![]() |
| Rasulullah saw bersabda " Tiada beriman seseorang kamu sehinggalah dia mencintai saudaranya sama seperti dia mencintai dirinya sendiri |
Tiba-tiba Qaisara berjalan pantas merapati
Hamra’ sambil ditanganya memegang sepucuk surat yang yang tampak kemas
digenggamannya.
‘‘Assalamualaikum, Hamra’ ! Ada warkah untuk
awak’’ Sapa Qaisara sambil menghulurkan surat.
‘’Wa’alaikumussalam Sara,’’ dengan tenang Hamra’ mengambilnya.
Bukalah warkah itu Hamra’, Sara ingin melihat
intipatinya juga’’ tutur kata Qaisara dengan penuh nada manja.
Hamra’
bagaikan sudah memahami rakannya.
“ Allahu Akbar!
Allahu Akbar! ... ’’ Kedengaran
azan mula berkumandang di sekitar pesantren. Kedua-duanya terus berhenti
berbicara seketika.
‘’Sara, jom solat dulu, azan sudah pun berlalu’’
Hamra’ mencuit tangan rakannya itu.
‘’Lah Hamra’ ni, baru sahaja hendak suruh awak
membaca warkah daripada ‘ehem’ itu, bukan senang hendak berpeluang rapat dengan
dia’’ kata Qaisara.
Hamra’
terus beristighfar. Astagafirullah’aladzim,
Sara. Kalau ya pun jomlah kita solat dulu. Bukankah azan sudah menyeru. Tak lari
pun surat itu nanti’’ ujar Hamra’
Pantas Qaisara mencela. ‘’Hamra’, Sara tahu itu,
bacakan tak lama jadi bukalah dulu sekejap? Hehe. Sambil tersengih-sengih.
‘’Err, Sara tahu tak apa kata hati Hamra’
sekarang?’’ kata Hamra’ perlahan nadanya.
‘’Kata hati pun pandai berpesan ya? Qaisara
menyampuk.
‘’Na’am ya sodaqati, dia pesan jangan kerana
sepucuk surat kita alpa dan lalai dengan melaksanakan perintah Allah swt.
Bangunkan harga diri, belajar mementingkan ukhrawi, belajarlah bercakap dengan
Allah iaitu melaksanakan solat. Entahlah macam manalah sekiranya umur kita
tidak panjang. MasyaAllah. Mesti sedih bukan nyawa ditarik dalam keadaan tidak
mendirikan solat. Padahal warkah yang tidak wajib kita dahulukan? Solat adalah
salah satu terapi iman, solat adalah masa kita bercinta dengan Tuhan. Hamra’
tidak mahu dipengaruhi penyakit hati dan amat mudah jatuh cinta pada keindahan
duniawi, lupakanlah dunia buat sementara waktu barulah solat tersebut boleh
memberi kekuatan spiritual yang tidak terjangka. Bayangkanlah, ketika Saidina
Ali dipanah ketika beliau solat. Betapa khusyuknya solat beliau sehingga tidak
menyedari anak panah tersebut sudah mencabutnya nyawanya. Jika hendak mencabutnya
di luar solat tentulah rasa takut tidak terperi. Jika gagal kita dalam
melaksanakan solat percayalah kita hampir gagal menguruskan kehidupan pada hari
ini. Tidak percaya? Ujar Hamra’ sambil menggorak langkah menuju ke surau yang
berdekatan dengan asramanya.
Qaisara melopong dan terus terdiam seribu
bahasa. Ya, betul katamu Hamra’getus hatinya.
Eh tunggu Hamra! ‘’Tunggu Sara, jom solat
sama-sama’’ dia berlari-lari anak. Senyuman menguntum di bibirnya.
Sejurus sahaja solat Hamra’ dan Qaisara duduk di
anjung seri tepi surau. Hamra’ menadah tangannya lalu berdoa. Qaisara hanya
melihat sahaja dengan sedikit kebingungan.
‘’Kenapa Hamra’ menadah tangan’’? Kata Qaisara.
‘’Entahlah Sara, hati tergerak untuk berdoa,
mungkin dapat juga menajamkan nurani dan menguatkan hati. Barulah kita dapat
membacanya sekaligus menerimanya dengan lapang dada segala-galanya’’ suara
lembut Hamra’ berkata-kata. Wajahnya cukup berseri tanpa secalit sedikit mekap.
Bibirnya yang berwarna kemerah-merahan, matanya cukup mempersonakan bagi
sesiapa yang memandangnya. Perlahan-lahan Hamra’ membuka sampul warkah yang
berwarna putih. Tulisannya cukup kemas. Mata Hamra’ dan Qaisara sedang
memerhati setiap bait-bait kata yang tersusun dalam warkah itu.
‘’Assalamualaikum, Hamra’ Mujeera,
Kaifa haluki? Sebagai mukadimahnya ...
Furqan betul-betul teruja mengenali Hamra’. Hal
ini kerana terbukti melalui sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Sesiapa
yang berusaha menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan jalan menuju ke syurga
dan para Malaikat mengembangkan sayapnya menaungi orang yang menuntut ilmu
kerana suka dengan apa yang mereka lakukan. Tujuan Furqan mengutus warkah atas
dasar memohon maaf kerana sewaktu saudari Hamra’ keluar dari madrasah, Furqan tidak sengaja mengekori Hamra’ dalam diam sehingga sampai ke sebuah pondok
Al-Qasidah Mukminatul. Kelihatan Hamra’ tekun melayan mereka dan mengurus
anak-anak yatim. Belum pernah Furqan melihat ada kaum hawa sanggup menjenguk ke
pondok yang tidak seberapa itu. Sejuk hati Furqan melihat saudari Hamra’ semoga
saudari Hamra’ akan menjalani hidup bersandarkan perintah Allah swt sentiasa
dan berusaha menyerahkan hasil kepadaNya. Maaflah kerana mencuri masa saudari
Hamra’ dengan utusan warkah daripada Furqan. Maklumlah banyak yang Furqan teruja
berbicara walaupun inilah pertama kalinya mengutus warkah kepada wanita. Sampai
di sini sahaja ya. Kalau murabbi tahu sudah pasti Furqan bakal dihukum, pelajar
Tahfiz Wal-Qiraat diharamkan melakukan perkara seperti ini. Mungkin sampai di
sini saja, mohon izin untuk mengundurkan diri.
Hamba Allah,
Ahmad Emir Furqan Syed Al-Idris
Hamra’ menutup dan menyimpannya semula warkah
itu ke dalam sampulnya. Qaisara dapat menyangkal dengan tepat sekali ternyata
benar Ahmad Emir Furqan mula menyukai Hamra’ Mujeera. Namun Qaisara tidak mahu memasuk
campur.
‘’Hamra’ warkah ini terlalu bermakna kan?’’
Qaisara mula bergurau.
‘’Sara, kami tiada apa-apa. Warkah ini nanti
Hamra’ pulangkan semula. Tidak elok simpan surat yang bukan milik kita
sepenuhnya’’ jawab Hamra’.
‘’Tapi tak sangka pula ya, Ahmad Emir Furqan juga
dalam diam-diam dalam hatinya ada taman, rajin saja tengok kaum adam tu mengaji,
kalau azan, Allah. Sampai ke madrasah kita dengar alunan suara yang merdu tu’’
ujar Qaisara.
Merek saling berpandangan. Sama-sama ketawa
kecil. Hamra’ sedar rakannya sahaja menjadi penghibur hatinya.
“Furqan, apa hajatmu mengutus warkah
sebegini?” Hamra’ bermonolog, gundah hatinya.
***
Dewan Ilmu Saujana dipenuhi pelajar-pelajar
tingkatan 5. Takzirah umum sedang bergegar mengoncang jiwa-jiwa muda. Ia adalah
salah satu program kerohanian yang wajib bagi pelajar-pelajar Madrasah
Ad-Diniyyah. Biasanya pengisian disampaikan oleh seorang daripada pensyarah
luar untuk mereka mendapat ilmu di samping menanti detik berakhirnya
persekolahan mereka.
Dua jam berlalu tazkirah mereka keluar dari
Dewan Ilmu Saujana. Terdengar satu perbualan yang cuba dibangkitkan oleh
Qaisara.
“Bagus penyampaian Ustaz Ameer tadi ya. Apabila
sentuh fasal ibu bapa saya selalu naik sebak, terus termotivasi hendak belajar
bersungguh-sungguh untuk membela mereka kemudian hari” Qaisara memecah
kekakuan.
Anna dan Maria merupakan pelajar kelas lain
mendengar turut mendengus dan meyampuk tanpa diundang.
“Dari dahulu sampai sekarang, ustaz-ustaz hanya
tahu memberi nasihat supaya menghormati ibu bapa. Selepas itu pesan jangan
derhaka. Seolah-olah ibu bapa dalam dunia ini suci seperti malaikat dan
anak-anak seperti kita sahaja yang kotor banyak dosa. Tiada seorang ustaz-ustaz
yang memahami yang tidak semua ibu bapa itu baik” komen Anna.
Dia memandang jauh kemudian menyambung lagi
“ramai ibu bapa keparat sekarang sebab merekalah, anak-anak jadi teruk, rendah
diri, terasing, malu hendak berbuat baik dan sebagainya. Malah kata-kata nista
juga ditaburkan sesuka hati. “bodohlah, binatang” Anna dengan berani meluahkan
rasa tidak puas hati.
Maria pelajar baru sekolah itu juga mula
bersuara. “Aku juga siap dipanggil anak derhaka, diugut hendak doakan aku bakal
mati secepatnya. Sekali sekala sahaja aku akan keluar dari rumah” kata Maria
tanpa segan silu dengan nada suaranya yang penuh kebencian.
Langkah Hamra’ dan Qaisara terhenti, mereka
mendengar perbualan pelajar-pelajar yang tidak dikenali itu.
“Apa, anak sahaja derhaka? Ibu bapa tidak
derhaka? Bodohnya!” Anna agak beremosi.
“Hormatilah ibu bapamu” satu suara mula
berbicara.
Serentak Anna dan Maria berpaling ke belakang.
Mereka tercenggang.
“Ibu bapa ini ada pelbagai sikapnya. Ada yang
bermata RM dan ada yang tak kenal dosa pahala. Namun seburuk mana pun ibu bapa
kita, kedudukannya tetap mulia. Mereka perlu dihormati,” kata Hamra’
Hamra’ terus menyambung lagi.
“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat perlu berkata-kata yang baik, berdiam diri lebih afdal daripada berkata-kata nista. Lagipun ustaz memberi ceramah berkenaan perlunya menghormati ibu bapa kerana sasaran pendengar adalah anak-anak.
“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat perlu berkata-kata yang baik, berdiam diri lebih afdal daripada berkata-kata nista. Lagipun ustaz memberi ceramah berkenaan perlunya menghormati ibu bapa kerana sasaran pendengar adalah anak-anak.
Anna, Maria serta serta Qaisara berpandangan
mencari kefahaman di sebalik kata-kata itu.
“Ahhh,
beriman... beriman... beriman, itu sahaja perkataan yang kerap aku
dengar malah sengaja hendak uji aku untuk menderita” suara seolah-olah tidak
berpuas hati Maria dengan Hamra’.
“Pandanglah segala apa yang terjadi terhadap
kita dengan hikmah. Setiap perbuatan pasti ada balasan. Jika kita bersangka
baik, In sha Allah DIA tidak akan membiarkan kita terus-menerus susah. Percayalah,
balasan di sana nanti yang lebih kita dambakan berbanding kenikmatan dunia.
Hakikatnya, kita tidak dapat menghindari ujian. Sentiasalah berpegang pada
tali-Nya” balas Hamra’ dengan sopan dan nada lembut.
Senyuman jelas terpapar di wajah Qaisara yang selesa mendengar sahabatnya itu bertutur.
Senyuman jelas terpapar di wajah Qaisara yang selesa mendengar sahabatnya itu bertutur.
“Bercakap memang senanglah, tidak kisahlah apa
pun yang jelas aku tak suka ibu bapaku!” kata Maria.
Hatinya panas. “Aku juga tak menyokong, ustaz
itu tak ada gunanya, Anna rakan Maria itu sama-sama memberontak.
Mereka
lalu beredar dengan berjalan penuh keangkuhan yang jelas terpapar di wajah
mereka.
Qaisara memegang erat tangan Hamra’, “Ish,
mereka itu tak tahu hendak bersyukur pada Allah swt, tiada lafaz yang
menampakkan mereka menghormati kita, buktinya mereka juga menggunakan bahasa
kasar dengan awak, ya Hamra’ Maafkanlah mereka jika terguris hati dengan
kata-kata mereka” pujuk Qaisara.
“Tidak mengapa, Sara. Kalimahnya tetap menemani
diri yang hina ini. Apalah sangat luka terguris hati jika dibandingkan dengan kesakitan
dan luka seseorang ibu bapa yang melahirkan kita. Senyum sahaja. Biarkan kita
sendiri mengambil ubat dan balutnya sendiri, betul tak? Berkata sambil senyum
Hamra’.
“Itu lebih bijak Hamra’” Dia setuju bulat-bulat
kata sahabatnya itu.
***
Warna-warna pelangi menyelimuti majlis ilmu yang diadakan
seperti biasa oleh Warden Asrama Putera & Puteri, Ustazah Maryam. Warden
itu amat disayangi oleh pelajar-pelajar.
“Alhamdulillah, bersyukur kita kepada swt yang
memberikan kita nikmat iman dan Islam. Bersyukur juga kepada Allah swt yang
memilih kita bagi menuntut ilmu di sini. Semoga keputusan SPM yang bakal keluar
nanti dapat merealisasikan impian dan cita-cita anak-anak ummi untuk meneruskan
jihad menuntut ilmu.
Alhamduillah, keistimewaan sepanjang anak ummi berada di sini
terlalu banyak, bukan? Kata Ustazah Maryam sambil tersenyum mekar di bibir.
“Sejak form 1 hingga form 5 anak-anak ummi
diberi pendedahan tentang agama juga. Ilmu agama terlalu penting kerana setiap
ujian yang dihadapi bergantung pada ilmu agama yang dimiliki. Alangkah indah
jika ilmu tersebut dapat dibandingankan dengan pengalaman hidup agar setiap
ujian dapat dihadapi dengan lebih baik. Salah seorang pelajar berdiri sambil
mengangkat tangan.
“Ya anak ummi, ada soalan apa?” ujar lembut
Ustazah Maryam.
“Ummi, jika seorang itu jahil ilmu agama adakah
ujiannya makin sukar di mata Allah?”
“Anak-anak ummi yang dikasihi, sebenarnya ujian
bukanlah hukuman. Ujian adalah jambatan panjang yang mesti kita lalui dalam
perjalanan menuju ke alam abadi. Hakikatnya, Allah swt tidak memilih sesiapa pun
dalam memberi ujian. Allah swt sengaja menguji untuk mendengar doa dan rintihan
hambaNya agar kita “kembali” kepadaNya” Ujar Ustazah Maryam.
Hamra’ dan Qaisara amat tertarik melihat
pertuturan Ustazah Maryam. Bagi mereka ustazah itu banyak berkorban untuk semua
malah tiada sedikit pun kata-kata kasar terhadap semua pelajar. Mereka sayang
Ustazah Maryam. Begitu juga persepsi pelajar-pelajar lain.
“Ada soalan lain yang ingin ditujukan lagi wahai
anak-anak ummi?” Ustazah Maryam memandang putera puteri di dalam majlis ilmu
tersebut.
Dengar tutur kata yang kemas Qaisara bangun lalu
memberanikan diri untuk bertanya soalan.
“Ustazah kenapa Nabi turut diuji dengan dugaan oleh Allah swt?” Tanya Qaisara.
“Ustazah kenapa Nabi turut diuji dengan dugaan oleh Allah swt?” Tanya Qaisara.
Pelajar-pelajar yang duduk memandang dengan
penuh minat.
“Benar Nabi dan Rasul adalah merupakan orang
yang paling banyak diuji bukan kerana taraf mereka tetapi untuk memberikan
teladan dan pengajaran kepada manusia. Memanglah mereka dipimpin oleh Allah swt
ketika menghadapi ujian tersebut tetapi cara mereka menanganinya itulah yang
mahu ditunjukkan kepada kita. Kesabaran merekalah yang wajib kita contohi” kata
Ustazah Maryam .
Tumpang mencela ummi, bentuk ujian bagaimana
yang diterima oleh mereka agaknya? Firhan salah seorang pelajar turut bertanya.
Perbualan mereka dengan ustazah Maryam semakin rancak sekali.
Terasa sekalian mata memandang ustazah Maryam yang mula bersuara.
Terasa sekalian mata memandang ustazah Maryam yang mula bersuara.
“Wahai anak-anak ummi sayangi, semua Nabi dan
Rasul tidak pernah ketinggalan diuji dengan cara yang berbeza. Antaranya ialah
Nabi Yusuf diuji oleh dugaan keelokan rupa paras dan kasih sayang ayahnya
sendiri. Dalam buangan Baginda diuji dengan dugaan cinta Zulaikha. Nabi Ayub
diuji oleh kekayaan harta benda dan anak-anak ramai. Ketika diulit kemewahan
Baginda didatangi penyakit yang sangat teruk menyebabkan semua ahli keluarga
dan sahabat handai menjauhinya termasuklah isterinya sendiri. Nabi Nuh pula
diuji oleh anaknya yang kufur dan membangga diri. Akhirnya Baginda terpaksa
berpisah kerana mereka berlainan agama dan anaknya enggan menerima dakwahnya.
Ketika mencari Tuhan yang Maha Esa, Nabi Muhammad saw pula lebih dahsyat
ujiannya. Baginda diuji dengan kematian demi kematian sejak dalam kandungan
lagi. Ketika memulakan dakwah, baginda dicerca begitu hebat, dipulau, dihalau
dan disakiti. Walaubagaimanapun Allah swt sentiasa memerhati dan menilai
kesabaran hamba-hambaNya. Walaupun mengambil masa yang lama, setiap Nabi dan
Rasul berjaya dalam ujian mereka. Begitu jugalah dengan kita wahai anak-anakku.
Walaupun kita manusia biasa, kita masih boleh mencontohi jalan dirintis para
Nabi dan Rasul. Pengorbanan memerlukan kesabaran.” Jelas penghuraian ustazah
Maryam.
Tajam menikam. Sungguh ringkas dan padat isi
setelah mendengar kata-kata itu. Hamra’ mendengar dengan hati yang sayu dan
terkilan. Cuba dipendam. Hamra’ mendiamkan diri seribu bahasa. Sungguh
menggamit kalbu bagi sesiapa yang mendengarnya.
‘’Ya Allah, besar kekuasaanMu, moga secebis
ketabahan hadir dalam diriku jua ...” rintih Hamra’
Selesai sahaja majlis ilmu tersebut mereka
bersalaman dengan ustazah Maryam. Air mata ustazah Maryam menitis dan tidak
putus-putus doa diberikan kepada putera puterinya.
Hamra’ berlalu mencari ketenangan pada hening
malam itu. Ditemani bulan, bintang di langit. Alam turut menyaksikan Hamra’
sedang menunaikan solat sunat dua rakaat. Kemudian Hamra’ tidur membawa hati
yang lara.
***
Keesokkan paginya, selepas solat Subuh, Hamra’
melanjutkan dengan menghabiskan masa membaca surah Al-Kahf. Hamra’ meneruskan
niatnya untuk bertemu dengan anak-anak yatim di pondok usang Al-Qasidah Mukminatul. Hamra’
mengenakan baju jubah setengah berwarna coklat cair serta tudung bawal berwarna
turquoise yang labuh, cukuplah
menutupi auratnya. Penampilannya ringkas namun menepati syariat aurat yang
perlu dijaga. Hamra’ berjalan keluar dari asrama An-nur menuju ke pondok
anak-anak yatim tersebut.
“Assalamualaikum,” sapa Hamra’. Ustazah Thorfina
muncul dan menjawab salam Hamra’.
“Kawan-kawan, kak Hamra’ datang pondok kita!”
jerit anak kecil di situ dapat mengejutkan rakan-rakannya yang sedang khusyuk
membaca Al-Quran seperti gaya Al-Hafiz
dan Hafizah.
Kehadiran Hamra’ disambut mesra oleh ustazah Thorfina dan anak-anak yatim. Cukup menyenangkan mata yang melihat. Mereka mendapatkan Hamra’ sambil dipeluk, Hamra’ tidak lupa membawa sedikit makanan, diberikan kepada mereka satu per satu.
Kehadiran Hamra’ disambut mesra oleh ustazah Thorfina dan anak-anak yatim. Cukup menyenangkan mata yang melihat. Mereka mendapatkan Hamra’ sambil dipeluk, Hamra’ tidak lupa membawa sedikit makanan, diberikan kepada mereka satu per satu.
“Aiman rindu kak Hamra’ sangat-sangat sampai
tidur tak lena” kata Aiman yang berusia 7 tahun.
“Alala, kesian Aiman. Akak Hamra’ pun rindu
kalian sebab itu akak datang sini” jawab Hamra’.
“Kak Hamra’, bukan Aiman saja rindu. Kamil, Ain,
dan semua juga,” sampuk Luqman keanak-anakan.
Hamra’ terus melayan karenah anak-anak yatim itu
dengan penuh mesra dan gelak tawa ketika salah seorang membuat jenaka. Bingkas
Hamra’ bangun meninggalkan mereka dan menemui ustazah Thorfina. Dipeluknya
ustazah Thorfina seperti membayangi ibunnya sendiri.
“Ummi, malam ni Hamra’ ingin menginap di pondok
yaa?” Hamra’ melepaskan pelukan lalu duduk merapati tempat duduk ustazah
Thorfina.
“Insya’Allah, sudah pasti boleh mawarku sayang,”
ustazah Thorfina menguntum senyuman di mana ada rasa mahabbah antara dia dan
Hamra’.
“Dah tamat SPMnya nak,? tanya ustazah Thorfina
dengan lembut.
“Sudah ummi, kenapa?
“Ummi nak bincang sesuatu dengan Hamra’, malam
nanti sebab sekarang ustazah perlu keluar. Hamra’ tolong perhatikan adik-adik
dulu ya. Beri tazkirah pada mereka yang amat dahaga ilmu Hamra’, fahamkan
mawarku sayang? Nada lembut keibuan ustazah Thorfina disambut dengan senyuman
Hamra’.
***
Menjelang petang, Hamra’ menghabiskan masa
bermain dengan anak-anak yatim di halaman belakang pondok. Mereka berlawan
badminton bersama, ada saja suara memecah keriangan antara mereka. Yang pasti
mereka terhibur dengan adanya kak Hamra’ disisi. Hamra’ melihat suasana ladang
yang terbentang luas dengan kehijauan tumbuhan, dia sempat merafakkan kesyukuran
kepada Allah swt. Qaisara, rakannya pula sudah balik ke kampung halamannya,
dititipkan doa agar Sara sampai dengan selamat. Hamra’ memandang langit, dia
tak punya apa-apa. Lamunan Hamra’ terhenti pabila adik Ain menarik tangan
Hamra’. Mujur, mereka semua sudah masuk ke pondok menunggu azan Maghrib
berkumandang.
Masing-masing bergegas membersihkan diri.
Berwudhuk. Seusai solat maghrib, ustazah Thorfina masih belum pulang. Hamra’
tanpa disuruh menuju ke dapur menyediakan makan malam di samping anak-anak
yatim tersebut masing-masing mengambil tempat dan membaca serta menghafaz
al-Quran.
“Alhamdulillah, malam ni kita dah selesaikan
beberapa tuntutan Allah swt. Sembahyang, membaca Al-Quran, makan. Seterusnya
kalian nak apa lagi adik-adikku?” suara lembut Hamra’ menarik tumpuan.
“Kami rindu dengan tazkirah akak Hamra’, kami
rindu kak,” respons melebih adik Qairul tanpa segan silu. Semua mengangguk
kepala tanda setuju.
“Baiklah, akakHamra' menurut. Alhamdulillah, Dia Yang
Maha Pengasih telah mempermudahkan segalanya. Wahai adik-adik Hamra’ yang
disayangi Allah swt, akak Hamra’ teringin berkongsi tentang ‘Sebuah Erti Cinta
Dalam Tangisan’. Hamra terus berkata-kata.
“Tika merasa di hati berbelah bagi, mungkin
kadang kala kita binggung hendak memilih antara cinta. Namun, yakinlah seteguh
hati mohon kepada Allah swt agar dapat petunjuk dalam menyelusuri liku-liku
perjalanan.
Semua memandang tepat ke arah Hamra’ dengan
penuh minat. Tiad bunyi bising. Hanyalah kedengaran bunyi-bunyi cengkerik
ditemani bayu angin sempoi-sempoi.
“Haa, adik-adik kak Hamra’ ada tak yang susah
menangis? Tidak pernah menangis? Tanya spontan Hamra’ tujukan.
Satu suara menyahut. “Kak Hamra’ kami semua
pernah menangis. Nak-nak lagi Aiman asyik menangis sebab dia paling bongsu di
sini. Kami alami sebab kesedihan pasti dirasai oleh semua hamba Allah swt”
suara Laila yang berumur 15. Bakal Hafizah
di pondok anak-anak yatim tersebut.
Hamra’ tersenyum. Geli hatinya melihat adik-adik
bawahannya.
“Bukan apa kak Hamra’ rasa cemburu kalau kalian
ada yang tidak pernah menangis, tidak pernah menangis yang kak Hamra’ maksudkan
tidak pernah hidup susah atau tidak pernah ditimpa bencana dan musibah” ujar
Hamra’ penuh khusyuk.
“Air mata itu bukan tanda kelemahan yang
dahsyat. Air mata tidak sama sekali menjatuhkan ego lelaki. Tidak macholah jika lelaki menangis perlu
disangkal. Ada nilai titisan air mata itu”
“Kak Hamra’ antara kaum hawa atau kaum adam yang
mana agaknya paling jarang menangis? Satu pertanyaan daripada seorang anak
yatim.
“Syukran adikku sayang atas pertanyaan, bagi kak
Hamra’ kaum adam yang majoriti sukar menangis, tidak tahu entah mengapa.
Barangkali menangis ketika dilahirkan sahaja. Itulah sekali seumur hidup.
Lelaki tidak menangis bukanlah kerana hatinya tidak sedih. Hatinya sedih tetapi
air mata itu ditahan daripada tumpah ke bumi. Lelaki cuba berusaha supaya
kelihatan biasa sahaja. Sangat berbeza dengan kaum hawa. Sedih kaum adam ni
tidak boleh dizahirkan tetapi kalau marah, boleh pula dilepaskan sesuka hati?
Itulah kaum adam agaknya” Hamra’ menghabiskan bicaranya dengan sopan.
“Iya, betul juga kak Hamra’, jikalau begitu
rugilah yang tak pernah menangis di hadapan Tuhan, bukan? Satu persoalan dituju.
“Betul adikku sayang, rugilah mereka yang tak
pernah merasai lazatnya menangis kerana Allah. Iaitu tangisan penyesalan. Kita
menyesal kerana telah membazirkan usia yang panjang semasa hidup semata-mata
untuk tujuan duniawi. Sedangkan yang patut kita kejar dan dambai adalah redha
dan kasih sayang Allah swt.”
“Habis tu kak Hamra’ air mata keinsafan ni boleh
dipaksa untuk mengalir?
“Sudah nyatalah tidak boleh dipaksa untuk
mengalir air mata keinsafan wahai adikku. Tanpa rasa kehambaan terhadap Allah
swt agak mustahil keadaan ini berlaku. Bayangkanlah, jika diizinkan Ilahi,
seseoarang itu boleh mengalir air matanya apabila melihat kesusahan orang lain.
Hatinya jatuh kasih kepada orang susah dan jiwanya mudah tersentuh melihat
penderitaan yang berlaku di sekelilingnya. Malah adik-adikku sayang, sebaliknya
bagi orang yang tidak tahu erti tangisan keinsafan, kesusahan dan penderitaan
orang lain boleh sahaja dia menghina tanpa rasa belas kasihan. Jauh sekali
hendak membantu mendoakan agar keadaan mereka berubah” ujar Hamra’ penuh
perasaan.
Anak-anak yatim yang kian meningkat membesar itu
mula menunjukkan minat untuk mendengar lagi.
“Akak Hamra’ akan cerita satu rahsia, iaitu
perbezaan antara menangis sedih dan menangis insaf. Untuk pengetahuan adik-adik
semua, orang yang menangis sedih pasti bengkak matanya tetapi orang yang
menangis insaf sedikit pun tiada kesan di matanya. Inilah keistimewaan jika
kita menangis kerana Allah swt. Subhanallah. Allah swt akan memelihara kita
daripada pandangan masyarakat sekeliling. Malah, tiada siapa pun yang tahu bahawa
tengah malam tadi kita bangun qiamulail dan bermunajat dengan hati yang tulus
dihadapanNya” Hamra’ berkongsi dengan petah ungkapan dilontarkan.
“Masya’Allah, Nampak bezanya di situ. Akak
Hamra’ juga pernah ya?
“Akak akui pernah. Menangis dan mengakui kekerdilan
diri di hadapan Allah swt. Kadang-kala musibah yang mendatang dapat menambahkan
iman dan kafarah dosa. Adik-adik, azan Isyak sudah berkumdang. Jom kita
laksanakan solat dahulu.
Anak-anak yatim yang turut terpegun dengan
kata-kata Hamra’ lalu bangun dan menuju ke tempat mengambil wuduk.
“Subhanallah Mira, merdu sungguh suara kak
Hamra’ dan bijak pula tu” bisiknya ke arah rakannya.
“Alhamdulillah, kerana hadirnya akak Hamra’ juga
kita dapat mengemis ilmu pengetahuan yang tak mampu dikongsi oleh insan lain.
Syukran, ya Allah. Engkau hadirkan wanita yang lemah-lembut menjadi pengubat
rindu kami sebagai anak-anak yatim di sini,” qudus doa’ sambil menadah tangan.
“Amin rabbal a’lamin,” sahut Hamra’ yang
mendengar di dalam hati. Runtuh jiwanya bila mana ada juga doa’ yang saling
dititipkan untuknya.
![]() |
| Guide Me Ya Allah, |
Assalamualaikum
wbt ke hadapan sahabat-sahabat yang jauh di mata,
Di sini
bicara kata tersusun indah, mengharapkan “pembajaan jiwa”menusuk ke sanubari.
Siapalah diri kita ini di muka bumi yang penuh terbentang luas dengan nikmatNya
yang masih tak henti-henti meminta pengharapan. “Pengharapan” apa yang ana
maksudkan? Sebuah pengharapan seorang insan untuk mengecapi kejayaan dalam apa
jua keadaan meskipun menyedari hakikat kejayaan itu sukar. Sebuah pengharapan
untuk mata terus dapat melihat segala ciptaan Allah persis yang dilakarkan oleh
dedaun kehijauan. Sebuah pengharapan agar mampu untuk sepasang telinga ini mendengar
bicara kata yang mengagungkan sang KhaliqNya. Sebuah pengharapan agar wujudnya
sang matahari di kala siang bersilih pula sang bulan di kala malam menjelma.
Masya’Allah. Pengharapan apa lagi ya agaknya yang masih kalian pendamkan? Pasti
lagi sesulit sehingga tak mampu diluahkan? Perlukah merintih untuk kesedihan
yang selalu bertandang? Menghapuskan segala penderitaan tanpa mengenal erti ketabahan?
Melupakan kenangan-kenangan pahit dan manis dalam rencah kehidupan fatamorgana ini?
Nyata, pengharapan itu masih diperlukan untuk bersedia berhadapan dengan sejuta
onak duri. Pastikan sahabat senyuman kalian tak lekang di bibir.
Alhamdulillah,
jari-jemari ini mampu menaip setelah sekian lama jua menghilangakn diri dalam
blog. Begitu ana merindukan blog yang bersarang lama ini tanpa meninggalkan
assistant untuk mengendalikannya. Nah, inilah beberapa situasi saat-saat
genting di ambang ana hendak menduduki SPM. (sudah berumur 17 tahun)
Alhamdulillah. Ya Allah, panjangkanlah umurku, supaya mampu menghidupkan
kecerian di hati kedua-dua ibu bapa dan juga sahabat-sahabat perjuangan.
Meskipun segelintir tak mampu disapa tapi sama-samalah kita berdoa agar Allah
swt jadikan pertemuan dalam maya ini diberkati.
Imbas kembali
perbualan dua bulan yang lepas ...
Mak: Exam dah
dekat kan?
Ukhti SN: Dah
, pejam mata esok2 dah SPM, tirai perjuangan pun dah bermula.
Mak: Jadi
sebelum exam adik kena mulakan dari sekarang persiapan.
Ukhti SN:
Iya, tapi dah mula dah kan? *pelik
Mak: Dah tapi
mak rasa laptop tu perlu menjauhkan diri. Nanti hilang fokus belajar.
Ukhti SN:
Begitu ... Tapi lepas SPM siap siaga bagi adik balik! Janji yaa?
Mak: Reaksi
hanya sekadar ‘senyum tanpa kata.
Perbualan
dengan kakak ana di laman ‘facebook’
Akak: Ini
beberapa tips nak study last minute untuk adik.
Ukhti SN:
Terima kasih kak, caringnya. Adik cuba buat yang terbaik.
Akak: SPM ni
anggap saja medan perjuangan yang terakhir untuk melangkah alam baru. Kalau nak
senang kemudian, beranilah tempuh kesusahan dulu.
Ukhti SN: Apa
akak kata tu betul, adik akui. Insya’Allah dengan kudrat yang diberi Allah swt adik
akan lakukan sehabis boleh.
Akak:
Insya’Allah. Akak rasa fb pun adik kena hentikan dulu, bukan begitu? Tak adalah
masa terbuang di sini.
Ukhti SN:
Maksud akak, deactive?
Akak: Tak
perlu, tapi jangan buka sebelum SPM selesai. Fahamkan? Ke nak akak pegang?
Ukhti SN:
Tarik nafas dalam-dalam. Terasa satu per satu ‘aset diambil sekelip mata.
“Boleh juga kalau akak nak pegang , tapi kena janji amanah yaa!
Akak: Untuk
adik, akak janji.
Perbualan tak
dijangka daripada adik lelaki pula tercetus. Sambil menghitung ketibaan hari
SPM.
Adik: Dari
tadi baca buku, tak henti-henti. Excited nak SPM ya kak ? *sengih
Ukhti SN:
Mana tak excited nerve impulse dah sampai ke otak suruh revise. Nak-nak lagi,
akak takut time dalam dewan kalau tak ingat apa-apa.
Adik: Akak
perlu rileks, akak cuma berdepan dengan kertas saja tu.
Ukhti SN:
Haa, kenapa cakap macam tu? Huraikan,
jelaskan dan bagi kesimpulan sekali. *pelik
Adik: Akak
tak perlu takut sebab akak hanya berdepan dengan sehelai kertas. Bukan depan
musuh. Hehe. Jadi perlu cool. Kesimpulan nyata, akak tak ingat apa-apa
banyakkan istighfar dalam hati.
Ukhti SN:
Kesimpulan adik saja boleh guna pakai, yang lain tak. Kertas tu lah yang bakal
menentukan perdana menteri dan penjawat biasa. Kejayaan atau kegagalan.
Adik: Erk,
macam mana tentukan perdana menteri dan penjawat biasa melalui sehelai kertas?
Ukhti SN:
Tekalah, kalau betul adik bijak orangnya.
Adik: Ohh ,
mesti sebab perdana menteri guna pen yang mahal gitu, manakala yang penjawat
biasa hanya guna pen biasa-biasa saja.
Ukhti SN:
Adik salah, jawapannya melalui ketinggian ilmu pengetahuan seseorang. Dah
faham?
Adik: Geleng
kepala. *Masih binggung.
Beberapa
perbualan ini membibitkan pelbagai perasaan yang terpendam dalam hati. SPM ,
perkataan ini cukup memberikan satu dunia mampu bergoncang dari medan asalnya
bagi ana.Semasa berbual dengan family pun ada saja ‘pelik yang mampu buat ana
tertanya-tanya. Betapa hati ini sentiasa merindukan bermonolog denganNya supaya
jiwa ini dibelai dengan ketenangan. Ana menghilangkan diri kerana SPM.
Penulisan ana takkan terhenti tanpa noktah. Terima kasih buat sahabat-sahabat
yang sentiasa memberikan komen-komen yang terindah sebagai jejak kalian di blog
ana. Sekarang ana sudah menamatkan zaman persekolahan dan bakal menempuh satu
lagi alam yang begitu asing dalam hidup ana. Agaknya macam mana ya? Course apa
sesuai untuk ana? Cita-cita ana mampu tergapai kah? Atau hanyalah khayalan?
Nyahkan fikiran negatif. Ana tahu setiap titik peluh kita menimba ilmu pasti
memberikan kejayaan. Sahabat yang membaca blog ini jua mampu mencapainya.
Bukan? Kita perlu menerima takdirNya dengan hati yang memberi “pengharapan” baik
kepadaNya.
Kepada
sahabat-sahabat ana di luar sana, yang jauh di mata mahupun terpisah kerana
jarak. Ana doa’akan kejayaan kalian di dunia fi akhirat. Semoga persahabatan
kita semua masih utuh dan berkekalan di bawah keredhaanNya. Janji ya?
Kini timbul kesedaran bahawa bumi berputar,
masa pun berlalu menginggalkan segalanya yang telah dialami dulu. Kegembiraan
yang terzahir disembunyikan dengan keretakan sekeping hati.
Wahai
sahabat-sahabat yang disayang lillahi ta’ala,
Tidak bodoh
manusia yang bersabar selepas maruahnya setelah didamparkan dengan fitnah.
Sentiasa pamerkan senyuman meskipun pada insan yang telah menyakiti hati
kalian. Memang agak sukar namun, percayalah. Ketenangan boleh merubah jiwa
kalian supaya beristiqamah dengan dugaan ini. Jangan diduga insan yang sentiasa
pamerkan senyuman tiada kesedihan yang ada di jiwanya. Kesedihan orang lain
bagaimana pula? Kita tidak tahu, mungkin sewaktunya menunaikan ibadat solat,
baru sahaja takbiratul ihram, sudah berjurai air matanya mengalir tanpa
paksaan. Kepada siapa insan itu perlihatkan ‘kelemahannya? Hanya di hadapan
Allah swt. Betapa dia betul-betul pamerkan kelemahan di tempat yang memberi
sebuah kehidupan di alam semesta ini. Allahu Allah.
Mendongak ke
langit, mengadu sangat-sangat pada Tuan Punya Dunia. Betapa kita perlu DIA,
bukan?
Akhir kalam,
Insya’Allah penulisan cerpen Hamra’ seterusnya akan muncul. SYUKRAN jazilan
buat semua sahabat dalam blog, pembaca yang setia di situ. Ana doakan
kesejahteraan kalian, dan kalian dibersihkan jiwa daripada penyakit hati. Titip
doa buat ana yang lemah ini juga ya? Moga Allah swt menyayangi kalian semua. Andai
bisa, ana mampu meniupkan tinta-tinta mewarnai perasaan mahabbah antara kita!
Ihfahzillah yahfazka ^_^
Selamat Tinggal Zaman Persekolahan. Graduasi , moment terindah <3
"Di bantal tidurku ada namaMu, dimejaku ada namaMu, bahkan di
sejadahku sentiasa ada namaMu, Semoga Engkau terima walau diri ini hanya
sebutir pasir" munajat Hamra'
Bismillahirrahmanirrahim
dan Assalamualaikum sahabat yang dikasihi Allah s.w.t sekalian, sungguh
dirimu sentiasa tenang di sisiNya dengan kurniaan segala yang ada pada
dirimu. Jadi usah khuatir akan masa-masa yang berlalu tanpa sang bayu.
Percayalah kamu adalah insan yang terindah yang diciptakan olehNya. Sungguh
sekian lama juga menyepi, yeke? Memendamkan rasa yang bertamu di jiwa sebentar.
Allahu Allah. Ringkas sahaja menaip pada kali ini tapi mungkin panjang
sedikit. Mana mungkin mudah untuk ana mengotakan segala hasrat. Mustahil
bukan? Namun sebagai khalifah di bumi Allah ini, marilah kita tekadkan dalam
sanubari bahawa hal terindah yang diberikan olehNya sudah terpancar di depan
mata. Dapatkah sahabat melihatnya? Mahupun
memahami bicara melalui tinta ana ini? Biar ana sahaja
melestarikan segalanya di sini. Pertama, kita sebenar-benarnya sudah
dalam MADRASAH RAMADHAN!
Alhamdulillah. Ke mana lagi kita panjatkan syukur? Selain di bulan puasa yang barakah ini? Mabruk buat sahabat yang menyahut seruan Ilahi di bulan yang mulia ini. Sesungguhnya itulah kewajipan kita sebagai hambaNya yang daif. Mengakukah kita? Muhasabahkan diri dengan setiap tutur kata mahupun lafaz yang terpendam kerana Allah swt Maha Mengetahui. Bukti? Dalil?
Dalam mashaf al-Qur'an Al-Karim, surah Al-Baqarah ayat 29 yang
bermaksud:
"Dia-lah (Allah) yang Menciptakan segala apa yang ada di bumi untukmu kemudian Dia Menyempurnakannya menjadi tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu"
Sungguh terusik bukan? Kita
sebenarnya sudah tahu tapi mengapa masih ada segelintir bahkan diri ini yang
tak terlepaskan dari khilaf masih menafikan padahal kita sebahagian daripada
umatNya? Sungguh aneh, semua terjawab di dalam hati. Semoga cerpen "Tadabbur Cinta
Hamra" pada
kali ini dapat membersihkan hati kita seputih-putih kain kafan. Usah risau
sahabat, kain kafan jua bakal membaluti jenazahmu kelak. :)
TADABBUR
CINTA Madrasah RAMADHAN HAMRA'
|
"Malam ini seusai solat terawih di Majid Al-Fath ada sedikit
takzirah yang bakal diberi oleh salah seorang ustazah, Hamra' apa tunggu lagi
jom kita join nak? " ujar Qaisara sambil tersenyum.
"InsyaAllah ya Sara, sebelum tu mari kita sembahyang maghrib
dulu" Hamra' bangun lalu mengambil wudhuk.
-----------
"Masih ada tempat kosong ke?" tanya Hamra'
"Nampaknya terlalu padat dah masjid sekecil ni dengan jumlah yang
ramai pelajar madrasah kita tambahan lagi ... " Qaisara melebarkan
senyumannya seluas langit.
"Kenapa pula?" Hamra' seolah-olah tidak memahami.
"Patutlah Hamra', hari ini pelajar-pelajar madrasah di sebelah kita
yang tergolong daripada kaum adam semuanya hadir" Qaisara mencuit bahu Hamra'
"Allah, kalau begitu marilah kita mengambil tempat dahulu sebelum
makin padat" Hamra' tidak terdetik pun untuk menanyakan berkaitan
pelajar-pelajar kaum adam itu. Mereka meneruskan langkah masuk ke dalam Masjid
Al-Fath.
"Assalamualaikum pelajar-pelajar Madrasah Ad-Diniyyah dan Tahfiz
Wal-Qiraat" salah seorang ustaz menyampaikan sesuatu.
"Wa'alaikumussalam wbt ya Ustaz Amer" suara bergema di masjid
itu.
"Pada hari ini kamu semua akan dapat mendengar ceramah daripada
seorang ustazah yang terkenal, ustazah Nur Qatrun. Beliau akan mengendalikan
program tarbiyyah Islami di Bulan Ramadhan, dengan itu dipersilakan ustazah
memulakan bicaranya" Ustaz Amer memberikan mikrofon kepada ustazah Qatrun.
"Lagi-lagi ceramah, sekarang waktu untuk tidur" bebel Maria
yang duduk di belakang Hamra' dan Qaisara.
"Berapa sangat wang yang diberi untuk ceramah sebegini? Kalau aku
tak mungkin akan mendengarnya entah-entah hanya penekanan yang diberi setiap
tahun adalah sama" dengus Maria dengan muka masam mencuka.
"Bukan tu saja Maria, itu tak penting sangat yang penting adalah
ada seorang pelajar famous Ahmad Emir Furqan daripada Tahfiz Wal-Qiraat datang tadi, boleh kita
berta'aruf dengannya. Hehehe" sampuk Anna dengan riang sekali.
"Hamra', dengar tu? Mereka berbuat bising di belakang kita,
geramnya dengar" Qaisara mengetap bibirnya.
"Sabarlah Sara, tak semudah itu nak menahan mereka berbicara,
mereka kan dah kebiasaan seperti itu" Hamra' cuba menyenangkan Qaisara.
"Malu lah kalau Ustazah Nur Qatrun dengar, mereka ni ..." Qaisara
memandang Maria dan Anna yang sedang berbual-bual sambil ketawa berdekah-dekah.
Seperti ada saja yang melucukan.
"Apa pandang-pandang belakang? Enti nak apa ha? tanya Maria kepada
Qaisara.
"Ana mahu pinjam sesuatu daripada enti" Ujar lembut Qaisara.
Sememangnya dalam hati dia geram sekali.
"Katakanlah, kami tiada masalah pun, tafadhol" jawab Maria dan
Anna sambil tersengih-sengih.
"Pinjamkan ana masa untuk mendengar takzirah ini dengan hati yang
tenang daripada gangguan kamu berdua, malu lah pada pelajar-pelajar kaum
adam" terus-terang Qaisara.
Terdiam. Maria dan Anna saling berpandangan, seolah pelajar lain pun
melihat mereka tanpa senyuman. Sekilas Qaisara memalingkan mukanya ke hadapan.
Takzirah dan ceramah sudah pun bermula. Maria dan Anna tidak menjawab mereka
diam seribu bahasa sambil menjeling tajam.
"Assalamualaikum wa Salam Ramadhan. Alhamdulillah ala kulli hal.
Wahai anak-anak ummi sayangi dan dirahmati Allah swt, ummi Ustazah Nur Qatrun,
dahulunya ummi melanjutkan pelajaran di Jordan, alhamdulillah selesai belajar
di sana ummi pulang ke tanah air. Subhanallah anak-anak, ummi ingin berkongsi
berkaitan peristiwa yang paling besar di bulan Ramadhan iaitu turunnya wahyu
Al-Qur'an daripada Allah swt kepada Rasulullah SAW melalui perantara malaikat
Jibril juga sekaligus penetapan kerasulan Muhammad SAW. Peristiwa ini terjadi
ketika Rasulullah SAW berumur 40 tahun" Jelas penerangan Ustazah Nur
Qatrun. Sungguh comel orangnya sambil memandang semua pelajar dengan wajah
keibuan. Selesa menggelar dirinya "ummi".
Dengan kemas dan segak berbaju jubah, Ahmad Emir Furqan bangun lalu menanyakan
soalan. Pada ketika itu tidak terlepas wajahnya dipandang oleh semua
pelajar-pelajar. Masing-masing melihat dengan penuh khusyuk seolah ada daya
tarikan pada kaum adam itu. Siap ada saja yang membetulkan tudung labuh
mereka.
"Ustazah, ada sesuatu keunikan tentang Perang Badar yakni yang
jelas diutarakan dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan sungguh Allah
menolong kalian dalam perang Badr, padahal kalian dalam keadaan lemah
(sedikit). Maka bertaqwalah kepada Allah agar kalian mensyukuri-Nya" (QS
Ali Imran 123), dalam intisari surah ini jelas sekali ustazah Qatrun ada juga
pejuang Islam yang tak sanggup nak berperang, dan kebenaran Allah sungguh
dahsyat sekali malang mereka telah menzalimi diri sendiri, sekian itu saja
kupasan ana" sambil matanya terpandang pada Hamra' lalu senyuman
dipamerkan sebelum sempat mengambil tempat untuk duduk. Hamra' tidak menyedari.
Ahmad Emir Furqan teringat saat-saat terakhir perjumpaan di perpustakaan tempoh hari.
Hamra' cukup sederhana baginya. Sekian lama dia tidak menemui Hamra'.
"Wahh" merdunya suara akhi (abang) tu, nak jadikan abang
angkatlah" sambil berbisik-bisik pelajar-pelajar Madrasah Ad-Diniyyah.
Ustazah Qatrun amat tertarik dengan kesungguhan kaum adam itu.
"Wah, bijak sungguh anak mengeluarkan dalil Al-Qur'an semoga bagimu pahala
disisiNya, Perang Badar berlangsung pada tahun ke 2 Hijrah. Pasukan kecil umat
Muslim pada masa tu hanya 313 orang bertempur menghadapi pasukan Quraisy dari
Makkah yang berjumlah 1,000 orang. Peristiwa ini benar-benar secara teperinci
memisahkan mana yang Haq dan Batil. Mana yang berada pada jalan kebenaran dan
kekufuran. Simbol yang hancurnya kemusyrikan dan penyembahan kepada patung.
Padahal ketika itu kalau dilihat anak-anak, pejuang Muslim taklah ramai dan
jauh hebat berbanding orang-orang kafir yang ramai, namun Allah swt telah
membalikkan keadaan dan memenangkan kebenaran." suara Ustazah Nur Qatrun
sungguh bersemangat berbicara.
"Allahu akbar" gema suara pelajar Tahfiz Wal-Qiraat.
Pelajar-pelajar yang lain duduk memandang dengan penuh minat.
Hamra' begitu tertarik, lalu dia pun bangun dan cuba mengeluarkan
pandangannya.
"Ya Ustazah Nur Qatrun, selalunya hati ini selalu sedih saat
Ramadhan berakhir, seolah tidak ada lagi curahan tadabbur cinta yang besar
turun dari langit. Sedih kerana tidak ada lagi kebahagian. Sedih hati bersama
sepuluh malam terakhir menikmati akhir-akhir waktu bersama Ramadhan. Mungkin
bagi kita itu lumrah, jadi ustazah Nur Qatrun padamu pandangan perihal
kesedihan apa yang menyelimuti ini?" Hamra' menyusun kata-kata dengan
manis. Pipinya hampir kemerah-merahan malu berdiri terlalu lama telah disambut
baik persoalan itu oleh Ustazah Nur Qatrun.
"Syukran ya Hamra' , anakku persoalan yang hebat itu. MashaAllah.
Beginilah wahai anak-anak ummi, kesedihan yang ditinggal oleh Ramadhan sudah
sepatutnya terjadi. Terjadi yang bagaimana? Iaitu ibadah tinggi yang dilakukan
berlandaskan atas Ramadhan. Bersedih tidak dapat lagi berjumpa ibadah lebih
baik setelah Ramadhan pergi meninggalkan, ini membuktikan rasa mahabbah kepada
Allah swt, usahkan risau wahai putera puteri agama, Ramadhan tidak memerlukan
cinta daripada sesiapa justeru Ramadhan meminta dengan indah agar Allah swt
lebih dicintai. Menuntut kasih sayang agar ketakwaan menjadi landasan dalam
setiap amal, Ramadhan mengajar agar kita diberi peluang membuktikan kesungguhan
cinta kepada Sang Khaliq"
Tumpang mencela Ya Ustazah Qatrun, saya al-Hafiz. Bagaimana pula kita
hendak dapatkan keseronokkan dalam beribadat? Mampukah bulan Ramadhan memimpin
hati umat Islam agar dapat ditarbiah? sedikit gugup seorang pelajar itu namun
diberanikan dirinya.
Perbualan di Masjid Al-Fath begitu rancak sekali. Hebat sungguh
tamparan isu-isu yang diutarakan.
"Wahai anak-anak ummi, terima kasih ummi ucapakan. Soalanmu nak
sungguh hebat juga. Sudah tentu dalam bulan Ramadhan, mampu memimpin hati umat
Islam dalam proses tarbiah. Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang.
Mengubah yang bagaimana? Iaitu dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana
memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakah
dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak
diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah
dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkah tangan ke dalam air"
"Anak-anak, siapa di sini pernah mendengar perihal kisah Malaikat Rumman?" soal Ustazah Nur Qatrun.
"Pernah tapi ana can't memories" jawab salah seorang pelajar
Tahfiz Wal-Qiraat.
Disambut baik dengan ketawa oleh pelajar-pelajar lain. Sungguh bahasanya
sudah dicampur adukkan.
"Hamra' seolah pernah mendengar tapi ilmunya tak banyak untuk
berbicara baginya Ustazah Nur Qatrun lagi hebat" sanjungan tinggi diberi
dalam diam.
"Begitu ya, di sini biar ummi ceritakan, pinjamkan telinga kamu
supaya mendengar, Malaikat Rumman pun famous bukan sahaja artis malah lagi famous dengan kerjanya"
"Katakanlah siapa dia ya Ustazah" tidak sabar-sabar lagi mahu
mendengarnya.
"Baiklah anak-anak ummi. "Sebelum Malaikat Munkar dan Nakir
masuk ke dalam kubur, hadirnya malaikat yang wajahnya bercahaya seperti cahaya matahari bernama Rumman. Dia
masuk ke dalam kubur, kemudian dia mendudukkan mayat itu seraya berkata
kepadanya, "Tuliskan kebaikan, kejahatan dan apa-apa yang kamu kerjakan!"
"Mayat itu menjawab, "Dengan apa aku harus menulisnya? Mana
penaku? Mana dakwatku?"
Malaikat menjawabwhaai anak-anak, "Air ludahmu adalah dakwat,
jari-jemarimu adalah pena."
Mayat itu bertanya lagi, "Di atas apa aku harus menulisnya?
Sedangkan aku tidak mempunyai sehelai kertas pun?"
Maka, Rasulullah SAW berkata, " Malaikat itu pun memotong
sebahagian kain kafan mayat itu, kemudian diberikan kepadanya. Ini lembaranmu,
tuliskan kebaikan dan kejahatan yang Engkau lakukan di dunia."
Apabila sampai saat bagi menulis kejahatan, mayat itu malu kepada
malaikat, lalu malaikat menegurnya.
"Wahai orang bersalah mengapa kamu tidak malu kepada Penciptamu
pada masa kamu melakukan kesalahan itu di dunia, tetapi sekerang kamu berasa
malu kepada aku?"
Maka, Malaikat Rumman terus mengangkat gada iaitu pemukul kayu yang
bulat dan panjang. lalu memukul mayat itu. Mayat itu mengeluh,
"Hentikan seksaan ini, aku akan menulisnya"
Dia pun menulis semua kebaikan dan keburukannya. Kemudian Malaikat
Rumman itu menyuruh melipat lembaran itu dan menandantanginya. Dia melipat
lembaran itu sambil bertanya,
"Dengan apa aku harus menandatanginya, padahal aku tidak ada
cop?"
Malaikat menjawab. " Cop lembaran itu dengan kukumu." Lembaran
itu dicop dan digantungkan pada lehernya sehingga tiba hari kiamat.
"Begitulah anak-anak ummi kasihi berkaitan tugas Malaikat
Rumman" Ustazah Qatrun tersenyum.
"Ya Allah sampai begitu sekali amalan kita dihisab" ujar salah
seorang pelajar.
Ada yang mukanya terus berubah. Masing-masing khuatir untuk bertemu
dengan Malaikat Rumman.
"Ustazah Qatrun adakah dalil Allah swt yang wujud untuk lembaran
kitab bagi setiap insan? soal pelajar perempuan Madrasah Ad-Diniyyah.
"Ada anakku, Allah swt menyatakan dalam surah al-Israk, ayat 13
"Setiap manusia Kami kalungkan bahagian nasibnya pada leher dan pada hari
kiamat kelak Kami keluarkan kitab ataupun suratan amalnya yang didapati terbuka
bagi ditatap"
"Astagfirullah al-azhim ... Firas, banyak betul dosa aku di dunia,
malu lah kalau berjumpa dengan Malaikat Rumman tak ke dipukulnya aku dengan
qada" bisik seorang pelajar Tahfiz Wal-Qiraat.
"Nah itulah, aku pun time orang menghafaz al-Qur'an kita duk tidur. Bukan tu ja, kita asyik-asyik
mengeluh tak tentu fasal" suara frust disahut.
"Haa, itulah dunia ini penjara bak kata Ustazah Fatimah Syarha.
Tebal jeriji yang mengurung minda kita, banyak sangat persoalan yang kita
sendiri keliru, thats why ada Malaikat yang menziarahi kia sebelum Malaikat Munkar dan Nakir"
cebik Ahmad Emir Furqan.
"Haaa, itu jangan cerita, aku dah rasa seram. Memang patut
dimanfaatkan bulan Ramadhan ni. Bulan yang penuh keampunan, seluas-luas pintu
syurga dibuka" huraian Farzan.
Pendekatan itu membuatkan mereka menginsafi kembali. Salur-salur darah
berselirat terasa seperti dicabut dari lutut. Terasa menjalar. Berbeza pula
dengan Pelajar Madrasah Ad-Diniyyah.
"Ala, ana dah cukup kuat dengan semua itu, apa nak takut dosa tu
boleh digugugkan bila tua, kalau dah ajal terima saja, boring" jelas Maria. Tenat mendengar kata-kata Ustazah Qatrun lagaknya.
Hamra' seperti terkejut pengakuan yang tak muhasabah diberi oleh puteri
Madrasah Ad-Diniyyah. Lantas Hamra' berpaling ke belakang.
"Sebelum merasa kuat, terlebih dahulu lemahkanlah hati dengan
merendah diri dengan Allah swt, tawarkan cintaNya bukan derhaka dengan cara
merasa diri itu sudah cukup kuat" jawab Hamra'
Serius bunyi butir bicara Hamra' kali itu. Menjunam dalam lubuk prejudis
Maria.
"Itu satu keperluan wahai Hamra', huh, susah lah mereka yang tak open minded ni, awal-awal lagi sudah memasang
tembok kebal di minda, pendapat orang lain dikatakan salah seolah dia heroinnya. Fanatik!" balas Maria.
"Heii, usah nak kata sahabat ana ni fanatik okay, jangan sekadar protes di belakang" kata Qaisara. Berasap-asap
telinganya duduk di hadapan Maria dan Anna.
Hamra' cuba bersikap adil meskipun dihenyak hakikat itu. Sama ada
mengadili liberal mahupun tradisional amat berat. Hamra' tak mahu memanjangkan
perbualan.
Maria nampak resah, sentap medengar kata-kata Qaisara seperti terkena
renjatan elektrik. Anna pula nyenyak tidur tanpa mendengar perbualan tadi.
Dibuai mimpi agakya.
Hamra' menunjukkan signal supaya Qaisara berdiam. Tak mahu dilanjutkan lagi.
Masa mecemburui mereka bersama Ustazah Nur Qatrun.
"Wahai anak-anak ummi kasihi dan dirahmati Allah, belajarlah
melaksanakan sesuatu ibadah dengan menghadirkan Allah dan menghilangkan
pandangan manusia, maka akan lahirlah keikhlasan. Beribadahlah bukan
semata-mata kerana pahala tetapi CINTA, maka akan lahirlah
istiqamah kepadaNya. Semoga Ramadhan menemukan kita dengan Tuhan baik di luar
(makrifat) mahupun di dalam (hati), dan rebutlah Malam Lailatul qadar, iaitu
malam yang lebih baik daripada seribu bulan" jelas penghuraian Ustazah Nur
Qatrun bagi mengakhiri majlis Ilmu itu.
Tajam menikam. Sungguh ringkas dan padat isi setelah mendengar kata-kata
itu. Hamra' mendengar dengan hati yang sayu. Cuba dipendam sesuatu.
Selesai sahaja majlis Ilmu tersebut mereka bersalaman dengan Ustazah Nur
Qatrun. Air mata Ustazah Nur Qatrun menitis mendoakan anak-anak madrasah itu.
Usianya yang tua itu masih mampu menemukan dirinya untuk berbicara berkongsi
ilmu. Hati mana tidak tersentuh. Allahurabbi. Pelajar-pelajar Tahfiz Wal Qiraat
pula bersedia untuk pulang. Ahmad Emir Furqan sempat menghulurkan sepucuk warkah
kepada Qaisara supaya diberikan kepada Hamra' kerana dia tidak nampak Hamra'
saat itu. Maria yang tak terlepas pandang memerhati dari sudut jauh. Mulai
timbul perasaan ingin tahu. Semua beredar.
Hamra' duduk berseorangan di birai katil mencari secebis ketenangan.
Lagaknya seperti sedang merenungkan sesuatu. Ditemani bulan dan bintang-bintang
di langit. Matanya masih menanti pagi, jemarinya seolah masih menari, alam
masih kelihatan sunyi. Sepi. Dan ada rindu masih merajai. Entah mengapa
tiba-tiba ketenangan itu mengundang air mata. Hamra' terpaksa memaksa bersembunyi
menghindari sepi. Tenangnya meresap ke dasar hati.
Tadabbur Cintaku Padamu Duhai
Ramadhan"
"Kusisipkan namamu ya Ramadhan pada kotak
warkah pengharapan ini, agar saat Subuh sebelum terbit cahaya fajar, Tuhan
membacanya. Inginku menyampaikan padaNya sesaat mata ini terjaga, doaku padaMu
Ramadhan, tadabburkan cintaku padaNya. Tanpa alasan mahupun mengharap balasan.
Diranjang mimpi Hamra' ketiduran sambil memegang mashaf al-Qur'an
al-Karim.
(Alhamdulillah dah tamat)In sha Allah ada sambungan selepas ini ~ :)
Seorang hamba Allah yang sedang dalam pencarian mengatur derapan
langkah menuju Khaliqnya.
|
"Wahai
orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)
Surah Al-Imran : 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah : 45
Baru nak masuk
Juzuk 15 , semoga makin cepat habiss . InsyaAllah! ~ Ihya Ramadhan.
|
Mafi qalbi ghairullah








