yang pertama menyembahyangkan jenazahku adalah Allah. Kemudian Jibrail, kemudian Mikail, diikuti dengan Israfil, seterusnya malaikat Maut bersama tentera-tenteranya dan terakhir seluruh malaikat yang lain. Selepas itu, masuk kamu semua bagi menyembahyangkan aku secara berkumpulan."
Aapabila mendengar isyarat perpisahan nabi, mereka menjerit dan menangis seraya berkata,
"Ya Rasulullah, engkau adalah rasul kami yang membuat kami bersatu dan pemimpin kami. Sekiranya engkau sudah pergi daripada kami, kepada siapakah kami dapat merujuk?"
Rasulullah menjawab,
"Aku tinggalkan kamu semua dengan hujah dan tarekat putih suci. Aku tinggalkan juga untukmu dua penasihat yang dapat berbicara dalam diam. Dapat berbicara adalah Al-Quran dan diam adalah maut. Apabila kamu semua mengalami kesulitan kembali kepada Al-Quran dan sunah. Apabila hati kamu menjadi keras, lunakkan dengan cara mengambil pengajaran berkaitan peristiwa maut atau kematian."
Kemudian, Allah swt mewahyukan kepada Malaikat Maut,
"Turun engkau kepada kekasihKu dengan rupa paling indah dan cabut rohnya dengan perlahan. Sekiranya dia mengizinkan engkau masuk, kamu masuk. Sebaliknya, sekiranya dia tidak mengizinkan engkau masuk, jangan engkau masuk dan pulang"
Malaikat Maut turun dengan rupa seorang Arab iaitu orang desa dan berkata,
"Assalamualaikum wahai penghuni rumah kenabian dan sumber kerasulan. Bolehkah aku masuk?"
Fatimah menjawab,
"Hai hamba Allah, sesungguhnya Rasulullah sedang sibuk dengan dirinya."
Kemudian Malaikat Maut menyeru kali kedua dan berkata,
"Assalamualaikum ya Rasulullah. Wahai penghuni rumah kenabian. Bolehkah aku masuk?" suara malaikat itu didengari Rasulullah dan beliau berkata,
"Wahai Fatimah, siapakah di pintu itu?"
Fatimah menjawab,
"Lelaki desa memanggil namamu dan saya katakan, Rasulullah sedang sibuk dengan dirinya. Kemudian, dia berseru kali kedua dan saya katakan seperti itu juga. Dia menatap saya dengan tatapan yang tajam sehingga kulit saya menggigil, hati saya menjadi takut, semua sendi saya gementar, dan wajah saya menjadi pucat."
Rasulullah bertanya,
"Wahai Fatimah, tahukah kamu siapa dia?"
"Tidak," jawabnya
Rasulullah menyatakan,
"Dia pemutus segala kelazatan, pemenggal segala kemahuan, pemecah-belah kumpulan-kumpulan yang mengosongkan rumah-rumah, dan meramaikan ahli kubur."
Fatimah menangis dengan kuat dan berkata,
"Oh...Celakanya kerana matinya penutup nabi-nabi. Oh... Bencana kerana matinya sebaik-baik individu yang bertakwa dan terputus pemmpin orang-orang suci. Alangkah menyesalnya atas terputusnya wahyu dari langit. Sesunggunya hari ini, saya tidak lagi mendapat mendengar percakapan dan ucapan salam engkau"
Rasulullah berkata,
"Jangan engkau menangis, sesungguhnya engkau keluargaku yang mula-mula menyusuli aku,"
Kemudian Rasulullah berkata lagi,
"Masuk, wahai Malaikat Maut!" Malaikat Maut pun masuk. seterusnya berkata,
"Assalamualaika, ya Rasulullah."
Rasulullah menjawab,
"Wa'alaikumussalam, wahai Malaikat Maut. Apakah engkau datang bagi menziarah ataupun mencabut nyawaku?"
Malaikat menjawab,
"Aku datang bagi berkunjung dan mencabut nyawa sekiranya engkau mengizinkan aku. Namun, sekiranya tidak, aku akan kembali pulang."
Rasulullah bertanya,
"Wahai Malaikat Maut, di manakah engkau tinggalkan Jibrail?"
Dia pun menjawab,
"Aku tinggalkan dia di langit terendah, manakala para malaikat lainnya bertakziah kepadanya."
Tidak lama kemudian Jibrail turun, kemudian duduk di sisi kepala rasul. Nabi Muhammad saw berkata,
"Tidakkah engkau tahu, perkara maut ini sudah dekat?"
"Pasti ya Rasulullah," jawab Malaikat Jibrail.
Rasulullah berkata,
"Khabarkan kepadaku, kemuliaan apa yang aku peroleh di sisi Allah?"
Jibrail menjawab,
"Sesungguhnya pintu-pintu langit sudah dibuka dan para malaikat sudah berbaris bersaf-saf menunggu kedatangan rohmu di langit. Pintu-pintu syurga sudah dibuka dan semua bidadari sudah berhias menunggu kedatangan rohmu."
"Alhamdulillah, segala puji milik Allah," kata nabi.
Kemudian, nabi berkata lagi,
"Wahai Jibrail, khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku pada hari kiamat?"
Jibrail menjawab,
"Aku khabarkan kepadamu, Allah menyatakan,
"Sesungguhnya aku mengharamkan syurga atas nabi-nabi yang lain sebelum engkau memasukinya dan aku haramkan syurga atas umat-umat lain sebelum umatmu memasukinya."
Rasulullah berkata,
"Sekarang hatiku berasa lapang dan kesedihanku hilang."
Kemudian, nabi berkata,
"Wahai Malaikat Maut hampiri aku."
Malaikat itu mendekat bagi mencabut rohnya. Apabila roh mencapai pusar atau pusatnya, Nabi Muhammad berkata,
"Wahai Jibrail, alangkah hebat kepedihan maut ini."
Jibrail memalingkan wajahnya sehingga nabi berkata,
"Wahai Jibrail, apakah engkau tidak suka memandang wajahku?"
Jibrail menjawab,
"Wahai kekasih Allah, siapakah yang kuat hatinya memandang wajahmu dalam keadaan sakaratul maut?"
Dan bagaimana pula dengan kita sebagai manusia biasa? Adakah kita bakal berasa lebih pedih daripada itu?
.......
"Begitulah detik proses kewafatan Nabi Muhammad saw," ujar Hamra'.
Suasana terus sepi. Kaum hawa di sisinya masih lagi meminjam bahunya. Hamra' berasa sesuatu yang aneh. Langsung saja dia memegang kepala kaum hawa itu. MasyaAllah! Mukanya pucat lesi. Wanita itu sudah tidak bernafas lagi. Apa mungkin dia sudah meninggal dunia sebentar tadi? Hamra' terus meminta pertolongan. Air matanya sudah berjuraian.
Sekumpulan wanita bergegas pantas ke arah Hamra'. Hamra' tidak pernah berada di kondisi seperti itu.
"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)"
"Anak siapakah ini, wahai Hamra'?
Dengan keadaan lemah, Hamra' menjawab.
"Maafkan saya wahai makcik, saya juga tidak mengenalinya, dia menegur saya di masjid tadi, berkata bahawa dia ingin berubah sambil menangis tersesak-esak, selepas itu saya hiburkan hati beliau yang gundah gulana itu dengan menceritakan kewafatan para Nabi,"
"Tidak mengapa kalau begitu, mari kita angkat jenazahnya ini ke masjid dulu," ujar seorang makcik.
Tidak lama kemudian, bilal dapat menjejaki keluarga wanita itu. Setelah segala persiapan dan pengurusan jenazah dilakukan, ibu kepada kaum hawa itu terus menghampiri Hamra'. Menangis tidak henti-henti.
"Kamu tahu nak, anak makcik ini sudah dua hari tidak makan," sapa makcik itu.
"Saya tidak tahu wahai makcik, sabar ya? namun, bolehkah saya bertanya, sebelum dia meninggal dunia, dia ada memberitahu saya yang dia ingin berubah, saya tidak faham maksudnya makcik."
Makcik itu terus menangis. Hamra' cuba tenangkan hati makcik yang baru kehilangan seorang mawar agamanya.
"Baru-baru ini dia mengeluh berkaitan penyakit yang dihadapinya. Keadaan kesihatannya sudah begitu menurun dan berasa bimbing sekiranya Allah lebih dahulu menjemput ajalnya sebelum beliau sempat melihat Kaabah (Baitullah). Memandangkan anak makcik pelajar kelulusan pondok, dia mendapat tawaran meneruskan pelajaran ke sana, namun makcik menghalang kerana penyakitnya. Dia terus merajuk dan memghilang. Kalau makcik tahu jadi begini, sudah pasti makcik tidak membiarkan dia pergi menjauh dari makcik," kata-katanya membuatkan Hamra' juga tersentuh.
"Wahai makcik yang penyabar, mahukah makcik mendengar rangkain momen indah bicara anak makcik lafazkan pada saya?" Hamra' terus memegang tangan wanita berusia itu.
Wanita berusia yang memakai tudung labuh berwarna hitam terus mengangguk. Dia masih dalam keadaan sedih. Hati ibu mana tidak berduka lara kehilangan mawar agama? Gugurnya mawar agama yang dicintai.
Hamra' terus berbicara,
"Anak makcik merindui ummi dan walid, dia tidak pernah merajuk pada makcik, tapi amat menyayangi makcik setulus hatinya, lagi satu mungkin kata-katanya sudah dimakbulkan, dia memilih untuk mencintai Sang Khaliq melebihi segalanya. Sekarang, damailah dia berada di sisi insan yang dicintainya. Allah swt,"
"Perihal segala kondisi, percayalah makcik, Allah swt punya jawapan tersendiri. Mengadulah pada Allah, bicara rindu makcik pasti sampai kepada anak makcik,"
Terus makcik berusia 50-an itu memeluk Hamra'. Dia mengucapkan kesyukuran dan terima kasih kerana Hamra' telah menyenangkan hatinya dan dia juga tenang kerana anaknya itu mati dalam keadaan husnul khatimah. Wajahnya kelihatan tersenyum. Selamat tinggal anakku! monolog wanita berusia itu. Lalu ditinggalkan Hamra' keseorangan.
Sedang manusia semua bergegas pulang, Hamra' merasa sedih yang amat.
"Ya Allah, terima kasih atas ketabahan yang begitu besar dalam diriku, sesungguhnya saat aku menyenangkan hati manusia yang kian karam, aku tetap masih anak yatim piatu, tiada kedua ibu bapa. Sungguh benarlah bicaraMU, ujianMU adalah guru yang tidak mampu berbicara, tapi sangat mendidik"
Hamra memejamkan matanya, ditariknya nafas seterusnya dihembus. Senyuman diraut wajahnya menghilangkah gundah.
"Wahai mawar agama yang telah pergi, akak Hamra' mendoakanmu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Kini jawapanmu sudah Allah swt menjawabnya. Berbahagialah,"
Istiqamah* Allah swt tanpa jemu menghampiri Hamra'. Kemudian Allah swt mencantumkan kembali deraian-deraian hati pada asalnya.
Segalanya sudah berakhir.
Buatmu sahabat-sahabat,
Tabahkan hati, bekerjalah untuk DUNIA sekadar keperluanmu, dan beramallah untuk AKHIRAT untuk kamu kekal di dalamnya (selama-lamanya)
Ayuh melangkah?
Sama-sama kita mengejar Cinta Allah swt yang hakiki.
![]() |
Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat ana di dunia yang penuh dengan keindahan alam semesta. Alhamdulillah hari ini sudah hampir kita di ambang 2014. Apa mungkin persediaan kita sudah utuh? Bisik sama hati, pujuknya dengan manja agar segala jawapan jua pasti menyenangkan jiwa kita. Bukan hatimu itu sudah tersakiti? Nah. Usahlah untuk berduka lara. Pasti. Akan ada ruang untuk kebahagiaan buatmu. Indah bukan untuk mati? Kita akan berjumpa dengan seseorang insan yang menciptakan kita dengan sempurna. Iaitu ALLAH SWT. Subhanallah. Ana menaip dengan penuh rasa kehibaan apabila melihat entry ana sendiri ini buat titipan mujahid ISLAM kita Allahyarham Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam. Famous beliau bukan? Famous kerana akhlak dan keadaannya mati dalam khusnul khatimah. Allahu allah :') Bisakah kita jua mencapai keredhaanNya? Sungguh hanya insan yang terpilih sahaja mampu.
Sesungguhnya alam adalah anugerah Allah yang diamanahkan kepada manusia sebagai khalifahNya. Namun, mati itu juga kiriman Tuhan. Suatu panggilan pulang yang pasti terjadi kepada setiap manusia di dunia. Tidak kiralah kita cepat ataupun lambat, kerana tiada jiwa yang terlepas dari panggilan indahNya itu. Bersediakah kita? Ana juga tidak yakin masih bersedia, Melihat kubur-kubur, apa mungkin mendetikkan hati kita untuk memikirkan kebesaran Allah swt? Memikirkan apa sahaja yang dibuat oleh penghuni di alam satu itu. Pasti mengalir air matamu meskipun lelaki sekiranya kubur itu memanggilmu tidak lama lagi. Dengan sesuatu panggilan yang Tuhan mahu beritahu. Kadang kita alpa. Membiarkan rindu Allah swt berlalu sepi seperti serpih-serpih rindu manusia. Tiada perbezaan sahaja. Ya Allah. Jadikanlah daku persis merpati indah, yang terbang menebarkan sayap-sayapnya, terus menebarkan mahabbah padaMu pada setiap detik jantung ini berdenyut. Tanpa henti.
Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam, pemuja cinta Sang Khaliq,
Hatimu bidadari syurga yang kita kagumi. hatimu yang tidak pernah jemunya mencari cinta Allah, itulah yang telah menghidupkan segala rasa-rasa indah.
Amin. Semoga para malaikat turut mengaminkan du’a yang lebih indah ke atasmu, jiwa kekasih Allah bidadari syurga.
![]() |
| Rahmatilah hujan ini, Ya Allah. Menitis dengan penuh rahmatMu |
Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam.
MARI HAYATI DENGAN BIJAKSANA LATAR BELAKANG BELIAU :
- Ahmad ammar merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki kepada Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman,mantan presiden Persatuan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) .
- Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan meyambung pelajaran dalam bidang Sejarah di Marmara University (Gostepe) Istanbul,Turki.
- Pada usia yang begitu muda beliau juga telah menyertai misi kemanusiaan seperti di Syria.
- Beliau juga dikenali oleh sahabat sebagai seorang yang baik budi pekerti,rajin,berdisiplin,bercita-cita tinggi dan dihormati kerana memiliki ilmu agama yang kuat dan aktif melibatkan diri dalam aktiviti dakwah memperjuangkan Islam
- Seperti sedia maklum, Allahyarham telah dikebumikan di perkuburan Sultan Eyub menghadap laut Golden Horn. Untuk info,tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’ , panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Tetapi Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada allahyarham menjadi orang yang pertama disemadikan di sini.
![]() |
| Perjalanan itu tersimpan sejuta kepahitan, terkena duri di tengah jalan mahupun terasa lelah. |
Syabab pilihan Allah.
2 November 2013.
Kembali kepada Pemiliknya.
Dia.
Disebut ‘Syahid yang Tertangguh’
Lantaran Nawaitu dan semangatnya.
Dia.
Meninggalkan dunia sementara.
Membuka banyak mata dan jiwa anak muda.
"Perlulah ada keredhaan Allah dalam amalan kalian"
Coretannya menyentap hati-hati.
Meninggalkan ingatan.
Dunia tempat berletih-letih. Sebelum berehat selamanya.
Biarkan.
Biarkan.
Semangat arwah terus menginspirasikan jiwa muda ini.
Pemergian arwah mengajarku.
Kebesaran Allah.
Mungkinkah hidupku berakhir dengan pengakhiran yang mulia ?
Mungkinkah matiku dalam husnul khotimah ?
Mungkinkah matiku syahid sepertinya ?
Allahu Rabbi.
Terima kasih, Syukur, Alhamdulillah.
Engkau menyentuh hatiku dengan kisah syuhada’ ini.
Allah Allah Allah .
Pegang hatiku atas jalan keredhaan Mu.
Izinkan aku syahid dalam husnul khotimah.
Seperti Uwais Al-Qarni.
Dipinggirkan penduduk bumi,
Dikenali penghuni langit.
Allahumma amiinnn.
![]() |
| Rasa apa ya Tuhan mati itu? |
Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam, pemuja cinta Sang Khaliq
“Hadirnya para pahlawan sejati yang tidak lagi hidup bagi dirinya sendiri, tetapi hidup bagi orang lain dan agamanya, serta mahu mengorbankan semua yang ia miliki bagi agamanya.”
Maha suci Allah. Sedekahkan Al-Fatihah kepada mujahid kita ini. Semoga ajal kita yang mendatang menarik tangan kita jua dalam khusnul khatimah. ;') Doa yang baik-baik saja ya ? Kamu adalah pejuang agama yang suci hatinya. Biznillah. Senyum*
Binalah taman dan syurga di hati agar hati diselimuti kedamaian dan ketenangan. Mulalah memburu siang dengan nama Allah dan lenalah malam dengan berbantalkan kalimahNya. Bacalah al-Quran dan terjemahannya. Jadilah seperti mata air yang tidak pernah berhenti melepaskan airnya ke sungai tanpa mengharapkan air itu kembali. Jadilah bak mentari yang tidak pernah berhenti memberi cahaya tanpa minta mengharap cahaya itu akan kembali membalasnya.
Beberapa tahun kemudian, sudah genaplah usia yang
matang untuk Ahmad Emir Furqan menjauh daripada Hamra’ Mujeera. Mereka terpisah
seperti Sungai Nil. Tiada iringan warkah menjadi penghubung. Betapa Ahmad Emir
Furqan melaksanakan kewajipannya dengan bekerja sebagai pegawai Syariah dan
merangkap pengerusi bagi badan kebajikan di Palestin. Kesibukkan hidupnya
membuatkan dia tiada masa untuk membina mahligai cinta. Sehinggalah Datin
Maisara, mama kepada Ahmad Emir Furqan berbincang perihal anak kesayangannya
itu.
“Furqan, mama dah rancang nak kenalkan kamu pada
anak Datin Lisa. Dia alim, solehah, warak dan menjaga batas pergaulan. Sungguh
manja budak tu,nak. Sekejap lagi dia datang,” ujar Datin Maisara.
“Masya’Allah. Maa, bukan Furqan nak membantah tapi
.. Furqan tahu tentukan calon mana Furqan impikan macam .. ,” keluh Furqan.
“Haa, see. Dah datang anak Datin Lisa, namanya
Sally!” riang wajah Datin Maisarah melihat kelibat Sally yang memakai baju
seksi dan skirt mini. Bersepatu ‘high heel’ 5 inci dan bertepek dengan make up
yang tebal. Maklumlah lulusan ijazah di London.
Agak kebaratan caranya.
Namun Datin Maisara mahu menantukan Sally kerana ingin
menjaga reputasi mereka sebagai orang berada. Hubungannya dengan Datin Lisa
bagai isi dengan kuku.
“Haii, aunty! Sally here! Well, aunty Nampak tua
sikit lah before ni! Haha” lagak Sally yang kemanjaan.
“Hoho. You’re nonsense Sally, nak aunty suruh Furqan
cubit? Aunty baru cadang nak ke salon dan buat treatment muka baru nampak macam
baby face,” jawab Datin Maisara.
Ahmad Emir Furqan terus berlari 100 meter menuju ke
bilik. “fuhh, mujur pantas dia melarikan diri sepantas kilat daripada Sally,”
kerut dahinya.
“Furqan, kenapa muka pucat lesi ni? Nampak hantu ke
siang-siang buta? Seloroh Firhan yang ada dalam bilik Ahmad Emir Furqan.
“Tak tak, masya’Allah bukan hantu yang ana nampak
enta, tapi bakal calon pilihan mama ana tu di luar sana,” sambil menunding jari
ke ruang tamu.
Firhan bingkas bangun dari katil dan menuju ke
pintu. Dibukanya pintu seluas-luasnya untuk melihat bakal calon isteri Ahmad
Emir Furqan. Matanya terus terbeliak. Pintu yang dikuak olehnya disedari oleh
Datin Maisara. Mulut Firhan ternganga luas bagai lautan Atlantik.
“Firhan, haii. Ni haa, bakal wife Ahmad Emir Furqan,
mana Furqan?” soal Datin Maisara secara spontan. Sally yang berada di sebelah
Datin Maisara sibuk sungguh mencantikkan kukunya.
“Err, aunty! Furqan sedang de .. demam sambil
mengaji. Yaa! Mengaji, tak boleh diganggu buat masa ni,” pantas sungguh Firhan
menjawab apabila dicubit oleh Ahmad Emir Furqan.
“Oh, mengaji time demam? Furqan ni ada saja tak
kena. It’s okay, suruh dia berehat saja dalam bilik,” jawab Datin Salmah
sedikit pelik.
“Alhamdulillah ya Allah. Nasib baik enta back up
ana. Kalau tidak! Mesti ana terpaksa tutup muka dengan songkok berhadapan
dengan Sally tu,” sahut Ahmad Emir Furqan.
“Ana jangan cakap, enta buka saja pintu terus nganga
mulut ni. Haih. Macam tak padan saja enta dengan apa nama perempuan tu. Sa..sayur?”
gurau Firhan.
“Sally lah, Firhan. Saja enta ni nak usik ana kan?”
Mama kata Sally tu alim, solehah, warak dan menjaga batas pergaulan tapi ..”
“Tapi .. bila tengok indah khabar dari rupa kan?
Alim apa macam tu Furqan kalau pakai pakaian seksi, membuat seksa kita yang tengok.
Sedangkan dekat madrasah dulu pun kita tak dapat melihat wanita sebegitu rupa.
Ceruk mana agaknya Sally tu belajar? Nak kata jaga pergaulan tak juga, siap
make up fuh! Ana rasa dia make up hari-hari tak henti, berapa inci agaknya lah
muka plastik tu, serem dong!” Firhan mengolah dengan nada gurauan.
“Ceruk mana? Sally tu kelulusan ijazah dekat London. Ana tak tahu kenapa mama nak ana
kahwin dengan wanita yang satu pun tiada ciri-ciri wanita yang diharuskan untuk dinikahi.
Masya’Allah apa perlu ana buat saat genting ni? Ana cuma minat pada ...”
“Pada Hamra’ Mujeera kan? Ana tahu tu Ahmad Emir
Furqan, dari dulu hatimu tak pernah melupakan wanita solehah tu. Dia sekarang
sedang belajar di Jordan bersama Sara” jawab Firhan.
Lain pula situasi yang berlaku di ruang tamu. Rancak
sungguh perbualan Datin Maisara dengan Sally.
“Sally, Furqan tak dapat jumpa Sally sebab dia tiba-tiba
demam. Sedang mengaji pula tu dalam bilik,” ujar Datin Maisara.
“Ala aunty, kenapa tiba-tiba? Kalau macam tu biar
Sally masuk bilik furqan then jumpa
dengan dia tau, mana bilik dia,? Soal Sally kemanjaan tanpa segan–silu.
“Eh, anak dara mana boleh masuk bilik furqan.
Lawaklah Sally ni, terkejut aunty. Aunty pun tak masuk bilik furqan apa tah
lagi Sally yang beria-ria,” gelak Datin Maisara sedikit kehairanan dengan
perangai Sally.
“Ala aunty, well. Dekat oversea dulu pun Sally berani saja main terjah bilik lelaki. Siap
berclubbing lagi tau. Sally tak malu pun,” sahutnya yang teringin masuk ke
bilik furqan.
Datin Salmah berasa meluat plus muntah hijau mendengarnya kerana didikan yang diberi oleh
Datin Lisa pada anaknya jauh beza dengan keperibadian Ahmad Emir Furqan. Nak
tercopot jantung Datin Maisara apabila mengetahui Sally pernah ke clubbing. Namun Datin Salmah bersahaja
melayan anak sahabatnya itu. Terasa seharusnya Sally balik dulu.
“Sally, aunty rasa Sally perlu baliklah. Nanti ada
masa kita jumpa yaa?”gusar Datin Maisara lama-kelamaan dengan Sally.
“But
aunty, Sally nak jumpa anak aunty yang handsome
tu? Aunty kata dia pelajar tahfiz kan? Confirm dia boleh guide Sally dengan baca al-quran tak ada lah Sally asyik baca komik
saja nanti, haha” riang Sally.
Alahai minah ni. Terlebih pula reaksinya walaupun
pertama kali jumpa sudah meluat. Datin Maisara tersenyum sinis saja.
“Nanti-nantilah aunty perkenalankan, dalam satu dua
bulan macam tu kita langsungkan perkahwinan!”
“Tak nak dua bulan, as soon as possible aunty. Sally tak sabar,” seloroh jawab Sally.
“Yayaya. Sally kirim salam pada mummy okay,” sahut
Datin Maisara.
Tenang jiwa Datin Maisara, Sally telah pergi. “Tapi
Sally tu manja, of course furqan suka,” monolog Datin Maisara. Dia lalu menuju
ke bilik furqan dengan membawa khabar berita gembira. Furqan harus mengahwini
Sally.
“Furqan, anak mama tak demam kan? Mama nak furqan
berkahwin dengan Sally.
“Sally? Aunty, nama Sally tu sesuai untuk kucing
Firhan kat rumah. Kucing tu tak ada nama lagi. Lucu saja, huhu” sampuk Firhan.
“Firhan ni, Sally tu nama sweetlah macam gula-gula kapas, tak tengok lagi cara dia cakap
macam mana tergoda firhan karang tau,”
“Daripada Sally tu aunty, cute lagi kak ton! Firhan yang memandangnya pun dah ternganga apa
tah lagi tergoda. Taklah, Insya’Allah benteng jati diri kami berdua sebagai
lelaki sejati takkan tewas dengan Sally,” jawab Firhan sedikit menahan teringin
gelak.
“Firhan ni, aunty kahwinkan dengan Sally karang baru
tau. Aunty tanya pendapat Furqan, sebab aunty nak dia berkahwin, got it?!” ujar Datin Maisara.
Firhan sekali lagi mahu berpusing-pusing otaknya.
Dibagi free pun wanita seumpama itu
mana mungkin seorang tahfiz menerimanya. Sungguh tidak logik dek kewarasan
akal. Mereka berdua tidak akan tewas dengan perhiasan wanita tidak menutup
aurat sebegitu. Keteguhan pendirian mereka sentiasa berpaksikan qada dan qadar
Allah swt. Mereka tahu untuk mengubah insan lain seharusnya tarbiah diri
sendiri dulu.
“Mama, furqan bukan tidak mahu tapi memang tak ingin
memeperisterikan wanita sebegitu. Untuk apa seorang anak mama ini mencari
keredhaan Ilahi dan ketakwaan tetapi tidak disalurkan pada tempat selayaknya?
Furqan ada pilihan sendiri, furqan tahu permata yang furqan nantikan akan
muncul dalam hidup realiti furqan, ma. Tolong jangan bagi furqan galas
tanggungjawab untuk mengahwini Sally atas dasar keluarga,” rayu Ahmad Emir
Furqan. Dia sesungguhnya membangunkan harga dirinya, belajar mencari cinta
sejati.
“Baiklah mama akan beri furqan sebulan saja untuk
mencari permata yang furqan ingini. Tapi kalau furqan tak jumpa juga, mama
pasti Sally adalah orang yang layak untuk anak mama ni,” tegas Datin Maisara.
Dia pasti dalam tempoh singkat sebegitu furqan tidak akan menemui seorang
wanita lain. Oleh itu, furqan tetap akan akur akhirnya dengan pilihan datin
Maisara.
Datin Maisara meninggalkan Ahmad Emir Furqan dan
Firhan. Mereka berdua terasa tempoh yang diberi agak singkat untuk menemukan
permata pujaan furqan. Sekian lama furqan tidak bertemu dengan si pemilik mata yang
indah, muka yang berseri dan akhlak yang
cantik masih lagi segar dalam ingatan furqan. Dia begitu ingat wajah kepunyaan
Hamra’ Mujeera.
“Firhan, enta dengar sendiri bukan warna-warni ragam
mama ana tadi? Tempoh yang diberi amat singkat, haruskah ana bermusafir pergi
ke Jordan untuk mencari Hamra’? Andai bisa ana menjelajah ke mana pun ana
sanggup, daripada tegar berada dalam lingkaran agama tapi gagal melawan nafsu
dunia angkara syaitan yang mengusik jiwa. Biarlah ana buktikan kesungguhan ana
ini, supaya mereka tertangis-tangis kerana akal berdasarkan keimanan berlawan
dengan ajakan syaitan yang direjam. Mahligai perkahwinan itu suci dan ana ingin
sucikan dengan permata itu,” keluhan Ahmad Emir Furqan.
Sebak hati Firhan mendengarnya. “Furqan, enta memang
layak untuk Hamra’!” monolog firhan. Tidak mahu rasa hiba itu ditonton oleh
furqan sendiri. Dia amat mengasihi sahabat semadrasah dengannya itu.
“Buat apa tercegat lagi furqan, bawa laptop ke sini.
Kita cari flight penerbangan domestik
untuk ke Jordan. Misi kita adalah untuk menjejak Hamra’! plus mencari Sara buat ana!” riuh suara Firhan berkobar-kobar
semangat membantu furqan di samping ingin menemui Sara.
“Hamboi Sara juga diselitkan sekali ya?
“Err, haruslah, dan wajiblah ana minat gadis tu since dulu fur .. qan” malu-malu kucing
Firhan menyahut. Pipinya kemerah-merahan bagai memakai blusher.
“Dah jumpa, ana tempah tiket dua untuk flight kita malam ni pukul 9 p.m. nah!
Ada masa untuk kita bersiap, bergerak malam ni insya’Allah kita akan sampai
secepat mungkin!” suara syahdu furqan menggamit ruangan bilik berwarna biru
lautan itu.
***
![]() |
| Bersambung lagi ^_^ ! |
![]() |
| Perjalanan hidup setiap kita memang berbeza kerana kita tidak berjalan di atas takdir orang lain. Tuan Punya Dunia telah sediakan setiap cerita untuk kita |
“Assalamualaikum,” suara wanita berumur di luar memecah kesunyian malam. Hamra’ bingkas bangun dan meletakkan al-Quran di atas katilnya. “Pasti itu ustazah Thorfina!” monolognya.
“Walaikumussalam wbt, ummi!” sahut Hamra’ dengan
wajah yang ceria. Tak lekang matanya membulat setelah melihat ummi sudah
pulang.
“Alhamdulillah, urusan ummi sudah selesai, mana
adik-adik lain Hamra’? soal ustazah Thorfina sambil matanya meninjau ruangan
tamu yang kosong.
“Mereka semua sudah masuk ke bilik ummi, Hamra’
sudah laksanakan rutin mereka dengan sebaiknya, Insya’Allah. Hamra’ amat senang
berinteraksi setelah lama Hamra’ tak mampir di sini. Rindu pada ummi juga dapat
jadi penyejuk mata Hamra’,” kata Hamra’ sambil membetulkan tudungnya.
“Ummi kagum dengan kamu nak, dari dulu ummi asuh
sehinggalah dewasa tak lari keperibadianmu yang luhur. Ummi sudah makan di
luar, sudah solat juga dan sekarang ayuh kita duduk ke belakang pondok.
Ummi sudah janji mahu menceritakan sesuatu padamu, sambil itu kita boleh menikmati keindahan alam di waktu malam,” suara ustazah Thorfina yang keibuan disambut baik oleh Hamra’.
Ummi sudah janji mahu menceritakan sesuatu padamu, sambil itu kita boleh menikmati keindahan alam di waktu malam,” suara ustazah Thorfina yang keibuan disambut baik oleh Hamra’.
Alam sungguh indah sekali, bintang menyinar
seolah kepuasan malam diberikan sepenuhnya. Tiada hembusan angin tidak mungkin
kesejukkan malam terasa. Hamra’ dan ustazah Thorfina duduk bersebelahan. Bahu
bertemu bahu.
“Hamra’, umurmu sudah 17 tahun genapnya. Ummi
sudah tua, ummi tidak mahu lagi menyimpan rahsia terbesar sebelum ajal menyambut ummi,”
Seolah perbicaraan pada malam itu memfokuskan
sesuatu yang penting. Hamra’ mendengar dalam diam.
Wajahnya berseri meskipun malam tiada cahaya yang terang. Ustazah Thorfina meneruskan bicaranya.
Wajahnya berseri meskipun malam tiada cahaya yang terang. Ustazah Thorfina meneruskan bicaranya.
“Ummi mengasuhmu bagai menatang minyak yang
penuh, sejak Hamra’ diberikan pada ummi di usia yang masih bayi oleh ibumu.
Pondok yang usang ini disinari cahayamu yang sentiasa membuatkan ummi merasa
ketenangan di hati. Bagai lautan yang bergelora pun mampu terkesima dan
mengundur. Momen kedua orang tuamu meninggal dunia saat cinta mereka diuji
dengan kerakusan harta oleh orang tua belah ayahmu, nak. Ayahmu meninggal dunia
terlebih dahulu semasa sedang menunaikan haji. Pada masa itu ibumu tidak ikut
bersama kerana mengandungkanmu. Ibumu anak yatim piatu. Tiada apa yang
membuatkan ibumu tampak indah melainkan akhlak dan kesopanan yang persis kamu
sekarang. Bagai langit dengan bumi cinta orang tuamu. Sedikit sebanyak
keperibadian ibumu menambat hati ayahmu sehingga dia sanggup berkahwin meskipun
keluarga pada mulanya tidak merestui. Semasa ayahmu meninggalkan ibumu, mereka
mahu ibumu mati sebelum kamu dilahirkan di bumi, kerana sejujurnya kehadiran
ibumu denganmu akan membawa musibah buat mereka yang tidak boleh menerima
jurang antara ibu bapamu. Tiada perikemanusiaan yang ditunjukkan. Ibumu telah
dihalau di rumah keluarga ayahmu dan tiada khabar dapat diterima oleh ibumu
saat itu,” ustazah bercerita perlahan-lahan untuk mengingati segala rentetan
pernah diceritakan oleh arwah ibu Hamra’ sewaktu dahulu.
Luluh jiwa Hamra’ mendengarnya. Hamra’ terasa
bintang-bintang di langit sana telah menyepi dan menjauh. Malap terasa namun
diseka air matanya daripada mengalir.
“Nak, arwah ibumu berpesan pada ummi supaya
sewaktu umurmu 17 tahun barulahh ummi boleh menceritakan tragedi ini. Usiamu
yang matang mungkin mampu menerima takdir Ilahi dengan hati yang tenang. Ada
warkah terindah arwah ibumu coretkan khas untukmu sewaktu kamu masih lagi dalam
kandungannya. Kerana ibumu pasti kandungannya akan lahir dengan selamat
meskipun nyawanya menjadi taruhan. Kematian ibumu jua disaksikan ummi yang
merupakan rakan seperjuangan sewaktu menuntut di sekolah agama dulu. Ibumu
pergi dengan hati yang tenang, suci wajahnya sambil tersenyum. Kemungkinan
Allah swt mahu ayah dan ibumu disatukan di alam lain di mana cinta mereka tidak
ditentang oleh insan yang tiada insani,” ustazah Thorfina bergelut dengan
emosi.
Terlalu banyak hal yang ingin dibicarakan. Banyak yang dipendam menanti saat sesuai memberitahu pada Hamra’. Lantas, dia bangun mencari warkah yang disimpan rapi tanpa dibaca olehnya atas dasar ingin menyampaikan selayaknya pada Hamra’ sendiri. Hamra’ termenung diulit cerita yang baginya bagaikan dongengan. Dahsyatnya bagai petir yang menyambar. Jiwanya makin luluh, luluh lagi daripada bunga sakura yang gugur di bumi Jepun. Ditahan dan terus ditahan.
Terlalu banyak hal yang ingin dibicarakan. Banyak yang dipendam menanti saat sesuai memberitahu pada Hamra’. Lantas, dia bangun mencari warkah yang disimpan rapi tanpa dibaca olehnya atas dasar ingin menyampaikan selayaknya pada Hamra’ sendiri. Hamra’ termenung diulit cerita yang baginya bagaikan dongengan. Dahsyatnya bagai petir yang menyambar. Jiwanya makin luluh, luluh lagi daripada bunga sakura yang gugur di bumi Jepun. Ditahan dan terus ditahan.
“Hamra’, nah. Ini nak warkahnya. Ummi telah jaga
bertahun lamanya. Semoga penulisan ibumu ini dapat menyampaikan kondisinya di
alam sana yang amat merindukanmu. Ummi berundur dulu, hayatilah malammu ini
tanpa ganguan, yang penting harus Hamra’ tahu ummi mahu Hamra’ jadi seorang
yang tabah,” Ustazah Thorfina memeluk Hamra’ seeratnya.
Tiada kata yang Hamra’ tuturkan. Dia tiba-tiba
sahaja menjadi kaku. Bukan seperti sebelumnya yang bisa mengeluarkan kata tanpa
diundang. Namun pelukan umminya itu disambut dengan penuh kasih sayang. Hamra’
amat menghargai insan yang berada di hadapannya itu.
***
Tarikh 12.12.2000
Waktu; Malam, saat ibu menikmati malam diterangi
lampu pelita.
Kehadapan bakal anakku yang akan berpijak di
bumi Allah swt ini, ibu titipkan warkah mahabbah tanda ibu amat merindukan kamu
sangat-sangat. Anakku sayang, kehadiranmu nanti membibitkan rasa gundah di hati
ibu. Bukan tidak gembira, tetapi ibu merasakan yang ibu bakal tiada lagi di
matamu. Entah mengapa ibu merindukan ayahmu yang telah meninggalkan kita berdua, nak. Ibu di saat ini banyak dugaan ibu tempuhi, pernah ibu hampir diracuni
kerana hasad dengki belah ayahmu. Ayahmu enggan berkahwin dengan pilihan
keluarganya, nak. Ibu jadi tempat mereka melepaskan amarah. Seolah ibu
bagaikan boneka. Namun, ibu sentiasa membelaimu, mendoakan agar kandungan ibu
selamat. Ibu tidak diberi makan, sehingga ibu mengemis semata-mata untuk
mendapatkan makanan. Keluarga ayahmu amat kaya-raya nak, namun mereka tidak
kaya iman dan takwa di hati. Ibu sanggup memilih ayahmu kerana keperibadian
ayahmu mententeramkan jiwa ibu. Sungguh berbeza dengan sikap keluarganya.
Sewaktu menerima khabar ayahmu meninggal dunia, tiada apa ibu fikirkan selain
kalimah ilahi menjadi sebutan. Ibu bagaikan kehilangan seorang suami yang ibu
cintai. Tidak lama kemudian, ibu dihalau dari rumah ayahmu yang mewah tapi
dipenuhi kezaliman dan penindasan. Ibu dicampak sewaktu hujan lebat. Ditendang
bagaikan kucing kurap di tepi jalan. Tanpa pakaian tersimpan, tanpa payung. Ibu
dan kamu ditemani hujan yang lebat. Ya Allah. Ibu tiada arah untuk tuju, ibu
tidak risau ibu kesejukkan namun ibu tidak mahu kamu juga sakit. Ibu gagahi
langkah berjalan meninggalkan keluarga ayahmu sehingga ibu pitam sendirinya di
tepi jalan. Mujur ibu bertemu sahabat lama ibu iaitu ustazah Thorfina, nak. Ibu
dijaga olehnya. Malam itu ibu sujud lama kerana ibu bersyukur kamu masih
selamat dalam kandungan ibu. Tapi ibu rindukan ayahmu, wajah ayahmu sentiasa
muncul. Tangan ayahmu sentiasa menarik ibu untuk berjumpanya. Wahai anakku
sayang, ibu beri namamu ‘Hamra’ Mujeera’. Semoga kamu jadi seorang mujahidah
yang terindah di muka bumi ini. Usah terpukau dengan kekayaan dan keseronokkan
fatamorgana dunia, nak. Jadilah suri hati suamimu kelak, berikan kasih sayang
setulusnya. Tiada yang ibu tinggalkan padamu melainkan nasihat. Ibu mahu Hamra’
yang lahir mewarisi keperibadian luhur ibu dan ayah. Usah berdendam, dan usah
membalas kezaliman dengan kezaliman namun percayalah Allah swt yang akan
menunjukkan kekuasaanNya. Wahai anakku sayang, Hamra’. Ibu ayah rindu kamu,sayang.
Titipan warkah ibu ini ditulis ditemani air mata. Air mata di mana ibu amat
gembira kamu bakal lahir. Jadilah insan penyejuk mata alam semesta! Teguhkan cintamu kepadaNya dan suamimu kelak’
Yang mencintaimu,
Ibumu
Hamra’ menutup dengan kemas warkah itu ke dalam
sampul semula. Tidak sanggup dia membacanya lagi. Cukup sarat penuh dengan
beban perasaan yang bersarang di hati dipendam ibunya. Air matanya berjurai
laju mengalir. Matanya tidak mampu menakung air mata yang tumpah.
“Ya Allah, Hamra’ tidak kuat. Hamra’ tidak kuat
ya Allah. Sungguh berat ujian yang ditanggung ibu bapa Hamra’ ya Allah. Berilah
Hamra’ ketabahan yang sesungguhnya, Hamra’ perlukan Allah, jangan tinggalkan
Hamra’ menjauh. Hamra’ tidak punya sesiapa” suara Hamra’ yang lembut
bergetar-getar. Denyutan jantungnya seolah-olah perlahan.
Malam itu bagaikan mimpi. Hamra’ terus bergegas
ke mengambil wuduk. Cepat-cepat dibentangkannya sejadah. Hamra’ menunaikan
solat tahujjad. Bermunajat pada Allah swt, mengadu sepuasnya pada Ilahi.
“Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hatiku.
Tetapkanlah hatiku padaMu. Dekatkanlah jiwaku dengan jiwaMu. Rahmatilah kedua
orang tuaku di sana. Rahmatilah ustazah Thorfina yang mengasuhku. Sungguh ya
Allah. Tiada yang mustahil tanpa kekuasaanMu. Betapa kerinduanku bertandang
terhadap orang tuaku. Wajah mereka yang tidak mampu kutatap. Ya Allah, aku
diuji dengan seberat ujian ini tidak mematahkan sekeping hatiku untuk meneruskan
perjuangan di muka bumi. Akan rela aku pendamkan kesakitan ini di saat tiada
yang mengetahuinya. Biar diriku diulit penderitaan yang mengajar aku untuk
mengejar cintaMu. Terima kasih atas kasih sayangMu ya Allah, hingga hujung
nyawa kerinduaan ini tersemat di dalam diri ini” Hamra' menadah tangan.
Matanya dibanjiri titisan air mata. Di keheningan malam, Hamra’ lena di
sejadah.
***
Kedengaran bunyi azan berkumandang. Hamra’
terjaga, dia tertidur di sejadah. Tepat pukul 5 pagi. Hamra’ menuju ke tandas
membersihkan diri. Melaksanakan solat Subuh dengan penuh khusyuk. Saat itu
tiada lagi kesedihan yang dirasai. Bahunya amat ringan sekali. “Ya Allah,
terima kasih atas hadiah ketabahan ini,!’ getus hatinya.
“Kak Hamra’, kami semua sudah solat Subuh, mahu
meneruskan bacaan al-Quran sekarang!” kata anak-anak yatim. Mereka tidak perlu
diberitahu akan cekap melaksanakan rutin dengan sebaiknya.
“Alhamdulillah, macam itulah adik-adik kak
Hamra. Teruskan pengajiannya ya, akak mahu siapkan sarapan’,” ujar Hamra’ menguntum
senyuman.
Setelah menyediakan sarapan. Ustazah Thorfina
muncul dengan mengenakan tudung yang labuh berwarna hijau. Dia mendekati
Hamra’.
“Anak ummi sedang buat apa tu,? Soal ustazah
Thorfina sambil tersenyum.
“Masya’Allah ummi, hampir terkejut Hamra’.
Hamra’ tengah siapkan sarapan ummi, Hamra’ sediakan mee goreng. Sedap tau ummi,
nanti rasalah air tangan Hamra’ ni!” riak wajah Hamra’ berubah sungguh. Hamra’ nampak lebih tenang.
“Ohh, ummi tak rasa pun dah tahu sedap. Hamra’
kan pandai memasak, tak gitu? Ustazah Thorfina sengaja membuat suasana riang.
Lalu, dia turut membantu menyediakan sarapan.
“Ummi, Hamra’ akan pulang ke madrasah hari ni.
Hamra’ nak uruskan buku-buku lagi, ditambah Sara juga datang sebab pemulangan
buku teks hari ini. Selepas itu Hamra’ akan melanjutkan pengajian di Jordan,
Hamra’ dapat tawaran biasiswa kerana keputusan trial Hamra’ cemerlang, ummi.
Hamra’ dah lama terima tawaran ini tapi terlupa sampaikan pada ummi,” ujar
Hamra’.
“Subhanallah. Alhamdulillah. Ya Allah! Hamra’
dah dapat tawaran belajar? Masya’Allah, ummi tumpang gembira. Baiklah nak,
Hamra’ pergi sana uruskan urusan yang tergendala. Ummi izinkan, kerana
ummi tahu Hamra’ dah bijak tentukan
kehidupan Hamra’,” jawab ustazah Thorfina sedikit keriangan.
“Syukran jazilan ummi, Hamra’ takkan lupa jasa
ummi. Moga Allah swt membalasnya setimpal dengan pemberian kasih sayang ummi
pada Hamra’ yang tidak terbahagi. Hamra’ pasti merindukan ummi bila di sana,
terima kasih atas asuhan yang ummi beri di pondok ini sewaktu Hamra’ kecil.
Kalau tiada ummi entah mana Hamra’ boleh membesar sebegini,” kata-kata Hamra’
dipamerkan dengan penuh cinta terhadap umminya.
Ustazah Thorfina terus memeluk Hamra’. Dia amat
sayang Hamra’ persis anaknya sendiri. Diraut wajah ustazah Thorfina dia
menghalalkan segalanya, dipalunya doa’ agar Hamra’ teruskan perjuangannya.
“Pergilah nak, ummi di sini pasti merindukan
Hamra’, maafkan ummi sebab ummi tidak mampu menghantar Hamra’ ke airport, ummi harus menjaga adik-adikmu
di pondok usang ini. Jaga diri Hamra’, beramallah dengan ilmu sebaiknya. Kamu
adalah hadiah terindah dari Ilahi di muka bumi, pergilah berjihad mencari ilmu,
gegarkan dunia dengan keperibadianmu,” sungguh semangat ustazah Thorfina
bertutur. Dia tidak tahu tempoh singkat saja perjumpaanya. Yang pasti dia mahu
Hamra’ sendiri berdikari dan mencari kehidupan yang sebenar di luar sana.
****
Suasana di madrasah makin riuh, kedengaran suara
pelajar-pelajar tingkatan 5 yang mahu memulangkan buku teks. Ada yang mengira
buku kerana risau tidak mencukupi. Ada pula yangberbual-bual buat kali terakhir
bersama rakan-rakan. Pelajar lelaki madrasah itu iaitu Tahfiz wal-Qiraat juga
singgah ke madrasah perempuan Ad-Dinniyah kerana sesi pemulangan buku teks
gempur diadakan serentak.
Kelihatan kelibat Maria dan Anna. Dua belangkas
yang tak lari daripada membawa gosip-gosip dan taburan hasad dengki. Sewaktu
mereka berjalan sambil bergelak-tawa, Ahmad Emir Furqan muncul lalu di sebelah
mereka sekilas. Mata kedua-dua terbeliak. Seolah malaikat yang lalu.
“Mariaaa, dia tu handsome lah, hidung mancung maklumlah ada keturunan arab kan,
berilmu pula tu, yang penting muka dia perfect
licin macam korea punya artis plus
anak orang kaya!,” seloroh Anna yang masih tak percaya kewujudan Ahmad Emir
Furqan seketika.
“Woww, menarik bioligrafi dia, boleh aku tackle dengan kecantikan aku ni,” getus
hati Maria yang mempunyai rancangan sesuatu. Nekad untuk memiliki Ahmad Emir
Furqan atas dasar rupa dan kekayaan yang dimiliki.
“Hoii, yang kau termenung kenapa minah? Cubit
Anna di tangan Maria.
“Ehh nenek kau. Eh nenek aku. Ada apa?? Maria
kaget.
“Itulah orang tak suruh termenung dia pula syok
sendiri melayan perasaan, Maria kau ni syok sangat ni. Bagilah dia tu kat aku
saja,” leter Anna lagi.
“Err, please lah dia aku punya. Wei kau rasa kan
Ahmad Emir Furqan tu syok kat siapa agaknya,? Soal Maria penuh tanda tanya.
“Of course lah minah oi, Ahmad Emir Furqan tu
minat kat Hamra’ Mujeera sorang, tak tahu ke?
“Ha? Perempuan yang berhijab dan muka suci tu
ke. Mustahilah, Hamra’ tu mana layan lelaki. Tengok cara pun tahu” Maria
menafikan seolah tak percaya Ahmad Emir Furqan meminati Hamra’.
“Aduii, tak mustahilah Maria. Hamra’ tu lawa,
lawa lagi daripada kau, even dia tak layan tapi Ahmad Emir Furqan mesti melayan
dia juga tu” tegas Anna.
“Hamboi, kau bukannya puji aku malah puji budak
tu pula. Eh, kalau macam tu tengoklah nanti macam mana. Aku try dapat kan harta lelaki tu, haha”
riang Maria.
“Ekk harta? Mata duitan betul kau ni minah oii.
Tapi boleh share dengan aku juga nanti kan?” Anna pun tergelak sama.
Betul-betul merasa mereka akan dapat tawan hati Ahmad Emir Furqan.
***
“Assalamualaikum Hamra’!” jerit Sara dari jauh
membuat Hamra’ kaget dan menoleh ke belakang.
“Sara! Wa’alaikumussalam wbt, sudah sampai dari
kampung ya?” soal Hamra’ dengan senyuman di bibirnya.
“Iye Hamra’, Sara ingat lah hari ni kan kita
pulangkan buku teks. Hamra’ macam mana sihat tak?
“Alhamdulillah sihat, Allah swt masih beri
Hamra’ bernafas lagi. Sara pula? Riang saja sejak pulang ke kampung halaman?
“Alhamdulillah, Sara juga baik-baik saja. Mana
tak riang dapat jumpa keluarga semula, rindu sangat pada ibu bapa Sara,” Sara
mengekpresikan momennya pada Hamra’. Sedikit rasa sedih pabila Sara menyebut
perkataan rindu ibu bapa’ di jiwa Hamra’ secepat mungkin dia menyorokkan kesedihan
itu.
“Hamra’ dengan pun turut rasa kegembiraan Sara,
ayuh kita masuk ke dalam dewan. Tapi sebelum tu Hamra’ nak tanya siapa bakal
hantar kita ke airport nanti ya?
Tiket sudah ada ditangan. Tinggal sehari lagi mahu flight ke Jordan” Hamra’
menanyakan soalan pada Sara yang turut sama dapat melanjutkan pelajaran di
Jordan.
“Yang itu Hamra’ usah khuatir, sebab ayah Sara
akan hantar kita. Sara tak sabar-sabar untuk naik flight buat pertama kalinya nanti!” suara Sara yang begitu teruja.
‘Terima kasih Sara, sanggup tumpangkan Hamra’.
Kalau bukan sebab Sara ...”
“Dah dah. Sara lagi terhutang budi dekat Hamra’,
sebab ikatan persahabatan dengan Hamra’, Sara dapat ilmu pengetahuan berserta
tazkirah, full pakej. Sara patutnya bersyukur mengenali Hamra’. Ayuh kita masuk
ke dalam dewan, dah lambat pula nanti!” jawab Sara.
****
Hamra’ dan Sara lega akhirnya buku teks dapat
dipulangkan dengan jumlah yang sepatutnya. Sara meninggalkan Hamra’ sebentar
kerana dormnya masih lagi tidak
dikemas rapi.
Hamra’ mengambil tempat menunggu Sara di kolam tepi asrama mereka. Melihat keindahan ciptaanNya sambil tangannya memegang tasbih. Tak lepas mulutnya berhenti berzikir.
Hamra’ mengambil tempat menunggu Sara di kolam tepi asrama mereka. Melihat keindahan ciptaanNya sambil tangannya memegang tasbih. Tak lepas mulutnya berhenti berzikir.
“Emir Furqan, agaknya selepas ni melepaslah
peluang enta nak tackle hati seseorang ya?” soal Firhan.
“Siapa saja yang ana nak tackle ni?” tanyanya
seolah tidak memahami maksud tersirat rakannya.
Tiba-tiba Firhan menunding jari ke arah bangku
yang ada di kolam, terdapat seorang kaum hawa bertudung labuh warna ungu duduk
keseorangan.
Ahmad Emir Furqan dapat menjangka itu adalah Hamra’ Mujeera! Hatinya terus berbunga-bunga.
Sukar sungguh mencari kelibat wanita itu meskipun madrasah mereka berhampiran. Kadang muncul kadang malap. Hadirnya bagai biadari di hati Ahmad Emir Furqan. Dia terus teringat akan warkah yang dititipkan khas untuk wanita itu.
Ahmad Emir Furqan dapat menjangka itu adalah Hamra’ Mujeera! Hatinya terus berbunga-bunga.
Sukar sungguh mencari kelibat wanita itu meskipun madrasah mereka berhampiran. Kadang muncul kadang malap. Hadirnya bagai biadari di hati Ahmad Emir Furqan. Dia terus teringat akan warkah yang dititipkan khas untuk wanita itu.
“Apa mungkin warkahku telah kau baca dan apa
juga responmu ya Hamra’?” Ahmad Emir Furqan berdialog.
“Emir Furqan, enta termenung ke? Pergilah
berjumpa Hamra’ selepas ni dah tak jumpa dia lagi agaknya,” ujar lembut Firhan.
Ahmad Emir Furqan mengorak langkah menuju
Hamra’, diperbetulkan posisi kopiahnya di kepala. Sambil menoleh ke arah
Firhan.
“Handsome
tak enta, Firhan?” nada suara yang sedikit memuji dirinya.
“Handsome
macam kak ton. Furqan, enta tu dah sempurna sedang nak sempurna mestilah cari
kaum hawa yang untuk jadi pelengkap hidup, dapat tawan hati Hamra’ bagitahu
enta ya!” gurau Firhan.
Ahmad Emir Furqan hanya tersenyum saja. Dia akui
untuk menawan hati gadis di hadapannya bukan semudah memakan abc. Hamra’ punya
hati nurani yang dapat mencairkan jiwa sesiapa yang melihatnya.
“Assalamua’laikum, ya Hamra Mujeera,” kekok
Ahmad Emir Furqan.
Berdebar-debar jantungnya saat menyapa. Redup mata Hamra’ memberikan tanda suci penglihatannya. Bibirnya indah ditambah kejernihan raut wajahnya.
Berdebar-debar jantungnya saat menyapa. Redup mata Hamra’ memberikan tanda suci penglihatannya. Bibirnya indah ditambah kejernihan raut wajahnya.
Hamra’ mendongak sedikit memerhati siapa
gerangan yang memberi salam. Syahdu suaranya. Kelihatan Ahmad Emir Furqan tidak
jauh di bangku yang didudukinya.
Hamra’ teringat akan warkah Ahmad Emir Furqan! Dia harus mengembalikannya semula.
Hamra’ teringat akan warkah Ahmad Emir Furqan! Dia harus mengembalikannya semula.
“Walaikumussalam, ya Ahmad Emir Furqan,” jawab
ringkas gadis di depan matanya. Lalu Hamra’ bingkas bangun meninggalkan kolam
kerana tidak mahu berjumpa lelaki yang bukan mahram baginya di tempat seperti
itu.
“Hamra’ ... tunggu! Tunggu Furqan!,” kerut
dahinya bila Hamra’ bergegas mahu pergi.
“Kali ini saja Hamra’, Furqan nak berbicara empat
mata dengan Hamra’ sebelum Furqan membawa diri,” suaranya makin hiba.
Hamra’ mendengarnya tidak merasakan itu satu
sebab malah hanya alasan. Namun di sudut hati kecilnya, timbul rasa simpati.
Langkah Hamra’ dihentikan apabila Ahmad Emir Furqan pantas memotong dan berada
tepat di hadapannya. Jantungnya tercungap-cungap ketika berhenti. Bagaikan
berlari 100 meter.
Wajah Hamra’ tidak berpaling melihat kekacakkan Ahmad Emir Furqan. Hamra’ menguntumkan senyuman sedikit.
Wajah Hamra’ tidak berpaling melihat kekacakkan Ahmad Emir Furqan. Hamra’ menguntumkan senyuman sedikit.
“Ke .. kenapa laju sang .. sangat Hamra’ jalan?
Ada emergency ya? Ahmad Emir Furqan
menanya soalan.
Hamra’ tidak menjawab. Dia mengeluarkan sepucuk
warkah Ahmad Emir Furqan.
“Ini surat enta bukan?” soal Hamra’.
Ahmad Emir Furqan mengangguk.
“Ambillah semula, Hamra’ sudah membacanya.
Warkah ini terlalu berat untuk Hamra’ menyimpannya, apa pun alasan Furqan
memerhati gerak-geri Hamra’ ke pondok usang itu sebenarnya tidak perlu pinta
kemaafan. Tetapi wajar seorang tahfiz yang disegani seperti Ahmad Emir Furqan
menghambakan diri denganNya. Usah bimbang Hamra’ takkan lapor pada murrabimu
perihal warkah ini,” nada lembut Hamra’ membuatkan Ahmad Emir Furqan rasa
kecundang.
Pantas Hamra’ meneruskan bicaranya lagi. Dia
tahu semua kaum adam punya niat yang sama pabila mendekatinya.
“Hamra’ tidak mencari seorang kekasih malah
mencari seorang suami,” getus Hamra’.
“Furqan juga sama, tidak mahu menurut cinta hawa
nafsu, furqan mencari seorang kaum hawa dijadikan isteri, dan wanita itu yang berada
di hadapan mata furqan sekarang,” sekali lagi jawapan Ahmad Emir Furqan
melahirkan menerusi dalam hatinya. Suaranya seolah penyanyi nasyid In-team
sungguh merdu. Sedikit ketegasan dipamerkan pada Hamra’ yang dia sudah mula
menyayangi Hamra’.
“Furqan akan menemani Hamra’, membawa khabar
gembira agar terbit bahagia dan harapan,” tenteram dan teduh kesimpulan Ahmad
Emir Furqan.
“Pada hati yang kian karam, pada jiwa yang makin
gersang, pada jasad yang makin longlai. Tuhan tahu apa yang direncanakan pada
umatNya. Bisa saja Furqan berkata persis itu, bagai gunung yang mendengar akan
menyorokkan letusan apinya. Pada tepat waktu menurutNya, bukan kemahuan kita
akan bercantun deraian hati. Pada waktu terkandas dariNya, mengikut kemahuan
diri, kita akan berpisah dan merobek deraian hati. Teguhkan Cinta pada sang
Khaliq, tiada janji Hamra’ berikan. Andai Hamra’ tulang rusuk Furqan yang
hilang, Allah swt pasti memberikan jalan termudah kelak, sekian saja. Usah
menghalang laluan Hamra’, moga Allah swt memberkatimu pejuang agama!” bicara
Hamra’.
Dia tahu hatinya terpaut dengan Furqan bukan kerana rupa parasnya namun ketinggian akhlak. Tapi sejarah silam ibu bapanya mebuatkan dia akur untuk mendiamkan diri berjihad mengejar ilmu Allah swt.
Dia tahu hatinya terpaut dengan Furqan bukan kerana rupa parasnya namun ketinggian akhlak. Tapi sejarah silam ibu bapanya mebuatkan dia akur untuk mendiamkan diri berjihad mengejar ilmu Allah swt.
Ahmad Emir Furqan terkesima. “Ya Allah, begitu
sukar untuk menawan hati gadis itu, dia sungguh menjaga dirinya untukMu,
berikanlah aku peluang untuk merasa mahabbah dalam dirinya untuk mencipta
mahligai indah bersama,” nada suara Ahmad Emir Furqan dilafazkan menerusi hati.
Dipejam matanya. Itulah pertama kali dia berbicara dengan wanita itu dan saat
itu adalah pertemuan terakhir untuk dia mengenali wanita bernama Hamra’
Mujeera.
Saat memejam mata, ada satu suara di langit
menyapa Ahmad Emir Furqan.
"Sabar wahai pejuang agama, apabila dia tidak memlilihmu, cinta belum berpihak padamu, ada khabar gembira ingin kusampaikan. Tatkala itu, Allah masih menunggumu, mendengar doa-doamu, merindui sujudmu. Sehingga senyumanmu dibasahi air mata kerana Allah. Lalu, pergilah cari senyuman itu dalam sujudmu. Wanita itu masih menjaga kesucian diri dan hatimu daripada syaitan laknatullah"
"Sabar wahai pejuang agama, apabila dia tidak memlilihmu, cinta belum berpihak padamu, ada khabar gembira ingin kusampaikan. Tatkala itu, Allah masih menunggumu, mendengar doa-doamu, merindui sujudmu. Sehingga senyumanmu dibasahi air mata kerana Allah. Lalu, pergilah cari senyuman itu dalam sujudmu. Wanita itu masih menjaga kesucian diri dan hatimu daripada syaitan laknatullah"
Mata Ahmad Emir Furqan terbuka, dia merasakan
suara itu sengaja menyapa untuk memujuk hatinya yang lara. Terukir senyuman di
bibirnya. “Ya Allah, aku rindu mengadu padaMu perihal kondisiku ini,” ujar lembut
Ahmad Emir Furqan.
BERSAMBUNG <3












